Sabtu, 1 Januari 2011

aku yang asing (2011)

Salaam..
entri ini aku tulis dalam kereta sambil memanaskan enjin kereta. juga sambil memainkan cd hujan yang baru kubeli tahun lepas, maksud aku semalam. tajuk lagunya ialah 'aku yang asing' yang sungguh sentimental sedap tapi aku bukan nak promosikan cd ni tapi memang sedap sangat lagu ni sampai aku jadikan tajuk entri. oh ya aku memanaskan enjin kereta di tempat letak kereta di sekitar pejabat kerana aku kerja malam tadi walaupun orang ramai sebok tengok bungapi tapi aku tengok bungapi di kaca tv pejabat sahaja. entri ini ialah tulisan aku menggunakan blackberry dihantar melalui email ke blogger.com buat pertama kalinya eh kali ke-3 sebab 2 entri sebelum ini melalui blackberry juga. canggih kan kehidupan sekarang? dalam kereta dalam jamban dalam kantin dalam katil boleh sahaja menulis entri blog. kesimpulannya mulai tahun ini blog yang kau baca ini akan berubah mengikut perasaan dan kesempatan yang aku ada sahaja. hidup ini terlalu singkat untuk terlalu serius kan? selamat tahun baru kepada semua pembacaku muahhh! :)

aku yang asing ~ hujan
wangi kau lalu wangi bagaikan oh bunga kau tak kenali aku yang selalu perhatikanmu berseri bagaikan bintang ku tak mahu kau kan hilang di waktu siang biar pun aku yang asing selalu memikirkanmu ku percaya cinta itu memang buta harap kau sudi mendengar deruan janji jiwaku melalui lagu ini ohh untukmu

pembelian akhir 2010 ialah cd @hujanband lonely soldier boy ♥
Sent via BlackBerry from Maxis

Tiada ulasan: