Khamis, 21 April 2011

KOUGAR.PECAH.CEKIK @ FIXI.COM.MY

buy online @ fixi.com.my

Salaam..

Berikut ialah rangkuman secara pukal ulasan Bab.1 untuk setiap novel yang saya telah baca iaitu bab pembukaan setiap novel. Macam kebiasaan yang saya lakukan apabila menonton 10 minit pertama sesebuah filem dari dvd atau vcd atau saluran movies di Astro. Maksud saya menonton tanpa meng-google apakah sinopsisnya. Jadi saya bergantung sepenuhnya kepada pembacaan (novel-novel ini) mengikut kronologi dengan mengelak sepenuhnya dari membaca spoiler di kulit belakang setiap novel. Oh! Ya! Kulit belakang novel-novel FIXI ada huruf 'F' yang besar sebenarnya kan? Kreatif betul taukeh FIXI yakni Amir Muhammad. Mari saya mulakan..

Untuk novel Kougar (Shaz Johar) dan Cekik (Ridhwan Saidi) kedua-duanya menggunakan penceritaan dari point of view 'first person' - Aku. Manakala Pecah (Khairulnizam Bakeri) bercerita melalui point of view 'multiple third person' atau 'omniscient' - Herman, Alan, Radi, Don, Majid dan lain-lain.

Deskripsi dan deskriptif kesemua novel sangat bagus dan mudah diikuti. Penceritaan 'Aku' dalam Kougar bermula agaklah seperti novel-novel biasa, klise, tipikal tanpa sebarang surprise begitu 'on the nose' tanpa berahsia apa-apa. Kougar mempunyai story flow yang paling mudah untuk diimaginasikan satu-persatu lokasi dan situasi yang berlaku dari dalam tren, pejabat dan spa ikan. Manakala penceritaan 'Aku' dalam Cekik bermain dengan 'on second thought' setiap butir cerita dalam kepala 'Aku'. Pecah pula sebuah penceritaan yang sangat kaya dengan visual aksi seperti menonton pembukaan sebuah filem heist.

Persoalannya, adakah saya akan menyambung bacaan ke bab-bab seterusnya kesemua novel? Ya! Kougar, saya hendak tahu apakah kaitan Suraya dengan 'Aku' dan kerana saya mahu 'Aku' menegur 'anak ikan' yang di-stalking-nya setiap hari dalam tren. Cekik, saya suka dengan pengenalan tanda-tanda kegilaan psiko 'Aku' dan hubungannya dengan Suria. Pecah, saya mahu aksi-aksi seterusnya berkembang sampai meletup!

Hey! Sekali lagi saya peringatkan bahawa ulasan sepatah-dua kata di atas hanyalah berdasarkan pembacaan Bab.1 bagi setiap novel. Saya belum habis membacanya. Maka tak mustahil salah satu, dua atau kesemuanya sangat bagus atau sebaliknya sangat boring kan? Bagaimanapun, saya tetap jeles dengan mereka kerana telah berjaya menerbitkan novel sulung masing-masing! Tahniah uols! :-)

NOTA: novel berjudul IMBAS oleh Ajami Hashim itu sebenarnya belum wujud..atau tidak wujud langsung!..sekian..okbye!..hehehe..

6 ulasan:

jejaka anggun berkata...

ulasan yg pendek tapi tebal... i loike!

Ajami Hashim berkata...

jejaka anggun @ shaz johar - "Be professional. Always!" ..i loike! jugek! ;p

itamrazali berkata...

wahh..gitew kan..

afrohead berkata...

menunggu imbas. :)

pembaca sedang2 berkata...

sudah habis membaca Cekik.

kebebasan menulis digunakan sehabisnya.

adakala memang ada terasa seperti sedang mengamati porno berbentuk tulisan. grafik.

ada unsur thriller yang ringan,
ada unsur psiko yang sedang2,
ada unsur pengisian yang sedang2,

suatu penulisan yang dibukukan yang boleh dikatakan genre segar di Malaysia.

PerangFilem berkata...

thanks coz follow PerangFilem.. disebabkan masalah teknikal, perangfilem dah berpindah ke www.perangfilem1.blogspot.com thnk you Ajami..