Salaam..

Saya tidak pasti hendak ucapkan tahniah paling utama kepada siapa dalam produksinya? Siti Jasmina Ibrahim - penulis skrip, Ahmad Idham - pengarah atau Raja Mukhriz & Rosli M.Taib - sinematografer.. yang pastinya saya ucapkan TAHNIAH! kerana filem ini memenuhi kehendak penontonan sebuah filem genre seram secara peribadi kepada saya.

Niyang Rapik walaupun mungkin ada yang melabelkannya sebagai mimikan filem seram dari Siam, namun ia masih berjaya 'bercerita' dalam kemampuannya tersendiri sebagai salah sebuah filem Melayu yang semakin bagus pembikinan dan penceritaannya di antara lambakan filem-filem lain yang masih primitif. Hanya pembikin filem yang defensif sahaja akan mengatakan bahawa 'pemikiran' si pengkritik filem yang primitif katanya! Ooopsss!..

Saya sangat gemar dengan struktur penceritaan filem ini yang suka bermain-main dengan tekaan oleh penonton. Di awal-awal pembukaannya lagi sudah cuba dipesongkan jangkaan bahawa dalang (culprit) utama konflik-konflik seterusnya ialah watak Zack (Fizz) kerana dia yang mati mula-mula sekali? Tambahan pula perihal utama yang dikaitkan dengan Zack oleh kawan-kawannya ialah 'kerambit' pusaka dari Niyang Rapik iaitu sebenarnya motif palsu.

Lantas kisah kawan-kawan Zack iaitu Saiful (Zed), Amir (Awal), Zizan (Shaheizy) dan Helmi (Kamal) pun bermula sebagai suspek-suspek tambahan dengan rahsia masing-masing..

Perjalanan kembali ke Niyang Rapik dibauri dengan imbas kembali dari setiap watak untuk mencantumkan semula naratif backstory filem ini yang menggerakkan penceritaan ini dengan pantas. Babak-babak itu yang saya suka! Ia macam menyelam sambil minum air menggunakan teknik flashback yang sangat terkawal semasa penggambaran dan suntingan filem ini. Saya boleh katakan bahawa setiap babak flashback digunapakai untuk menolak cerita ke depan dengan cepat supaya lebih difahami sekaligus menimbulkan tandatanya misteri kepada khalayak. Contohnya, babak persoalan 'bilakah' Zack membawa balik kerambit itu dijawab dengan perkongsian multiple 'point-of-view' (tangkapan kamera dan suntingan) oleh semua kawan-kawannya. Walaupun ia adalah rahsia ingatan peribadi masing-masing yang terpecah-pecah tetapi bersambungan sebagai linear storytelling (exposition) kepada penonton. (nota: Puaka Tebing Biru & Susuk juga bermain dengan teknik flashback sebegini tetapi lebih kompleks dan kadangkala mengelirukan penonton)

Pada sebahagian besar perjalanan rentetan plot filem ini, puaka oleh 'kerambit' Niyang Rapik diangkat sebagai punca utama semua kejadian berhantu yang dialami oleh Saiful, Amir, Zizan dan Helmi. Memang visual meng-voodo gambar-gambar mereka oleh watak Tok Neram/Itam (Nasir) diselang-seli tetapi penonton ditipu bahawa kemarahannya berpunca dari 'kerambit' itu. Penampilan watak Pak Salleh (Sharonizam) pula ialah watak yang digunakan untuk menjelaskan dan menjawab kepada mereka (dan khalayak) bahawa punca sebenarnya ialah Laila (Liyana). Kata kunci kebagusan filem ini ialah 'plot twist'.

Hey! Cukuplah spoiler yang saya tuliskan di sini! Kamu tontonlah filem ini selagi ada di pawagam! lalala!..

*rebiu lain: tontonfilem * thatmoviebloggerfella * obefiend * sinefelia

kredit efek: Ella Sandera