Rabu, 26 Ogos 2009

tips: jangan jadi raksasa di hari raya!


Salaam..

Keghairahan berhari raya sudah mula terasa walaupun baru 5 hari kita berpuasa! eh! sekejap! entri kali berpunca daripada status di facebook saya hari ini yakni:

"gua cadang by 2010 nak stop blogging pasal filem! nak terai mende lain pulak! misalnya blog parenting..or kisah2 middle-life crisis seorg bapa..ermmm?"

Ya! Saya nak meriahkan blog ini untuk pembaca yang sukakan kelainan selain filem filem filem! Saya cuba menulis mengenai keibubapaan atau parenting.. boleh?.. ahahaha!

Oklah kembali kepada topik.. gambar sekeluarga berbaju hari raya sedondon seperti contoh di atas sememangnya benar-benar berlaku 4 tahun yang lalu di tahun 2005! Rujuk sini Kononnya saya nak se-trendy ikut perkembangan zaman seperti gambar keluarga selebriti dalam majalah bila berhari raya. Silap! Saya memang silap besar! Tahun itu kali pertama kami sekeluarga berempat menggunakan tema yang SAMA! Kain ela dibeli di gedung kain Jln TAR dan hantar kepada tukang jahit iaitu kakak ipar saya sendiri. Tahun itu juga turn beraya di KL rumah sebelah mertua saya.

Al-kisahnya pada pagi raya itu, saya dan Abang (anak sulung) pergilah bersembahyang raya di masjid Putrajaya yang grand itu! Kamu bayangkan bahawa parking di luar masjid yang agak jauh lalu kami dua beranak berjalan dengan bangganya ala-ala model catwalk berfesyen avant-garde dalam siritv project runway menuju ke dalam masjid. Dan waktu itulah baru saya perasan sememangnya boleh dikatakan hampir majoriti umat Islam yang datang pagi tu memandang kami berdua! Hello! Sah-sah warna asas baju itu yang cerah warna cream dengan corak-corak ala batik moden sebegitu menyerlah dari jarak jauh walaupun dari beberapa batu! Mulanya kami buat-buat tak tahu jer lantas duduk bersila control macho dalam masjid dengan gaya selebriti gitu! Dipendekkan cerita, sembahyang dan khutbah hari raya pun selesai. Kami berdua pun berjalan semula menuju ke parking. Dan dalam perjalanan menapak itulah kedengaran suara seseorang kanak-kanak yang agak lancang mulutnya berkata "Wei! Macam raksasa kannn?"

Kami mempercepatkan langkah menuju ke kereta!


12 ulasan:

Duke Luce Dell'amore berkata...

Hahahaha..
tp nape bdk tu ckap uncle cam raksasa??cantik je baju tu..
btw,comey2 anak uncle..

miezi berkata...

tulis la apa saja. saya tetap baca!!

:)

Joey Mie berkata...

huhu pindah blog balik uncle kat www.zosaw.blogspotcom sbbnye..traffic load blog tu lagi byk, lagi senang promote filem..haha..

cantik baju raya....

zafi berkata...

budak kecil itu ignorance tu!!! heheheh mcm monster die kata? aiyooo...nak balik raya!!!!

kaizar berkata...

ha ah..nape raksasa lak? cantik je motif kain tu, batik kontemporari.

Blog Anuar Kamaruddin™ berkata...

terkasima lihat gbr... =)

selamat berpuasa bro ajami...bunoh itu raksasa dalam hati... =D

wirawan berkata...

agak...

edzlin007 berkata...

saya suka je baju tu, cantik.

Tanpa Nama berkata...

ajami..kalu u all pakai lagi baju camtu tahn ni..aku pitam seminggu..larikkkkkkkkkkkkkkkkk.

salam ramadan bro


dbi

Tanpa Nama berkata...

lawak3x

aku baru nak tempah baju sedondon ni terus kensel... nak pulak laki dan anak aku memang big size, tatau la org nak panggil kami apa nanti...

~kawan cun CCS 96~

Muhammad berkata...

Uncle , baju tu cantiklah . Design batik lah. Itu kan budaya kita.

amboii mulut budak tu !!
if me lah kan. Me dah pijak dah budak tu sampai kemek .
ader cakap u raksasa ???. Besok , if dia dah besau . Jadi pengarah filem. Jom kita ramai2 kritik filem dia . hohoho

p:s - Raksasa gojila kan suka pijak2 orang .

Ikhares berkata...

amboi..sedondon...
macam corak spinning board dalam kala malam bulan mengambang pun ada... :)