Ahad, 6 Disember 2009

MASKARA 18 ~ ada harimau!




Salaam..
Antara sebab kenapa saya suka hadir ke acara sebegini ialah kerana networking baru! sebab lain mungkin untuk berikan sokongan kepada brader-brader Sindiket Sol-jah, barangkali juga kerana saya salah seorang penaja pisang emas! hahaha! memula dulu saya rajin bawakan air kotak atau air botol, kemudian saya teringat zaman kecil-kecilan dulu bila ke surau MESTI ada pisang emas sebagai kudapan selepas solat. dan pisang emas pula rasanya semua orang suka sebab terasa seperti makan makanan yang mahal seperti emas? hahaha! malam tadi saya sekeluarga ke sana lagi. seperti biasa, brader sinaganaga adalah orang pertama yang dicari lantas saya tanya kenapa acara yang satu lagi di shah alam? (nama acara tak boleh sebut macam jugak bila artis kat sesi temubual dalam radio atau tv melibatkan stesyen saingan yang lain! hahaha!) bukankah elok kalau acara sebegini dibuat berlainan tarikh sebab target audience-nya ialah kepada individu yang sama? (baca: budak-budak U atau orang berkerjaya yang berjiwa seni katanya) ini tidak..dah macam berebut-rebut pulak acara seni dan budaya yang mana hendak dipilih? isteri saya cuba menjawab "alahhh! diaorang ni datang ikut kepada 'siapa' yang perform! ofkos nak sokong kawan-kawan diaorang!".."papa! kat sini tak ada jual hotdog ker?" tanya anakku yang sulung.."papa! adik nak balik!!!" celah anakku yang bongsu pula! haishhh!







Acara kali ini saya akui dengan jujur, saya datang kerana nak menonton raihani beraksi secara live buat pertama kalinya di acara ini! biasanya kami bergossipan di FB atau blog ajer! jumpa secara live dah macam pernah duduk satu sekolah pulak! eh! raihani ker you pernah satu tadika dengan I dulu ekkk? secara kritikan membina saya nak bagitau pitching awak masa membaca sajak tadi agak lari ke laut china selatan sikit! lain kali gunakan teknik breathing yang betul ya! bbbrrrrr!!!! biasakan prektis setiap pagi lepas gosok gigi ok! dahtu show awak sebenarnya agak pendek tapi lelebih jer bunyi gitar+harmonika adik awak yang sedap tu! dan 2 ekor kucing yang mengiringi show awak tadi tu comel! kucing sol-jah siapalah tu??? tapi secara overall saya suka persembahan awak dan terimakasih kerana bagi kertas A4 sajak yang awak baca tadi yang saya dah scan dan tepek tu haaa! sila hantarkan undian anda ke talian 1234567890 mulai sekarang! hahaha! actually lu rawk beb!





Satu lagi perihal yang mengujakan saya ialah pembacaan sebahagian dari novel PLATUN HARIMAU karya Lt. Kol. Mohd Radzi Abdul Hamid oleh sinaganaga dan matjan yang taklah best sangat (habislah aku!!!) tapi info buku itu yang menarik minat saya. nak jadi cerita, rupanya radzi pulak naik pentas (eh! mana ada pentas kan?) maksud saya memijak karpet dan duduk di kerusi persembahan lalu menyanyikan lagu puisi bertajuk '2012' & membaca sajak dari buku Antologi Puisi Pahlawan - sajak yang dibaca bertajuk Pahlawan Melayu (karya Lt. Kol. Azman bin Hj Mat Salleh) katanya dia ada bawak 50 naskhah ajer untuk diberikan percuma!




Nak jadi cerita lagi (berapa banyak nak jadi cerita aku kan?) lepas habis persembahan radzi terus menuju duduk di depan saya dan berikan terus buku antologi itu! hahaha! terimakasih bro! nanti bila dah habis baca novel PLATUN HARIMAU, InsyaAllah saya akan ulas di blog yang tak seberapa ini! auummm! :-)

Raihani & adik dia, Ajami & anak-anak dia

Lt. Kol. Mohd Radzi Abdul Hamid & the Ajami!


Sekian laporan! (maklumlah terpaksa balik awal tak dapat tonton sesi ke-2 coz anak-anak aku dah merengek! alasannn!) sori sesangat kepada brader azzam supardi coz gua tak dapat tonton show brader! huaaa! ada youtube tak? mesti show lelain pun meletups kan?
p/s: brader pyanhabib! lupa nak tanya pasal kecoh puisi lu yang kena cilok jadi videoclip tu! p/s/s: brader alifstyle - nanti aku tonton filem MY SPY dan ulas kat sini jugak!

7 ulasan:

irza berkata...

rugi sangat sbb x dpt dtg.. ada urusan yang menghalang. sedih.. :(

rai berkata...

Member tadika dtg menjenguk...hahaha!

Thanx brader,siap up kat utube lagi.Habislah menjadi pooojaan ramai ;p

p/s susah betul sajak yg u tepek tu nak tersiar di paper.Kenapa?Kenapa?Kenapa?

spyz berkata...

rasanya smlm kali pertama kau bwk anak2 kan? rugi kau terlepas sesi unplug vovin n pipi..

Koishie berkata...

aku berada di sana sehingga selesai acara. suka! tp lagi suka kalau persembahan itu ditambah panjangkan. sekejap sgt. sedar2 sudah persembahan terakhir. huh..

dugongsenyum berkata...

aku pulak datang lewat. yang last2 tu yang best sangat :P

AttOkz Dikulgai berkata...

aku sebat 3 batang, eh 3 ulas pisang emas yg ko bwk sebelum aku sembur-sembur masa bc mentera tu.
heh! Tqvm..

PENA CELORENG berkata...

geng, terima kasih kerana menyiarkan cerita tentang saya dan klip tu memang terujalah saya hendaknya. Maaf, saya baru tengok. Nyatanya, saya baru pertama kali tgk maskara, memang santai dan mengiurkan.

salam kat anak-anak.