Ahad, 26 Julai 2009

yasmin.. aku akan rindukan kamu :-(

Salaam..

Jumaat, 6 Oktober 2006, 2.08 pagi, kali pertama arwah 'menegur' aku dalam dunia siber di blog bicaraskrip. 9 Oktober 2006 pula ialah kali pertama aku bersua-muka dengan dia di pejabatnya Leo Burnett kerana nak ambil salinan lirik lagu Hindi pembukaan filem Gubra yang tiada sarikata dalam tape yang dihantar untuk tayangan ASTRO. Ya! Aku yang burn-kan lirik lagu tu sendiri pada tape house-master yang boleh dibaca setiap kali filem itu diulangtayang. Pertemuan itu sangat ceria kerana seolah-olah kami sudah kenal lama padahal baru 3 hari bertikam-lidah (atau bertikam-jari menaip) di blog. Paling istimewa dan juga mengejutkan ialah bila arwah berikan privilege untuk aku menonton filem Mukhsin seorang diri dalam preview room (masa tu belum ditayangkan di pawagam) dan lepas tu dia tanya pendapat peribadi aku pasal filem itu? Tak giler babas aku nak menjawab directly kepada si filmmaker sendiri depan-depan? Dalam pejabat peribadinya juga, arwah non-stop bercerita pasal koleksi buku-buku filmmaking dan buku lukisan dalam almari.

Itulah kali pertama juga aku kenal perkataan 'haiku'. Naik berbuih juga mulut arwah menerangkan itu dan ini mengenai al-kisah bagaimana cara dia membikin filem berdasarkan cara seperti melukis, haiku, puisi dan perasaan dalaman. Aku hanya terkebil-kebil dan sekali-sekala mencelah dengan nada memandai-mandai juga (sebenarnya masa tu ilmu cetek aku cuma berkiblatkan buku-buku scriptwriting dari Hollywood). Betul! Sejak bertemu arwahlah aku mula melihat sisi lain sesebuah penceritaan filem. Sebelum balik, arwah pinjamkan aku buku On Directing Film by David Mamet yang selepas aku habis baca masa nak pulangkan balik, arwah kata dia dah beli yang baru dan bagi terus yang ada pada aku. Malahan arwah berikan pula hadiah buku lain yang baru dibeli bertajuk Making Movies by Sidney Lumet yang juga sampai sekarang aku jadikan rujukan. Sekarang bila tengok balik kedua-dua buku itu aku jadi sedih dan sangat terkilan.

Kali terakhir aku bertemu arwah ialah di tingkat bawah Pavilion selepas tayangan pembukaan filem Terminator pada 28 Mei 2009 yang lalu. Dia kata sangat admire dengan watak Marcus Wright. Memang begitulah setiap kali kami berjumpa mesti nak cerita pasal filem filem filem. Dan sms terakhir arwah kepada aku ialah bila aku ulas filem The Departures (Okuribito) ..biasalah kadang-kadang arwah tak letak komen tapi hantar sms untuk ceritakan pendapat peribadi dia dan komen yang diletakkan di kotak komen pula respon yang lain. Inilah sms itu:

"Did u know the classical piece the hero's orchestra was playing in Departures was Beethoven's last composition before he died, in celebration of his son's birth? Very early in the film dia dah foreshadow death and birth. Departures is SO clever that even many American critics didn't get it." (4:01pm, 18-06-09)

Sekarang aku makin sedih bila ingat balik pasal watak Marcus Wright dan filem The Departures yang kedua-duanya berkaitan 'kematian'. Adakah arwah 'foreshadow' pemergiannya juga kepada aku?

Khamis lepas aku sangat terkejut bila menerima sms bertalu-talu dari rakan-rakan tentang 'kematian' beliau. Aku cuma reply "rumours".. Ya! Aku in denial bila mengetahui berita sebenar. Aku takut. Aku betul-betul tak mahu kehilangan dia. Selama 3 hari yang lalu aku buat-buat tak tahu dengan laporan akhbar dan internet. Aku tak nak percaya ia benar-benar berlaku! ..dan hari ini ia betul-betul terjadi! Abang Mamat Khalid yang pertama sekali sms pukul 12:05 pagi.. dan aku hanya membaca sms itu tanpa sebarang reaksi. Maaf kawan-kawan yang telefon atau sms sebab aku tak balas, aku tak angkat sebab aku masih in denial. Masa aku menaip inilah baru aku rasa sangat terharu dan menangis seorang diri mengadap laptop. Ya! Di sinilah blog dan internet bermula semuanya! Kamu terlalu cepat pergi sahabatku!

Sebenarnya sebelum perkenalan tak dijangka yang hanya melalui blog itu, aku hanya pernah membaca nama dan melihat gambar dia dalam akhbar The Sun semasa isu filem Sepet yang dipotong beberapa babaknya oleh LPF. Masa itu, aku kata "Siapa makcik ni? Apa yang hebat sangat filem itu sehingga dia betul-betul mempertahankan beberapa potongan babak sahaja?" Sejak itu aku mula mencari maklumat siapakah sebenarnya pengarah wanita itu? Dan akhirnya aku dapat jawapan kepada soalan tadi bila beliau sendiri pernah beritahu aku "A film is like a house of cards.. kalau kita cabut salah-satu maka runtuhlah ia." Memang! Sepanjang berkawan dengan dia, aku banyak belajar kata-kata hikmat/peransang samada di kotak komen blog, sms atau semasa berbual dengan dia. Kadang-kadang aku sendiri tersengih-sengih seorang diri kerana lambat pick-up apa yang dia maksudkan? Sampaikan salah satu berbalas-balas komen di blog aku jadikan entri ini >> bicaraskrip

Berikut pula, jawapan arwah pasal babak penutup telefilem Rabun:

yasmin said...
actually, an old korean film did something like this too - where those who were dead came back at the end.and way, way before the korean film or benton's "places in the heart" or "rabun", a poem called "theatre impressions" by nobel laureate wislawa szymborska already introduced the idea. (you see, film is so lambat compared to poetry and painting!)

"For me the tragedy's most important act is the sixth:The raising of the dead from the stage's battlegrounds,The straightening of wigs and fancy gowns,removing knives from stricken breasts,taking nooses from lifeless necks,lining up among the livingto face the audience."
- Wislawa Szymborska

Mon Oct 23, 06:48:02 AM 2006

Jawapan untuk entri berikut, arwah kembangkan lagi sebagai writeup di column NST:

Sunday, October 08, 2006
thestoryteller tanya.. bicaraskrip jawab.. (Pt.1)

yasmin said...


the most beautiful subtexts give you a glimpse into the secret compartments of a filmmaker's conscience. so secret that the filmmakers themselves were not aware of them, until they appear, mysteriously, in the work.

therefore, the answer is NO, a filmmaker must not think so much about subtexts while making the film. he/she must rely on pure instinct and feeling. nanti subtexts tu akan keluar dengan semulajadi.

kalau dipaksa-paksa, nanti the outcome will be fake, contrived, and insincere.

"the most essential element in all movies is true sentiments. be it for blockbusters or low budget productions, the movie must convey real sentiments."

- zhang yimou

Sun Oct 08, 02:02:00 AM 2006

***

Sunday, October 08, 2006
bicaraskrip tanya.. thestoryteller jawab.. (Pt.1)

bicaraskrip tanya soalan ni:

yasmin,
is it a 'KESALAHAN' if khalayak menterjemah 'subtext' in any film on their own?.
# posted by bicaraskrip : Sun Oct 08, 06:30:57 AM 2006

thestoryteller jawap:

arguably, there's no "kesalahan" in anything to do with film or any art form for that matter. but it can get ridiculous and funny, sometimes. the human intellect is so limited that it can only go so far, and then it runs around in circles, gets dizzy, and suddenly black is white and white is black.in an american interview, the late akira kurosawa was complimented by a film critic who described a battle scene in "RAN" as perfect in a visual aesthetic sense. he then asked kurosawa how he could achieve such a perfect shot. kurosawa replied that he had no choice; if he had turned the camera a little to the left, you would have seen a supermarket, and if he had shifted it to the right, you would have seen a parking lot.so you see, memang tidak ada "kesalahan" for the american critic to interpret that scene in his own way, but perhaps now you may understand what i meant by "it can get ridiculous and funny, sometimes".i myself think i'm so bodoh that i usually don't bother to interpret anything in a film. i just look for aspects of humanity which may mirror me in an honest way. in short, i just sit back and dengar cerita. kalau nangis, nangis lah. kalau ketawa, ketawa lah. i watch films like a child would. i don't care how much subtext or semiotics or dramatic ironies or whatever the filmmaker put into into his shot, if he failed to move me, he failed.film students in europe and america were obsessing about such academic navel-gazing from the 1960's to the 70's ( a mindset some of our angry old school academicians cannot seem to pull away from! ), but when it became more and more obvious that the filmmaking geniuses to come out of that generation were not academic, they started to wake up. in fact it's true of filmmakers throughout history.

d.w. griffith - failed journalist
charlie chaplin - stage burlesque comediana
kira kurosawa - unsuccessful painter
satyajit ray - book cover designer
pedro almodovar - shop window display artist
woody allen - university dropout, philosophy major
quentin tarantino - comic bookshop assistant
clint eastwood - lumberjack and soldier

and probably most interesting for me, in an interview by peter bogdanovich, the late great john ford did not even know what the term "film noir" meant! john ford began his working life as a labourer.
# posted by yasmin : Sun Oct 08, 11:44:28 AM 2006

Arwah juga sangat tak lokek ilmu malahan pernah bagi terus buku On Directing Film by David Mamet yang mulanya dia pinjamkan..

bicaraskrip tulis:

Katakan anda ingin menulis babak berikut ‘Seorang budak kecil menangis kehausan, meminta sebotol susu dari ibunya yang sedang sebok memasak di dapur’. Saya namakan objektif babak ini sbg ‘permintaan’

FADE IN:


INT. DAPUR – DAY

MONTAGE:

1. Budak kecil berdiri sambil menangis.
2. Botol susu yang kosong di atas lantai dapur.
3. Ibu sedang terkocoh-kocoh memasak.

FADE OUT.

yasmin said...

the 3-step establishing example you used is excellent.

i myself try to put across feelings without words as much as i can.

sometimes words are necessary, of course, simply because words exist and humans talk!

but sometimes... sometimes just a silent action can be more powerful.

i think sebab tu you menangis during that scene in "mukhsin" where budak tu balut the bicycle bar with cloth.
Fri Oct 13, 10:22:00 PM 2006

Percaya atau tidak, aku juga pernah 'berbalah pendapat' dengan arwah dalam blog bila aku yang sebenarnya 'keras kepala' nak lawan pendapat dia.. yang aku ingat ada dalam 2 entri:

#1 Love Conquers All

#2 Berbagi Suami (Indonesia/2006) - struktur cerita bagus banget!

di pratonton Mukhsin 27/02/07 GSC MidVallley

Akhirkata, bersemadilah dengan aman wahai sahabatku Yasmin Ahmad.. percayalah bahawa aku akan sentiasa mengingati dan rindukan kamu.. Al-Fatihah :-(

41 ulasan:

Muhammad berkata...

uncle
me tak lena.....puas pejamkan mata. tapi tak mampu.

me buka blog ..ternampak post ini.

Now.....hati ini sudah terjaga

:(

Ajami Hashim berkata...

Salaam Muhammad,

malam terlalu sunyi.

Farah Ahmad berkata...

baru balik dr damansara specialist tgk yasmin... kesian...msh koma .slps 48jam baru tahu wats next... doalah yang terbaik untuk dia...amin

Ajami Hashim berkata...

Salaam Farah,

tq 4 t info dear.. and good luck wt ur LORONG BLUES mulai mlm ni ;-)

p/s: hari ni 1 Sya'aban 1430H.. di antara peristiwa paling bersejarah yang berlaku pada bulan Sya'aban ialah peristiwa pertukaran kiblat dari masjid Al-Aqsa kepada Kaabah.

Blog Anuar Kamaruddin™ berkata...

insyaAllah dgn doa dan semangat org sekeliling, she will be fine. amin.

Hadi Az berkata...

Saya sangat berharap Kak Min akan pulih seperti sedia kala, berkarya seperti sedia kala, bercakap seperti sedia kala, ketawa seperti sedia kala, berhati seperti sedia kala....

Ajami Hashim berkata...

Salaam anuar & zai,

amin.

NE ME QUITTE PAS (DON'T LEAVE ME)

Don't leave me
We must forget
All we can forget all we did till now
Let's forget the cost of the breath
We've spent saying words unmeant
And the times we've lost hours that must destroy
Never knowing why everything must die at the heart of joy
Don't leave me don't leave me
Don't leave me don't leave me

I'll bring back to you the pearls of rain
From a distant domain where rain never fell
And though I grow old I'll keep mining the ground
To deck you around in gold and light
I'll build you a domain where love's everything
Where love is king and you are queen
Don't leave me don't leave me
Don't leave me don't leave me

Don't leave me
For you I'll invent
Words and what they meant only you will know
Tales of lovers who fell apart and then fell in love again
There's a story too that I can confide
Of that king who died from not meeting you
Don't leave me don't leave me
Don't leave me don't leave me

And often it's true that flames spill anew
From ancient volcano's we thought were too old
When all's said and done scorched fields of defeat
Could give us more wheat than the fine April sun
And when evening is nigh with flames overhead
The black and the red aren't they joined in the sky
Don't leave me don't leave me
Don't leave me don't leave me

Don't leave me
I will cry no more
I will talk no more hide myself
To look at you and see you dance and smile
And hear you sing and laugh
Let me be for you the shadow of your shadow
The shadow of your hand the shadow of your dog
Don't leave me don't leave me
Don't leave me don't leave me

silbi abigail berkata...

gusar risau
sebab ada petanda
bila sedar itu kembali
kehilangan akan dirasai
hanya pada Allah
aku memohon
bernafasnya Yasmin
akan buat kita
berkongsi azabnya.

Ajami Hashim berkata...

Salaam silbi abigail,

betul..

jujurnya aku tak mahu meneka
apatah lagi menyebut..
aku nak dia bangun!

Adi Luqman berkata...

You know how I love her movies.
You made me her follower.

Thanks Ajami.

Now she's gone, I don't know what to say.
Words cant describe my feelings.

I'm so devastated.

Al-Fatihah untuk arwah.

sis_nita berkata...

AL-Fatihah..

semoga arwah tenang di SANA..

terkejut sangat..

so sad :(

julie berkata...

yup terasa macam br semalam terdgr dia berkata2 dlm one of our talk program kat my fact....walhal it was happened last year....seorang yg tidak kedekut ilmu.....gonna miss her forever....Al-Fatihah

FaPet berkata...

Dari ALLAH bliau datang..kepade ALLAH jugelah beliau akan kembali.

Al-Fatihah...

waiem berkata...

Semoga roh beliau dicucuri rahmat

fadreza phycaze berkata...

al-fatihah...
we all miss her

ryann berkata...

sedihnya..bang. tak puas tonton filem2nya lagi. al-fatihah

silbi abigail berkata...

salam abg ajami..
walau beliau tidak kukenali dalam hidup aku. hanya dari filem sepet aku mengangkat beliau paling hebat.
bertikam lidah aku dengan kawan2 mempertahankan falsafahnya.
aku memang berdoa untuk dia bangun!
berharap Allah memberi petunjuk dan rahmat dalam komanya. lajaknya, kita pasti akan berkongsi sama rahmatNya itu. Allah meyayanginya..
maafkan aku abg ajami, doaku yg jauh dari sejadah tidak dimakbulkan Allah.
Al-Fatihah buat arwah Yasmin Ahmad.

wénkt berkata...

sunyi .

sepi .

idyavie berkata...

the missing piece.. sukarnya tuk mencari galang gantinya

idyavie berkata...

Salam...nice blog n berinformasi...salam kunjung ke idyavie.blogspot.com & sudi2 lah

FAD ARIFFIN berkata...

RABUN for me is still her masterpiece. The one i like most.

Al-Fatihah untuk arwah. Moga tenang rohnya di sana.

Tulisan Dari Manjung berkata...

TDM pun terkejut juga dengan pemergian arwah.....memang flem dia lain dari yang lain....TDM suka talentime...walaupun cuma takat tengok iklan...sebab kat manjung nie ari tuh tak tayang kat panggung....bengang ngan tokei panggung tu...mesti dia ingat citer nie tak ada nilai komersial....mesti ajamhashim sedih bila tengok movie dia pas nie....sbar ajalah.....


http://tercipta.blogspot.com/

Ajami Hashim berkata...

Salaam all,

terimakasih..

Mungkin akan ada yg bertanya 'siapakah' arwah dlm hidup aku? Ya! Aku bukanlah salah seorg ahli keluarga atau rakan sekerja dr mana2 networking samada industri pengiklanan, tv atau filem. Aku cuma seorg blogger yg bersahabat dgn seorg lagi blogger iaitu arwah melalui internet. Macam juga kamu yg membaca blog ini, mungkin aku tidak pernah bertemu dgn kamu di luar dunia siber. Barangkali aku pernah blog hopping ke blog kamu & sebaliknya. Namun apabila kita berjumpa dlm dunia sebenar, perkenalan kita akan semakin dekat. Tak mustahil juga kita akan bertukar no telefon & terus-terusan berhubung melalui sms atau telefon. Begitulah juga asalnya perkenalan aku dgn arwah. Awalnya kami org asing yg hanya dekat melalui laptop masing2.. Ya! Aku akui sejak jadi blogger 3 tahun lepas 2006 terlalu ramai kenalan baru. Namun salah seorg yg betul2 'mempengaruhi' hidup aku dr dunia blog ini ialah Yasmin Ahmad. Betapa besarnya pengaruh internet itu yg masuk ke dlm hidup realiti aku. Aku juga akui terusnya wujud blog ini & bicaraskrip ialah kerana dia. Aku berani menulis apa yg terfikir dlm kepala hotak aku bila mengulas sebarang filem atau lain2 karya kerana dia.. kenapa? kerana aku tahu sekali-sekala dia akan blog hopping ke blog ini walaupun tak tinggalkan sebarang komen. Aku tahu dia jadi silent reader. Sebab tu kdg2 dia sms utk respon secara peribadi. Perlukah aku berlagak kpd kamu tentang kenyataan itu? Maksud aku begini.. arwah mcm seorg cikgu & aku bak seorg murid. Ingat tak masa sekolah dulu, kita akan sentiasa cuba untuk lulus periksa secemerlang mungkin salah-satunya utk mencuri perhatian cikgu kita. Kita nak cikgu tahu bahawa kita semakin pandai dan pandai.. Walaupun cikgu tak akan cakap tahniah bla bla bla.. tapi kita tahu jauh di sudut hati dia, kita jadi salah seorg murid yg dia akan banggakan. Kita happy. Cikgu kita juga happy. Ya! PRHATIAN itulah yg kita hendak.. samalah juga dgn blogging. Kita rasa seronok kalau kita tulis yg elok2, pembaca kita akan kata dlm hati "nice posting!".. dan bila yg tak elok, pembaca akan kata dlm hati "ntah hapa2 mamat ni tulis!".. Begitu juga dgn arwah as a blogger.. Kalau dia tulis something kat blog dia, sure dia nak perhatian kita utk respons & komen kpd apa saja yg dia sharing.. Bagi aku, hubungan blogger vs. blogger itulah yg jadi penyambung persahabatan kami iaitu nak argue/accept idea masing2.. That's blogging!

Ajami Hashim berkata...

Tapi sekarang arwah dah tak ada. Aku mcm murid yg kehilangan cikgu. Aku dah tak ada org yg aku nak 'berlagak'.. Aku dah tak dpt sms respons dia. Aku dah tak dpt nak komen kat blog dia. Aku mcm cakap2 sorang2. Masa hayatnya, arwah akan sentiasa sms apa2 yg dia buat walaupun kat festival luar negara. Walaupun jauh, aku tetap rasa dia dekat & pasti akan jumpa lagi bila dia balik KL. Dia akan cerita itu & ini pengalaman dia kat blog/sms. Walaupun aku tahu dia sms semua org yg dlm list hp dia, tapi bila aku reply dia akan reply balik. Dia explain lagi pjg-lebar apa yg dia sedang buat. Arwah pasti akan respons secara personal setiap sms yg dia terima walaupun lambat. Sekarang dah tak ada. Aku tengok no hp arwah dlm hp aku lama2 dan rasa nak sms dia. Tapi aku cuma taip msg itu & delete sebab kalau aku hantar sms itu, aku tak akan dpt reply dari dia. Apa yg tinggal sekrg cuma msg2 lama yg byk kata nasihat/kata perangsang yg masih aku simpan dlm hp aku sejak 2006. Bila aku baca blk aku jadi sgt sebak. Sama juga bila aku klik blog dia. Dulu aku selalu check side-bar tunggu new entri dr dia. aku akan cepat2 klik & baca.. memanglah kdg2 aku baca shj tanpa komen sebab mungkin artikel yg dia tulis adakalanya aku sendiri tak tahu nak komen apa2.. tapi aku tetap baca sampai habis. Sekarang blog link arwah itu akan melurut ke bawah sekali. Dan esok-lusa blog link itu akan kat bawah sekali sampai bila2 sebab arwah dah tak ada.
Dlm byk2 kenangan aku dgn arwah yg paling manis ialah semasa minggu pertama tayangan Mukhsin di pawagam. Dia minta aku untuk belikan 20 tiket (kalau tak silap) kat TGV KLCC utk tgk ramai2 dgn kawan2 yg available. Dia nak tgk bersama org lain beli tiket kat kaunter. Tengahari punya slot. Punyalah ramai manusia! tapi arwah selamba jer dtg segerombolan dgn kwn2 dia & layan semua org yg nak bergambar. Siap dia bagi tiket free kat 1 couple yg tgh Q sebab ada yg kensel last minit dr tiket yg aku beli. Dlm panggung aku duduk sebelah dia. Tengok Mukhsin utk 'kesekian' kalinya. Tapi still bila babak Mukhsin balut basikal utk Orked duduk aku akan sedih. Yg kelakarnya dia sendiri pun menangis tgk filem sendiri. Why? Sebab dia pun letak diri dia sbg penonton biasa. Sama juga masa tgk Talentime kat ofce LB. Bila bukak lampu, merah2 mata dia. Mata aku tak usah nak ceritalah. Ok! Kalau sesiapa nak kata kami syok sendiri tak apalah. Lagipun airmata masing2 tak kena bayar oleh sesiapa pun. Itulah salah-satu benda yg aku belajar dr arwah iaitu "JADI DIRI SENDIRI". Ada masa kita betul, ada ketika kita salah. Itulah juga antara prinsip yg aku pegang bila buat blog ni. Aku tulis apa yg aku rasa betul walaupun mungkin pd org lain mungkin tak betul. Kalau aku tulis salah pun lantaklah janji aku tahu sejauh mana yg aku mampu tulis & blog. Dan sah2 blog ni mcm mental therapy.. kita luahkan apa yg terbuku dlm hati secara peribadi. Wahhh! Dah jauh aku meroyan tak tentu hala kat kotak komen blog sendiri nih! ahahaha!
Tak apalah kan?.. yg baca pun cuma korang jer.. so utk sementara waktu nih, aku akan tulis apa2 yg terlintas psl kenangan aku dgn arwah kat sini ajer sementara waktu. aku betul2 tak ada mood nak up new entri.. tunggulah sehari-dua lagi aku dah cool kot.. terimakasihlah korang coz sudi baca sampai habis komen yg panjg berjela nih!.. korang jaga diri baik2.. Wassalam.

fadz berkata...

bro, samalah kita :............(

Umi Rose berkata...

sayu baca entry u ajami....

miezi berkata...

surelu will be missed :(

ravi deshpande berkata...

Wish I could follow your language...
I grieve with you...

Ajami Hashim berkata...

It's amazing, isn't it? People can say what they like, and try to sound authoritative by quoting from many sources, but if the nawaitu is black and arrogant, it shows through loud and clear. You just can't hide it. Allah is great! - Yasmin Ahmad (via sms to Ajami Hashim @ 24/10/06 12.23am)

Muhammad berkata...

uncle

3 hari hampir berlalu...tapi me still tak jumpa kata-kata yang sesuai. untuk memujuk diri sendiri , atau memujuk mereka. ( termasuk u )....

uncle

lihatlah...ini hati saya
dan ianya retak meretak..dari malam sunyi itu.
namun...me cuba utk terima , telan dan hadam kenyataan ini.

sekarang..adalah tugas kita semua , utk terus " menghidupkan LEGASI " beliau.

Kak Yasmin akan terus abadi diri ;

dalam setiap suara warkah
dalam bait-bait bicara
dalam batang tubuh memori
dalam ingatan yang indah

......

Amin

hafizanmohd berkata...

jasadnya saja yang tiada jiwa dan semangat beliau masih disini dan akan kekal disini

ZAM SHAH RIZAL berkata...

Pernah suatu ketika di kala akhir Ramadhan sebelum menjelang syawal,aku pernah tidak merasa mood atau kehangatan syawal itu,kalau tidak kerana aku berpuasa,aku rasa seperti hari-hari biasa sahaja,apatah lagi bila dengar radio asyik putarkan lagu raya yang lama,lagu raya zaman dulu,buka TV dramanya asyik2 citer sedih,citer komedi yang berulang-ulang,cerita yang sama setiap tahun....oh sungguh klisenya...
Hanya iklan raya petronas sahaja yang membuatkan aku berasa mood sebenar sebelum menjelang raya...tanyalah pada sesiapa sahaja,tidak kisahlah tanya pada keluarga anda,sahabat anda mahupun seluruh rakyat malaysia,pasti mereka tidak akan alihkan channel lain ketika iklan raya petronas.Tapi kini mungkin tiada lagi karya yang sehebat itu........

YASMIN AHMAD (1958-2009)
al-fatihah....

Pyanhabib berkata...

dari allah kita datang,
kepada allah kita berpulang.

rudy bluehikari berkata...

ini haiku yang aku tampal di blog hari ini;

Belasungkawa
dia kini tiada
hujan di mata.

ヤスミンさん、さようなら!

Ajami Hashim berkata...

NOTA:

aku & sultanmuzaffar baru balik ziarah pusara kakmin.

ironic?

ahad lepas, aku 'mengelak' dpd menyaksikan jasadnya dikebumikan. aku datang lambat kerana aku tak sanggup. dan tadi masa kami di situ, sedang baca yassin.. mayat seorg budak lelaki berumur 15 tahun yg meninggal kerana sakit jantung hendak dikebumikan di sebelah pusara kakmin.

"kakmin, u dah ada jiran" bisikku dlm hati.

kakmin, aku akan menziarahi mu lagi bila ada masa terluang.

Eskapisminda berkata...

Ajami, thank u so much for sharing your personal moments with 'Yasmin' with us. Hati saya sebak sampai hari ini dan air mata ini boleh berguguran bila-bila terkenangkan dia walau hakikatnya I have never met her in person. Dia membakar inspirasi dan mencabar berani. Dan kerana dia, impian dalam hati ini tidak mati. Ah. What an irony.

-Al-fatihah untuk Yasmin Ahmad

Marissa berkata...

Bro, Thanks for sharing this. Semakin lama, semakin terkuak berita kebaikan dan kehebatan beliau.

Beliau istimewa. Beliau hebat, Beliau nampak sesuatu yang kita kurang lihat.

Sekelompok merindui dia. Pasti. Amat pasti. Biarpun saya tidak pernah mengenali dia, tapi hati amat pasti akan terus merindu dia. Selepas ini tidak wujud lagi rasa 'ternanti' setiap karyanya. TheStoryTeller itu bakal tertinggal dengan memori yang amat tinggi indahnya.

Great people dies young. Kan? Mungkin satu petunjuk agar kita lepas ini lebih menghargai great people ini selagi mereka wujud..

Al-Fatihah. Saya masih rasa dia ada. Semangatnya dalam menrealitikan sebuah kehidupan layar di balik kaca kamera.

She will be missed. *crying

deennasour berkata...

dia tak lokek kan.
beb, gua sedey sebab tak sempat nak cakap sepatah pun dgn dia!!!!!
last jumpa kat talentime!! omg!
kalau tau tu lah last tgk muka dia live, aku ku peluk cium.

btw, email to kosmo tu, amat berwawasan.

idyavie berkata...

hmm.. air itu mengalir, tiba masanya.. ia kering, kesannya amat dirasakan.. gantinya air.. tiada tahu puncanya, mungkin esok, lusa, tulat dan entah bila atau tiada langsung..

dugongsenyum berkata...

menumpang sedih

zafi berkata...

salamz bro...
maaf udah lam,a tak menyinggah...
sedih bila dengar berita ini bro.. kita doakan moga rohnya dicucuri rahmat....
salamz ramadhan for you and family...

i miss home !