Jumaat, 11 Disember 2009

MAKCIK-MAKCIK JAGA KOLAM KANAK-KANAK KLCC


Salaam.. Saya memang selalu membawa anak-anak ke Taman KLCC kerana kewujudan taman permainan terutamanya kolam kanak-kanak yang begitu digemari oleh mereka. Dan setiap kali ke situ, saya suka melihat gelagat makcik-makcik jaga (security) di taman itu yang sedang bertugas dimana mereka akan meniup wisel apabila (salah satu sebab):

Ibubapa memakai kasut lalu memijak lantai persisiran kolam yang berjubin biru kerana hendak menangkap gambar anak-anak mereka.

Selalunya ibubapa yang menjadi 'mangsa' tiupan wisel makcik-makcik jaga ini ialah ibubapa yang pertama kali datang ke sini! Saya tahu ia memang menjadi 'undang-undang' di kawasan kolam itu yang sememangnya tertampal di dinding berdekatan. Dan saya juga akur bahawa tugas meniup wisel supaya ibubapa mengikut peraturan itu adalah fungsi kerja utama makcik-makcik jaga itu. Tetapi perlakuan mereka meniup wisel seperti pengadil bolasepak atau polis trafik itu kadangkala agak mengaibkan 'ibubapa yang bersalah' kepada persepsi ibubapa lain dan kanak-kanak yang juga berada di situ. Makcik-makcik jaga itu juga tidak mengira samada yang diwiselkan itu orang tempatan mahupun pelancong luar negara.

Kita orang Malaysia kononnya kaya dengan adab-sopan. Tetapi apabila ada ketikanya dek kerana tugas, kita menjadi semacam kurang 'courtesy' dimana berkomunikasi menggunakan tiupan wisel? Alangkah moleknya andai makcik-makcik jaga itu hampiri ibubapa yang buat salah lalu beritahu secara lisan. Meskipun ibubapa itu sekadar memijak lantai berjubin biru itu baru beberapa saat, rasanya tidak akan runtuh atau berlubang kolam kanak-kanak di Taman KLCC itu! :-)

NOTA: Entri saya ini hanya berdasarkan pengalaman dan pengamatan peribadi saya sahaja dimana mungkin bagi orang lain ia tidak menjadi 'kudis' pun kalau diwiselkan sebegitu? Saya mencadangkan kepada Pihak Pengurusan Taman KLCC supaya meletakkan tanda amaran 'SILA TANGGALKAN KASUT ANDA' dan 'PLEASE REMOVE YOUR SHOES' diukir di atas jubin biru di sepanjang persisiran kolam kanak-kanak itu.

(sila klik logo di atas)

14 ulasan:

Muhammad berkata...

uncle
me pun pernah kene...
but me rileks jerk.
ala kene wisel tu okeyyy sudehh.
jangan dilayangkan kad merah sudah.
mau kene ban dari masuk KLCC kot !!
hoohohohohoo

Manji berkata...

oh ya...I do agree to certain point, people do not have to humilate us in public. But, what to do, thats the only way to show that they are powerful in term of blowing wisel than other things.

gemuk berkata...

ala kena tiup wisel ja.. bukan apa pun.. bukan kena maki pun.. kalau nak jerit2 nak buat apa.. kalau terasa malu padan la muka... hahahahahahaha

n@m@n berkata...

la..ada jgk main tiup wisel..

mmg aptut ltk notice board je

Tanpa Nama berkata...

camr ye nk contact ajamihasim kaklo sy ade sbarang ptanyaa?

mila berkata...

salam em camner ek nak contact ajamihashim kalo sy ade sbrang ptanyaan?

Ajami Hashim berkata...

All, tq bg komen k :-)

Mila - my email: ajamihashim@gmail.com

Nael berkata...

Thanks komen kat blog saya...

Peristiwa makcik meniup wisel tu memang memalukan la..

hari tu masa saya tengah ambik gambar terpijak mar-mar biru tu.. makcik tu tiup wisel punya la kuat!! semua orang pandang I... Malu-malu!!

teros tak jadi ambik gambar...

Joey Mie berkata...

macam pengalaman je bro :))

mila berkata...

TQ

[r][a][y] eusouff berkata...

sikap org Malaysia yg kurang peka dengan signage atau malas nak membacanya.

kalau ada beli alat elektronik pun, ada ke yg nak membacanya?

Makcik JAGA tu ada dalam sorang dua kan? kawasan yg seluas itu mana mungkin mudah utk mengawalnya.

Mana mungkin mengulang perbuatan tersebut buat kali ke 2 setelah dimalukan dengan tiupan wisel itu.

Lihat saja pantai kita, punyalah banyak signage selamba je orang buang sampah sana sini.

sinaganaga berkata...

gua pernah kena wisel juga.

"errr, ni amek gambar budak2 kat sini ni... ada anak ke?... aaa, kalau tak ada anak - sila beredar ya!"

mak aiiiii!

Umi Rose berkata...

sependapat dengan ray...kawasan tu luas dan nak diulang berkali-kali menegur secara dekat tu agak tak pratikal tapi setuju dengan saranan ajami...ditepekkan besar2 signage pls remove ur shoes tu...kalau ada jugak yg buat tak nampak....'makcik jaga, tolong tiup wisel tu kuat2 kat telinga org yg degil tu'....

Tanpa Nama berkata...

Aku masih ingat bulan 9 2006 anak aku yang kena kerana ingin mengambil gambar anak buah aku di situ...ditiup nya wisel kuat2, tengah hari plk tu, tapi lepas tu aku bagi gula2 kat makcik tu dan aku senyum saja...maklumlah aku org Sarawak, masih tinggal atas pokok lagi:)