Isnin, 1 November 2010

ESTET: bual santai aku bersama Mamat Khalid

*dipetik dari BUKU UNTUK FILEM: ESTET terbitan MATAHARIBOOKS (Amir Muhammad)
*boleh dibeli secara online @ SILVERFISH

LOKASI: Pejabat NAGA VXS Sdn. Bhd., Petaling Jaya, 17 Oktober 2008

AH:Kenapa ESTET dibikin sebagai filem pertama produksi syarikat abang?
MK: I always ask myself, dia selalunya tanya apa involvement kita dalam dunia perfileman, is it about making movies untuk seronok? is it for the money? or is it something else? so selalunya is 'the something else' tu yang lagi kuat dalam badan, dalam kepala kan? 'something else' maybe I want to do something different ataupun maybe because I am different? and bila first peluang untuk produce I kena kata apa filem yang you can call your own baby punya film yang it's different from other movies or other of my creation yang lain-lain. I think ESTET memang fit the bill sebab being the first film untuk I produce filem tu mestilah yang bermakna. Bukan bermakna untuk diri sendiri saja, abang harap bermakna lagi untuk sesiapa yang menontonnya. Adakah abang nak buat 'film about film' macam Kala Malam Bulan Mengambang? ataupun something film about abang boleh sumbangkan pada negara? negara maksud abang kalau walaupun sedikit sumbangan itu abang rasa kena start somewhere. So untuk filem pertama untuk abang produce abang rumuskan yang ia mestilah sebuah filem yang nilai 'estet'-tika dia tinggi and then of course patut memberi kesan kepada orang, pihak yang membiayainya yang memberi pinjaman and all that, and of course is the government bila kita kata 'government' abang lebih katakan is the Malaysian government, Malaysia sendiri.

AH: Apakah kontribusi filem ESTET kepada Malaysia?
MK: Perpaduan! and yet kalau kita nak buat filem pasal perpaduan in my first production siapa nak tengok? so macamana abang nak suntik semangat perpaduan ataupun semangat patriotism itu dalam filem dengan cara orang boleh terima? susah abang nak buat filem ESTET ni, macamana abang nak perpaduan tu intact tetapi orang tak merasakan filem ini di'spoon feed' disumbatkan dengan kata-kata perpaduan, tak ada! Tak ada dalam ESTET, tapi itulah dia sebab abang rasa filem pertama kenalah bermakna untuk masyarakat dan negara.

AH: Tapi kenapa abang ambil kisah masyarakat di estet?
MK: Pada abang perpaduan antara Melayu dah memang kuat tapi apabila kita katakan perpaduan dengan bangsa lain itulah yang patut kita titik-beratkan, and then semua filem-filem Melayu cerita pasal perpaduan Melayu. Dia kalau gaduh pun dia bergaduh Melayu. Tapi dalam filem ESTET ni abang pilih kaum India kerana pada abang kalau abang pilih kaum bangsa lain pun dia still we are talking about perpaduan. Cuma abang pilihkan India kerana the first idea yang abang dapat tu adalah daripada filem Man Laksa apabila abang tengok Sathia naik basikal tu, abang rasa kita perlu explore masyarakat kaum India di estet. Dan apabila start research dan buat segalanya, bukan orang India saja di estet, orang Melayu pun banyak, orang Cina pun ada rupanya! So I'm using that flatform untuk mengeratkan perpaduan dalam filem ni.

AH: Kenapa acuan kollywood yang digunakan?
MK: Kita kena pilih approach mana, konsep mana yang kita nak pakai. Abang rasa kalau kita nak buat filem ESTET kita gunakan cara kollywood, so it will be orang akan faham, you know. Cerita dekat di hati masyarakat Melayu ataupun India ataupun Cina yang pernah tengok filem-filem dari Southern India.

AH: Rujukan ESTET?
MK: Rujukan of course lah banyak filem, mula-mula abang rujukkan filem-filem hindustan tapi abang rasa kalau nak di-apply-kan cara filem hindustan dengan cara perfileman di Malaysia susah nak dimasukkan kerana filem hindustan tu dia epik moden. Setiap filem dia epik.

AH: Proses dan kronologi penulisan skrip? Bermula dari mana?
MK: Macam abang cakap tadi, the first image yang abang dapat 'Sathia naik basikal di celah pokok getah'. Imej tu melekat lama dalam kepala. So apabila about time syarikat abang produce film, imej tu keluar balik. This is the film yang abang nak buat. This is the script. Dan abang teringat pada setengah-setengah cerita dimana estet selalu membuat pertandingan bolasepak antara Estet A dengan Estet B. Abang rasa banyak abang boleh explore dalam pertadingan bola tu. So it's about pertandingan bola estet. Tapi adakah cerita ini about pertandingan bola tu? So kita terjun lagi dalam, it's not about the bola tapi rupa-rupanya about dendam kesumat, dan abang cuba nak membersihkan diri kita daripada ada sifat-sifat dendam ataupun niat-niat busuk dalam sesama masyarakat. Daripada situ, that's the main thing yang abang nak cerita dalam ESTET ni. Of course semua orang yang menulis skrip akan faham di mana kita nak mulakan? Abang punya cara dah mulakan daripada akhir, final scene baru abang work out to the first scene. Daripada situ abang akan dapat lebih menerapkan banyak elemen-elemen suspense, happy ataupun cinta dalam skrip tu. Kalau dia masyarakat India dengan Melayu, what if kalau ada percintaan di antara dua kaum itu? Which is I think sangat murni. Tapi of course apabila dua kaum yang berbeza, bermakna dua ugama yang berbeza. Kita tidak boleh sentuh hal ugama, itu hak masing-masing. Apa yang dipaparkan dalam ESTET adalah menghormati ugama masing-masing dengan tidak memberi tunjuk this is cara yang betul ataupun ikutlah kata saya! Tak ada tu semua. Kita buatkan dia free flow. So kalau nanti menonton filem ni akan faham, saya tidak menghukum ataupun tidak memberi tahu 'si polan sepatutnya macam ni ataupun si polin sepatutnya macam tu'. Ia sangatlah bersifat terbuka yang abang rasa really happen di dalam dunia tanah Melayu sekarang.

AH: Skrip filem ESTET adalah character driven atau plot driven?
MK: Daripada dulu lagi, the school in my thought adalah about character driven. Perwatakan tu yang menyumbang ke arah penceritaan. Bukannya kita reka cerita tu untuk watak tu pergi (berkembang). Which is pada abang satu penceritaan yang lebih mulia. Dengan secara langsung kita tahu even manusia sendiri, apatah lagi character yang kita cipta, manusia sendiri akan terjerumus ke dalam apa-apa situasi kerana sikap kita sendiri. Macam tu juga characters dalam skrip saya. Apabila kita dah dapat character, dari situlah tercetusnya plot-plot, bukannya plot-plot tercetus membentuk character. Misalnya kalau ada hasad dengki, sampai bilapun ada hasad dengki dan sampai bilapun jiwa dia tak akan tenteram dan niat busuk dia sentiasa ada. Tetapi jika character dia tu seorang pembela, hal kecik pun dia akan bela. Tapi dengan pembelaannya itu akan mencetuskan satu insiden. Itulah maksudnya character driven bukannya plot driven tu.

AH: Filem ESTET cerita berkumpulan (ensemble cast) bukan seorang hero?
MK: Ya! memang intention abang adalah siapakah hero dalam hidup kita ini? Pada abang semua yang terlibat di sekeliling kita adalah hero-hero kita termasuk diri kita sendiri. Begitu juga dengan filem-filem abang. Bukannya abang anti-hero tetapi kalau kita perhatikan dalam hidup kita hero itu adalah cikgu kita pun hero kita, mak-bapak kita apatah lagi kalau kita dah kawin waima kita ada hak. Itulah kita punya hero-hero kita dan diri kita. So dalam skrip dan filem ESTET abang buat gitu, heronya iya, kita ada Shasi dan Farid tetapi di manakah sumbangan Rosyam Nor (Kublai Khan) even Mohan yang selalu buat lawak tetapi di akhir cerita dialah hero yang you know, ada contribution dia terhadap plot dalam cerita ESTET. Abang still believe in kelompok dalam sesuatu masyarakat bukannya 'SEORANG' yang menentukan hala-tuju hidup.

AH: Hahaha! Dalam maknanya tu bang! Ok, huraikan kenapa ada berbagai grup dalam filem ESTET?
MK: Dalam skrip abang banyak ada grup! Kalau tengok daripada Lang Buana dah tentu dah. Man Laksa Harun Salim Bachik dengan grup dia. Semua ada gruplah. Kala Malam Bulan Mengambang ada grup. Tapi dia ada satu kepala. Dalam kepala orang atas dia lagi besar. Dalam ESTET kita tak tahu siapa yang paling jahat? Siapakah Mr Laporpo tidak dijelaskan di situ. Kerana always atas kita ada orang lagi tinggi niat baik dia ke atau niat busuk dia. Kita mungkin dalam diri abang, ada meminjam kata-kata Confucious yang kadang-kadang orang confuse! Dia kata "Let King be King, Minister be Minister, Father be Father, Son be Son" so maknanya "kalau Raja biarlah Raja jadi Raja, Menteri jadi Menteri, Bapak jadi Bapak, Anak jadi Anak". So Anak janganlah jadi Raja, Menteri tak usah jadi Raja kan? Bapak pun janganlah jadi Menteri. Semua ada tangga hiraki mereka sendiri, kita kekalkan itu. Begitu juga dengan skrip abang dia mesti ada that stigma? memang dah di-mold-kan macam itu kerana I believe in that. Kalau let say abang seorang pengarah, abang tak akan buat laku sebagai tokeh panggung. Masing-masing dengan kerjaya masing-masing even pengikut-pengikut tu pun tak akan jadi boss dia nak jadi pengikut saja sampai seumur hidup dia.

AH: ESTET ada menyentuh sedikit isu kecelaruan seksualiti (maknyah)?
MK: Kalau dalam banyak orang akan cakap ada sexual innuendo ke apa ke, tapi dalam mungkin niat masa abang buat tu, dia tidak berniat, tidak berbau lucah, dia more niat "this is life" that penghidupan kita ada kaum ini, ada jenis ini, ada yang suka itu, so abang hanya menceritakan, mencerminkan hal mereka atau dialog mereka dan disclaimer mesti ada disclaimer yang tak semestinya apa yang kita paparkan kita believe (ikut). Kalau kita buat cerita pasal hidup susah seorang penagih dadah bukan maksudnya kita believe dengan penagihan dadah. Kita cuma menceritakan semoga dengan imej yang ditunjukkan itu orang akan faham. Kalau ada sexual innuendo dalam itu it's not, doesn't mean that I'm into it! Bukan maksudnya abang menggalakkan itu tapi that's happened! Kalau kita dengar kawan-kawan bersembang lagi takut, itu memang tak boleh difilemkan. Selalu apa yang abang paparkan more towards humour. Itu adalah memang humor. Bukannya niat abang untuk menggalakkan ataupun menyuruh orang mengikut, it's more about humour.

AH: Babak 'gantung diri' yang dihumorkan dalam filem ESTET? Terangkan.
MK: Yalah! Kita soften the blow! Memang macam ada certain masyarakat yang memang jalan mudah ialah membunuh diri and it's still happen. Kita paparkan itu tetapi macam abang selalu cakap "a life according to me is a very big joke!" Abang selalu tengok di setiap perkara yang berlaku tu, abang selalu melihat dari kacamata yang humor. Jadi kalau ada scene 'membunuh diri' it's a very serious sins (dosa). Ya! dalam ESTET ada scene 'membunuh diri' abang paparkan tapi abang tak tunjuk dia diakhiri dengan babak yang menyayat hati atau yang menakutkan tetapi abang akan soften the blow. Kalau dia tidak membunuh diri "hidup ada bagus!" kata jiran dia. Tak payah bunuh diri kita cover-kan dengan humor. Abang rasa memang itu cara abang kot? Abang memang suka 'dark humour' tetapi dalam humor itu abang suka "it's a beautiful life! celebrating life!"

AH: Filem ESTET sebuah filem patriotik dengan bendera Malaysia muncul tanpa disedari di sepanjang filem?
MK: Nak tau kenapa ESTET is so Malaysian? Bila abang pergi ke lokasi estet tu banyak bendera Malaysia! So it's struck me numb! Tak ada dalam skrip asal. Tapi bila tengok "aii! patriotiknya diorang ni?" Abang just pinjam apa yang really happen dalam estet tu then it's give me idea! Maka di background ESTET ni banyak warna-warna bendera Malaysia. Ia menunjukkan "yes! kita ni orang Malaysia!". Kita dalam negara Malaysia. Tak salah rasanya kalau kita fikir negara dalam hati kita.

AH: Adakah skrip asal banyak berubah bila dibikin ke filem?
MK: Tak banyak sangatlah kot yang not worth mention pun. Tapi yang sepatutnya ada, ada abang kurangkan. Sebelum tu abang rasa nak buatkan abang rasa audience kita boleh terima kot benda pedas-pedas. Kemudian abang rasa apa yang audience hendak ialah bercakap about semangat perpaduan. Apa gunanya kita cakap pedas-pedas tak ada maksud dia? Dalam original skrip ada di-explain-kan macamana kaum India mula-mula datang, macamana mereka berkembang, apakah hak-hak mereka? Itu tidak diadakan dalam filem ni. Filem tak dapat tu kerana yang sepatutnya melakonkan watak tu, yang menceritakannya ialah David Arumugam (Aru). Abang rasa akan membebankan dia untuk melakonkan scene yang ada dalam skrip tu. Dimana dia menceritakan bagaimana buruh India pertama kali datang mereka hidup di sini ditindas oleh pihak estet dan juga British. Dimana dulu tak payah bagi duit, dibagi kupon untuk minum todi. Semua ada tu dalam skrip which I think kalau abang ceritakan tu ia akan menjadi terlalu menghukum, terlalu memberi imformasi yang abang rasa audience tak perlu itu. jadi abang tak buat.

AH: Tapi itu semua betul pernah terjadi dan memang begitu sejarahnya?
MK: Ya! Sejarahnya yang dia boleh siap kalau gaji mereka 20 ringgit tu, 5 ringgit memang dibagi kupon untuk minum samsu. In a way dia kata (British) dia boleh contain, dia boleh menjaga keselamatan mereka. Tapi pada abang itu lebih kepada "kamu minum samsu, jangan fikir about lain, just minum!" Tak contribute kepada masyarakat India itu sendiri. Jadi apabila 'divide and rule' dalam estet itu sahaja mereka tidak berpeluang pergi ke luar, maka masyarakat tu menjadi lebih perkauman. Serupa macam selepas zaman 'Emergency' dulu apabila dibuatkan kampung baru, pekan baru yang terpaksa mereka catukan semuanya, di-separate-kan. Orang Melayu dengan kampung Melayu dia, orang Cina dengan pekan baru ke apa yang dipagar dengan kawat! Jadi masyarakat itu makin lama menjadi tak biasa dengan kaum lain dia akan menjadi lebih defensive dengan kaum lain sebab terlampau setempat. Begitu juga yang abang rasa experience abang macam di Berlin dulu, East Berlin-West Berlin apabila tembok pecah, East Berlin keluar mereka terkejut tengok bangsa lain banyak di Germany yang membuat mereka jadi defensive dan mereka memukul, sebab you know dia terlampau tak tahu dunia luar. Itu tahun 1991! (ketawa) apatah lagi estet di tahun 30-an you know, lepas perang lagi tebal semangat tu! Jadi sekarang ni abang rasa mereka dah, kita dah mula open, semua bangsa dah open yang abang rasa tak ada masalah kecuali ada orang 'perseorangan' yang membuat masalah.

AH: Jadi filem ESTET cuba untuk 'capture' sedikit sejarah itu?
MK: Sepatutnya sejarah itu. Tapi abang minta maaf tidak boleh adakan kerana ia lebih sesuai jika dilakukan untuk sebuah filem yang memang intention-nya untuk menunjukkan dari mana mereka datang dan mengapa mereka di sini dan kenapa asimilasi patut berlaku. Tapi filem ni tidak, filem ini lebih kepada lebih ringan. Yang sepatutnya yang ada dalam skrip tetapi masih lagi abang kata tak apa, itu cerita lama. Apa yang kita adakan yang seperti tagline filem ini adalah "satu permulaan.." Ia satu permulaan untuk kita masyarakat Malaysia even untuk perfileman Malaysia.

AH: Filem ESTET untuk menarik minat pengkaji sejarah lebih mendalami sejarah asal-usul masyarakat India di Malaysia?
MK: Of course! Apa ni, kita bukakan pintu. Filem ni abang harap akan dapat pintu kepada semua masyarakat Malaysia yang we are not alone! Kita ni sama-sama bersatu-padu dan filem ini bukakan pandangan itu, yang kita tak sedar, kita memang kalau kita fikir balik jiran kita selang satu-dua rumah, rumah siapa? Adakah sama bangsa kita? Tidak.. kita dah cukup, kita dah assimilate, kita dah bersatu, dah cukup kuat cuma kita tidak sedar. Dalam banyak artikel ataupun filem ataupun dokumentari banyak yang menyuruh kita bersatu-padu. Memang konteks, memang niat dibuatnya pun menyuruh kita bersatu-padu. Apabila disuruh, orang akan either take it or not. Dalam filem ESTET tidak disuruh. Abang dah buatkan perpaduan tu memang dah ada! Tidak pernah cakap pun about perpaduan. Jadi abang harap siapa yang menontonnya pun, dia tengok pun dia tak ada rasa 'disuruh' perpaduan. Dia akan sedar, eh! memanglah selama ini aku dah memang bersatu-padu dengan apa kaum sekalipun. Mana ada kita niat busuk di antara satu sama lain. Kalau pasal ekonomi, itu lain cerita. Tapi kalau mengenai kawanlah misalnya, you check dalam telefon bimbit you, berapa banyak dalam tu nama bangsa lain yang kita anggap kawan dan ada yang dah anggap keluarga. It's already there, perpaduan kita dah memang ada. Tak payahlah kita sogokkan lagi 'kita patut bersatu, berpeluk-peluk' tak payah! It's there! Dalam filem ESTET macam tu lah. Dia tak akan kata "marilah kita bersatu wahai.." It's so terang-terang, it's there!

AH: Apakah filem ESTET berharap akan mengubah persepsi masyarakat tentang makna perkataan 'estet' itu sendiri?
MK: Abang ada ramai kawan yang asalnya datang dari estet! Memang besarnya di estet, sekolah yang berdekatan dengan estet, yang malam pakai generator. Mungkin abang sendiri yang gagal dalam nak men-differentiate-kan kawan-kawan. Semuanya sama. kalau dia datang dari estet pun, dia datang dari estet. Kalau dia lahir di Bangsar, dia lahir di Bangsar lah. Semuanya sama. Abang hairan mengapa ada setengah kata 'estet' itu terlampau asing buat mereka dan 'estet' itu adalah satu masyarakat terpinggir yang tak harus kita ketengahkan. Ada! Even ada yang refuse to berlakon sebab nama dia 'ESTET'. Tak perlulah mention siapa? Kerana dia bukanlah famous sangat pun! So kalau itulah yang mereka lihat maknanya 'kasihan mereka', mentaliti mereka masih di tahap penjajah. Belum lagi masyarakat, rakyat Malaysia yang abang selalu war-warkan yang kita ni lebih open, yang lebih sayang antara satu sama lain. Kalau ada lagi sikap yang mengatakan 'estet' itu satu masyarakat yang ketinggalan ataupun masyarakat ceruk, abang rasa mereka silap. Berapa ramai anak-anak estet yang berjaya di Kuala Lumpur. Berapa ramai anak-anak estet yang lagi bagus daripada kita. Kita tak tahu tu kan? Tapi mungkin sesetengah orang tu dah mengecopkan yang itu (estet) tak bagus dan abang kasihan dengan mereka.

AH: Adakah filem ESTET membuka pekung sebahagian masyarakat India di estet?
MK: Tiada pekung dalam ESTET! Abang failed to see tang mana pekungnya? Kalau kita kata orang estet tu orang yang tak berpelajaran.. abang rasa kat SS2, Petaling Jaya ni pun ramai lagi tak berpelajaran! Kalau orang kata minum todi, minuman keras.. pergilah kat Jalan Imbi, Jalan Tuanku Abdul Rahman berlambak berbagai bangsa minum! (ketawa) Tak usah! Kita terlampau kecil sangat skop pemikiran kita.. oh! ini mengutuk orang India! TIDAK!.. dan even yang involve dalam filem ESTET adalah orang India. Mereka yang melakonkannya dan mereka tahu apabila mereka portray 'ketidakbagusan'nya minum, mereka repent, mereka menyesal dan mereka kembali ke jalan yang benar. Itu yang ditunjukkan dalam ESTET bukannya kita tunjuk dia minum saja! Dalam ESTET ada abang selitkan 'imej' yang tak nampak tapi kalau tak dibendung (minum arak) budak-budak pun akan minum! Lihatlah scene mana itu? So kita kena, bukannya maksud kita menggalakkan budak minum tetapi kita kena tahu. Kalau kita diam, kalau masyarakat kita atau masyarakat lain yang tidak nampakkan problem itu, ia akan berkekalan. Dalam pada itu, apabila telah selesai (penggambaran filem ESTET) kita panggil pun beberapa orang berbangsa India untuk menonton. Jika adakah mana-mana adegan yang mereka kecil hati atau marah ataupun tak betul, tolong bagi tahu, kita boleh betulkan ataupun kita boleh potong mana yang tidak betul. Alhamdulillah semuanya apa yang di-portray-kan itu dengan unsur humor tidak begitu menyusahkan diri mereka, tidak begitu menyakitkan hati. Abang rasa tak ada pun benda itu keluar (difilemkan) dengan niat mengkontroversikan filem ESTET.

PERWATAKAN

AH: Siapakah watak hitam Junna?
MK: Watak Junna yang dilakonkan oleh Shoffi Jikan dan abang rasa dimana lokanannya yang paling bagus dalam filem yang dia pernah berlakon dengan abang. Sangat bagus! Abang kagum sangat dia menjadi Junna dalam ESTET. Pertama sekali kita tidak bagi tahu Junna ni bangsa apa?.. dan kita tidak bagi tahu Junna ni ugama apa?.. kerana sebagai pelakon Islam dia tidak boleh melakonkan watak dalam ugama lain.. dan adakah Junna seorang Melayu yang jahat atau seorang India yang jahat?.. abang tidak portray-kan itu. Di situlah abang rasa kita kena ada 'a very thin line' yang kita kena tahu, kena jaga keharmonian masyarakat kita, kesensitivitifan (ketawa).. kalau kita sensitif. Mengapa orang Melayu pulak jahat?.. dan mengapa orang India pulak jahat?.. dia kena jaga tu, so Junna ni watak misteri. Dialah yang jahat yang diupah oleh seorang manager estet yang jahat yang telah disuruh oleh satu pihak (Mr Laporpo) yang kita tidak tahu dia ni telephone call jer, which is abang rasa situation dunia macam itu. Kita tak tahu siapa yang really jahat? Siapa really dalang dalam semua kejahatan? Watak Junna tu abang portray-kan sejahat-jahat manusia yang niat lainnya tak ada apa untuk menjahanamkan tapi di akhir cerita kita tunjukkan after all he's only human. Rupanya dia ada anak-isteri juga. Dia akan balik kepada anak-isteri juga. Kita tidak menghukum dia dengan jahat dia itu, dia ditelan dek bumi ker apa ker, setengah cerita bolehlah buat. Yang ini dia tidak, rupanya dia balik ke anak-isteri dia juga. He's only human! So I like that his character dalam ESTET.

AH: Watak Kublai Khan seolah comical dari kollywood?
MK: Watak lakonan Rosyam Nor abang perlukan MGR dalam filem ESTET. Tapi MGR dalam filem ESTET kalau dilakonkan oleh pelakon India dia tak larilah dari filem Tamil. Tapi apa kata MGR dilakonkan oleh Rosyam Nor? Reference yang dibuatnya daripada Sivaji hinggakan MGR, abang rasa memang di-over-kannya, Rosyam pun dia memang seorang peminat MGR, Sivaji dulu dengan Sivaji sekarang. Homage lah, dia akan melakonkan watak yang sama dengan MGR dengan pakaian dia, dengan gaya dia. Abang rasa adakah dia hero dalam filem ESTET? Haa! kita tak tahu, dia pun ada contribution dia. Macam itulah hidup di Malaysia ni kan?.. kita tak tahu siapa hero dan walaupun hero tu datang pakai baju oren!

AH: kenapa ada watak Lucas orang kulit hitam Africa?
MK: Bila abang pergi lokasi estet tu baru abang baru realise it's "a mini Malaysia". Dalamnya ada ekonomi, ada berbagai kaum dimana bukan sahaja kaum yang terdapat di Malaysia. Bangsa lain yang datang untuk mencari rezeki di negara kita, ada di estet! Macam tu juga di Malaysia, bangsa lain datang. Ada bangsa dari Afrika yang datang bekerja di ESTET tanpa permit. Yalah! Kalau abang tengok di Kuala Lumpur pun berapa ramai yang kerja tak ada permit? Tapi kita rakyat Malaysia yang kita ni "the gentleman of the East" kita tidak menekankan itu masalah besar. Selagi dia tidak melakukan jenayah ataupun menyusahkan kita, go ahead! Kita selalu kata peluang pekerjaan di Malaysia sangat banyak. Kalau ada orang Melayu yang tak ada kerja tu, sangat mustahil! Kerana orang yang dari negara luar yang tiada kelayakan pun boleh dapat kerja, apatah lagi orang Melayu. Ya! dalam ESTET ada watak orang Afrika, it's not only for fun tapi nak menunjukkan yes! di Malaysia ada bangsa lain yang datang. Dia tetap cintakan negara dia tetapi of course Malaysia ialah tempat dia mencari rezeki dan dia sama-sama mempertahankan ESTET tu daripada orang jahat.

AH: Lagu ala kollywood dalam filem ESTET?
MK: Ya! Lagu-lagu yang terdapat dalam filem ESTET di-compose oleh Lawrence iaitu komposer yang berbangsa India yang sangat berbakat. Dia hendak buatkan cara Melayu, cara lagu-lagu filem Melayu dia kata. Tapi abang kata 'no' pergi ke cara filem-filem Selatan India sejauh yang kita boleh. So lagu tu dia compose-kan macam lagu-lagu Tamil. Apabila dia compose-kan lagu Tamil tu abang terpaksa mewarna-tempatan-kan lagu tu ke alam di Malaysia. Di situlah cabaran itu, abang nak kan betul-betul Selatan India punya filem tapi di-Malaysia-kan dengan lagu-lagu itu pun yang akan dinyanyikan oleh orang Melayu dan orang India. Bagaimana kita hendak menyatukan, mengkahwinkan antara budaya India dengan budaya Melayu itu sendiri. Bayangkan macamana senikata lagu, bait-bait lagu hinggalah ke rhythm dia sendiri, melodi dia sendiri, macamana kita nak kan orang India mendengarnya ia rasa selesa dan juga orang bangsa Melayu, audience Melayu mendengarnya tak asing. Waaa! tu sangat susah tapi abang rasa kami berjaya menyatukan yang orang rasa dia menonton filem Malaysia yang ada rasa Selatan India tetapi dia rasa dia di Malaysia!

AH: Keperluan Computer Graphic Image (CGI) dalam filem ESTET?
MK: CGI amat perlu dilakukan dalam filem ESTET kerana ia paling mustahaknya involve dalam permainan bolasepak. Selain Shoffi Jikan (Junna) saya rasa semuanya 'kaki bangku'! Shofi Jikan memang seorang pemain bola rupanya!.. memang dia cantik, memang dia pandai main bola! Tetapi apabila kita nak shoot, kalau kita gunakan bola betul akan mengambil masa yang lama untuk mereka practice dan you know untuk dribble bola. So apa yang mereka lakukan practice dribble tanpa bola atau menendang tanpa bola ia lagi mudah dan lagi cepat, dan mereka tidak rasa pressure untuk belajar.. bukan belajar berlakon, kena belajar main bola pulak lagi! Apabila menggunakan CGI tu amat perlu. Tapi of course bukannya mudah macam you sendiri tengok berapa kali dah kami pergi-balik, pergi-balik tengok CGI tu untuk mendapatkan terbaik kerana yang sudah-sudah abang selalu 'kena' dengan CGI ni apabila diberi 100% kepercayaan kepada walaupun ke Bangkok sekalipun apa yang mereka bagi tu amat kecewa. Ini adalah abang rasa tiba masanya abang betul-betul buat dengan CGI.

AH: Abang puas hati hasil dari skrip ke filem ESTET?
MK: Abang rasa ianya lebih bagus daripada skrip. Skrip itu adalah satu naskhah tapi apabila dilakonkan oleh berbagai character di dalamnya, lebih-lebih lagi komitmen yang diberikan oleh Shashi dan the rest yang you know pelakon-pelakon India ni, kami rasa malu kerana mereka betul-betul menjayakannya dengan sepenuh hati dan which contribute banyak kepada filem ini. Kami sendiri belajar banyak daripada casts India ini kerana komitmen mereka tu sangat bagus. Apabila mereka bagus, skrip yang sedemikian akan menjadi lebih bagus dengan pembawaan characters yang mereka lakukan. I really hope filem ESTET ni akan menjadi satu titik permulaan bagi diri abang untuk mencari apakah itu filem Malaysia? Sekian, terimakasih.


*temuramah melalui e-mail: 27 Oktober 2008 2:07am

AH: Watak-watak berbangsa India bercakap dalam bahasa Melayu yang 'betul' (bukan bahasa pasar) walaupun semasa di rumah mereka sendiri. Watak Geetha juga pandai bercakap menggunakan pepatah Melayu. Adakah filem ESTET hendak me-Melayu-kan kollywood/bangsa India?
MK: Untuk menghidangkan sajian di arus perdana saya perlu mengadun bahan supaya tidak terlalu terikat dengan hukuman realisme dalam penceritaan mau pun imejan yang ingin saya persembahkan. Jika dikaji balik, memang anak-anak estet kesemuanya mendapat pendidikan yang formal seperti anak-anak di kawasan yang lain dan ya sememangnya ramai di antara mereka yang boleh berperibahasa. Watak Gheeta adalah seorang gadis yang berusia 18 tahun yang bijak. Adakah ESTET hendak me-Melayu-kan kollywood/bangsa India?.. bukan me-Melayu-kan! Di-Malaysia-kan mungkin.

AH: Adakah struktur cerita ber-acuankan kollywood dalam filem ESTET dihumorkan atau parody? (misalnya watak Kublai Khan yang berguling-guling terlebih-lebih di padang bolasepak) Adakah nanti ada penggemar kollywood akan marah?
MK: Pada saya segala gaya dan style di dalam filem-filem kollywood itu amat serius tonasinya. Begitu juga dengan filem ESTET. Segalanya dilakukan penuh serius. Jika anda ketawa pada filem kollywood anda akan ketawa dengan filem ESTET. Jika anda kagum dengan filem-filem kollywood anda sudah pasti akan lebih memahami pendekatan yang cuba saya lakukan. Tetapi jika anda lebih suka menonton filem TITANIC, pergilah beli dvdnya di Wangsamaju.

AH: Apakah 'todi' yang menghancurkan hidup Ghandi ada cerita di sebaliknya?
MK: Todi merupakan ganti wang gaji satu sistem yang diperkenalkan oleh pengusaha estet di zaman colonial dahulu. Kupon-kupon diberi selain dari wang gaji untuk menentukan pekerja-pekerja terus minum mabuk secara terkawal dan dirancang. Adalah senang memusnahkan tamadun satu-satu bangsa dengan hanya menyogokkan minuman keras. Sebagai contohnya apa yang telah kerajaan Amerika lakukan kepada kaum pribuminya.

AH: Adakah imejan kanak-kanak India di luar kedai todi memberi amaran atau sekadar untuk mengundang kontroversi?
MK: Siapa yang mahu 'mengundang' kontroversi? Apa yang lebih bermakna bagi saya di sini adalah sekecil-kecil satu imejan itu hinggalah kepada keseluruhan satu-satu filem itu, adalah sikap dan reaksi yang melantun dengan apa yang dipersembahkan. Bolehkah kita berfikir lebih jauh dari apa yang nampak dari apa yang tersirat? Kanak-kanak yang beratur menunggu giliran mereka misalnya, adakah saya mempromosi atau menyedarkan masyarakat dengan shot-shot itu?

AH: Mungkin sebelum ini ada andaian bahawa filem-filem Mamat Khalid sebagai 'lawak bodoh' tapi kali ini, filem ESTET saya katakan sebagai 'lawak yang sangat pandai'. Apa reaksi anda?
MK: Bertambah bodohlah saya.

AH: Filem ESTET yang diterbitkan sendiri lebih 'bebas' dari sebarang kongkongan produser berbanding filem sebelum ini sehingga ia lebih 'bebas di luar kawalan' untuk menyuarakan apa sahaja kritikan masyarakat. Betulkah?
MK: Sebelum ini memang ada sedikit berlaga pendapat mengenai isi sesebuah filem saya dengan pihak produser tetapi tidaklah begitu membebankan diri sehingga tidak boleh berkarya. Self-produced ini cuma membebaskan saya dari terpaksa berbincang secara formal mengenai sesebuah filem. Itu sahaja. Tetapi on the other hand, dengan produce sendiri, kini saya boleh mengadakan mesyuarat produksi sambil bermain gitar dan tidak perlu sikat rambut untuk kelihatan presentable.

AH: Adakah filem ESTET sebuah filem political satire?
MK: Tidak. Tidak sesama sekali. Langsung tiada langsung kaitan dengan dunia politik. Langsung tiada. Mungkin ada sikit. Dailog je sikit. Sikit je, dan imejan. Itu je. Dailog, imejan dan rohnya. Tiga itu je. Tambah satu, dialog, imejan, roh dan niat supaya kita lebih peka dengan senario sekeliling. Itu je.




*LOKASI: Planet Hollywood, Kuala Lumpur, 28 Julai 2008

AH: Apa yang mencabar semasa penyuntingan filem ESTET?
MK: Yang paling seronoknya editing kali ni, bila nak sambung tu ada dialog yang berbahasa Tamil. So bila tukar shot abang tak tahu macamana nak sambung ayat dia. Abang kena panggil second AD (Assistant Director) sebab dia orang India, dia tahu dialog tu sambung kat mana. I find it very challenging. I like that!.. and of course kena ada subtitle berkemungkinan besar subtile in English, tetapi apabila ada cakap Tamil tu, English dan Bahasa Malaysia kerana pun filem ini saya akan bawak ke festival luar negara!

AH: Apa yang dirasakan selepas habis penggambaran filem ESTET?
MK: ESTET pada mulanya abang buat filem ESTET adalah kita Malaysian, ada HINDRAF pulak tu (isu semasa) so why not kita explain siapa orang India sebenarnya di negara kita ini, dalam filem arus perdana. Memula yes let's do it, tapi bila lepas buat sekarang ni bila jumpa pelakon-pelakon ESTET baik yang Melayu ataupun India, kami berpelukan intim tu baru kita rasa.. eh! baru rasa ada, kita rasa betul-betul rakyat Malaysia can work together tu terasa sangat. And then saling hormat-menghormati tu sangat tinggi. It's not promosi Hari Merdeka ke apa.. tak ada! Tapi it's a real feeling yang abang rasa that's the bonus yang abang dapat. Dalam filem ini TIDAK LANGSUNG mempromote-kan setiakawan! (saya mulanya terkejut dengan pernyataan beliau ini)

AH: Macamana tu?
MK: Kerana apa yang abang paparkan already there! You faham tak?.. abang tak nak promote! Apa nak promote because it's already there! Cuma abang tunjuk kebaikan 2 kaum ni is already there! Abang tak kata.. perlu bantu-membantu tak ada mention pun! Abang tak peduli! Tapi yang most important is abang tunjukkan yang apa yang abang rasa ketika masa pre-pro lagi, masa kami pergi recce (mencari lokasi yang sesuai) apabila masuk estet tu dah terasa dia punya feeling tu. So abang harap filem ESTET ni dapat sampaikan apa yang abang rasa tu.

AH: Merujuk kepada isu kegawatan ekonomi sekarang (2008) apakah impak kepada tayangan ESTET nanti?
MK: Banyak yang scholar tulis "the best time for movie adalah bila depression ataupun inflation ataupun gawat kerana orang mencari escapism dia akan menonton filem". Itu yang berlaku di negara-negara barat. Tapi di negara kita ni, bila kata orang nak berjimat-cermat dia berjimat-cermat semua sekali! Dia tak nak escapism dia.. escapism dia akan menonton tv ajer! Tapi walau apa pun sebagai filmmaker kita kenalah menyahut cabaran itu semua. Kita kena sajikan something yang really good to them, yang akan dapat rasa feel good ker.. feel scared ker.. feel confuse apa yang filem tu nak sampaikan. Itu yang paling mustahak. So kalau gawat tak akan blame orang tak tengok filem sebab gawat, abang akan blame orang tak tengok filem abang kerana mungkin tak dapat selera tu lagi. Tapi pada abang gawat atau tidak, filem tetap filem.

AH: Merujuk isu kenaikan harga minyak semasa penggambaran dalam bulan Jun 2008, adakah diselitkan dalam filem ESTET? Apa impak kepada produksi?
MK: Ada! Watak David Arumugam (Aru), watak dia suka komplen, so apa benda pun dia akan komplen.. "haa! ini semua sebab barang naik, minyak naik".. I mean character dia macam itu tapi kami lakukan dalam bentuk fun. So abang harap apabila kita menonton tu bukannya bermakna satu komplen, tapi adalah satu.. macam kita seronok tengok orang yang suka komplen. Bayangkan masa tengah-tengah shoot, minyak naik.. bayangkan produksi kami. Kami pakai dalam 7 van termasuk lori.. 7 transportation yang untuk membawa 40 orang something.. bajet minyak memang burst! Tapi Alhamdulillah kami memang dapat sponsor dari BHP ada certain amount, only quarter of it.. tapi dalam quarter of the budget tu kami kami laburkan kepada benda-benda lain because we got the sponsor. Bila naik harga minyak tu bukannya back to square one!.. maknanya kami bajet jadi two-third TERLEBIH!.. because kami dah halfway through, two-third bajet minyak sudah burst!.. tapi apabila mereka meeting, masa shooting abang tak memakai producer punya hat cuma jadi director, dan decision mereka buat which I like kita try berjimat. Maknanya kalau instead of kalau kita tengok van tu kejap pergi, kejap balik, kejap pergi, kejap balik, sekarang ni kita buat tak boleh pergi-balik - siapa nak pergi?.. Bila diselidik nak beli top-up! So dia balik kawan tu.. eh! boleh kirim ni tak? I said, no more! Abang cepat bertindak! Macam shooting juga on paper skrip ni nampak bagus, on set kita tahu tak betul, on the spot kita kena fikir, kita kena meeting. Macam itu juga production, and being a producer my own production it thought me a lot! banyak diajar which I like.. Alhamdulillah.

http://www.bigcinemas.com/my/
*ESTET @ PAWAGAM MULAI 4 NOVEMBER 2010

3 ulasan:

theblabber. berkata...

can't wait to watch!!

Bukan Sepet berkata...

Kalau benar bang mamat tambah bodoh, signal bahawa industri filem kita makin hancur... Bang mamat memang clear apa dia nak.

Nice interview. Thanks.

edzlin007 berkata...

baru menonton estet semalam. part bunuh diri tu mmg kelakar.