Ahad, 28 Ogos 2011

AZWAN ALI @ KLIA 210811 & BUKU 'SELAMAT JALAN DUNIA...'



Rakaman temubual dengan Azwan Ali di KLIA sebelum berangkat ke Mekah untuk menunaikan umrah. Selamat pergi & pulang yer! :)


Buku tulisan Azwan Ali berjudul Selamat Jalan Dunia... (ISBN: 978-967-0184-09-8) terbitan Buku Prima @ Grup Buku Karangkraf Sdn Bhd juga sudah mula dijual mulai 30 Ogos 2011 dengan harga RM21.90 (Sem. M'sia) & RM24.90 (Sabah & Sarawak) dapatkan di pasaran hokeh! :)

Berikut ialah komen saya yang tertera di kulit belakang buku ini:
Buku yang diwar-warkan sebagai catatan kisah benar ini pasti intipatinya berlegar dalam ruang kehidupan penulisnya Azwan Ali. Ia benar-benar cerita dalam kain Azwan Ali yang amat santai, tanpa prejudis. Buku ini jelas berkongsi jatuh-bangun Azwan Ali dengan rentetan naratifnya amat tersusun. Sebahagian besar buku ini mengetengahkan permasalahan kelompok lelaki pondan atau mak nyah dengan lebih dekat. Penceritaan stail Azwan Ali menarik kerana buku ini penuh unsur humor, sedih lagi dramatik. Terselit juga teguran peribadi dan nasihat. Buku ini bukti memori yang amat lantang berani mati sepertimana tagline kegemaran Azwan Ali berbunyi 'Ada Aku Kisah!'

REF:
FORUM.CARI.COM.MY
OHBULAN.COM
GUA.COM.MY

1 ulasan:

-mamamia- berkata...

dulu saya suka azwan ali ni masa zaman muzik-muzik. sgt berbakat. tapi bila dia tiba2 bertukar identiti pelik & suka mencarutkan orang, saya tak boleh tengok dia lagi. semoga Allah buka pintu hatinya utk menjadi manusia yg lebih baik. Allah sayangkan dia, diberi byk peluang...