Sebuah filem seram MESTI menyeramkan! Maka filem Jangan Tegur bagi pendapat saya berjaya menimbulkan reaksi itu kepada saya. Betul! Naratif penuh filem ini terlalu amat sangat pendek sahaja dimana yang memanjangkan durasinya ialah paparan visual-visual gangguan seram kepada watak Natasya (Julia) dan flashback dari watak Baizura (Nadia). Kekuatan utama filem ini ialah momen-momen 'what happens next' atau apakejadahnya yang akan 'muncul' sekejap lagi yang akan disaksikan oleh Natasya dan penonton secara serentak! Cara menakutkan sebegitu sudah menjadi asam-garam untuk filem-filem seram dari serata dunia dan ia berjaya dibikin dengan baik dalam filem Jangan Tegur. Tetapi saya akui ledakan sound effect yang kuat berdentum setiap kali lembaga seram itu muncul agak keterlaluan seolah-olah ia kemestian setiap kali berlaku dan terasa terlalu memaksa untuk penonton terkejut? Dari sudut tangkapan kamera ada 2 babak yang begitu saya sukai iaitu babak di lampu isyarat (macam 360 degree camera) dan babak semasa Kamal (Pierre) menemui Natasya di tempat kejadian dimana kamera menyusuri ke sekeliling pasangan itu kemudiannya bergerak menyorot zoom out dari atas (gunakan kren) Wow! Congrats abang Indra Che Muda dan Haris Hue.

Filem ini menggunakan struktur non-linear storytelling menerusi pinjaman visual dari watak Baizura kepada watak Natasya melalui pecahan-pecahan memori insiden penting yang menyebabkan kehilangan (kematian) Baizura 2 tahun yang lalu. Filem ini walaupun berkulitkan sebuah genre seram tetapi ia juga bercerita seperti sebuah filem murder mystery atau crime fiction whodunnit. Maksudnya penonton akan dapat info sedikit demi sedikit dari keseluruhan misteri iaitu menjawab soalan apakah yang terjadi kepada Baizura sebenar-benarnya? Exposition itu kepada khalayak datangnya dari perkongsian point of view Natasya iaitu setiap bayangan imej yang dialaminya semasa koma dan mimpi. Babak-babak seram di pembukaan filem ini ialah situasi yang dialami oleh Baizura semasa dia dirasuk oleh 'benda' yang dihantar oleh Bomoh Siam yang disaksikan oleh Natasya semasa koma setelah 'tersampuk' (cross-point) dengan roh Baizura yang berhalusinasi semasa time-freeze. Kini 'roh tidak aman' Baizura yang juga berbaur dengan 'benda' itu mengikuti Natasya pula untuk berkomunikasi sebab itulah setiap kali bayangan hantu Baizura muncul ia ada 2 versi samada yang kelihatan menyeramkan dan satu lagi seakan meminta belas kasihan.

Lesen kreatif untuk filem ini ialah setiap kali 'benda' yang dihantar oleh Bomoh Siam merasuk Baizura atau Natasya, mereka akan menjadi raksasa berwarna biru, berwajah calar-balar (kredit kepada Ella Sandera) dan bersuara remix Melayu+Siam gitu! Hey! It's just a Malay horror film bro/sis! Selamat menonton dan berhibur dengan ketakutan cara arahan Pierre Andre!.. ahahaha!