Salaam..

Saya ucapkan tahniah kepada pembikin trailer filem ini kerana berjaya 'menjual' ideanya dengan ringkas sebagai 'umpan'..ya! saya memang terpancing selepas kali pertama menonton trailernya pada 24 Dis 09 yang lalu sebelum tayangan filem Muallaf lantas men-tweet-nya:

"trailer Adnan Sempit ni mcm best kelakar jahanam plak! wajib tonton nih! :)"

Lalu dengan perasaan tanpa sebarang prejudis, saya menontonnya semalam..mungkin ada yang nak tahu sangat apa pendapat saya?..hahaha!

Betul sangkaan awal saya bahawa naratif filem ini sangat-sangat ringan dan amat-amat menghiburkan berbanding filem-filem komedi sekelompoknya sebelum ini. Akhirnya saya menemui sebuah filem komedi arahan oleh Ahmad Idham yang kemas dari segi penceritaannya. Kemas yang saya maksudkan ialah dari segi sinematografi oleh Raja Mukhriz, suntingannya yang kurang meleret serta pemilihan para pelakon yang bagus terutamanya Shaheizy Sam sebagai Adnan Sempit. Dari segi isi cerita memang ia predictable dan cliche tetapi saya tidak peduli kerana secara jujurnya saya menyukai filem ini. Lagipun nilai baik atau buruknya sesebuah filem itu bergantung kepada setiap penonton, rambut sama hitam hati lain-lain. Untuk filem ini saya mengabaikan terus kehendak penontonan sebuah cerita yang kononnya berlapis-lapis subtext untuk ditafsirkan selepas keluar panggung.

Namun begitu, ada beberapa perihal yang bagus untuk difikirkan (kalau mahu) dari naratifnya:

1. kepala putus - Visual itu sangat ngeri! Kalaulah filem ini dibikin sebagai drama aksi serius, sudah pasti ia adalah elemen yang betul-betul menakutkan. Amaran itu dilakukan dengan bersahaja komedi dalam filem ini yang saya rasakan ditempelak oleh Ahmad Idham kepada mat-mat rempit yang menontonnya.

2. stereotaip - Filem ini mendefinisikan dalam satu babak berdialog oleh Adnan kepada Nadia (umum) mengenai pandangan orang-ramai yang berkenderaan 4 roda bahawa tidak semua orang yang menunggang motorsikal itu ialah 'mat rempit'.

3. bahasa Inggeris - Tempelak Ahmad Idham seterusnya ialah adakah semua 'mat dispatch' ialah orang-orang yang daif dalam bahasa itu? (berkait juga dengan poin no.2)

Hey! Saya berjaya sekurang-kurangnya memerah 3 poin dari filem ini!..hahaha! Lain-lain rencah cerita yang digoreng dalam filem ini adalah pengulangan resepi asas sebuah filem mengenai perbezaan darjat sosial di antara Adnan-Nadia. Filem ini juga beracuankan 'fish out water' bagi kedua-dua watak yang saling cuba mendalami dunia masing-masing melalui kompromi kerana desakan dan kepentingan individual mereka. Adnan sangat mahukan Nadia sebagai kekasih pujaan hatinya, manakala Nadia amat perlukan Adnan sebagai 'dummy' kekasihnya. Adnan tidak hirau dipergunakan sebagai alat selagi dia mendapat status bercinta dengan Nadia. Begitu juga Nadia tidak kisah seorang pekerja bawahannya iaitu orang yang terakhir dalam dunia ini menjadi kekasihnya..menjadi kekasihnya? Pertembungan kehendak peribadi (baca: seksualiti dan penyambungan zuriat) oleh Adnan berlawan dengan kehendak masyarakat (baca: menghindar status andartu) oleh Nadia akhirnya disatukan menjadi '1Cintasejati'..hahaha!

"..dalam hati ada taman!" kata Adnan Sempit di babak terakhir filem ini yang membuatkan saya tersenyum bahawa ia sebuah filem yang wajar ditonton walaupun sekali dalam hidup anda!..boleh???

REF: sinemamalaysia