Jumaat, 10 Julai 2009

filem seram: soalan terbuka..

1. Apa pendapat kau tentang filem seram?
2. Filem seram yg macamana kau nak tonton?
3. Wajarkah penerbitan genre seram di-HARAM-kan dlm semua medium cerita (komik/akhbar/majalah/buku/tv/filem/internet)? ..maksud aku SEMUA yer! alang2 nak haramkan!




"horror as a category of ordinary language, is a serviceable concept through which we communicate and receive information. it is not an obscure notion. we manage to use it with a great deal of consensus; note how rarely one has cause to dispute the sorting of items under the rubric of horror in your local video store?" ~ Noel Carroll

TEKNOFOBIA
Channel: Astro Ria (104)
Date: Friday, July 17, 2009
Time: 3PM
Synopsis: LayaRIA mempersembahkan Teknofobia, telefilem yang pastinya menguja minda tentang rasa fobia terhadap teknologi canggih masakini yang mampu menghubungkan kehidupan dari dua alam berbeza.

17 ulasan:

Jairo berkata...

bro bagus soalan ni...
oleh kerana aku ni peminat musik keras yang extreme hehehe filem seram ni mmg kena ngan selera aku... baru la nampak ganas hahahahahaha... tapi malangnya tidak bannyak pengeluar filem malaysia yang mengeluarkan filem seram yang mantap.... bukan aku tak nak support... still juga aku p panggung utk tengok sebagai tanda sokongan supaya mereka lebih maju walaupun pada hakikat ceritanya hampeh.... tak perlulah aku mention wayang apa....

aku rasa ada bebnerapa faktor penyumbang ke arah kemunduran filem kita ni (buat hanya pada genre seram)....

1. casting
hehehehe kalau wayang yang di keluarkan oleh si polan tu.. pelakonnya mesti si polan ni... hehehe apa di malaysia ni takder ker pelakon lain???? tak pun mesti amik penyanyi yang sedang top hahahaha nak dapat free publisiti.... dari pengamatan aku la.. kalau wayang luar... castingnya ada org yang in charge... lakon layar ada org incharge... masing2 dengan peranan sendiri.... tapi tempat kita udah la dia yang director.. dia juga yang buat cerita dan dia juga belakon malahan casting dia juga buat.... hahahahahaha muak aku tengok.... one man show.. sampai lari fokus.... nasib bukan kameramen pun dia bolot hahah nanti kalau dapat anugerah boleh la dia makan semua hadiah tu kot... jgn mimpi.....

2. idea....
tak payah ckp banyak.... mmg drg ni ketandusan idea dan takder originaliti.... bagi aku drgperlu lebih banyak buat research... ni baru buat research setahun dua dah bangga umum kat tv yang dorang ada buat research sebelum buat wayang.. hahahahahah mengarut... ko tengok la sebagai contoh yang paling common wayang titanic.... berapa lama drg buat research sebelum di jadikan wayang??? berapa ramai crew researchernya mengikut expertise masing2.. hahahaha ni harap research dengar cerita mengarut dari tok dukun... dengar cerita2 org tua saja.. itu bagi aku tidak cukup effisen utk di katakan sebagai research.....

3. bajet
ni masalah besar hjugak ni.. heheheh kalau ada bajet semua pun boleh jalan.. it is bisnes aku faham bukan senang kita nak dapat pelabur utk invest dlm wayang kita... oleh itu, para pembikin wayang perlu berusaha lebih gigih utk menarik pelabur di masa akan datang.... aku berpendapat kerajaan perlu membantu para pengeluar filem tempatan dari segi kewangan dan nasihat dan para pengeluar seharusnya menggunakan peluang tersebut sebaiknya (bukan disalah guna)

4. undang - undang dan peraturan....

kekadang pihak penapisan filem kita terlalu strict di dalam penapisan filem tempatan sedangkan wayang luar yang masuk ke malaysia byk juga yang explicit tapi dapat juga di tayangkan... perkara ni perlu di kaji.... hehehehehehe kesian pembuat wayang ni.. penat2 drg buat last2 kena potong..

aku rasa takat ni dulu komen dan pendapat aku.. hehehehehehehe

maPieCeoFarT berkata...

filem seram x semestinya berkisahkan cerita hantu... bagi sy, kalau dapat buatkan adrenalin berkocak, it is considered as seram... tapi kalau nak sebut filem seram malaysia yg betul², memukau, rasenya belum ada lagi kut... sorg kwn sy ade ckp, JPB is the best filem seram from Malaysia so far, i don't think i agree... do you think so, bro?

JAIRO berkata...

aku setuju ngan pendapat en. mapie.....

Ajami Hashim berkata...

JAIRO,
tq bro coz sudi kongsi pendapat kau.. nanti aku reply satu-persatu.. fyi, aku pernah tulis psl asas sesebuah filem seram kat sini:

Kuntilanak (Indonesia/2006) - mari belajar struktur cerita seram?

maPie,
JPB ada 'kekuatan' spt old school B-grade horror film acuan hollywood.. IMHO, storytelling yg sama dibuat balik utk filem Drag Me To Hell! (cuma depa ada cgi) huhuhu!

Nizam berkata...

Aku rasa, setiap orang yang nak buat cerita seram ni, ada caranya tersendiri. Macam aku... Aku sejak kecik suka dengan style Sam Raimi. Entah macam mana, kalau aku nak buat cerita seram, aku kena kelakarkan dulu. Kali terakhir aku cuba masa aku tulis dan direct GPS (Teknofobia). I wished I could do something longer... Like a film ke apa. You know... Cerita yang ada unsur komedi , tapi ada moment-moment seramnya. There's this thing that fascinates me about one laughing and then feeling scared shitless.

But that's just me. Orang lain ada filem atau sub-genre seram yang diorang sendiri suka. Taste orang lain-lain. Betul tak?

Seriy Amran berkata...

agree wif jairo.
filem seram is quite interesting dan sangat diterima oleh masyarakat but i think kat Malaysia sekarang ni takde lagi genre seram or film yang betul-betul 'kill' because of beberapa faktor yg telah dihuraikan sepenuhnya oleh en.Jairo!

Ajami Hashim berkata...

Nizam Zakaria - tQ bg komen ekk bro! oklah aku promotkan trailer TEKNOFOBIA kau! huhu!

Seriy - rasanya SUSUK & HISTERIA dah cuba buat sumthin yg 'rare' ..tak gitu dik? haha!

p/s: JAIRO - sori gua blom sempat nak 'mengarang' jawapan utk poin2 lu bro! ahahaha!

Tanpa Nama berkata...

Hmmm..soalan2 basic yg macam ni yang susah nak jawab ni hehe...

Aku faham kenapa orang suka tengok filem komedi.
Aku faham kenapa orang suka tengok filem drama.
Aku faham kenapa orang suka tengok filem action.
tapi aku tak berapa faham kenapa orang suka tgk filem horror....

Walaupun aku suka bangat sama itu Texas Chainsaw Massacre, exorcist, Dukun Lintah,Drag Me To Hell, Ring,Argento's dll...

Kenapa ek orang suka tengok filem seram?

Ajami Hashim berkata...

Anon,

mungkin kerana salah satu sifat azali manusia yg paling dielakkan ialah TAKUT (FEAR).. setiap saat kita sentiasa hendak dalam keadaan SELAMAT.. filem2 melodrama, komedi atau aksi ialah hiburan yg akan pasti memberikan kepuasan di akhir cerita kerana selalunya "they live happily ever after".. filem2 itu cuma imitasi kecil selalunya sebahagian besar kebiasaan dunia penonton di luar panggung.. mungkin ada ketikanya naratif filem2 itu pernah dialami/didengar/dibaca sbg 'normal' oleh penonton yg seakan menjadikan watak2 itu diri mereka sendiri..

tapi utk filem SERAM (HORROR) ialah fiksyen yg MENAKUTKAN dimana penonton menjadi org ke-3 shj! (bukan kebiasaan bagi penonton).. kita TIDAK MAHU ia terjadi kpd kita!.. penonton hanya ingin tahu bagaimana rasanya/tindakannya oleh watak2 dlm situasi MENGERIKAN itu?.. kadang2 penonton tidak peduli siapa yg akan mati/hidup menang/kalah baik/jahat kerana di akhir cerita kita tidak pasti samada ia akan memberikan klimak kegembiraan atau ketakutan yg akan bersambungan! (sekuel)

ahahaha!

Tanpa Nama berkata...

Oh very nice explanation Ajami...And I agree with u. Tq

ZAM SHAH RIZAL berkata...

Tidak semua org boleh layan cerita seram dan tidak semua orang boleh bikin cerita seram.Cerita seram x semestinya mesti nmpk hantu,mesti letak hantu bnyk2 supaya org takut.kalau setakat nk hantu bnyk2 baik tgk antoo fighter.
Kadangkala citer seram ni walaupun kita takut,tonton sambil tutup mata,tapi kita masih juga buka sedikit kerana keinginnan hendak menonton walaupun ngeri dan takut.Seperti zaman kanak2 dulu ketika menonton filem Toyol(yg terkenal dgn dialog Bachok oh Bachok) dan juga filem Rahsia arahan othman hafsham.Bagi saya kedua-dua filem inilah merupakan filem melayu yg btol2 seram bagi saya jika hendak dibandingkan pada masa skrg.
Filem seram melayu pada zaman skrg bnyk buat org terkejut dari seram.Sebuah filem seram akan membuat bulu roma kita naik,jantung berdebar menunggu apa yang akan terjadi pada seterusnya.tetapi bila ia sudah jadi terkejut maka seram itu akan hilang.kita hanya terkejut sekejap dan terus hilang tumpuan dan mula bersembang dgn kawan2.sebagai contoh tentang erti bogel,bogel bukan seksi tetapi adalah art,seksi itu yg pakai x cukup kain.begitu lah juga dgn filem seram,x semestinya filem seram kita tunjukkan selalu hantu itu,seperti JPB berapa bnyk hantu dia ada,kadang dh mcm muzium hantu ella sandera dh filem tu.JPB hanya seram bila scene mak mah,ckp2 mak mah itu yg membuatkan kita seram.
contohnya filem thailand,shutter dan coming soon,berapa kerap hantu dia keluar,tetapi kita tetap merasa seram untuk menunggu hantu itu muncul tanpa perlu terkejut...

Tanpa Nama berkata...

penakut je suke cite seram, org berani cam i suke cite romentik.

fadz berkata...

menonton horror ialah untuk melepaskan gian seks anda. skt.

FaPet berkata...

Eden bukan orang pilem...tapi ape yang eden nampak dari sudut penonton...kebanyakkan pilem2 seram kini seperti ilang taringnye...hanye seperti melepaskan kentot ditangge hehehe...kebanyak kan babaknye ade yang ditiru sebiji dari pilem lain seperti bole dijangke oleh penonton...ape yang bakal keluar dan ape yang bakal jadi...baik barat mahu pun tempatan.

Ajami Hashim berkata...

Monday July 20, 2009
Jakim clamps down on films
BY IZATUN SHARI
PUTRAJAYA: The Islamic Religious Develop-ment Department of Malaysia (Jakim) is embarking on a blitz against films that focus on horror, myth, superstition and false traditional elements which go against religious teachings.

Such films, dramas and publications have been deemed to be against the aqidah (faith) of the Muslims and violate clear guidelines issued by the religious authority.

Jakim research division director Razali Shahabudin said it would summon all producers and publishers to attend a seminar and present the guidelines as a reminder before the end of the year.

“I believe that if they know it is wrong they will not do it,” he said in a recent interview.

“They know about Islam, but we have to keep reminding them,” he added.

Jakim would also highlight the matter in its sermons and on its television slot, TV Jakim, which is expected to be aired soon.

Razali said that Jakim, through its media control division, had received numerous public complaints pertaining to such films and publications particularly foreign ones via its web blogs.

He said such themes were prohibited by the ahl Sunnah Wal Jamaah (Islamic doctrine) and violated guidelines for Islamic-based publications.

He added that such films and articles were being monitored periodically and the department had issued advice and written letters asking the relevant parties to stop broadcasting or publishing the offensive themes.

Jakim has two guidelines which serve as references for government agencies involved in controlling media materials to ensure broadcast materials do not deviate from the teachings of Islam based on the belief of ahl Sunnah Wal Jamaah.

Jakim also encourages the parties involved to refer matters to them or respective religious authorities including the ulama and mufti before broadcasting or publishing such themes.

Razali said if the problem became serious and a fatwa (decree) had to be issued, Jakim would refer the matter to the National Fatwa Council muzakarah (meeting).

He added that Jakim had advised producers and scriptwriters to promote interesting stories that could benefit the religion, race and the country’s economy.

Ajami Hashim berkata...

Tuesday July 21, 2009
Guidelines must not be arbitrary as it affects business, says film director
By MUMTAJ BEGUM
PETALING JAYA: Filmmakers in Malaysia want a clarification on whether there are new guidelines for films with horror, myth, superstition and false traditional elements which go against religious teachings.

Shuhaimi Baba, director of box office hits Pontianak Harum Sundal Malam 1, Pontianak Harum Sundal Malam and Waris Jari Hantu, said they were unsure what to make of the recent rulings by the authorities.

“Two days ago, it was about Mat Rempit and cross dressers and now it’s horror. Why are there suddenly such implements?”

She said the Information, Communications and Culture Ministry would usually inform filmmakers about new rulings or guidelines but it has remain silent on the latest issue.

“These things shouldn’t be arbitrary because they affect a lot of people and businesses.

“There have always been complaints (from various parties). If there is one now, we are prepared to listen,” she added.

Shuhaimi said any policy change should be holistic and cover both local and foreign films.

It was reported that the Islamic Religious Development Department of Malaysia (Jakim) was embarking on a blitz against such films. which were deemed to be against the faith of Muslims and violate clear guidelines issued by the religious authority.

Jakim also planned to summon all producers and publishers to attend a seminar and present the guidelines as a reminder before the year ends.

The Censorship Board is the sole authority on whether films are banned in the country.

Actor-turned-director M. Jamil – whose upcoming horror flick Momok The Movie is slated for Hari Raya – said local production companies know the do’s and don’ts well.

“If the parties involved are so concerned, they should look at some of the foreign films.

“Our horror films are mild compared to, say, Thai horror films.”

Jamil is the son of Datuk Sarimah Ahmad, who starred in the 1968 horror flick Raja Bersiong.

National Film Development Corporation corporate communication assistant director Ahmad Syazli Mohd Khiar said Jakim may give a filmmaker a verbal guideline.

“But it is ultimately the National Film Censorship Board that decides whether the film content is acceptable locally.”

Ahmad said Malaysian filmmakers are well aware of the elements that are deemed sensitive or which go against the teachings of Islam.

Ajami Hashim berkata...

Antara Jakim, Finas dan LPF - 'Banned' Cerita Hantu?
Post by m.jamil on Tue Jul 21, 2009 8:46 pm

Saya terpanggil untuk mengutarakan pandangan saya pada kenyataan yang dikeluarkan oleh Jakim di akhbar The Star pada hari Isnin 20 Julai dan maklum balasnya pada 21 Julai 2009. Maklum balas yang di tulis oleh wartawan The Star, Mumtaj Begum memungkinkan berlakunya kekeliruan sekiranya ianya tidak ditangani segera oleh pihak yang sepatutnya.

Di beritakan pihak Jakim akan membuat resolusi baru mengenai status filem tempatan genre seram atau yang membabitkan sensitiviti agama khususnya akidah umat Islam

Apa jua tindakan Jakim pastinya bertujuan baik demi ingin sentiasa memartabatkan kesucian agama Islam. Namun begitu biarlah perkara ini dibuat secara menyeluruh kepada industri filem tempatan. Kebanjiran filem asing patut juga diberi perhatian serius.

Biarlah perkara ini diperhalusi sebaik mungkin dan melantik FINAS sebagai `orang tengah' untuk berkomunikasi dengan karyawan tempatan. Kalau ada undang-undang yang diluluskan secara rasmi, insyaAllah kami akan ikut, walaupun secara terpaksa, demi kebaikan. Tolong jangan keluarkan kenyataan secara rambang. Kenyataan terbuka oleh Jakim mungkin mengundang kekeliruan. Kita tidak mahu perkara sebegini di sensasikan atau ada 'double standard'. Tujuan dan niat yang baik harus dilaksanakan dengan baik. Jangan letakkan karyawan seperti saya dalam keadaan serba tak kena.

M.Jamil
www.momokthemovie.com
momokthemovie.blogspot.com