www.departures-themovie.com

info filem: imdb

sinopsis: wikipedia

waktu tayangan: cinema.com.my


1. Filem ini memang selayaknya menang Best Foreign Language Film @ Oscar 2009!
2. Ia adalah persoalan samada watak Daigo Kobayashi mampu menerima apa yang seadanya setelah kepakaran (bakat) yang dia pelajari selama ini tidak boleh digunakan lagi untuk meneruskan survival hidup (materialistik). Lalu dia mengadaptasikan sebaiknya kepakaran dahulu (fast learner) dalam dunia yang baru (fish out water) untuk menjadi seorang pakar dalam bidang (pengurusan mayat) yang di luar jangkaannya sendiri bahawa dia mampu melakukannya dengan cemerlang.
3. Filem Okuribito juga adalah pasal memahami makna sebenar perkara yang sangat Daigo benci dan menghantui pernah berlaku suatu masa dahulu, rupa-rupanya adalah perkara yang paling terbaik pernah dia rasai (imbasan wajah bapa Daigo akhirnya benar-benar 'jelas' rupanya semasa babak pertukaran 'batu').
4. Kata kunci filem ini ialah kemaafan.
5. Setiap keluarga mayat yang dikendalikan oleh Daigo adalah pelajaran yang dicerap untuk lebih mensyukuri kehidupan keluarganya sendiri.
6. Ia juga mengajar erti kompromi di antara Daigo dan isterinya apabila sesuatu yang mereka hendakkan tidak dapat seperti apa yang dirancangkan.
7. Sentiasa melihat kematian orang lain (samada yang buruk atau baik) tidak bermaksud Daigo akan turut mematikan kehidupan sendiri, malahan ia lebih menjadikan dia melaluinya dengan sebaik mungkin.
8. Sebuah filem drama berat tidak semestinya perlukan dialog yang berjela-jela, cuma dengan naratif yang sangat mengesankan dengan visual dan bunyi yang sederhana tetapi cukup bermakna.
9. Sediakan sekotak tisu semasa menonton filem ini! ahahaha!..
10. Ya! Saya sebak di babak terakhir dimana Daigo menguruskan mayat ayahnya sendiri yang juga konklusi bahawa dia sudah berubah sebagai seorang manusia, suami, ayah dan anak yang hampir sempurna.