Sabtu, 11 April 2009

Retrospektif: ESOK MASIH ADA (1979)

Sinopsis
ASP Zamri (Jins) berjaya sebagai seorang pegawai polis tetapi gagal membina sebuah keluarga bahagia. Kematian anaknya akibat penyakit leukemia menghampakan hidupnya. Lantas apabila dia berkenalan pula dengan Marina (Christine), anak gadis Encik Cheong, seorang pengurus bank telah membibitkan kemesraan. Segalanya berpunca apabila ASP Zamri membebaskan Encik Cheong dari tawanan perompak-perompak bank yang menjadikannya tebusan. Marina sebenarnya ada hubungan dengan Albert. Albert pula mempunyai hubungan dengan Ramon (A.Rahim), ketua perompak. Kerana simpati pada Zamri yang inginkan anak, Cheong mendesak Marina berkahwin dengan Zamri. Mereka berkahwin walaupun mendapat tentangan daripada Ibu Marina. Perkahwinan itu dikurniakan seorang anak lelaki yang dinamakan Jefri, yang kemudiannya diserahkan kepada Faridah (Azean), isteri pertamanya. Zamri banyak menghabiskan masa bersama Faridah dan Jefri sahaja. Manakala Marina mula merasakan kehausan kasih sayang. Filem inilah titik-tolak kemasyuran seniwati Azean Irdawaty kerana memenangi Pelakon Wanita Terbaik di FFM yang pertama!

Saksikan diantara filem-filem terbaik Tan Sri Jins Shamsudin
di ASTRO KIRANA (saluran 122) sepanjang bulan April 2009!

GERAK KILAT (1966) ~ Ahad, 5 April, 9 mlm
ESOK MASIH ADA (1979) ~ Ahad, 12 April, 9 mlm
TIADA ESOK BAGIMU (1979) ~ Ahad, 19 April, 9 mlm
BUKIT KEPONG (1982) ~ Ahad, 26 April, 9 mlm

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

christian teoh.. hehhehe

time2 ni banyak filem suka amik sorang non malay actor/actress

fadz berkata...

patutnya kau yg dinominasi dan menang dalam best film blogger yoyooh tu.. haikh, depa silap ni..

anw, i hate this film.. saw it at federal cinema last year..

Tanpa Nama berkata...

salam.... tau x nama2 lagu dlm filem esok masih ada nih... scene yg carefree nyanyi lagu agak rancak jugak la... tq