Jumaat, 15 Mei 2009

isetan sale! diskaun 70% okeh!

sila klik >> senarai sale!
Penatlah kecoh-kecoh pasal AF7 atau politik kat Perak! Jadi, pagi tadi macam biasa bila cuti, saya bawa Abang dan Adik untuk mandi di kolam KLCC tapi kali ni saya terlupa nak bawa tuala dan baju mandi dia orang. Jadi, memandangkan saya ni bapa mithali maka pergilah ke Isetan nak beli barang-barang tu.. boleh? Rupanya pintu Isetan buka kat concourse level dan tingkat 3 ajer sebab hari ni members day katanya! Maka semata-mata untuk tidak menghampakan anak-anak yang tercinta, saya 'terpaksa' menjadi ahli untuk 2 tahun dengan bayaran RM20. Dan hasilnya.. saya menghabiskan masa hampir 1 jam lebih untuk ber-shopping sakan di tingkat Men Dept, on the way menuju ke tingkat atas bahagian Kids Dept! Saya akui tidak berjaya untuk menahan nafsu serakah melihatkan pakaian yang berjenama dengan diskaun sampai 70%!!! Hei! Dengan hanya kurang RM100 saya berjaya dengan cemerlang untuk membeli sehelai kemeja, sehelai t-shirt dan seluar baggy (yang last kata jurujual wanita berbangsa Cina yang comel itu!). Tapi yang kelakarnya bila dah beli seluar pendek dan tuala lalu kami bergegas ke kawasan kolam KLCC dan mendapati bahawa.. ia ditutup sehingga Julai 2009 untuk kerja-kerja pengubahsuaian!.. tuu diaaa! ahahaha!

p/s: petang ni nak bawa isteri lepas kerja untuk 'berjuang' sakan di Isetan lagi! tungguuu!

11 ulasan:

Blog Anuar Kamaruddin™ berkata...

GEGEH! :p

amirnazrin berkata...

hmm...aku shopping kat baden-baden bundle jek.

Ajami Hashim berkata...

anuar ~ gegeh coz meleleh air liur tgk nombor 70% itu! ahahaha!

tips: korang better congak2 pakai kalkulator henpon bila Q nk bayar coz kdg2 tag kat baju tuh ada yg tersilap masih ikot diskaun lama 50% (non-members).. tadi hampir aku tersedekah kat Isetan! huhu!

Ajami Hashim berkata...

amir ~ rega lepas diskaun dah lebih murah dr bundle tu yg terkesima tuh! kahkahkah!

Reez berkata...

alamak...murtah kne gy nyopping la nihhhh

Ajami Hashim berkata...

reez ~ pacik coba2 nak jd duta blogger Isetan nih katanyaaa! ahahaha!

yatie chomeyl berkata...

selamat berjuang sahabatku...semoga Allah berkati mu hehehhe

Ajami Hashim berkata...

yatie ~ tQ.. u takmau join ker? huhuhu! tadi i tgk yg masuk ganas2 tau! hahaha!

kaizar berkata...

alamak! macamane bleh miss isetan sale members day!!! waa!!! apa2 pun ari ni saya shopping sakan video games kat kotaraya! memang harga durian runtuh berabes sebab tempat tu dah nak tutup by next month!!! sehingga terlupalah janji nak teman members ke career fair. bulan ni memang bulan pecah dompet...

miezi berkata...

nyum nyum :)

ryann berkata...

nak pergi jugakkk. isetan....coming to you