Khamis, 18 Februari 2010

LU PIKIRLAH SENDIRI DE MOVIE ~ naratif yang berterabur!



Salaam..

Pertama sekali poster filem ini mengelirukan kerana Nabil (Nabil Raja Lawak 2) dan Aisyah (Mila AF5) tidak bercinta tetapi mereka adik-beradik. Sepatutnya gambar Natasya (Puteri Sarah Liyana) iaitu pelakon wanita utama yang sewajarnya digandingkan dengan Nabil. Tambahan pula Mila hanya sekadar cameo sahaja. Namun begitu, siapa peduli kalau poster filem ini hanya letakkan gambar kucing sekalipun kerana ia hanya sekadar poster yang kononnya mampu memancing khalayak untuk menyerbu panggung seramai yang boleh!..boleh?..hahaha!

Filem ini mempunyai barisan pelakon yang sederhana, baik dan profesional tetapi dibazirkan oleh naratif yang berterabur. Kisah hidup Nabil itu sendiri ialah rentetan klise dari seorang yang zero kepada hero yang sepatutnya dikronologikan dengan lebih mendalam serta menarik. Tetapi dek kerana pencemaran plot kisah cinta Nabil-Natasya yang dibuat-buat dan dipaksa-paksa menjadikan filem ini kehilangan hala tuju penceritaan. Bukan saya mengatakan bahawa ia patut dibuang tetapi penampilan kisah hidup Natasya seakan berebut dengan kisah hidup Nabil. Kombinasi 2 cerita yang seakan bergerak sendirian menyebabkan jalan ceritanya terkejar-kejar dan bercampur-aduk.

Oklah. Katakan bahawa memang itu tujuan penulis skrip dan pembikin filem ini untuk bercerita melalui 2 parallel storylines (Nabil vs. Natasya) dimana kedua-dua watak dipertembungkan di kafetaria, ia mesti dibikin dengan betul-betul meyakinkan! Maksud saya, pembikin mesti menjual idea itu melalui promosi poster dan trailer bahawa ia kisah 2 watak utama yang saling berbeza latar perwatakan yang dilawankan tetapi jatuh cinta sesama mereka. Tetapi apabila filem ini diwar-warkan sebagai berdasarkan kisah hidup Nabil dimana namanya lebih gah dari Sarah, maka saya menganggap bahawa filem ini tidak jujur. Dengan itu, saya akan menapis untuk memilih kisah Nabil sahaja sebagai jalan cerita utama dan kisah Natasya sebagai subplot. Secara jujurnya juga saya katakan bahawa kisah konflik hidup Nabil sangat menarik untuk diikuti. Maka apabila kisah Natasya yang berkisar tentang kehidupannya di UiTM diselang-seli menjadikan tumpuan saya terganggu. Perlu diingat juga bahawa tagline 'Lu Pikirlah Sendiri' itu ialah kepunyaan dan dipopularkan oleh Nabil Raja Lawak 2 bukannya perkongsian dengan Puteri Sarah Liyana!..kannn? (baca semula perenggan pertama mengenai poster di atas)

Sebenarnya ia berpotensi untuk menjadi sebuah filem yang menarik untuk ditonton seandainya paparan kisah hidup Nabil lebih didalami, dikreatifkan dan diberikan lebihan durasi berbanding kisah Natasya. Sekarang baru saya faham kenapa Nabil berani mengatakan apa yang disuarakannya di media. Filem ini pujiannya cuma untuk..errr! kualiti rakaman video dan audio yang baik. Selainnya?..tak perlu lu nak fikirlah yer!..hahaha!

ref: sinemamalaysia * lufikirlahsendiri.com
rev: thatmoviebloggerfella * tontonfilem * cinema.com.my * moviewritings

SUDAH-SUDAHLAH TU ANONYMOUS KALAU KAU TAK PUAS HATI DENGAN REBIU AKU, SILA DAFTAR BLOG SENDIRI DAN REBIULAH IKUT SUKA HATI KAU! LEPAS TU KAU BAGI LINK KAT KOTAK KOMEN DAN KAMI AKAN BACA! :)





40 ulasan:

Muhammad berkata...

ya aiii
uncle..makin penuh rasa penulisan kamu.
macam sayur kimchi ..pedas , masam , masin , berlada , manis...dan
macam2 ado lah..hohohooo.

me selalu tertanya.
pelawak itu pelakon kah ??

Qarl berkata...

mmg dh terdetik dlm hati bhw..

xpayahla tgk cite nih..

maybe sbb tak minat Mila kot...

bek layan Wolfman, thief of lightning, valentine's day

tp x salah support film melayu kan? cume takut dikecewakan spt duhai si pari2

omgpetch berkata...

ada benarnya ;)

fadz berkata...

lagu2nya tetap sedap.. tapi tu yg sedih tu...

Istimewa... ahh

Tanpa Nama berkata...

kau siapa nak kata cam tu.. oi... ko kalau dah pandai sangat nape ko je tak buat filem.... ckp jgn pandai sangat... kalau filem ni keseluruhan pasal nabil.. so betul la abg dia hisap dadah.. begitu? betul la dia nih bapaknya lumpuh.... ckp mmgla senang... cabar ko buat filem.. nak sangat aku tengok... bagus ker?

Tanpa Nama berkata...

ko nih mmg jenis perosak filem melayu... tak boleh terima perubahan.. aku tengok ok jer filem nih.. walau tak sempurna tp tetap memberikan kepuasan.. ko setuju dgn nabil.. pada aku nabil tu bodoh.. dan menutup periuk nasi produksi itu sendiri termasuk periuk nasi dia. tak ke pentingkan diri sendiri namanya... takut borg kritik filem tu.. so ambik jalan mudah... mcm ko ni yang perasan bagus...

Nazri M Annuar berkata...

anonymous kat atas ni kebarangkalian besar orang yang terlibat dengan produksi filem ni, mungkin sang pengarah merangkap penulis? sang produser? DOP man? crew? pelakon?

Marahnya memang berbaur personal dan tak fikir panjang.

Cheer up si anon.

Sindiket Soljah berkata...

gua tak tengok lagi filem ni. tapi, gua rasa, kan ke lebih baik kalu gua je yang design poster ni weh! :)

mila? uuuu, i love milaaaaa *ahaks*

To Anony,
Kau pernah tengok filem2 Yasujir┼Ź Ozu tak weh?

Sindiket Soljah berkata...

eh, komen yg kat atas tu - gua.

-NAGA-

fadz berkata...

Anon pun boleh buat filem:

Lu Palatlah Sendiri ..

sinopsis:
Anon bengkeng dan bantai Ajami seorang blogger yg mana menghentem filemnya. Lalu Ajami pun mengambil cabaran Anon lalu membikin filem yang jauh lagi bagus dengan menggunakan Nabil sebagai pelakon. Tiba2, Anon jatuh cinta ngan Ajami. Boleh?

Tanpa Nama berkata...

utk pengetahuan korang... filem lu pikirlah sendiri berganda-ganda lg best drpd adnan sempit... oi... kalo x kerana ko tulis negatif nih... filem ni boleh kumpul 10 juta.... tutup periuk nasi borg melayu sesama melayu.. islam sesama islam.. ko faham ker? ckp mmgla senang.... perasan bagus betul la aku nih...

amad berkata...

omg. can't believe this blog have that much influence terhadap penonton penonton filem melayu. sampai satu review pon boleh menyebabkan a film tak capai target? wow!

ajami, readers ko ade sampai berjuta ke? hebat. aku kagum.

btw, i totally agree with your point about the poster. the poster was nice and simple tapi motif lari ke laut.

Ajami Hashim berkata...

petang ni gua nak tonton filem WOLFMAN & rebiu dgn umaira uyop @ galatvplus astro awani hari ahad 21 feb, 6.30 pm :)

lalala!

p/s: poster WOLFMAN ada gambar manusia+serigala yer! uuuuuu! takutsss!!!

fadz berkata...

aku dah agak dah, engkauuuuuuuuuuuuuuuuuuu aje.... menyampah... hahahah, bagus bagus!!

ko baik2 sikit, aku suka Wolfman walaupun A Wahab Hamzah tak gemar..

fadz berkata...

anon ni, tgklah bila ulasan ni ditulis... duh! melatah mak ayam betul..

Miss Brat berkata...

Fadz, lu palatlah sendiri?

Pastu ajami buat filem, fadz kutuk kat tonton filem, aku jadi anon kutuk balik fadz hahaha satu kitaran yang takkan habis.

Tanpa Nama berkata...

Aku suka tengok Halimah Jongang...

-saat

omgpetch berkata...

apepun, saya pasti si anon bukanlah sang pengarah atau sang penulis. kerana saya kenal benar pengarahnya dan dia tidak berbahasa sedemikian.

si anon, mungkin itu pendapat personal dari si anon. tp, biasalah penonton filem secara individunya pasti mempunyai pendapat2 yg berbeza kan. hak masing2. jadi saya rasa tak salah kalau ajami nk bg point of view dia.

after all, sbg org filem/penonton filem, bukankah hal ini baik supaya kita boleh perbaiki mutu diri/filem? renung2kanlah si anon

Ajami Hashim berkata...

*berikut ialah email dari seorg sahabat saya:

Assalamualaikum (cuba sebut style Nabil) Aku dapat pass percuma untuk tonton Lu Fikir La Sendiri lalu aku bergegas namun kecewa kerana tiket hanya available selepas filem mendapat asterisk (*). Kerana sudah sampai di GSC aku pun terus beli tiket dan bercadang memberi pas berkenaan kepada handai taulan atau saudara mara. Alangkah kecewanya melihat pembukaan yang dangkal, jalan cerita yang longgar, garapan yang hampas dan editing yang lampus. Semuanya resepi memualkan dan hanya membina kebencian. Ia merupakan 'insult to our intelligence'.Antara ramai pelawak, Nabil bermula dengan permulaan yang sederhana namun antara yang langka memiliki substance yang cukup untuk memenuhi stature sebagai stand up comedian. Kini selepas  Sifu dan Tonga, Lu Fikir La Sendiri melengkapkan kekecewaan yang jitu. Bakat besar digarap oleh pengkarya picisan menghasilkan output sampah dan bersungguh benar cuba mendidik masyarakat. Sayangnya wang di tangan Pandir yang hanya punyai impian tetapi tidak punyai wawasan. Ajami, seranglah penerbit, pengarah dan penulis skripnya habis-habisan. Aku akan doakan kejayaan engkau. Ini jihad engkau membangunkan masyarakat yang berminda kelas pertama, memenuhi wahana kreatif.Simpati kepada Nabil dan simpati kepada masyarakat yang diperbodohkan oleh kapitalis dangkal. Nabil boleh bangun jika dititip dengan jiwa besar. 

Tanpa Nama berkata...

hai... sy tadi yang mmg tak puas hati.. sy bukan lah menyebelah sesiapa... bagi pendapat sy yg merasakan nabil berundur di medan perang. bila sampai rumah, dia kata orgnya dah kalah..coz malu nak mengaku yang dia dah berundur awal2. pada hal mrk masih berperang. sy bersimpati dengan mrk yg berusaha bagi menjayakan filem ini. krn sy mengikuti perkembangan filem ini melalui fb yg dah lama ditubuhkan. dalam sekelip mata saja nabil mematahkan sayap mrk... renungkanlah wahai si penulis yg mungkin akan mematahkan lg sayap yg ada... Ya Allah... ada juga manusia yg mcm nih...

zubin berkata...

aku tak baca komen ni sebelum mengambil keputusan nak tengok, yalah, kenal jugak pengarahnyakan. pada malam sebelumnya pulak, ada member lama ni yang tak pernah tengok filem melayu, maklumlah english educated Arab, cerita pasal adnan semp-it, dia kata dia ketawa sampai nak nangis, dia bawa satu opis pegi tengok, so aku pun nak tgk jugaklah, 2 cerita jadinya. tapi bila sampai panggung kat curve pagi2 senin tu, cuma Percy Jackson yang ada kul sebelas pagi, so that's it, enjoy plak tu, tapi taklah dipanggil review macam ajami kat Awani. hehehehe

zubin berkata...

nak komen sikit pasal review ajami ni boleh, rasanya tak pedas manapun, berbanding dengan yang lagi satu tu, tapi dalam bahasa inggeris, mungkin si anon tak baca yang tu, kalau baca yang tu agaknya bunuh diri. apa nama blognya ajami?

Ajami Hashim berkata...

Zubin - url blog itu ialah:

http://thatmoviebloggerfella.blogspot.com/

Kat entri atas tu pun ada direct link dia :)

Tanpa Nama berkata...

harap filem ni menang anugerah filem terbaik... biar senyap mulut korang semua.. amin...

Tanpa Nama berkata...

aku lak doa biar nabil menang pelakon lelaki terbaik dlm filem nih.. pas tu aku nak tengok muka dia masa nak ambil hadiah.. pastu aku nak pekek... oi.. tak malu ker... menang filem yg ko kutuk sendiri... hehehehehehehe baru aku ckp.. lu pikir la nabiillll amin.. amin.. amin....

Tanpa Nama berkata...

http://fatincutestory.blogspot.com/2010/02/lu-pikirlah-sendiri-movie.html

Adi Luqman berkata...

3 words to anon...

GET A LIFE!

Joey Mie berkata...

anonymous be in reality and accept what our opinion..because kitorang oun nak filem melayu di persada tertinggi...jgn bukan kerna kami tak belajar filem bukan ahli akademik tapi kami tak faham filem...sdgkan kami boleh membaca filem

sinaganaga berkata...

>>http://fatincutestory.blogspot.com/2010/02/lu-pikirlah-sendiri-movie.html

Amboiiiiiiii! Sampai petik link blog budak sekolah ni weh! HA HA HA.

Ajami,
Gua rasa macam ni - dalam dunia ni, ada benda yang kita suka buat tetapi ada banyak tak suka tengok apa yang kita buat, dan ada benda yang orang suka nak buat tetapi kita meluat pula nak tengok apa yang mereka buat. Makanya, bikin filem satu hal, 'menjual'nya pula ada satu lagi seni yang lain. HA HA. Apa gua cakap ni? Gua dah gile ke? HA HA HA.

Ok, macam ni, dulu Dean Sham buat filem - dia tak ada rujukan atau rujukan dia hanya filem-filem yang di pernah tonton. Sekarang, dia akan buat filem - dia ada rujukan... bukan sahaja dari filem-filem yang di tonton (dan faham apa yang perlu ada dalam sesebuah filem dan bezanya dengan sesebuah drama tv) serta mendapat bimbingan dari pembikin-pembikin filem yang baik - PERSPEKTIF Dean Sham terhadap konsep bikin filem telah berubah!

Anon,
Lu faham tak apa yang gua nak cakap ni? HA HA HA HA HA.

sinaganaga berkata...

Anon,
Lu suka tengok drama TV?

Ok, kalau macam tu - lu pergi tengok drama TV sahajalah! HA HA HA.

Ajami Hashim berkata...

seorg kwn sms aku "dulu aku dah ckp tak payah rev filem2 busuk kat blog. kan dah ada anon tak puas hati bila kau bongkar kebusukannya?" :)

rozinorazali berkata...

suka dgn filosofee abg naga ttg dean sham...
x baik btol abg naga ni suruh org tu tgk drama rtm...

btol pe, aku pun rasa sama mcm ni masa tonton filem ni...
sbg sokongan kita bantu dgn pergi tgk, bukan free tp berbayar...
dan menjadi tanggungjawab utk beritahu yg benar ttg filem tu...

terus reviu bro ajami...

vidadarisakura berkata...

link yang anon tu bagi saaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaangat x bole blah!hahaha


anon cuba pikir sendiri boleh?

kekure berkata...

Anonymous said...

harap filem ni menang anugerah filem terbaik... biar senyap mulut korang semua.. amin...

Saudara/Saudari Anon,

Kalau filem ini menang anugerah filem terbaik maka saya fikir pada ketika dan saat itu merupakan petanda akan kiamatnya industri filem Malaysia..

Tak perlu dibangkitkan soal tutup periuk nasik sesama Islam atau bangsa Melayu..That is so lame!

Inilanyer tabiat orang Melayu (saya menganggap bahawa Anon ini ialah Melayu kerana sifat berani mati secara sembrono) yang suka menyalahkan orang lain bila gagal..

Contoh:
I tak boleh capai key tinggi sebab I sakit kena santau - padahal takleh nyanyi sebab hangover..

Filem I tak dapat kutipan tinggi sebab terpaksa bersaing dengan filem barat - cerita kalau bagus macam Adnan Sempit tu haruslah orang tengok..Sampaikan berjaya merampas takhta kutipan tiket mingguan daripada Avatar..

sinaganaga berkata...

I tak boleh bikin filem best2 sebab maggi I dah kembang! Boleh? HA HA.

Afdlin Shauki berkata...

maggi aku pun dah kembang jugak.. o mak aii!

zdaf berkata...

ee, maggi naga dah kembang.. haha

Ira Fazir berkata...

tumpang lalu.... walau pun memang sengaja untuk lalu.

sambil bersiul kecil, mata memerhatikan komen2 yang ditulis....

mmmmmmm akhirnya aku ketawa kecil bila baca semua ni....

gua tengah fikir apa yang patut di fikirkan....

p/s siapa nak pergi tengok pengambaran filem terbaru arahan Afdlin Shauki APPALAM ( Papadom version Tamil 25 hb February 2010 sila email kepada Ajami)

Anwari Ashraf berkata...

Bang Ajami, layout baru sedikit kusut lah! fenin! xtgk lagi cerita ni. tapi terasa la aura cerita sengal daripadanya!

aei berkata...

marah betol anon nih..

sampaikan nk suruh baca review adik2 sekolah...wahahaha...siram pokok lg elok la anon..

tp di sudut hati kecik ku bertanya, camner la citer ni bole lepas masa pitching ?