A KL 48 hour film by Produksi Enjitsemut
Genre: Mockumentary
Character: Danial Mamat or Danisya Mamat, Salesperson
Prop: A Golf Ball
Line of Dialogue: “Okay, tell me what is the problem now”
http://kl48hourfilm.com/
http://www.facebook.com/kl48hourfilmproject
http://www.48hourfilm.com/kualalumpur/
http://satoo.tv/channel/kl48hourfilm

Filem pendek ini durasinya lebih-kurang 6 minit sahaja tetapi mampu menyentuh isu-isu tipikal yang berlaku dalam masyarakat. Ia berasaskan naratif 'he said, she said' iaitu pandangan dan perspektif dari si-pelaku (first-person narrative) Hairi Ariel dan Danisya Mamat, si-pelapor (second-person narrative) Tajol Yaakob dan si-penilai (third-person omniscient narrative) Taib Omar. Setiap watak mewakili dan mempertahankan pendapat atau hujah masing-masing seperti dalam sebuah mahkamah. Semuanya berkepentingan yang kukuh. Khalayak sebagai 'the fourth-wall' diberikan informasi lengkap apa yang sebenarnya berlaku pada malam kejadian di rumah pangsa itu? dari kronologi cantuman semua cerita. Filem ini secara sinisnya mengiyakan kegemaran masyarakat untuk 'menjaga tepi kain orang lain' (skodeng) yang sudah tentu adalah 'news value' kepada media. Ia juga cuba mempersoalkan tanggungjawab sosial (agama) untuk mengelakkan berlakunya kemungkaran. Dalam waktu yang sama memperjuangkan kebebasan individu sekiranya ia dilakukan secara sulit? Saya sukakan babak penamat filem ini apabila Hairi Ariel 'hilang' sebagai twist untuk mockumentary ini samada apa yang saya tonton ialah realism atau surrealism? Dalam erti kata lain, samada kamu benar-benar percaya kepada apa yang kamu tonton dan dengar?

NOTA:
kalau Fasyali Fadzly (Tajol Yaakob) tidak bercermin mata pasti iras-iras Nas Ahmad Melodi? hahaha! dan apakah Hairi Ariel sempena Ariel Peterpan? hahaha!