http://belukarthemovie.com/


Salaam..

Pembukaan filem ini mengingatkan saya seperti babak pembukaan filem M:i:III iaitu saat-saat genting dimana Nik (Bront) menembak Eva (Daphne) yakni babak di pertengahan filem ini untuk memancing penceritaan masuk ke babak permulaan sebenarnya semula secara non-linear. Khalayak sudah tahu bahawa Eva akan mati? Plot dramatik itulah yang ditanam dalam fikiran penonton di awal-awal cerita. Lantas twist demi twist pun bermula!..hahaha!

Saya tidak mahu membebel mengenai jalan cerita asasnya kerana kamu boleh membaca sinopsis dari laman web Belukar atau pergilah menontonnya sendiri di pawagam SEKARANG! Itu pun kalau kamu mahukan sesuatu yang best dari sebuah filem buatan tempatan sepenuhnya. Saya suka! Sangat suka!

Yang menariknya filem ini ialah penceritaanya yang bagus dari lakonlayar yang bagus dengan garapan produksi yang bagus serta lakonan para pelakon yang bagus-bagus! Pendek kata "Truly wow!" bak kata Nik dalam salah satu babak filem ini.

Berbagai sebab kenapa saya rasakan ia bagus. Antaranya perkembangan watak Eva sebagai femme fatale mutlak dan mastermind dalam Belukar yang menggerakkan sepenuhnya penceritaan yang berkongsi point of view dengan Nik. Eva ialah dendam dan kemarahan seorang wanita cantik yang berbahaya, meroyan dan psikotik secara luarannya tetapi masih rapuh dan empuk sebagai seorang gadis yang mahukan belaian seksual dari Nik walaupun dalam ketidakpastian perangai dan kehendak seperti sedang dalam situasi 'datang bulan'? Dia jadi begitu kerana latar yang tertekan dan biasan dari watak TKO (C.K.Wah) sendiri yang membentuknya selepas Nik meninggalkannya 5 tahun yang lalu. Mungkin kerana status 'anak haram' yang menjadinya sukar mempercayai lelaki walaupun Nik? Kariernya sebagai pencetus kemalangan dan penipu besar insuran ialah acuan yang betul untuk watak Eva. Jangan main-main dengan Eva yer!..hahaha!

Nik pula ialah lawan Eva yang paling sesuai sebenarnya seorang pemangsa serta stalker profesional dan international tetapi tertewas dengan personaliti Eva (ada sebabnya). Dia seorang yang licik tetapi digambarkan sebagai puppet atau dummy kepada Eva dan orang lain di awal dan pertengahan cerita. Nik sengaja menjadi punching bag kepada Eva (ada sebabnya). Nik sering menjadi mangsa keadaan tersepit di antara pertelingkahan Eva vs. TKO (ada sebabnya). Dia juga sekadar orang suruhan dan upahan kepada Farid (Tamimi) (ada sebabnya)..dan sebab utamanya ialah kerana Eva!..sebab Nik ialah bodyguard dan pendinding kepada Eva dari dulu, kini dan selamanya..

Belukar ialah sebuah filem dark/black comedy. Kelebihannya ialah struktur non-linear storytelling yang bersandarkan banyak babak flashback di bahagian hujungnya untuk menyambung atau mengisi lubang-lubang plot twist yang sengaja ditinggalkan di bahagian-bahagian awal penceritaan. Maksud saya, kepada watak-watak dalam cerita ini tiada apa-apa yang dirahsiakan sesama mereka dalam grup Eva tetapi exposition itu disorokkan kepada khalayak juga kepada grup TKO. Filem ini sangat-sangat seronok ditonton untuk kali pertama tetapi untuk tontonan ke-2 dan seterusnya ia adalah pengulangan tanpa sebarang twist lagi.

Filem ini wajar disukai dan diiktiraf sekurang-kurangnya sebagai sebuah filem sepenuhnya bikinan tempatan yang bagus dari latar exposition promosi 'Selamat Datang Ke Sabah', muzik latar segar indie yang sesuai, suntingan yang berbagai dan macam suka-hati jer tapi menarik (malah kalau dipotong sebahagian tebuk-tebuk filem ini boleh dijadikan short film!) lakonan sulung Bront Palarae sebagai pelakon utama (ya! bro! ini antara lakonan terbaik kau!) juga lakonan-lakonan mantap yang lain terutamanya Daphne dan C.K.Wah (walaupun pengulangan watak comical dari Setem) serta yang lain-lain, pengarahan yang berpotensi ala Hollywood oleh Jason Chong (more! more!) dan mungkin bajet pembikinan yang tak seberapa tetapi menghasilkan penceritaan yang mahal!

Ya! 12 juta ringgit! Ia bukan nilai kutipan tiket boxoffice yang bakal dikutip oleh tayangan filem ini, tetapi nilai tuntutan insuran yang direbutkan oleh watak-watak dalam filem ini. Bagaimanapun secara peribadi saya merasakan bahawa nilai kualiti penceritaan filem ini tidak dapat saya anggarkan berapa juta sebenarnya? Terima kasih produksi Belukar! :)