Selasa, 15 September 2009

ucapan skema raya ajamihashim!

Salaam..
Kepada semua pembaca blog ini yang aku sayangi muah-muah, aku ucapkan dengan skemanya ucapan: Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir Batin seandainya selama korang membaca entri blog ini atau bertekak sesama kita di kotak komen kot-kot ada terkasar bahasa atau terasa hati kononnya.. haish!.. berhati-hatilah semasa memandu kenderaan pulang ke kampung walaupun aku rasa ramai yang bawak kereta ala-ala pelesit kota macam dalam lagu kumpulan Search itu!.. tak reti-reti sayangkan nyawa lepas raya nanti nak kena kerja balik untuk menyara hidup?.. kepada para blogger yang katanya berlabel sebagai pengkritik filem yang bijak-pandai belaka, teruskanlah menyokong atau menghentam filem-filem yang korang suka atau tidak kerana kalau korang tulis baik-baik atau busuk-busuk pun, sesebuah filem itu TETAP ditayangkan di pawagam yer! tak pernah dalam sejarah ada filem yang akan ditarik balik tayangan kerana dek ada ulasan blogger yang genius-genius itu!.. ahahaha! lagipun aku tau kalau tulisan korang skema macam suratkhabar punya ulasan sure pembaca tak ramai!.. jadi kenalah tulis se-kontroversi bagai-bagai untuk melariskan hits dan populariti! tak gitu kawan-kawan?.. kepada pembikin-pembikin filem tempatan atau luar negara (ada ker filmmaker luar baca ekk?) yang telah, sedang dan akan di-ulas+pulas filemnya, korang jangan ambil hati lelebih ok!.. jadikanlah ulasan-ulasan mereka itu sebagai panduan populariti mahupun pendapat-pendapat nyamuk di malam hari raya!.. tak luaknya beb!.. kaboom!.. ucapan hari raya seterusnya dengan pilihan lagu Raya Yang Sempurna oleh Awie ditujukan kepada semua followers blog ajamihashim dengan ucapan "Jangan serik-serik membaca blog ini yer bro & sis!".. juga kepada tuan tanah blog-blog yang me-link-kan blog ini di side-bar masing-masing dengan ucapan "Kalau makan ketupat dan rendang di hari raya, jangan lupa lepas itu klik blog ini yer cik bedah & incik dolah!".. akhir kata, lepas raya nanti aku akan ajak korang reramai ke Majlis Pelancaran Buku Untuk Filem: ESTET & Videoclip OST ESTET oleh Awie yang gempak ya amat pada 2 Oktober 2009.. tempat & masa akan diumumkan kendian hari okeh!.. muahhh!

p/s: kalau tak dapat tiket bas, jangan jadi macam hitler nih! kesian! ahahaha!

22 ulasan:

mohamad 'may' yawmon berkata...

salam aidilfitri!
=)

amy ikram ismail berkata...

salam..
salam aidilfitri..

yang cantiknya kad raya edisi Ajami siap gambar kepalanya. kelas gitu.. leh buat kad raya selit dlm buku estet... kahkahkah..

Muhammad berkata...

wah wah...sungguh kreatif !!
:)

Slamat Hari Raya , Uncle ..hohooh

kaizar berkata...

hulamak! mula2 ingatkan telur rupanya kepala! besh besh! nak wat kad raya berbulu-bulu la camni. hehe

-gdad- berkata...

huhu..
sma la kite..
sori klu de slah silap..
samat ari raye.. hehe..

Joey Mie berkata...

uncle ajami nyer ucapan raya ni mantap la....gempak+kelas sebab ada tulisan walt disney kat kepalanya...

neway uncle slamat ari raya maaf zahir batin ....

zulazahari berkata...

Selamat hari raya, maaf zahir dan batin

I am Karl berkata...

yup..

suke

kad raya bro tu

huhu

saat omar berkata...

raya jangan lupa shopping kat Kompleks Aik-Aik ok...

ryann berkata...

selamat hari raya bang. maaf apa sahaja. kreatif le 'kad raya'

omgpetch berkata...

kreatif betul kad raya ya! guna kepala yg bersinar je. aha.

selamat menyambut hari raya aidilfitri! ;)

addyaholix berkata...

ni kad raya paling sempoi. licin.

salam aidilfitri bang ajami~

kamalariffin berkata...

bro selamat hari raya. kalau free dtg laa tengok filem kecik saya di gallery shah alam

sinaganaga berkata...

J,
Selamat hari Raya! :)

deennasour berkata...

selamat hari raya uncle ajami!!
nak duit raya!

lah!!!
kenapa 2hb!!!
aku balik kl 10 oktober!!!!!
tidak!!!!! tertekan!!

aku nak gile pg pelancaran tu memandangkan salu je ko gtaw aku dulu yang buku tu tak siap2 padahal deadline nak dekat. ekekekeke.

apa2 pun all the best!!!!
you're rock!!!

Afna berkata...

bro...
blk perak kite...

FdausAmad berkata...

Bro Ajami,
Gua nak ajak lu dtg lepak blog gua.Rilek rilek.

Slumber.

nurul berkata...

Ajami, Selamat Hari Raya! Maaf zahir & batin..Semoga raya kali ni, lebih bermakna dari tahun lepas.Dan, jangan lupe dapatkan DVD Geng yang dah ade kat pasaran sekarang~=)

-Nurul, Les Copaque

gdad berkata...

okeh bro..
akan ku smpaikan salammu ituh..

nway smalah kite..

kim slm skali ngn wife trchenta..
n due org askar melayu ituh.. ahaks..

Belladonna berkata...

Salam Ajami, Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir & Batin :)

Pyanhabib berkata...

hah? dah raya? yeahhh raya! RAYA!
selamat hari raya! selamat hari raya!

waiem berkata...

Selamat hari raya, bro :)