Ahad, 31 Januari 2010

Laksamana Cheng Ho ~ persembahan kostum yang menarik melebihi naratifnya?

Salaam..

Katanya ia adalah sebuah persembahan bangsawan? Mungkin kerana ceritanya mengenai kisah zaman dahulukala yang berbabak-babak? Agaknya juga dengan kewujudan 'extra-turn' atau segmen tirai dilabuhkan untuk penukaran prop dimana penyanyi undangan menyanyi di depan tirai (seperti yang diberitahu oleh Que Aril dan Sobri Anuar) ialah struktur sebuah persembahan bangsawan? Saya hanya terima sahaja. Namun pada pendapat saya, ia masih seperti sebuah persembahan teater muzikal mengikut label yang dipopularkan oleh Istana Budaya..hahaha!

Saya beruntung dapat duduk di barisan hadapan sekali (terima kasih Chekem Mirza) berdekatan dengan band pemuzik. Saya memang akui bahawa iringan muziknya sangat bagus. Cuma sistem audio untuk mikrofon Que Haidar dan Abby Nadzri semasa babak 1 kurang berkualiti dimana sukar untuk saya menangkap butiran isi nyanyian mereka. Usaha merealisasikan suasana dalam istana, pekan dan bahtera dengan hanya lukisan besar sebagai backdrop dan binaan yang ringkas juga baik. Dalam ertikata lain, pentas yang agak sempit di Panggung Bandaraya itu berjaya ditukar-tukarkan mengikut keperluan setiap babak.

Naratif bangsawan itu secara asasnya hampir serupa dengan kisah nasib Hang Tuah dalam filem Puteri Gunung Ledang. Laksamana Cheng Ho tersepit di antara kehendak peribadinya sendiri yang menyintai Puteri Ang Di Po atau mengikut perintah Maharaja Meng untuk 'mengkenenkan' puterinya itu dengan Sultan Melaka. Why??? Sefaham saya dari penontonan malam tadi ialah golongan askar tidak layak berkahwin dengan golongan raja iaitu antara 2 darjat sosial yang memang tidak boleh. Itu sahaja. Maka untuk mengelakkan daripada berlakunya percintaan terlarang itu, dengan rela hati (dan tak mati) si Laksamana Cheng Ho telah memotong kemaluannya sendiri lalu diberikan kepada Puteri Ang Di Po untuk menyatakan pendiriannya bahawa "aku reject kau dan awek-awek lain yang bakal mengorat aku di masa akan datang sebab aku sangat setia kepada Maharaja Cheng! reti?"

Saya juga merasakan bahawa tajuk bangsawan ini boleh juga di panggil Bangsawan Maharaja Meng kerana arah tuju penceritaannya lebih menjurus kepada betapa berkuasa dan cerdiknya beliau dalam mentadbir keluarga, istana dan negaranya. Maharaja Meng ialah penggerak sebenar naratif persembahan ini. Perwatakan Laksamana Cheng Ho pula lebih kepada simbolisme seorang pengikut yang sangat setia dan amat menghormati kehebatan Maharaja Meng itu.

Ada 6 babak yang mengisahkan perjalanan naratif yang sangat ringkas tetapi dipanjangkan berjela-jela. Pada mulanya saya rasa seakan menonton sebuah persembahan Opera Cina yang di-dubbing dalam bahasa Melayu seperti menonton siri Oshin..haittt! Maklumlah keseluruhan kostum pelakon adalah bercirikan extravaganza warna-warni bereksesori berjurai-jurai berkilau-kilat seperti sebuah pameran fesyen ala-oriental? Samada ia benar-benar merujuk kepada pakaian istana di zaman itu atau tidak, entahlah. Tetapi memang cantik dan mengasyikkan sehingga kadangkala saya mula terlalu memerhatikan ciri-cirinya? Sehingga saya mula terfikir bahawa penciptaan 'table runner' mungkin idea asalnya datang dari pakaian golongan bangsawan maharaja dulu-dulu? Itu belum lagi apabila saya mula mengira jumlah biji-biji berwarna oren pada 'headgear' di atas kepala Maharaja Meng iaitu ada sebanyak 7 biji semirip limau Mandarin untuk sempena sambutan Tahun Baru Cina yang bakal tiba?..haish!

Saksikanlah malam terakhir persembahan Bangsawan Laksamana Cheng Ho di Panggung Bandaraya pukul 8.30 malam ini! Masuk PERCUMA! Yay!

*rujukan: daribahawahbayu.blogspot.com
*ulasan: que23 * singgahsanasini *

Khamis, 28 Januari 2010

Adnan Semp-it ~ aku harap filem ini akan kutip RM10 juta!

Salaam..

Saya ucapkan tahniah kepada pembikin trailer filem ini kerana berjaya 'menjual' ideanya dengan ringkas sebagai 'umpan'..ya! saya memang terpancing selepas kali pertama menonton trailernya pada 24 Dis 09 yang lalu sebelum tayangan filem Muallaf lantas men-tweet-nya:

"trailer Adnan Sempit ni mcm best kelakar jahanam plak! wajib tonton nih! :)"

Lalu dengan perasaan tanpa sebarang prejudis, saya menontonnya semalam..mungkin ada yang nak tahu sangat apa pendapat saya?..hahaha!

Betul sangkaan awal saya bahawa naratif filem ini sangat-sangat ringan dan amat-amat menghiburkan berbanding filem-filem komedi sekelompoknya sebelum ini. Akhirnya saya menemui sebuah filem komedi arahan oleh Ahmad Idham yang kemas dari segi penceritaannya. Kemas yang saya maksudkan ialah dari segi sinematografi oleh Raja Mukhriz, suntingannya yang kurang meleret serta pemilihan para pelakon yang bagus terutamanya Shaheizy Sam sebagai Adnan Sempit. Dari segi isi cerita memang ia predictable dan cliche tetapi saya tidak peduli kerana secara jujurnya saya menyukai filem ini. Lagipun nilai baik atau buruknya sesebuah filem itu bergantung kepada setiap penonton, rambut sama hitam hati lain-lain. Untuk filem ini saya mengabaikan terus kehendak penontonan sebuah cerita yang kononnya berlapis-lapis subtext untuk ditafsirkan selepas keluar panggung.

Namun begitu, ada beberapa perihal yang bagus untuk difikirkan (kalau mahu) dari naratifnya:

1. kepala putus - Visual itu sangat ngeri! Kalaulah filem ini dibikin sebagai drama aksi serius, sudah pasti ia adalah elemen yang betul-betul menakutkan. Amaran itu dilakukan dengan bersahaja komedi dalam filem ini yang saya rasakan ditempelak oleh Ahmad Idham kepada mat-mat rempit yang menontonnya.

2. stereotaip - Filem ini mendefinisikan dalam satu babak berdialog oleh Adnan kepada Nadia (umum) mengenai pandangan orang-ramai yang berkenderaan 4 roda bahawa tidak semua orang yang menunggang motorsikal itu ialah 'mat rempit'.

3. bahasa Inggeris - Tempelak Ahmad Idham seterusnya ialah adakah semua 'mat dispatch' ialah orang-orang yang daif dalam bahasa itu? (berkait juga dengan poin no.2)

Hey! Saya berjaya sekurang-kurangnya memerah 3 poin dari filem ini!..hahaha! Lain-lain rencah cerita yang digoreng dalam filem ini adalah pengulangan resepi asas sebuah filem mengenai perbezaan darjat sosial di antara Adnan-Nadia. Filem ini juga beracuankan 'fish out water' bagi kedua-dua watak yang saling cuba mendalami dunia masing-masing melalui kompromi kerana desakan dan kepentingan individual mereka. Adnan sangat mahukan Nadia sebagai kekasih pujaan hatinya, manakala Nadia amat perlukan Adnan sebagai 'dummy' kekasihnya. Adnan tidak hirau dipergunakan sebagai alat selagi dia mendapat status bercinta dengan Nadia. Begitu juga Nadia tidak kisah seorang pekerja bawahannya iaitu orang yang terakhir dalam dunia ini menjadi kekasihnya..menjadi kekasihnya? Pertembungan kehendak peribadi (baca: seksualiti dan penyambungan zuriat) oleh Adnan berlawan dengan kehendak masyarakat (baca: menghindar status andartu) oleh Nadia akhirnya disatukan menjadi '1Cintasejati'..hahaha!

"..dalam hati ada taman!" kata Adnan Sempit di babak terakhir filem ini yang membuatkan saya tersenyum bahawa ia sebuah filem yang wajar ditonton walaupun sekali dalam hidup anda!..boleh???

REF: sinemamalaysia

Khamis, 21 Januari 2010

FACT Student Shorts 2010


Salaam..
Hasil penayangan filem-filem tersebut memberi respons dari berbagai sudut samada dari si pembikin mahupun si penonton. Ia berhasil sebegitu bergantung kepada jalan cerita, persembahannya dan durasi bagi setiap filem. Respons yang saya maksudkan ialah penerimaan khalayak samada ia dianggap seronok untuk ditonton apabila mereka faham atau sebaliknya. Sudut pandangan penonton juga berkait-rapat dengan sejauh mana mereka dapat meneka kehendak si pengarah dan produksi untuk bercerita. Sampai atau tidak? Khalayak yang tampil bertanya selepas setiap tayangan pula bergantung apa nawaitu mereka samada sekadar hendak menguji kemampuan pengarahnya menjawab dan mempertahankan ceritanya?.. atau mereka memang hendak tahu apa ceritanya?.. atau melontarkan pandangan sisi peribadi mereka tentang apa yang difahami? Saya tidak hirau sangat pasal siapa dan apa yang ditanya oleh setiap orang yang ke depan bertanya. Tetapi saya seronok melihat bagaimana setiap salah seorang dari anggota produksi menjawab dan menerangkan kembali apa yang telah ditayangkan. Pada pendapat saya, boleh dikatakan semua pengarah seakan-akan sehabis mungkin cuba menjelaskan secara terperinci tentang setiap apa yang telah ditayangkan. Cara berkomunikasi itu yang mungkin perlu lebih diasah dan dilatih oleh tenaga pengajar di FACT untuk acara terbuka sebegini serta di-rehearsal-kan sebelum majlis sebenar berlangsung. Ya! Sinopsis melalui poster atau pamphlet sudah memadai untuk sekadar memberikan hint apa jalan ceritanya sesebuah filem itu sebelum ditayangkan. Maka apabila sekali lagi si pembikin menerangkan seterang-terangnya selepas tayangan, ia sedikit-sebanyak akan mengurangkan keseronokan si penonton kerana semuanya sudah disuapkan sekenyang-kenyangnya..haha! Saya rasa lebih molek sesi soal-jawab itu ke arah lebih terkawal sekiranya semua pembikin menstrukturkan apa yang hendak dibicarakan dalam mukadimah secara sama. Misalnya dari sudut teknikal: berapa bajet, jenis kamera, jenis tangkapan kamera, berapa hari di lokasi, kostum, pencahayaan, suntingan, jenama non-linear, durasi, dll.. serta sudut penceritaan: genre, tema, struktur cerita, dll.. Mungkin selepas itu barulah penonton yang tampil akan lebih tersusun dari sudut apa pula yang akan mereka tanya atau tambah? Walaugaimanapun, saya beranggapan secara keseluruhannya bahawa acara malam tadi masih oklah! Mungkin kalau kesemua filem itu akan dibuat road-tour ke serata UiTM di Malaysia, atau majlis lain ia boleh diperbaiki sebagai kerja gabungan berpasukan dari kesemua produksi. Berikut ialah pandangan ringkas peribadi saya tentang naratif dan bikinan setiap filem:

BANTAL LENGAN (12 min) - arahan: Mohd Rahhiemi Alias
Saya tak sempat menonton segmen-segmen awal filem ini. Maka hasil sebenarnya tidak adil untuk saya ulas secara keseluruhan. Cuma saya merasakan bahawa 'behind the scene' semasa end-credit filem ini lebih menyeronokkan dari filemnya?..haha! (kalau ada youtube, sila beritahu saya untuk ulasan semula)

THE 5 RULES (8 min) - arahan: Abdul Faiz Mohd Jayramie
Pemaparan video yang salah! Saya pelik kenapa semasa suntingan perlu dibikin menjadi aspect ratio 16:9 (with letterbox @ cinema-scope) sedangkan rakamannya ialah 4:3? Ia menjadikan gambar subjek menjadi penyek! Kerja suntingan sebegitu menggambarkan seolah-olah si pembikin kurang arif tentang keperluan teknikal itu atau disengajakan untuk mendapat film-feel seperti mtv KRU dulu-dulu? No! No! Dari segi cerita, walaupun kononnya ia cuba mengkreatifkan subjek kekeluargaan dan thriller tetapi masih terlalu beracuankan filem SAW yang saya anggap terlalu klise.

HIDE/SEEK (10 min) - arahan: Benz Muaddid
Ia seperti rip-off filem HISTERIA oleh James Lee tetapi saya amat menyukainya! Twist watak lelaki yang saya ingatkan sebagai seorang antagonist kepada ke-empat-empat budak perempuan itu boleh dikatakan 'menjadi'. Sejujurnya saya meremang bulu roma apabila salah satu watak (lupa nama watak dia) menceritakan semula flashback kejadian di dalam tandas! Hey! Apakata korang kembangkan jadi skrip filem cereka!..haha!

SUJUD (6 min) - arahan: Muhamad Rahimi Zailanni
Inilah satu-satunya filem yang begitu mengujakan saya pasca-tayangannya! Ia memang sebuah filem yang nampak sangat murah dan paling senang dibikin tetapi paling berat isinya. Filem sebegini memberi impak bukan semasa penontonan tetapi beberapa ketika selepas habis ditonton. Maksud saya, dengan hanya filem berdurasi 6 minit dimana opening title berlatarkan laungan Azan secara penuh dan satu tangkapan 'long take' mampu bercerita perihal apa yang tersirat di sebalik yang tersurat. Seperti yang saya katakan semasa ulasan terbuka tadi, filem ini mengandungi momen tentang pilihan; dosa-pahala, syurga-neraka, baik-jahat dalam latar seperti sebuah filem didaktik dakwah yang disengajakan tanpa disedari oleh khalayak. Dua watak itu adalah perbezaan pilihan yang dipisahkan oleh satu garisan nipis. Waktu solat Subuh itu semua orang tahu ialah waktu yang paling sukar dek kerana permulaan hari selepas bangun tidur (tidak sedar) dan pendek iaitu samada kita dapat atau terlepas berbanding waktu solat yang lain semasa setiap manusia dalam keadaan sedar seharian. Ia bercerita tentang pilihan setiap umat Islam yang samarata. Take it or leave it?

RONAMAYA (15 min) - arahan: Amer Zaman
Maaf kepada Amer dan produksi kerana saya menyamakan filem kalian dengan kesilapan format video seperti filem THE 5 RULES..haha! Oklah, filem korang memang cantik dan menarik serta terbaik dari segi sinematografi dan suntingannya. Filem ini bagi saya beracuankan seperti filem THE OTHERS yang menterbalikkan fungsi watak-watak di kesudahan cerita. Ia berjaya menggunakan bahasa filem yang pelbagai serta perlu ditonton berulang kali untuk menangkap perihal-perihal mainan visual storytelling yang berlambak di sepanjang naratif filem ini seperti air minuman warna hijau, hujan warna merah, poster-poster filem di dinding, kebaya hijau bla bla bla.. Tahniah!

MAUTOPIA (10 min) - arahan: Ridhwan Saidi @ binfilem
- tunggu ulasan fadz tontonfilem (dah update pun!)
- tunggu penerangan lanjut binfilem sendiri!
Komen saya cuma: ia eksperimen penceritaan filem yang mengada-ngada dan lazat terbaekkk dari ladang!!!..haha! Aku tak sabar tunggu filem cereka kau bro! yang pasti meletup dan calon pengarah Malaysia yang akan jadi kultus seperti Tarantino suatu hari nanti!..muahhh!

REF: blog: skrinfilem sinopsis: binfilem

*terimakasih En. Norman :) dan terimakasih azri coz bagi air mineral yg cool beb!

lain2 blog: jhbt demimasa2 mapieceofart otakmovie

Selasa, 12 Januari 2010

Ibu Mertuaku (1962)

"Inilah Radio Singapura!" ..dan Kassim Selamat dengan ahli pancaragamnya diperkenalkan lantas melagukan Jangan Tinggal Daku secara langsung. Intercut kepada Sabariah Mansoor - diehard fan yang ghairah mendengarnya dari corong radio! Pembukaan yang direct bahawa ia kisah cinta di antara Kassim dan Sabariah. Diikuti oleh introduksi watak Nyonya Mansoor, ibu Sabariah seorang janda tua yang kaya-raya dan urban seorang perokok yang memiliki sebuah rumah mewah di tepi laut. Lokasi rumah dan perwatakan Nyonya Mansoor itu sudahpun memberikan exposition bahawa dia ialah seorang yang dominan, superior dan vicious kepada sekitarannya. Dalam erti kata lain dia bakal menjadi penghalang atau antagonist serta malapetaka bagi kedua-duanya.

Babak-babak seterusnya lebih ke arah comedic untuk 'menemukan' Kassim dan Sabariah. Panggilan telefon oleh Sabariah kepada Kassim yang mengatur blind-date di Capitol Blue Room pada pukul 10 malam menyerlahkan monotoni watak keduanya kerana saling tidak mempercayai sesama sendiri. Lantas mereka menghantar wakil masing-masing yang memakai pakaian seperti yang telah dijanjikan dalam perbualan di telefon sebagai penyamaran diri untuk mengintai dahulu fizikal masing-masing. Babak blind-date itu boleh diterimapakai untuk zaman dahulu kerana mungkin penyanyi sepopular Kassim Selamat tidak pernah keluar gambarnya di mana-mana media cetak atau elektronik? Kerana itulah Sabariah tidak mengenali wajah Kassim.

Plot-point 'tidak kenal wajah Kassim Selamat' itu memudahkan naratif seterusnya di Capitol Blue Room dipanjangkan untuk menghasilkan babak pertemuan watak Kassim dan Sabariah yang seronok untuk ditonton. Mereka duduk di meja bersebelahan dengan memakai baju yang lain dari seperti yang 'dijanjikan' di telefon sementara menunggu 'Kassim palsu' iaitu Husin dan 'Sabariah palsu' iaitu Salbiah sambil kedua-duanya saling mencuri pandang. Voice-over dalam hati masing-masing yang terpikat sesama sendiri diadun dengan baik untuk bercerita kepada penonton. Babak pembongkaran rahsia identiti masing-masing di taman bunga seterusnya masih dalam situasi komedi dengan muzik latar yang begitu sinonim dengan babak kelakar filem Melayu dahulu.

Naratif filem ini semakin menarik apabila watak Hayati dengan adiknya Dr. Ismadi iaitu tunang Sabariah datang melawat Nyonya Mansoor. Jelas sekali bahawa Ismadi dan Sabariah merupakan pasangan yang paling secocok dan setanding berdasarkan taraf kedudukan sosial mereka. Sejujurnya, saya merasakan bahawa watak Nyonya Mansoor bertindak dalam latar kapasiti perwatakannya yang betul dimana sebagai seorang ibu dan ketua rumah, dia berhak untuk merasa marah kepada Sabariah-Kassim kerana Ismadi adalah pilihannya yang sudahpun ditunangkan dengan Sabariah selama 4 tahun. Nyonya Mansoor juga merupakan seorang yang reasonable kerana masih memberikan ruang kepada Sabariah selama 3 hari untuk membuat pilihan samada hendak memilih Kassim atau Ismadi. Saya menyukai perwatakan Nyonya Mansoor kerana menjadi punca konflik utama untuk filem ini yang berjaya menggerakkan penceritaan ke fasa yang lebih serius dan dramatik dimana akhirnya Sabariah memilih Kassim!

Babak pernikahan Kassim-Sabariah yang diatur sendiri oleh Nyonya Mansoor merupakan titik plot-twist yang unpredictable dan benar-benar mengejutkan. Mungkin kalau saya menonton filem ini buat kali pertama di tahun 1962 dahulu, saya akan berkata "wow!" dalam hati..haha! Momen itu adalah di antara babak terbaik dalam filem ini dimana Nyonya Mansoor sebagai seorang yang berprinsip 'don't mess with me' telah mengumpulkan semua anggota keluarganya sebagai saksi. Posisi watak-watak kaum kerabat golongan upper-class yang berdiri dengan kostum ala cocktail party berkontras dengan watak-watak Imam dan para saksi pernikahan yang duduk di lantai..brilliant scene!

Dengan pemberian wang RM5000, Sabariah 'dibuang' dari keluarga oleh Nyonya Mansoor dimana Kassim-Sabariah berpindah dari Singapura ke Pulau Pinang. Babak-babak kemurungan Ismadi dan kerisauan oleh Nyonya Mansoor sehingga jatuh sakit kerana Ismadi tidak mahu berkahwin selepas itu seolah menyeimbangkan penceritaan bahawa pilihan Sabariah mengahwini Kassim adalah sesuatu yang silap. Keadaan kehidupan Sabariah-Kassim yang semakin daif apabila duit semakin habis seakan-akan balasan yang berkait dengan derhaka anak-ibu. Naratif sebegitu meletakkan penonton dalam dilema samada hendak berpihak kepada Sabariah atau Nyonya Mansoor. Manakala Kassim pula menjadi mangsa tersepit di antara konflik feminisme dan ego di antara kedua-dua watak itu.

Watak Kassim dilihat sebagai hopeless! Namun akhirnya dia mengambil keputusan untuk bekerja sebagai buruh kasar di tapak pembinaan kerana dihalang menjadi ahli muzik oleh Sabariah. Tanpa disedari oleh Kassim, Sabariah rupanya masih berutusan surat dengan Nyonya Mansoor di Singapura untuk mengadu. Kesempatan ini digunakan oleh Nyonya Mansoor untuk memanipulasikan keadaan dengan sebaik mungkin. Lantas Sabariah yang mengandung dibawa balik ke Singapura.

Penceritaan seterusnya menyerlahkan permainan watak Nyonya Mansoor sebagai 'puppet master' yang sangat berkesan. Sabariah akhirnya dikahwinkan dengan Ismadi setelah ditipu oleh Nyonya Mansoor. Manakala Kassim menjadi mangsa keadaan paling teruk selama 2 tahun di Pulau Pinang sehingga menjadi buta dek muslihat juga dari Nyonya Mansoor yang menghantar telegram menyatakan bahawa Sabariah sudah mati.

NOTA: Dalam satu babak dimana Sabariah bertanya kepada Nyonya Mansoor "Betulkah mak poskan surat-surat itu semua?". Lantas Nyonya Mansoor menjawab "Takkanlah mak nak koyak-koyakkan surat engkau tu nak!". Walaupun tiada sebarang babak exposition menunjukkan Nyonya Mansoor 'mengoyak' sebarang surat Sabariah, tetapi penonton pasti memang dia dah koyakkan!..haha!

Struktur naratif filem terpecah kepada 2 parallel storylines apabila Kassim dipertemukan dengan keluarga Mami dan Chombi/Kalthom di babak Kassim tertidur di depan pintu pagar rumah mereka. Penceritaan sebegini adalah sesuatu yang menarik kerana penonton tiada sebarang exposition di awal cerita mengenai siapakah watak-watak baru ini? Naratifnya seakan ditambah seperti sebuah road movie dimana cerita Kassim dalam perjalanan tanpa tujuan bergabung dengan kisah konflik Chombi yang baru kematian suaminya, Bidin. Kisah ini menenggelamkan sebentar cerita Sabariah-Nyonya Mansor. Kassim memperkenalkan dirinya sebagai Osman Jailani. Kini khalayak mengikuti pula naratif Osman-Chombi yang bergerak sendiri seperti sebuah cerita dalam cerita.

Plot kemurungan Chombi walaupun tanpa sebarang flashback (backstory) tetapi masih boleh difahami melalui exposition secara perbualan di antara Osman-Mami bila mendengar Chombi yang menangis tak henti-henti. Lalu Osman menasihati Chombi untuk berhenti menangis agar tidak menjadi buta sepertinya. Tambahan pula nasib malang kehilangan orang yang tersayang oleh Osman dan Chombi adalah serupa. Perkaitan yang sangat membantu penceritaan!

NOTA: Ada satu babak sekuntum bunga raya yang mekar berkembang dengan teknik 'time-lapse photography' sebagai tanda pemisah dan perubahan masa yang berlalu dalam filem ini! Di samping itu, ada juga babak burung memberikan ulat makanan kepada anaknya dalam sarang! Untuk sebuah filem di zaman itu, saya mengatakan "Wow!" sekali lagi!..hahaha!

Pengenalan watak Berahim, anak jiran Chombi yang bermain saxaphone dan watak Mamak Maidin/Mahyudin Jailani adalah titik plot 'mengembalikan' semula watak Kassim Selamat sebagai Osman Jailani. Montages dengan poster-poster jelajah Malaya oleh Osman Jailani digunakan untuk mempercepatkan perubahan masa sehinggalah konsertnya di Singapura. Di titik inilah naratif Kassim/Osman dicantum semula dengan kisah Sabariah melalui lagu Jangan Tinggal Daku sebagai pay-off kepada set-up di pembukaan filem. Plot ini seperti juga dalam filem Antara Dua Darjat yang menggunakan lagu Getaran Jiwa sebagai kaitan.

Penciptaan watak Dr.Ismadi yang berkarier sebagai seorang doktor sangat berfungsi dengan bagus kerana digunakan untuk membulatkan penceritaan! Ismadi memberikan rawatan percuma untuk memulihkan penglihatan mata Osman/Kassim. Manakala watak Sabariah pula ditukar menjadi Maimunah Ismadi untuk merumitkan lagi plot. Watak Osman/Kassim mungkin keliru dengan pertemuan semula ini kerana menyangkakan bahawa Sabariah memang sudah mati tetapi penonton tahu bahawa Maimunah ialah Sabariah.

Naratif Kassim menemui Nyonya Mansoor di rumah dan tanah perkuburan adalah babak-babak yang ditunggu-tunggu oleh penonton kerana tahu bahawa lambat-laun helah Nyonya Mansoor akan pecah tembelang! Dialog oleh Kassim menyatakan "Mengapakah kau diciptakan Allah menjadi manusia? Kan lebih baik kau menjadi haiwan?" kepada Nyonya Mansoor ialah momen yang mungkin menyebabkan penonton dalam panggung di zaman dahulu akan bertepuk tangan!..hahaha!

Kenyataan Ismadi kepada Kassim bahawa dosanya mengambil Sabariah sudah terbalas dengan memberikan rawatan mata kepada Kassim ialah titik plot yang mencetuskan tragedi yang menjadi klimak filem ini (yang semua orang sudah tahu apakemendanya kannn?). Penyudahan filem ini dibikin dalam situasi penceritaan yang gelap paling tragik lengkap dengan ribut taufan dengan kehadiran keluarga Chombi datang mengambil semula Kassim sebagai Osman. Pemilihan naratif penamat itu mungkin menyatakan bahawa "leave the past in the past, the future in the future, and enjoy the present of the present".