Rabu, 30 November 2011

OMBAK RINDU (2011) ~ mengasyikkan!

Salaam..

Sebuah penceritaan filem yang bagus bagi saya ialah apabila ia mampu menjemput saya ke dalam dunia ceritanya, lalu berjaya menahan saya untuk tinggal sebentar di situ bagi mengenali setiap watak fantasi serta merasai emosi di setiap sudut terang dan gelap kehidupan fiksyennya, kemudian saya keluar meninggalkannya dengan kepuasan..dan Ombak Rindu telah memberikan saya semuanya itu.

Permulaan filem ini bertanya soalan paling asas iaitu sesebuah kebahagiaan sepasang kekasih bermula dari nafsu atau cinta? Ia tentang bermulanya sesebuah perhubungan Adam-Hawa dan mampukah tapak strata paling terkebawah sesebuah masyarakat kebendaan iaitu kemiskinan keluarga bapa saudaranya Pak Taha (Kamarool Yusof) yang menyara Izzah (Maya Karin) untuk menghidupkan kehidupannya di masa akan datang?

Ia kenyataan awal yang sangat ketara bahawa ini ialah cerita dari sebuah novel (karya Fauziah Ashari) yang dipersilakan dengan paparan luas kekampungan nelayan yang kononnya cantik di mata pelancong tetapi hodoh kalau diselidiki dengan dekat-dekat penghuninya. Namun begitu saya pasti bahawa pengakhiran klise sesebuah novel cinta akan berpenghujung dengan kegembiraan maksima. Dalam filem ini, kisah Izzah bermula di sekitar perahu buruk milik Pak Taha dan berakhir di atas bot mewah miliknya dan Haris! Persoalan paling besar dalam minda saya ialah bagaimanakah perjalanan panjang filem ini akan mampu meyakinkan saya bahawa ia sebuah cerita yang betul-betul saya boleh percayai?

Babak Izzah memandikan makciknya Hajar (Delimawati) di pinggir sebuah tempayan ialah antara tandatangan Osman Ali sendiri selaku pengarah dari pembukaan filem Malaikat Di Jendela (2001) dimana Hamidah (Ning Baizura) memandikan suaminya (Soffi Jikan).



Pantai, perkampungan sawah padi/nelayan, layang-layang, kemban dan haiwan pekerja (gajah dalam Ombak Rindu, kerbau dalam Cun!) seakan prop-prop wajib untuk Osman? Saya hanya meneka bahawa seawal filem Bukak Api (2000) arahan beliau memang suka memilih (atau tidak sengaja) mengetengahkan kisah golongan masyarakat bawahan/terpinggir yang seakan cuba menyatakan/memperjuangkan bahawa mereka lebih beruntung (dari segi harta kegembiraan) berbanding harta duniawi golongan atasan/kaya-kaya?

Bayangkan seandainya filem ini ditaja oleh ubat tradisional kacip fatima? Fasa awal pertemuan dan pengalaman Haris (Aaron Aziz) 'bersama' dengan Izzah itu ialah bukti yang paling kukuh keberkesanannya kerana mengakibatkan ketagihan gelodak, gejolak dan gelojohnya nafsu Haris yang jijik? Tetapi ia meneutralkan kehendak seksual itu kepada sesuatu yang lebih baik, malah terbaik untuk Haris bekalkan di akhirat-nya.

Berapa banyak filem dan telefilem yang memaparkan babak 'rogol'? Mangsa selalunya digambarkan hanyalah sisa yang trauma, meratap, kecewa dan memarahi si perogol. Dalam filem ini, situasi Izzah memanglah tidak sekali-kali merelakan tetapi menjurus ke jalan keinsafan dan bertaubat dengan lekasnya mengajak Haris menikahinya secara sah kerana itulah sahaja cadangan yang paling baik (dan bijak) untuk ditiduri secara halal. Kehendak liar Haris mampu dijinakkan dengan cinta, walaupun saya tidak nafikan ia bermula dengan nafsu. Bertepatankah saranan Izzah kepada Haris untuk menjadi 'hamba' yang sah? Ia bukan beberapa pilihan yang tepat tetapi satu-satunya pilihan yang ada untuk Izzah. Cubalah letakkan diri anda di tempat Izzah?

Fasa kedua perhubungan kelamin Haris-Izzah ialah alam perkahwinan yang seakan terpaksa tetapi bila difikirkan kembali, situasi yang serupa juga berlaku dalam alam perkahwinan yang suka sama suka atau pilihan keluarga. Ia adalah asam-garam mengenali pasangan masing-masing yang berkembang matang melalui main tarik tali salah-faham dan konflik rumahtangga yang tipikal. Secara tidak sedar, Haris memahami dan merasai bahawa tarikannya kepada Izzah bukan sekadar nafsu semata-mata tetapi cinta sejati yang berputik dari kejujuran Izzah sebagai seorang isteri mithali (dan ulasan aku ni dah berbunyi macam plot novel kannnn?). Namun ia adalah realiti, anda tanyalah mana-mana pasangan suami-isteri bahawa betapa benarnya kenyataan bahawa setiap hari si suami atau si isteri akan mempelajari perihal 'baru' luar-dalam pasangan masing-masing?

Fasa seterusnya ialah dugaan dalam dunia percintaan atau perkahwinan iaitu orang ke-3 dan perasaan cemburu. Maka muncullah Mila Amylia (Lisa Surihani) yang juga berhak ke atas Haris. Seperti lazimnya sebuah novel, kisah cinta 3-segi ini adalah wajib. Khalayak akan berbelah-bagi untuk memihak kepada Izzah atau Mila kerana kedua-duanya mempunyai kehendak yang sama kepada Haris sebagai suami/kekasih. Tiada siapa yang bersalah atau jahat di antara kedua-duanya. Di pertengahan ialah Haris yang sentiasa dikelilingi keputusannya oleh ibunya sendiri Datuk Sufiah (Azizah Mahzan) yang juga berhak atas status ibu-anak. Bahagia atau derita terpulang kepada Hariz sendiri untuk memilih, memiliki dan merasainya.

Begitu juga harapan Mail (Bront Palarae) kepada Izzah menambahkan lagi zig-zag cinta yang bersegi-segi. Babak Mail menyelam lalu menyerahkan semula jam tangan milik Haris yang tenggelam ialah tanda Mail menyerah kalah kepada cinta sejati Izzah-Haris juga melepaskan apa yang bukan miliknya, merestui dan berkorban untuk orang yang disayangi. Biarlah Izzah di atas perahu (bahagia) walaupun Mail terpaksa berendam dalam air (airmata?). Cinta sejati tidak semestinya bersatu namun kekal sepanjang hari, di dalam hati! fuyooo!!!

Filem ini agaknyalah seakan homage/tribute kepada filem-filem Melayu 80-an dan Hindi yang meleret-leret tetapi berjaya menyerap ke dalam ceritanya. Ia ada menyediakan latar hijau luas kebun perbukitan teh yang sesuai sangat untuk dijadikan lokasi sebuah lagu Hindustan dengan tarian dan muzik yang menyedihkan tetapi ia tidak berlaku kerana lagu temanya sudah memadai diadun berkali-kali. Watak-watak sampingannya, Pak Dollah (Zaidi Omar), Mak Jah (Normah Damanhuri) dan Wafiah (Julia Ziegler) walaupun sekadar muncul sesekali namun wujudnya mereka berjaya menambah simpang-siur cerita yang akan menghuru-hara juga menjadi aras-tanda titik-titik sendi naratifnya untuk kembali ke pangkal jalan menjadi sebuah bulatan penceritaan yang berakhir dengan kesempurnaan sebuah kisah cinta.

melodrama yg aku sukai setelah sekian lama tak menonton penceritaan filem tempatan yg mengasyikkan! ♥ tahniah!
~ twitter.com/ajamiha

Sejujurnya filem Ombak Rindu 'mengasyikkan' bagai melihat air menitik perlahan-lahan ke atas batu hingga ia berlekuk meninggalkan kesan tanpa disedari..begitulah kot! huhu!

Jumaat, 18 November 2011

MISTERI JALAN LAMA (2011) ~ misteri sangat?

*sinopsis: sinemamalaysia

Salaam..

Sebuah filem dengan tajuknya 'misteri' awal-awal lagi sudah mengalu-alukan penonton bahawa ia ada sesuatu yang ganjil dan bukan cerita biasa-biasa kehidupan seharian kita. Itu perjanjian dari tajuk dan posternya. Maka 'janji' itu yang aku tuntut untuk ditunaikan oleh filem ini apabila menontonnya.

Filem ini terbahagi kepada 2 alam, 2 beradik, 2 puak dan 2 konflik perebutan yang sama iaitu 'kuasa'. Di alam manusia, Indra (Hans Isaac) dan Ilya (Que Haidar) berebutkan kuasa (perhatian) dari bapa mereka Iskandar (Ahmad Tamimi). Di alam magikal pula, puak Nian dan puak Ghaul berebutkan kuasa (pemerintahan). Ya! Filem ini ada unsur-unsur politik kekeluargaan dan masyarakat. Siapa yang akan menang?

Naratif filem ini sebegitulah, bahagian awalnya di alam nyata kita dan bahagian keduanya di alam tak nyata (ghaib) diaorang. Bahagian pertama memang klise dan dekat dengan kisah-kisah pancaroba kehidupan keluarga korporat orang kaya-kaya. Bahagian kedua juga masih klise dan dekat dengan kisah-kisah onak dan duri kehidupan mistikal magikal fantastikal ala Alice in Wonderland + The Wonderful Wizard of Oz (versi murah). Penonton kena sabarlah untuk menunggu cerita 'misteri'-nya dengan tambahan nilai ber-CGI di segmen ke-2 filem ini. Dalam ertikata lain, ia cerita alam Bunian (cerita rakyat tempatan) dengan cubaan acuan landskap filem-filem magical dari Hollywood. Iaitu 'lesen kreatif' dan cita-cita tinggi pembikinnya Afdlin Shauki. Gua salut usaha lu bro! :)

Sebenarnya ada beberapa komentar nak aku tuliskan tapi bak kata Nizam Zakaria "Jangan guna kalimah 'filem ini boleh diperbaiki lagi untuk memantapkan filem ini.' Filem yang sedang ditayang di pawagam tidak boleh disunting semula atau di reshoot. What you see is what you get."

Tapi..tapi..aku tulis jerlah kannn?..

Beginilah..maksud aku poin-poin berikut ni BUKAN untuk 'memperbaiki' tetapi 'kalaulah' lagipun ni mende kecik jer yang aku terfikirlah hehehe..

1. Pengiraan kalendar tahun 'pemulangan' semula Ilya kepada puak Nian bukan berdasarkan tahun Masehi iaitu harijadi dia 25 tahun? kenapa tidak pengiraan takwim Hijrah? atau gunakan kiraan apabila berlakunya sesuatu kejadian yang memberikan hint kepada Iskandar..misalnya hari dia kena pulangkan Ilya ialah apabila 'bulan ada berbentuk bulatan kelilingnya' macam yang berlaku baru-baru ini, itulah harinya. kan lebih misteri kerana Iskandar akan sentiasa dalam keadaan tertekan menunggu bilakah sebenarnya tarikh sebenar expiry date hak penjagaan itu setiap kali bulan mengambang hehe..kerana maklumlah di dunia Nian sana adakah mereka mengira penambahan umur/tahun mengikut tahun Masehi eh? huhuhu!

2. Kostum puak Nian dan puak Ghaul..hitam vs putih, hodoh vs cantik itu..semua tu dah ok pada aku. itu ialah asas 'rupa' yang sangat ya amat ok..tapi entahlah secara fizikalnya aku macam rasa ada yang tak kena kot? sudah tentu korang akan tanya aku balik: "so lu nak diaorang pakaian cemana doh?" pastu aku akan jawab: "mana gua tau! gua bukan costume designer doh! tapi kostum puak Ghaul tu mengingatkan gua macam puak Uruk-Hai dan baju besi puak Nian tu macam Tin Man doh!" pastu diaorang akan cakap balik pada aku: "so kalau dah sebijik tahap Hollywood bak kata lu, ok per???" pastu aku cakap: "baiklah!" *sambil kaki kuis-kuis tanah*

3. Oklah uols!..cukup setakat ini coz gua nak pegi tonton dvd LIBAS untuk kesekian kalinya huhuhu! okbyeee!

*ulasan yang serius baca ni: tontonfilem

Sabtu, 12 November 2011

HIKAYAT JAGOAN DUA PULUH SEPULUH YANG GEMILANG & TERBILANG LAGI TEMBERANG oleh HASSAN ABD MUTHALIB

Maka al-kisah, bersidanglah lima jauhari yang maha bijaksana dan arif, segak lagi tampan, gagah tiada perbandingan. Siapa lagi kalau bukan Orang Kaya Tinggi (juga digelar Sri Karma), Orang Kaya Gedebe (dicap sebagai Machchaan), Orang Kaya Berita Hairan (masyhur sebagai Akmar Hamba), Orang Kaya Rendah (disunting menjadi Dino Habok), dan Orang Rumah Tinggi (diberi ijazah dan digelar Dato’ Raim Armad).

Mereka menjalankan titah Sang Tak Ternilai Utama dari jajahan Mentera Komisi, Pening dan Buaya untuk menentukan siapakah yang layak dalam tahun dua puluh sepuluh dinobat sebagai Jagoan-jagoan Cemerlang, Gemilang lagi Terbilang (yang ada kala Temberang) di kalangan pendekar-pendekar yang begitu ramai di tanah Lumpur Kayangan yang dipelihara dengan begitu baik sekali oleh GIFAM dan PHFM dengan biayaan si pemurah hati, FANIS.

Begini kisahnya.

*BACA SELANJUTNYA SILA KLIK KAT SINI >> FILEMKITA

Rabu, 2 November 2011

patah seribu ~ shila amzah (huraian ajami hashim)

hoiii!!! blog ni dah berjiwa pop sekarang!!!

Salaam..hari isnin lepas 31/10/11 seperti biasa saya memandu ke pejabat dan lagu 'patah seribu' nyanyian shila amzah ini diputarkan di radio..sebenarnya sebelum ini saya ada sesekali terdengar lagu itu dan boleh mengagak penyanyinya ialah shila amzah kerana identiti suaranya memang boleh dikenal sebagai 'suara dia' (maknanya dia ada x-factor suara dia sendiri, taklah sesetengah penyanyi baru yang kalau penyampai radio tak sebut namanya maka saya gagal meneka siapa? huhu!)..tapi yang anehnya pagi isnin itu saya terus men-tweet:

td mcm country dolly parton lenggoknya! ♥" @ajamiha

betul! ada satu bahagian lenggok nyanyian shila mengingatkan saya kepada dolly parton! dalam ertikata lain yang 'eloklah' maknanya shila berjaya nyanyi macam lagu country versi melayu yek!..lepastu saya betul-betul teruja nak dengar lagi dan lagi lagu patah seribu itu!..serius bestlah!

sebenarnya lagu ni boleh diulas cerita dari lirik dan melodinya..ok mari saya cuba..

tajuknya 'patah seribu'..mula-mula saya tersilap dengar dan sangka tajuknya 'patah hati' atau 'retak seribu..tapi tajuknya macam dah digabungkan 'patah hati' + 'retak seribu' = 'patah seribu' kannn?..ceritanya macam 'orang gila angau' sikit sebab mungkin sang kekasihnya dah meninggal dunia atau dah blah cari awek (atau balak) lain kot?..memandangkan melodinya seperti yang saya kata ala-ala country song dan ada lenggok macam nyanyian dolly parton, maka mungkin juga kisah cinta ini berlaku di zaman koboi atau berlaku di antara seorang awek omputeh dengan seorang balak red-indian kat gurun grand canyon!..tapi rupa-rupanya gadis itu adalah keturunan gadis melayu dimana moyangnya dahulu dibawa lari ke amerika oleh seorang mat salih yang tak mahu duduk di tanah melayu sebab suhu negara kita terlalu panas!..lagipun balak american tu suka 4 musim: spring. summer, autumn, winter..tak tahan mamat tu asyik musim panas terik kat sini..so dia bawak lari ikut kapal laut dan kembali ke kampungnya di texas wooo!..ok! kau melalut apanih botak ajami???..apa-apa hal lagu ni memang melankolik sedih ya amatsss!..sila undi kat radio-radio tempatan yek!!!

*ulang sampai lebam! dengar kat youtube*


*versi akustik shila sendiri @ youtube sebelum dirakam*


*versi piano live rakaman qarl*


*lirik*

Patah Seribu oleh Shila Amzah

Walau kau tiada di sini
Ku tetap ingat semua pesanmu
Ku hidup seolah-olah kau masih ada
Bisikan kata kepadaku

Bilakah kau akan utuskan surat buatku
Aku terus menunggu tibanya kata cintamu

oh.. patah seribu hatiku
Bila mengenangkan segala yang kita bina bersama
Haruskah ku lupa kerna engkau telah pergi

Biar pergimu tanpa relamu
Namun hatiku tetap rasa
Kejamnya kau meninggalkanku dengan nota-nota
Cinta buat kita berdua bila kan ku bisa menerima ketiadaanmu
Kan ku bakar semua hapuskan semua kenangan

Patah seribu hatiku
Bila mengenangkan segala yang kita bina bersama
Haruskah ku lupa kerna engkau telah pergi

Sayangku mohon padamu
Segera tinggalkanku
Pergilah kau ke tempat yang kau tuju
Pasti ada hikmah buatmu dan juga buat diriku

Pergilah..