Rabu, 7 Oktober 2009

DIALOG: BLOG + BOOK = BLOOK [post-mortem]

gambar cilok dari vovin
gambar2 lain di facebook

Salaam..

Jadi apa impaknya dari Dialog: Blog + Book = Blook di UiTM, Puncak Perdana hari Isnin tempohari kepada saya?

1. Ia mengingatkan saya kepada arwah Yasmin Ahmad. Sebenarnya sehari selepas arwah meninggal dahulu, saya ada hubungi Kekure tentang cadangan usaha untuk mendokumentasikan (blook) kedua-dua blog arwah yasminthestoryteller dan yasminthefilmmaker dengan memilih entri yang berkaitan tentang perfileman sahaja atau mungkin kesemuanya sekali. Namun sehingga hari ini belum menjadi kenyataan atau mungkin sudah ada pihak lain yang sedang mengusahakannya? Entahlah.. Mungkin saya sendiri akan usahakan apabila 'demam' Buku Untuk Filem ESTET sudah reda nanti.

2. Blook saya sendiri? Hey! Tak mustahil kan? Memang dulu pernah terfikir juga hendak menerbitkan sebuah buku asas cara-cara penulisan skrip berasaskan entri dari blog bicaraskrip.blogspot.com yang tidak terlalu berat (bukan akademik) yang berbentuk komersial berdasarkan pengalaman menonton filem-filem tempatan dan luar. Malahan ia bukan blook tetapi sebuah buku betul (book). Nawaitu itu juga masih saya simpan sebagai angan-angan sahaja kerana saya berjanji kepada diri sendiri selagi tiada sebarang skrip pun yang saya tulis menjadi betul-betul sebuah drama di tv atau filem, maka selagi itulah saya TIDAK akan berani mati untuk merealisasikannya! Nanti orang akan kata cakap tak serupa bikin! ..hahaha!

3. Blook ulasan-ulasan filem ajamihashim? Wow! Itu lagi satu yang begitu best bunyinya!

4. Yotook? ..hahaha! ..yang ni saya reka sendiri gelarannya! Saya pernah juga bercadang untuk mentranskripkan kesemua temuramah (sesi bual santai) saya dengan pembikin-pembikin filem/tv yang pernah saya rakam dan muatnaikkan di www.youtube.com/bicaraskrip dalam bentuk buku? Ia lebih berunsurkan biografi agaknya?

5. Atau sebuah blook garapan kesemuanya sekali: bicaraskrip+ajamihashim+youtube dengan judul Ajami Dalam Botol - sebuah blook syok sendiri! - ..pehhh! sure meletups!!! ..wow!

6. Saya dah gian nak jadi panel! Lagi jauh berangan kalau saya ada talkshow sendiri dengan nama rancangan Bila Mengarut Malam Bersama Ajami Hashim - talkshow pasal menda-menda kecik dalam industri perfileman misalnya sesi melaser pembikin filem selepas preview oleh blogger yang hadir (muka akan di-blurkan), filem-filem pendek oleh anonymous (pun muka akan di-blurkan), kegiatan seni macam MASKARA/FRINJAN, teater-teater kecik selain IB atau drama kat sekolah-sekolah masa lepas PMR/SPM atau temuramah dengan blogger-blogger yang pelik ..program ini akan ke udara sebulan sekali jer dengan durasi selama 5 jam! untuk dapatkan title Malaysian Guiness Book of Records! wohoho! mau menangis peminat filem Hindustan! ..amacam? ada beran?

7. Saya dah tak sesat lagi untuk ke UiTM Puncak Perdana!

8. Saya baru tahu Vovin sebenarnya seorang pemidato yang hebat manakala Dr. Zul ialah seorang pemikir yang boleh tahan laser bila bergossip!

9. Air minuman di meja panel ialah air mineral dengan gelas yang cantik! (memang tak pernah dibuat orang ahli panel dihidangkan pisang goreng panas dan air teh tarik misalnya!)

10. Terimakasih kepada AJK, En. Aidi, En. Norman, Pak Agi, Vitaminisme, Jaja, Fadz, Pipiyapong, Ikhares, Azri, maPieCeoFarT dan Binfilem!


PAUTAN:
vovin
dr.zul

tontonfilem
coffeeholic
vitaminisme
sorenmohdnoor
mapieceofart

dan TEASER ini menarikkk!

19 ulasan:

fadz berkata...

jom jom power rangers!

saat omar berkata...

Datang jangan lupa bawak kuih raya ok :D

MUNIRA AZME berkata...

bunyi mcm best jew...

edzlin007 berkata...

menarik ni. dkt tempat saye je.

Ajami Hashim berkata...

fadz - jommmmmm!

incik saat - kueh dah abis! buku utk filem estet mau?

munira & edzlin - mari2!!!

p/s: ulasan penuh topik & event ini akan ditulis selepas forum mlm ini! huhu!

kaizar berkata...

wow, ahli panel!

saya sempat baca2 sket buku body 2 body kat pavilion. intriguing!

buku marina mahathir pun quite unique gak...konsep blog

fadz berkata...

best part ko gaduh2 ngan Dr. Zul... seronok!

Coffeeholic berkata...

Terima Kasih:D

mohamad 'may' yawmon berkata...

letop abg ajami! tapi sayang, saya tak dapat nak datang blook tu coz ada meeting n fyi, saya budak puncak perdana gak! nampak abg ajami makan next to my table kat kandang hari tu dengan en norman and the others. segan nak tegur. hehe! macam mana agknya saya nak dapatkan buku estet tu ekh? saya dah belek2 sikit hari tu, macam menarik jer! =)

Ajami Hashim berkata...

kaizar - rasanya Body2Body dah sold out kat kedai.. nanti pakcik pinjamkan or wait 2nd edition :-)

fadz - kannn! dua2 takmau ngalah! hahaha!

coffeholic - u r cute beb!

m.m.yawmon - buku tu reganya 25 hengget! akn berada di mph/kino/borders by nx wk.. tapi bleh gak beli online >> klik kinibooks (local online shop).. apsal x tegur? huhu!

Ikhares berkata...

ajami dalam botol??
kontroversi gitu!

maPieCeoFarT berkata...

gian mau jadi panel? hehe...nnt lah kami undang lagi kalau jadi buat sesi dialog Blook --> Flook pulak ye... trimas for coming, bro... =)

Soren MN berkata...

Thank you, Ajami-san! XD

I'm a ajamihashim follower now! XD

omgpetch berkata...

see, bukan susah mana pon nak ke puncak perdana ni ;)

fadz berkata...

susah gak ,macam nak meminang puteri gunung ledang. nasib baik ada pemacu kereta yg hebat macam ajami.. tapi yg best ialah nampak dari jauh utim macam bangunan Carrefour tersergam indah. Waktu tu, semua org jadi lega.

ryann berkata...

bagus gak dgn idea gila gila ni bang. tapi paling setuju dengan judul ajami dalam botol

richie rachman berkata...

napa tak ajak i sekali?

zubin berkata...

Ajami, kau mmg banyak idea, kool & good! Tapi kita juga dgn kekura ada sebut pasal buku yasmin, I think that's the most important at the moment sebelum semua jadi sejuk, that's your priority, but I am not sure soal copyright, may be you have to talk to her hubby or mum, the best, rather than producer, sebab tu personal kan. Buat Melayu du kalu boleh, only then get translation, memang boleh jual satu dunia nanti, kau boleh jadi kaya juga.
Your book on Bicara Skrip is good enuf title ok! that's second book, aku jadi macam planner plak. May be you should print with "Bumi Press"......
Next, aku bukan pemikir, kalau pemikir pun pemikir yang belum ada buku atau yang buat buku yang tak sudah2 hehehehe. Thx Ajami
I also like your idea on latenite show, aku pun dah lama berangan pasal tu so jomlah kita join venture, jangan tarik rambut sudahlah hehehehe

Coffeeholic berkata...

setuju dengan dr. zul,
yap. u have to something.
kalau bukan u sape lagi kan...
i mean, at the moment.
at least, ada sumbangan u pada arwah.
miss MAK so much....

fadz- so tiap kali u sampai puncak, mean u mungkin akan rasa
"akhirnya, sampai juga aku di puncak gunung ledang....fuhh lega..."
hehe:D