Selasa, 9 Ogos 2011

bangun dan pergi kerja!





aku sedang membaca sebuah buku pasal penulisan berjudul naked, drunk and writing oleh adair lara, bila tiba-tiba aku terfikir seandainya pernah aku membuat pilihan yang salah dalam kehidupan selama ini? pernahkan kau juga memikirkannya atau sekurang-kurangnya terlintas di fikiran tanpa disengajakan. mungkin semasa bangun dari tidur di subuh hari kerana hendak pergi kerja dan terfikir seandainya pagi ini kau tidak perlu pergi ke pejabat. sebaliknya rebahkan kepala kau kembali ke bantal empuk lantas menarik selimut lalu mengereng memandang ke arah tingkap yang semakin jelas matahari akan muncul sebentar lagi. adakah pilihan kau untuk bekerja itu salah atau ialah yang terbaik dalam kehidupan dewasa kau sekarang. dan sebenarnya kau sangat bahagia setiap kali hari gaji yang berulang pada haribulan yang sama setiap bulan. dan pengulangan rutin itulah yang benar-benar kau sukai. ok. seandainya kau memilih untuk berhenti dan meneruskan tidur itu mungkin atas dasar MC atau EL tetapi masih esoknya kau akan mengulangnya sekali lagi. bangun dan pergi kerja. bangun dan pergi kerja. bangun dan pergi kerja!

Tiada ulasan: