Sabtu, 14 November 2009

TUNJANG SA'ADAH ~ aku tulis untuk kamu! [SKRIP SULUNG AJAMI HASHIM]

Sabtu, 14 Nov 09, TV3, 10 malam
tunjangsaadah.blogspot.com
FACEBOOK

A storyteller is a life poet, an artist who transforms day-to-day living, inner life and outer life, dream and actuality into a poem whose rhyme scheme is events rather than words ~ a two-hour metaphor that says: Life is like this! ~ Robert McKee


TUNJANG SA'ADAH boleh ditonton @ youtube

11 ulasan:

kaizar berkata...

kedengaran norman hakim berkata, "inilah pemikiran orang gaji" dalam iklan. WAH!

Tanpa Nama berkata...

tahniah -M.F Kencana

ryann berkata...

dah tengok bang. cerita dia menarik tapi macam ada sesuatu yg tak puas.hehehe. btw tahniah

La Dolce Ara~ berkata...

huhuh mcam tak puas lah.. macam.. ish cepat sangat di matikan watak heronya.. hehehe mungkin sya orang yang tak suka sad ending kot.. tpi ok lah boleh layan..

Hadi Az berkata...

Bermula dengan slow, namun dipertengahan cerita dah mula rasa best tapi untuk babak2 menuju ke ending rasa macam ada tak kena & agak tak smooth..sebenarnya saya sangat sukakan jalan cerita drama ini. Ada kelainannya. Cuma saya agak keliru dengan babak yang tiba-tiba Tajuddin mula marah-marah pada isterinya. Walaupun perkahwinannya dengan Saadah atas pilihan ibunya, namun Tajuddin tak menampakkan dirinya dipaksa dan terpaksa. Permulaan perkahwinan nampak suasana yang romantis dan sangat bahagia. Jadi saya tak berapa nampak motif utama kemarahan Tajuddin kepada Saadah. Begitu juga saya tidak jelas dengan hubungan Tajuddin dengan Ejen Insuransnya. Kadang-kadang nampak special, kadang-kadang nampak teman biasa sahaja. Tiba-tiba ada babak Tajuddin nak lari dengan Azlina (mula2 saya anggap Tajuddin bergurau, tapi takde pulak dia ketawa). Selain itu, saya rasa lakonan norman hakim & Rozita juga nampak "ketat", dan tak natural...Tu sebabnya mungkin ada babak-babak tertentu yang sepatutnya diberikan penekanan, tidak dapat saya rasakan emosinya atau tidak sampai kepada saya. Melihatkan tajuknya, saya percaya cerita ini mahu mengangkat kekuatan diri seorang wanita bernama Saadah, namun sedihnya kekuatan tersebut kurang saya rasai. Mungkin dari aspek pengarahan cerita ini perlu diperbaiki.

Tanpa Nama berkata...

"orang gaji" (mahal ke?) yang sangat hot! boleh bagi saya nombor agensi orang gaji yang hot? -tende

blackpurple @ jowopinter berkata...

Kalau kau tak sms aku pun aku tetap akan tengok sebab ada Rozita Che wan. hehehe.

Apapun, tahniah!

Umi Rose berkata...

saya saaaaaaaaaaangat setuju dengan Hadi Az...tak pandai nak sampaikan seperti dia tp itulah yg sy mmg rasa...sy rasa pengarahan tak kemas mungkin...nampak mcm tergesa2....

fadz berkata...

sekarang baru aku faham kenapa ramai pengarah hebat kita buat skrip sendiri..

Fauzzan Helmy Anuar berkata...

Sama-sama Ajami
Dan tahniah juga untuk kamu kerana terhasilnya Tunjang Sa'adah
Tahniah
Teruskan usaha ok!

Eskapisminda berkata...

Hi Dude,

Tahniah! Tahniah! Tahniah! Akhirnya ke layar juga cerita ini. I respect determination you. Mula2 tengok di You Tube ingatkan cerita bersiri...masa Part 2 (dalam You Tube) hati sudah terkesan dengan rindu Tajudin kepada isterinya Salma. Berjaya meng-emo-kan I! Sob sob. Ada beberapa bahagian memang feel lah maybe becos I pun ada anak kecik kot. Terbayang sepi dia tanpa ibu. Congratz!

Dari segi teknikal mungkin part Tajudin decide nak kahwin tu kurang dipaparkan dilema dia (nampak macam ok je) jadi bila dia tiba-tiba marah kat Sa'adah nampak macam tak proportion aka overblown. Ada babak kena trim ke?

Overall I rasa tak puas tengok cerita ni. Sa'dah ni patut di episodkan la! More pls.

p.s. Rozita Che Wan tu so pretty and polished nampak agak out of place sebagai orang gaji. Tapi bila jadik mem, perfect!