Rabu, 13 Oktober 2010

MAGIKA (2010) ~ pujian secara tebuk-tebuk?

pengarah & penulis skrip: Edry Abdul Halim
genre: drama fantasi muzikal
http://www.krustudios.com/magika

Magika memberikan keperluan wajib elemen penceritaan yang paling konservatif iaitu muzikal di atas tapak teknologi terkini yakni kecanggihan CGI. Siapa hendak menafikan bahawa kewajipan babak bergurindam dalam pembikinan awal filem-filem Melayu dahulu yang menekap sepenuhnya identiti filem Tamil? Filem ini seolah menyatakan "nah!" kami persembahkan pementasan besar-besaran warna-warni terlebih-lebih kemustahilan dunia fantasi ke layar perak, tetapi isinya adalah adaptasi dongeng klasik Melayu yang telah di-remix! Walaupun tak sehebat dunia filem epik atau science fiction dari Hollywood tetapi pembikin filem berbajet kecil di Malaysia juga mampu sekurang-kurangnya membikin sesuatu yang merealisasikan dunia khayalan. Adakah kita patut merasa bangga? Sudah tentu!

Itu dari sudut idea asas rangka-bina pembikinan what if yang sejujurnya saya salut. Bagaimana pula dari sudut kualiti isi cerita dan pemilihan pelakonnya?

Berikut ialah tekaan saya..setiap orang penonton yang keluar dari panggung selepas menyaksikan Magika akan sekurang-kurangnya gembira dengan kemampuan filem ini menghiburkan dari berbagai sebab. Mungkin kerana kelakarnya watak lakonan si-polan atau romantisnya watak si-anu dengan si-dia. Barangkali juga ada khalayak yang seronok dengan kemunculan seseorang pelakon yang diminati dari segerombolan bintang ternama di dalamnya. Agaknya juga kerana kebagusan special effect pada babak-babak tertentu. Eh! Sedapnya suara nyanyian si penyanyi yang itu atau yang ini. Yay! Dia pun berlakon juga dalam filem ini walaupun cameo?..atau "tak sukalah lakonan si-mamat atau si-minah tu yang kayu atau gedik!" dan lain-lain komentar. Maksud saya filem ini berjaya menimbulkan pujian (atau sebaliknya) serta berbagai reaksi dan respons hasil penontonannya secara tebuk-tebuk, bukannya secara keseluruhan.

Ya! Kalau magis dalam filem ini sudah mampu dibikin dengan bantuan teknologi, mungkin di masa akan datang KRU Studios mampu melabur pula dari sudut human capital untuk mengemaskan lagi sehabisnya naratif filem seterusnya serta betul-betul ketat membuat ujibakat untuk pemilihan pelakon utama yang terbaik ya amat! Tetapi mampukah mereka mengetepikan keperluan nafsu komersialisme?

Namun begitu Magika sesuatu yang sudah hampir sangat bagus. Hampir!

*Berikut ialah e-mail dari Norman Abdul Halim setelah saya forward ulasan ini kepada beliau:

Abd Halim to me show details 10:11 AM
from: Norman Abd Halim to Ajami Hashim <ajamihashim@gmail.com>
date: Wed, Oct 13, 2010 at 10:11 AM
subject: Re: MAGIKA (2010) ~ pujian secara tebuk-tebuk?

OK thanks, Ajami - tapi sememangnya kepakaran kat Malaysia ni belum sampai ke tahap Hollywood lagi. Tugas bikin filem ini bukan bergantung harap kepada 3 orang (Norman, Yusry dan Edry) semata-mata tapi memerlukan antara 250-300 orang yang pakar didalam bidang masing-masing.
Insya'allah bila dah lebih ramai kepakaran ini di Malaysia baru KRU Studios mampu meningkatkan lagi mutu filem terbitan kami setaraf filem Hollywood. Apa pun, kami sudah lakukan yang terbaik dan yakin KRU Studios adalah antara beberapa syarikat penerbitan filem yang terbaik di rantau ASEAN ini.
Salam perkenalan.

5 ulasan:

fadz berkata...

HAMPIR??? ohhh ...

Ajami Hashim berkata...

Fadz - ulasan kau best!

NOTA: apa yg norman jawab tak begitu 'menjawab' ulasan itu sebenarnya cuma 'mengiyakan' apa yg sudah mampu mereka lakukan. 'human capital' yg kumaksudkan ialah keperluan paling asas sebuah filem iaitu pengasahan skrip sehabisnya (penulis skrip) isi cerita, jalan cerita, struktur cerita DAN pemilihan pelakon yg betul2 berkualiti (casting)..errr! itu 'tak terjawab' kot? Oklah secara peribadi terus-terang watak Badang terlalu 'besar' utk Mawi! enuf said! hehe..

*sebenemarnya ulasan ku ini TAK mendalam pun sangat..kalau ku ada masa akan ulas lebih lanjut hehe..apa2 pun TQ norman :)

fadz berkata...

ko tu sopan sangat, patutla org sayang..

ahad ni dtg baca tak?

aku baca nizam punya..

anw, aku faham Norman cakap tu, mungkin, dgn lebih ramai tenaga kerja (haha, panel penulis skrip juga), akan lebih utuhlah industri filem ni, kononnya..!

ps: awat ko tak kepilkan sekali ulasan aku, biar merah padam muka norman? hahaha

Kasut Span Hitam berkata...

Secara jujur KRU production boleh berbangga dengan CGI yang dihasilkan...

cuma terdengar di telingga ramai yang bandingkan Magika dan Hotel Mania...

Teknologi ada.. kepakaran pun hampir cukup...

CUMA JALAN CERITA... maaf la cakap... BODOH...

Please la tukar muka baru kat setiap movie... kalau 10 keluar kat panggung.. 8 darinya pelakon yg sama berlakon... tu yg buat cerita melayu bosan...

Magika boleh diperbaiki dengan jalan cerita yang lebih menarik...

sama jugak dengan cicak man... CGI yg sangat impresive...

tapi jalan cerita lawak... its fun to watch... tapi seriously.. kalau buat jalan cerita yg lebih elok... cicakman pun dah boleh setaraf Batman...

Apepun... pujian harus diberikan... Good try... I know it's not easy...

Muhammad berkata...

bagus ulasan kamu..uncle.

eh , me belum nonton lagi film ini.
hurmmmm..kenapa ya ???