Isnin, 3 Ogos 2009

FFM22: ajami kataaanya!


Senarai Pencalonan Akhir Festival Filem Malaysia 22

Pengarah Harapan
Effendee Mazlan – Kami The Movie
Azizi Adnan – Antoo Fighter
Norliana Shamsudin – Selamat Pagi Cinta
James Lee – Histeria
Wan Azli Wan Jusoh – Budak Kelantan

Top-5 Pengarah Harapan inilah yang saya rasa sebagai punca utama kenapa pahat dan tukul kepunyaan saya akan berbunyi ketuk-ketak ketuk-ketak ketuk-ketak apabila membaca senarai pencalonan akhir FFM ke-22 tahun ini. Bagaimanapun, apa juga yang saya tulis di sini TIDAK AKAN mengubah apa-apa kepada senarai itu cuma sekadar pandangan peribadi sahaja! Kamu sebagai pembaca juga boleh berkongsi dan pinjamkan gergaji atau sesiku L untuk bersama-sama me-repair rumah kongsi saya ini! ahahaha!

Pengarah Terbaik
Pierre Andre – Jangan Tegur
Afdlin Shauki – Papadom
Ahmad Idham – Syurga Cinta
Yasmin Ahmad – Talentime
Bade Hj Azmi – Maut

Pada hemat saya, Effendee, James Lee atau Wan Azli layak selayak-layaknya untuk mengisi salah satu (atau dua atau tiga) calon-calon Pengarah Terbaik tetapi diketepikan hanya kerana mereka tergolong dalam kategori Pengarah Harapan? Dalam ertikata lain, walau sehebat manapun filem arahan dari seorang pengarah yang 'pertama kali' saya ulang 'PERTAMA KALI' sungguhpun jikalau andaikata filem itu menang di Oscar atau Cannes sekalipun, maka di Malaysia hanya layak untuk bertanding dalam kategori 'harapan' dan duduk diam-diam tutup mulut serta kena bikin filem seterusnya (kalau ada bajet dan hayat) untuk dapat bertanding untuk kategori Pengarah Terbaik.. wow!

Pelakon Lelaki Terbaik
Que Haidar – Maut
Afdlin Shauki – Papadom
Rashidi Ishak – Setem
Awal Ashaari – Syurga Cinta
Mahesh J. Kishor – Talentime

Di manakah saudara Mohd Asrulfaizal (Jaha) dari filem Budak Kelantan? oh! saya terlupa Budak Kelantan adalah dari filem arahan calon Pengarah Harapan.. lalala!

Pelakon Wanita Terbaik
Nabila Huda – Bohsia
Nadia Mustafar – Jangan Tegur
Liyana Jasmay – Papadom
Sharifah Amani – Sayang U Can Dance
Heliza Helmi – Syurga Cinta

Liyana Jasmay rasanya layak juga bertanding untuk 2 lagi filem lakonannya iaitu Histeria dan Kami The Movie tetapi sekali lagi saya ingatkan diri saya bahawa kedua-dua filem itu dari arahan Pengarah Harapan dan mungkin Liyana tak patut gila kuasa sampai 3 nama kot?.. ops!

Lakon Layar Terbaik
Afdlin Shauki – Papadom
Ahmad Idham – Syurga Cinta
Bade Hj Azmi – Maut
Syamsul Yusof – Bohsia
Yasmin Ahmad – Talentime

Pergi beli dvd filem Budak Kelantan, Kami The Movie atau Histeria dan beritahu saya bahawa ketiga-tiga filem itu mempunyai lakon layar yang bagus atau tak bagus?.. pergi cepattt!

Cerita Asal Terbaik
Afdlin Shauki – Papadom
Yasmin Ahmad – Talentime
Fariza Azlina Isahak – Kami The Movie
Nor Shuhadatul Ain – Syurga Cinta
Bade Hj Azmi – Maut

Oh! Kami The Movie akhirnya ada dalam senarai!.. eh! tapi di manakah Budak Kelantan?.. winkwinkwink!

Filem Komedi Terbaik
Los dan Faun
Cicakman 2
Senario The Movie : Episod 1
Sifu dan Tongga
Brainscan

Wei! Mana aci! Kalau genre komedi dapat kategori khas, apa bezanya dengan genre seram wei??? ..tak baik tau diskriminasi cegini! sedih brader-brader fadz & s k r i n tau!

Filem Animasi Terbaik
My Telatori - The One Academy of Communication Design
Upin & Ipin dan Kawan-Kawan : Kembara ke Pulau Harta Karun
Still Alive - The One Academy of Communication Design

Konpius aku!.. habis filem GENG: Pengembaraan Bermula dalam kategori apa wei???

Filem Pendek Terbaik
Perempuan Itu – Institut Media Integratif Malaysia
Rumah Kecilku Ada Kelambu – UITM
Permata Bonda – Universiti Sains Islam Malaysia

Odoi Odu tak dapek masuk kah???

Filem Digital Terbaik
Vikrant – Super Arts Productions
Tiga Budak Melayu – UITM
Aathma – Demaz Entertainment Sdn. Bhd.

Punggok Rindukan Bulan???.. Sell Out!???.. nan adooo???

Memandangkan FFM sangat suka dengan perkataan 'harapan'.. apakata tahun depan tambah lagi semua kategori dengan extra bertitle 'harapan'.. atau tukar jer jadi kategori 'kalau kau masuk kategori harapan kau jangan harap dicalonkan dalam kategori lain'.. ahahaha!

Peace bro! muahhh!

*senarai penuh >> sultanmuzaffar.blogspot.com

22 ulasan:

kekure berkata...

Apa ni?Esok pagi gua gi piket sorang2 kat depan KLCC..Mana Sell Out nigh?Arghhh..Kejis!

Ajami Hashim berkata...

kekure.. lu jual nasi lemak kah di piket itu? kahkahkah!

Sell Out! out sebab ada tajuk 'out' sapa suruh! ahahaha!

kekure berkata...

Haruslah jual nasik lemak sotong dengan sambal ayam dengan kereta kancil gua ittew..sesambil piket sesambil sell out jugek!

Takut cerita lain tak leh menang tu pasal Sell Out tak tercalon hahaha

Tanpa Nama berkata...

namapak gayanya tahun ni filem arahan arwah yasmin ahmad akan menang besar kerana ia bertepatan dengan tema yang popular pada negara kita iaitu 1malaysia.Tapi pelik bagaimana James Lee yang pernah menang award kt luar negara boleh termasuk dlm kategori pengarah harapan,kalau director flower in the pocket atau karaoke masuk bertanding,apakah mereka jgk akan tersenarai dlm kategori pengarah harapan?pelik...pelik...berikut adalah saya punya tekaan...
1) PENGARAH TERBAIK:
Arwah Yasmin Ahmad - Talentime
2) PELAKON LELAKI TERBAIK:
Mahesh J. Kishor - Talentime

3) PELAKON WANITA TERBAIK:
x tau sebab semua filem mereka saya x tonton.

4) LAKON LAYAR TERBAIK:
Yasmin Ahmad - Talentime

5) CERITA ASAL TERBAIK:
Yasmin Ahmad - Talentime


6) SINEMATOGRAFI TERBAIK:
Low Soon Keong - Talentime

7) PENYUNTING TERBAIK:
Raja Affandi Jamaluddin - Talentime


8) SKOR MUZIK ASAL TERBAIK Pete Teo - Talentime


9) FILEM KOMEDI TERBAIK
Los dan Faun - Vision Works


10) FILEM ANIMASI TERBAIK
Upin & Ipin dan Kawan-kawan: Kembara ke Pulau Harta Karun - Les’ Copaque Production Sdn. Bhd.

11) FILEM DIGITAL TERBAIK:
Aathma - Demaz Entertainment Sdn. Bhd.
(filem tamil ini hebat di panggung digital di malaysia dengan tayangan selama lebih 50 hari,D.O.P seorang melayu dan kini menjadi D.O.P untuk filem adik manja the return)
13) FILEM DOKUMENTARI TERBAIK:
Rosli Dhoby - ASTRO Entertainment

-paranoid park-

Amer Yusof berkata...

filem budak kelantan bukanlah bagus sebagusnya. ada twist yg pelik n tak perlu dalam filem itu. plotnya mudah, cuma isu yg dibawanya besar. memang jauh lebih bermakna drpd filem bohsia.

kami the movie terikat dgn penceritaan yg x jelas bg sesapa yg x tgk the series.

pun begitu, histeria adalah filem yg baik biarpun belum boleh dikira terbaik.

mmg benar, calon2 pengarah harapan seharusnya ada yg mengisi kategori pengarah terbaik. James Lee terutamanya.

adakah abg ajami begitu berjuang untk filem2 ini hingga menutup mata terhadap beberapa kecacatan dlm filem2 tersebut? hurm mungkin kerana filem2 yg tercalon pula yg lbih menonjol kecacatannya.

btw, salah satu cara abg jami patut cadangkan kpd finas....tukar style penjurian. guna skema Oscar. Ahli mengundi, ahli tentukan calon akhir.

; )

p/s: sinikal tp tajam ulasan kali ni.

Ajami Hashim berkata...

PEMBETULAN:

Sell Out! BUKAN filem digital tapi filem cereka! soriii!

i'm shin... i'm inesen berkata...

apesal nama Norlia Ghani xde???? dalm ramai ramai tu.. dia lagi lagik jadi pelakon wanita terbaik.. pesal mesti yg muda muda jer... yg veteren mesti dapat kategori pelakon pembantu... ciss...

takde plak kategori pelakon 'lembut' terbaik... yer la.. skrg semua filem nak ada jenis camtu kan... kang tak pasal pasal ada yg sentap.. pi ngadu kat Marina Mahathir... so next year kena ada kategori tu k....

kena ada kategori.. alih suara terbaik.. sbb filem animasi kita dah semakin berkembang.. so.. kena la ada... ingat senang ker nak buat alih suara... compare suara Erra Fazira dalam cite Puteh tu... ngan suara Upin Upin... lagi hebat suara Upin Ipin tu.. kena ngan gaya watak semua.. hahahaha pelakon lain lom tentu leh celen ok! x caya??? korang pk pk la sendiri...

lagi apa ek..nanti shin pk lagi hehehe.. tp plz laa.. up kan skit Norlia Ghani next year....!

Joey Mie berkata...

rupanya malaysia sekarang ada sistem kalo ada harapan lepas ni je baru bleh naik kategori terbaik...

kekal hanya harapan jugak...

filem2 bgus hanya di kategori harapan sahaja ni memang x patut..x patut xpatut ...liyana jasmay slamat bukan pelakon harapan kalo x erm marah saya ni slaku no 1 peminat liyana jasmay..

Tanpa Nama berkata...

filem digital boleh jadi juga filem cereka atau filem panjang, filem pendek, filem dokumentari. kalau bab tafsiran yang enteng ini pun dah kelam-kabut apalagi nak mentafsirkan perkara yang lebih mustahak dan penting.

untuk makluman tambahan, tiga festival filem yang paling berpengaruh; cannes, venice dan berlin membenarkan filem dalam format digital bertanding dalam kategori utama.

saya cadangkan diadakan festival baru tanpa pengaruh ahli politik atau ahli perniagaan yang pura-pura sukakan filem. festival filem patut dianjurkan oleh mereka yang mencintai filem.

ini semua adalah contoh filem "cereka" yang dirakam menggunakan format digital:

http://www.imdb.com/title/tt0168629/technical

http://www.imdb.com/title/tt0289043/technical

http://www.imdb.com/title/tt0110229/technical

http://www.imdb.com/title/tt0301978/technical

terima kasih.

- kakitangan

Ajami Hashim berkata...

paranoid park - yg pelik2 tulah seronok dik.. kalau tak masakan majalah MASTIKA laku! ahahaha!

Amer Yusof - saya pilih jawapan yg ke-2 "mungkin kerana filem2 yg tercalon pula yg lbih menonjol kecacatannya." lalala!

i'm shin - dik, aunty Norlia Ghani pelakon utama filem apa yangg? but hey! komen kamu kelakar sey! huhu!

Joey Mie - takper janji Liana Jasmay cun & selamber bro! muahhh!

Anon @ 'kakitangan' - saya setuju dgn kamu :-)

sebenarnya sepengetahuan saya, 'digital' itu cuma format (medium/alat) sesebuah filem dibikin BUKAN-nya kategori/genre/pengkelasan.. ia lebih kpd cara hendak 'bercerita' mungkin mcm filem Blair Witch Project yg mahukan rasa 'raw' itu.. atau mungkin juga kerana limitasi bajet sesebuah produksi kerana barangkali ia lebih murah agaknya.. format digital itu boleh saja di-transfer ke 35mm atau dvd atau vcd mahupun vhs.. tapi isinya tetap sebuah 'filem' kan?..

festival filem versi sdn bhd?.. wow! saya sokong!

Rai berkata...

Salam bang,

Yup!Si Asrul Jaha Budak kelantan tu gi mana?Zahiril Adzim gi mana?James lee calon pengarah harapan?

Bang,lain kali buat kategori pengarah/pelakon TAK ADA HARAPAN...boleh gitu?Calonnya lagi ramai saya rasa!winkwink!

Calon pelakon wanita terbaik...adeh mak!Nasib baik tgh sakit berpantang ni.Kalau tak,harus buat piket jugak.p/s watak Mak Nya tua dlm Sell Out yg anaknya mati dlm reality show tu lagi best!

Btw thanks utk promo buku cerpen sapa ntah yg covernya ala2 pelakon harapan gitu.Huahuahua!

Duke Luce Dell'amore berkata...

wawawa..
bilekah industri filem nk jd sehebat industri filem HOLLYWOOD??

sbb calon2 utk setiap anugerah cam slalu xkena ngan kategori yg dipertandingkan..
kadang tu,yg menang pun cam TAK LAYAK je utk menang..

hurmm..main OWANG DALAM ke ape??

klu gini ler gamaknya,smpi bile2 r filem kite duk kt takuk yg sama je..
btul tak uncle??

izz berkata...

budak kelantan tak bestt!! hahahahahaHAHAHAHAaAHA... *habesla mengutuk

Fikri berkata...

Couldn't believe Permata Bonda got in. :) Sayang takde Sell Out! Boleh sapu dlm categori komedi, tu... :)

Gengstaz berkata...

kategori Filem Animasi tu pun dah pelik. Sedihnya filem Geng tak dinominate filem terbaik...

sekurang-kurang2nya penataan bunyi terbaik patut Geng dicalonkan. Mana ada filem lain lagi yg ada bunyi ular gergasi dan lintah yg convincing

zubin berkata...

aku tak nak komplen la sebab tak bawak kemana pun komplen kite melainkan boleh bawak ke rais yatim, cuma nak tanya pendapat kawan2 yang lebih arif tentang filem, kenapa filem budak kelantan, upin dan ipin, kami tak masuk senarai, rasanya anytime lebih baik dari filem2 yang dicadangkan. ada jadah rasuah dan nepotism yang sedang berlaku kat malaysia nih, tak habis2 habis lagi, dah masuk 2009, rais pun dah jadi dua kalu menteri, finas dan hal2 yang sewaktu dengannya masih ditahuk lama atau undur ke belakang

zubin berkata...

oh satu lagi filem sell out yang kita semua dok agungkan tu pun tak masuk apa2, sebab dia cina ke ke, kata nak one malaysia, tak paham la aku, tolong jawab ajami

Anonymouse berkata...

FINAS bukan dikendalikan badut ke? macam sarkas.

ryann berkata...

macam ada sesuatu le pd kebanyakan senarai2 pendek ini. nasib baik ada filem arwah yasmin, afdlin & khabir. tapi setuju le dgn bro. kenapa asrulfaizal tidak disenarai?

calon pelakon wanita terbaik macam sesuai untuk harapan sahaja.

I am Karl berkata...

YEAH

happy for zahiril adzim & jac..

zahiril adzim - new actor yg lakonannya berbekas... so sad x g GADOH aritu... looing forward for his GADOH & KARAOKE

jac - ermm.. sbb lagu "BERTAMU DI KALBU " tu sedap sgt2 kot die menang.. hehe

film terbaik? I go for TALENTIME, SETEM or PAPADOM... even though x tgk PAPADOM lg, tp pnh tbaca MAMAT KHALID kata PAPADOM sgt bagus...

ajami ke KK??

njoy!

amer zaman berkata...

sellout tak masuk sebab joon han tak tahu ttg festival filem malaysia,

bila dah tahu dah terlewat

serta dia menyangka astro shaw dh masukkan.

hahah

Ajami Hashim berkata...

rai - kan kejam sungguh depa tak masukkan si asrul lakonan yg vass itu!

duke - depa suka duk 'takuk' tu kot? kekekek!

izz - habesla!

Fikri - no komen! lalala!

Gengstaz - kan very 'convincing' bunyi2an itu!

dr.zubin - (gua tutup molot jer.. ketawa!)

Anonymouse - :-p

Karl - njoy gak bro!

amer - hey bro! saya baca kamu punya rebiu Sell Out! @ DS