Sabtu, 29 Disember 2012

PESONA…TER ARAHAN KHIR RAHMAN: TERBALIKNYA MALAYSIA! oleh Hassan Abd Muthalib



Yang sosial, yang moral, yang politikal. Itulah apa yang perlu dibawa oleh sesebuah filem yang baik. Seperti kata Pi kepada penulis yang mengunjunginya dalam filem Life of Pi arahan Ang Lee: “Ia seakan satu cerminan. Membuatkan kita melihat kepada diri kita sendiri.” Kata Andre Bazin, filasuf filem era 1950-an: “Skrin sinema itu seakan satu jendela, di mana kita mengintip kehidupan orang lain. Yang mencerminkan diri kita sendiri.” Samada kita ini golongan marhaen, kelas pertengahan, golongan ‘aristokrat’ atau pemimpin, kesemua watak, perwatakan dan kerenah dapat dilihat di layar di tangan karyawan filem yang bijaksana lagi jauhari.
                Tuhan sebenarnya sudah pun menetapkan senario sedemikian pada manusia dengan kata-kataNya di dalam al-Qur’an: “Aku menjadikan engkau serta perbuatan engkau.” Sri Rama tidak akan menjadi manusia yang jahat. Rawana tidak akan menjadi seorang yang baik. Siti Dewi tetap akan setia pada Sri Rama. Tuhan sudah pun meletakkan segala peraturan bagi alam dan penghuninya dan mereka mesti akur kepadanya. Manusia-manusia Khir Rahman dalam Pesona…Ter semuanya ada peranan masing-masing. Cerita berkisar pada kumpulan kompang  di sebuah kampong. Kesemua yang terlibat mempunyai pendapat masing-masing. Hanya pasal kompang! Ya, hanya pasal kompang! Perlu disebutkan lagi: Hanya pasal kompang! Betapa sedihnya keadaan orang-orang Melayu ini. Seperti kata-kata dalam bahasa penjajah: ‘The writing on the wall is clear.’ Hanya mereka tidak terlihatnya
Ada yang di antara mereka menyamar sebagai seorang yang memimpin kumpulan dengan meletakkan tangan di bahu (‘Aku tolong engkau, engkau tolong aku’). Ada yang mengajak supaya bertindak secara berhemah dan dengan “diplomasi.” Ada yang filosofik (menerima keadaan buruk yang sudah melanda). Ada yang hanya menjadi perakam peristiwa. Ada pula yang bertindak ganas sehingga tindakannya membawa kepada kecelakaan. Setiap watak seakan menurut sebuah skrip. Dan hanya pasal kompang! Kompang yang menjadi salah satu elemen yang begitu integral di dalam budaya Melayu. Yang tidak memerlukan minda yang hebat untuk menguasai ilmu untuk memalukannya (mungkin juga program Maharaja Lawak menjadi rujukan Khir! Mungkin!).
               Lihatlah latar manusia dan isu kompang mereka – tepian sungai yang lapok yang sudah ketinggalan zaman. Inikah keadaan manusia Melayu di alaf baru? Dan yang menyanyi dan menggoyangkan jari dengan ‘menjanjikan’ sesuatu di akhir cerita adalah badut-badut yang menjadi pemandu masyarakat mereka! Inilah senario sosial, moral dan politik masakini. Ianya juga senario sinema Malaysia yang bernafas seperti seekor ikan haruan di atas darat.
               Dan Khir Rahman, Sang Penglipur Lara, menyampaikan kisah ini dengan hanya menggunakan kompang. Inilah benda yang manusia-manusia di dalam Pesona…Ter sudah ‘Terpesona’! Tanpa sedar tentang penipuan yang dibuat oleh badut-badut yang menyamar, yang menyeleweng, yang menentukan apa yang patut dilihat, didengar, dijadikan pegangan, difikir dan diikuti.
               Karyawan-karyawan muda seperti Khir Rahman dan Jasmina Ibrahim tidak mudah dikelentong!

Filem pendek Pesona…Ter arahan Khir Rahman ditayangkan di Urban Village, Bangsar malam tadi. Skrip oleh Jasmina Ibrahim & Khir Rahman.

Rabu, 19 Disember 2012

THE HOBBIT: AN UNEXPECTED JOURNEY (2012)

Di tahun 2001 dahulu, siri filem LOTR ialah pencetus kepada revolusi pembikinan filem fantasi epik yang memanipulasikan sebahagian besar paparan visual melalui teknik imej janaan komputer (CGI) untuk menghasilkan babak-babak yang gah! Di tahun 2012, penonton masakini yang sudah terdedah kepada banyak filem ber-CGI akan lebih peka membezakan babak manakah yang kelihatan palsu?

*BACA ULASAN SETERUSNYA @ ROTIKAYA

Khamis, 6 Disember 2012

WRECK-IT RALPH (2012) @ ROTIKAYA.COM

Secara peribadi, saya berpendapat bahawa filem ini seolah gabungan penceritaan ala filem Toy Story (1995), Tron (1982) dan The Matrix (1999). Watak Ralph digambarkan sebagai anti-hero yang bercita-cita menjadi hero tetapi seperti perumpamaan ‘bagai tikus membaiki labu’. Sesuai dengan fizikal dan sifat semulajadi Ralph sebagai ‘pemusnah’, setiap apa yang disentuh atau dilakukannya akan binasa atau mendapat musibah. Namun dia tak pernah putus asa dan cuba memperbaiki apa yang telah dijahanamkan di sepanjang pengembaraannya.

*BACA ULASAN SETERUSNYA >> ROTIKAYA

Khamis, 29 November 2012

LIFE OF PI (2012) ~ mencari diri & kewujudan Tuhan @ ROTIKAYA.COM


OLEH: AJAMI HASHIM

Life of Pi (2012) ialah sebuah filem drama pengembaraan yang diadaptasi dari novel dengan judul yang sama karya Yann Martel. Filem ini diarahkan oleh Ang Lee yang terkenal dengan arahan filem aksi Crouching Tiger, Hidden Dragon (2000). Suraj Sharma yang kali pertama berlakon, memegang watak utama sebagai Piscine Molitor atau Pi dalam sebahagian besar durasi filem semasa zaman remaja. Manakala Irrfan Khan sebagai Pi semasa dewasa yang menceritakan semula kisah itu kepada seorang penulis novel lakonan Rafe Spall.

Kisah dasar filem ini mengenai Pi yang mencari diri & kewujudan Tuhan. Jalan ceritanya bergerak secara berperingkat mengikut kronologi kehidupan dan usia Pi melalui cerita mulut dari Pi Patel yang sudah dewasa. Kisah ‘imbas kembali’ diceritakan bermula semasa Pi kecil di kampung halamannya Pondicherry, India dimana keluarganya memiliki perniagaan sebuah zoo. Pi sangat tertarik dengan seekor harimau Bengal yang bernama Richard Parker. Pi diberi amaran oleh bapanya bahawa harimau itu cuma seekor binatang sahaja serta merbahaya kepada manusia.

*BACA ULASAN SETERUSNYA @ ROTIKAYA

Isnin, 26 November 2012

LAGENDA BUDAK SETAN 2 'KATERINA' (2012) ~ Malang Sungguh Malang! @ ROTIKAYA.COM

OLEH: AJAMI HASHIM

Lagenda Budak Setan 2 ‘Katerina’ (2012) ialah filem sambungan Lagenda Budak Setan (2010) yang berjaya mengutip lebih dari RM4 juta secara kasar. Siri tv dengan judul yang sama juga pernah dibikin sebanyak 26 episod disiarkan di saluran Astro Prima (2010). Nampaknya siri novel karya Ahadiat Akashah tidak henti-henti diadaptasi oleh industri filem dan stesen TV tempatan kerana keseronokan kisah novelnya kini boleh dirasai dan direalisasikan di layar lebar.

*BACA ULASAN SETERUSNYA @ PORTAL ROTIKAYA

Isnin, 29 Oktober 2012

ISTANBUL AKU DATANG (2012) ~ kajian skrip oleh Ajami Hashim lalala..


AMARAN KERAS SEKERAS-KERASNYA! Ulasan ini ada spoiler! ingat tu baik-baik!

Pertama sekali, tahniah kepada Rafidah Abdullah penulis skrip/lakonlayar filem ini.

Saya akui, sebenarnya tak berapa sesuai untuk mengulas sesebuah filem dari sudut penulisan skrip/lakonlayar kerana saya tak membaca karya asal tulisan penulisnya. Mungkin apa yang ditulis dalam skrip, tak semua difilemkan kerana hak kreativiti pengarah atau berbagai kekangan produksi di lokasi. Kecuali pengarah ialah penulis skrip juga. Tapi! hey!..ulasan ini konon-kononnya saya berada di tempat Rafidah! hiks!

Buku rujukan yang saya gunakan ialah buku Save The Cat! oleh mendiang Blake Snyder iaitu ‘THE BLAKE SNYDER BEAT SHEET’ (habislah kau fadz! ulasan aku ni sebuah ‘kajian’ yer! LOL) 


THE BLAKE SNYDER BEAT SHEET

GENRE: Buddy Love – genre ini merangkumi semua filem melibatkan ‘pasangan yang janggal’ seperti Beverly Hills Cop, Dumb & Dumber, Rain Man, dan semua genre kisah komedi-romantik cinta yang ahhh! so sweetttt! seperti When Harry Met Sally, Sleepless in Seattle, Pretty Woman dan lain-lain sila google dengan kata kunci ‘romantic comedy’ yer!...

Opening Image
Istanbul Aku Datang dibuka dengan babak pandangan 360 darjah di dalam bangunan Ayasofya diiringi dengan suara latar Dian (Lisa Surihani). Ia bersambung dengan babak dalam pesawat, memperkenalkan siapakah Dian dan tujuannya ke Istanbul. Saya katakan bahawa Opening Image itu merangkumi kedua-dua sekuen babak untuk menyatakan bahawa inilah protagonist/hero (heroin) filem ini yang akan diikuti sepanjang filem. Juga memberitahu tone, mood dan style filem ini – komedi romantik. Yang paling penting ialah untuk menunjukkan snapshot ‘sebelum’ di awal filem yang akan dibandingkan dengan ‘selepas’ di akhir filem yang diceritakan kepada khalayak. Oh! walaupun sebenarnya babak-babak itu bersambung dengan pengakhirannya sebagai ‘bingkai’ penceritaan. (Ok! Sila keliru! Haha!)

Theme Stated
Seterusnya, apabila filem ini bercerita melalui flashback 2 tahun yang lalu, dalam beberapa tulisan di blog, Dian telah memberitahu misi paling utama ke Istanbul ialah untuk memastikan dia dilamar oleh kekasihnya Azad (Shah Indrawan). Theme Stated – Perigi mencari timba yang sebenar-benarnya timba sejati?
   
Set-up
Diperkenalkan pula siapakah Azad dan rakan serumahnya, Ijoi (Aizat Amdan) dan Nadim (Farid Ramlee). Serta seorang lelaki Turki, Cihan (Mert Yavuzcan) yang perlu dicurigai. Paling penting ialah keinginan Dian untuk menumpang di rumah Azad selama pengajiannya di Istanbul. Namun begitu, Azad menyedarkan Dian bahawa walaupun mereka berada di negeri orang, namun masih perlu menghormati adab tak boleh tinggal serumah lelaki-perempuan (set-up). Keluh-kesah mimik muka Ijoi juga seperti ada yang tak kena. Di samping itu pengembangan watak Dian diberikan perangai yang suka mengadu kepada pembaca blognya, juga menampilkan perwatakan kalut dan kecoh yang akan dibawanya sepanjang cerita. Semua Set-up itu ialah momen-momen tenang sebelum ribut taufan berlaku! 

Catalyst
Mahu tak mahu, Dian mesti berpindah rumah tinggal sendirian atau dengan perempuan lain di sekitar Istanbul kerana hendak menjaga hati Azad. Ini ialah perubahan drastik mengubah sepenuhnya perancangan awal Dian datang ke situ untuk bersama Azad. Berita buruk ini sebenarnya ialah berita baik di akhir cerita! (kena tonton kenapa?). 

Debate
Persoalannya mampukah Dian menemui rumah sewa yang sesuai dengan kerenah dan kehendak peribadinya? Rumah demi rumah melalui montages dilawati oleh Dian di sekitar Istanbul. Malahan ditambah juga babak set-up bahawa Dian takutkan kucing. Melihat kesukaran Dian, mungkinkah dia batalkan niat tinggal di Istanbul lalu pulang semula ke Malaysia?

Break into Two
Babak Dian bertembung dengan Cihan sekali lagi ialah Break into Two (Act 2) filem ini. Akhirnya Dian dapat rumah sewa yang sangat sesuai dengan kemahuannya. Sebuah pangsapuri yang cantik! Namun begitu ini ialah permulaan masalah yang sangat besar, rumah itu disewa oleh Harris (Beto Kusyairy) iaitu penyewa sebenar!!! Dian telah ditipu oleh Cihan.

B Story
Filem ini masuk ke Act 2 sepenuhnya dan memperkenalkan siapakah Harris dari pandangan mata Dian/penonton. Harris langsung tiada di awal cerita dan seolah-olah tidak penting kepada Dian. Bermulalah kisah ke-2 filem ini iaitu hubungan di antara Dian-Harris yang terpaksa tinggal serumah! Kedua-duanya sama sepadan berperangai kalut dan kecoh. Kisah ini memberikan perspektif baru kepada Dian/penonton tentang misinya ke Istanbul. Pertemuan yang tak dirancang dan nampak seperti malapetaka kepada Dian. Secara tidak sedar, bahagian inilah menduga kembali Theme Stated tadi – Perigi mencari timba yang sebenar-benarnya timba sejati?

Fun & Games
Segala kesukaran dan betapa ketidaksesuaian ‘pasangan’ Dian-Harris untuk tinggal sebumbung inilah keutamaan cerita filem ini yang menjadi keseronokan untuk ditonton. Babak demi babak suka/benci yang comel, pahit, manis, menyampah dan lain-lain yang komedi di antara mereka ialah janji nilai hiburan oleh filem ini kepada penonton. Inilah intipati ‘romantic comedy’ Istanbul Aku Datang yang akan diingati oleh penonton. Sebenarnya penonton tanpa disedari merasakan bahawa ‘permusuhan’ di antara Dian-Harris ialah bibit-bibit cinta yang paling romantis? Mereka ialah pasangan janggal, tetapi secocok?

Midpoint
Masa untuk berbalas serangan (bersuka-ria) Dian-Harris dikejutkan oleh permintaan Azad hendak melawat rumah kediaman Dian. Cerita Dian-Azad disambung semula. Kini Dian perlu menggunakan tipu-muslihat dengan meminta bantuan Harris yang sudah tentu tak mahu masuk campur. Bagi Harris inilah peluang dia untuk menang dan berkata "padan muka kau!" kepada Dian.

Bad Guys Close in
Azad buat lawatan mengejut ke rumah Dian! Harris pula sedang menghabiskan kerjanya dengan Omar (Berke Sanli) di rumah. Habislah kau Dian! Kantoi! Azad marah nak mampus kepada Dian dan lemparkan berbagai tuduhan blablabla..

All is Lost    
Namun Harris mula kasihan pada Dian lalu sanggup berdepan dengan Azad di rumahnya untuk tolong terangkan situasi yang sebenar. Namun kali ini sesuatu diluar jangkaan berlaku lebih teruk! Tak mahu spoiler! Spoiler! Spoiler! Spoiler! (kena tonton apakemendenya yang berlaku di rumah Azad yer!)

Dark Night of the Soul
Dian baru tahu bahawa Azad blablabla..tak mahu spoilerrr!!! Dian hancur hati berkecai bertaburan di lantai..lalala..

Break into Three
Solusi dengan bantuan Harris. *Eh! Aku tak boleh teruskan kajian skrip ni yer! Hahaha! 

Finale
Inilah Act 3 filem ini. *Maaf! Ulasan bahagian ini tidak ditulis sekaranglah beb!

Final Image  
*Kajian ini ditangguhkan sehingga habis tayangan Istanbul Aku Datang di hujung bulan November lah!

Kesimpulannya, filem ini terhasil dari sebuah karya skrip/lakonlayar yang sangat berstruktur untuk sebuah genre romcom yang bagus oleh Rafidah Abdullah. Kalau saya cikgu mengajar penulisan kreatif dah bagi markah penuh 100% dengan 'bintang' yer! Tahniah sekali lagi kepada Rafidah, Bernard, Lina dan team :)

SAKSIKAN FILEM ‘ISTANBUL AKU DATANG’ DI PAWAGAM MULAI 8 NOV 2012

Ahad, 21 Oktober 2012

TEATER: RATNA KADHAL (2012) ~ kecil tetapi hebat!

"KALAU TAHU ERTINYA RINDU, JANGAN LUPA ERTINYA SEKSA"


 

FACEBOOK: RATNA KADHAL
FACEBOOK: REVOLUTION STAGE

RATNA KHADAL ialah sebuah karya/arahan oleh Khairunazwan Rodzy yang dipersembahkan dalam  dwi-bahasa Melayu dan Tamil. Sekali dengar, mungkin teater ini mengingatkan saya kepada filem ESTET (2010) karya/arahan Mamat Khalid. Asas/latar naratifnya mengenai percintaan/konflik sepasang kekasih yang terpisah/terhalang di antara 2 bangsa dan 2 agama mungkin kedengaran klise. Namun begitu, Ratna Kadhal berjaya mempersembahkan dari sudut pandang kisah seumpamanya, tanpa menyentuh sensitiviti 'perbezaan' di antara hero-heroinnya.

Struktur penceritaan Ratna Kadhal dibingkaikan melalui penceritaan semula oleh watak Krisnan lakonan Aloy Paradoks (lakonan terbaik beliau setakat ini dalam teater yang pernah saya tonton) kepada watak Ustazah Nurkamisah lakonan Fazleena Hishamuddin. Melalui watak Ratna lakonan Dynna Zainal, kronologi penceritaannya dibawa ke 2 era dahulu dan sekarang (non-linear) dengan baik. Diselang-seli dengan cerita verbal oleh Krisnan, khalayak mendalami dan memahami apakah konflik-konflik yang telah berlaku.

Secara peribadi, walaupun kisah Ratna seakan menjadi tunjang cerita, tetapi penceritaan oleh Krisnan mengenai 'pencarian' makna seorang isteri kepada seorang suami melengkapkan pemahaman khalayak tentang kisah Ratna. Krisnan mendalami erti kasih-sayang Ratna melalui ilmu yang dicarinya dari buku-buku agama kepunyaan Ustazah Nurkamisah yang dipinjamnya.

Kisah besar imbas kembali kehidupan Ratna sebagai penari, juga adik kepada watak Siva lakonan Azman Hassan diceritakan sebaik mungkin, lengkap dengan dialog dalam bahasa Tamil kedua-dua watak. Sementara itu, watak Nasir lakonan Hariry Jalil yang menjadi dalang/batu api utama kepada watak Lokman lakonan Azrul Azizi dikembangkan secara ironi. Maksud saya, Nasir yang pada mulanya beriya menghasut Lokman untuk memusuhi Siva akhirnya Nasir jugalah yang telah jatuh cinta kepada Ratna.

Ratna Kadhal secara halusnya cuba menyentuh polemik di antara 2 bangsa, tetapi ditangani dengan kronologi penceritaan yang bersebab dan berhati-hati. Malahan teater Ratna Kadhal lebih memberi persepsi untuk 'menyatukan' kedua-duanya ke zon neutral. Babak pergaduhan fizikal memanglah berlaku dalam teater ini namun ia lebih kepada masalah peribadi terpencil di antara Siva-Nasir dimana Ratna tersepit di antara keduanya. Teater ini bukan konflik anti-bangsa sesama mereka tetapi lebih kepada isu salah faham yang cuba dikupas secara jujur untuk memahami apakah 'kemungkinan' ia berlaku?

Watak bapa Lokman (offscreen) yang sebenarnya tidak pernah memusuhi Siva malahan memberi 'pentas' untuk Ratna membuat persembahan tarian. Cuma Lokman jadi pendengki kerana hasutan Nasir, orangnya sendiri. Siva pula bersikap defensif kepada Nasir selepas itu hanya kerana mahu melindungi adiknya sendiri, Ratna. Setelah Nasir sendiri jatuh cinta kepada Ratna yang juga membalas cintanya, barulah Nasir memahami bahawa kasih-sayang mampu mengubah persepsinya selama ini untuk lebih terbuka kepada perbezaan mereka selama ini.

Manakala kronologi babak perkenalan/perbincangan Krisnan-Nurkamisah pula ialah kisah jujur di antara 2 orang manusia yang saling cuba memahami sesama sendiri. Krisnan sedang mencari matlamat dirinya sendiri yang seakan 'kehilangan' arah. Nurkamisah pula yang awalnya cuma eskapisme kepada Krisnan, akhirnya mengerti konflik dalaman Krisnan lalu timbul rasa cinta. Sekali lagi pengulangan hubungan di antara 2 bangsa berlaku. Namun kali ini pertemuan keduanya seakan hubungan yang akan menyimpul semula kisah Ratna-Nasir yang telah terlerai sebelum ini.

Persoalan awal tentang siapakah Krisnan dalam hidup Ratna dijawab dengan kemas dan menusuk perasaan saya semasa babak terakhir teater ini. Di babak itulah, Aloy Paradoks melalui watak Krisnan benar-benar mengejutkan saya dengan penjelasan terakhirnya. Tahniah kepada semua ahli produksi Revolution Stage kerana memberikan suatu persembahan yang kecil tetapi hebat!

NOTA:
Pementasan teater Ratna Kadhal masih berlangsung di Kompleks Kraf, Jalan Conlay - Ahad, 21 Oktober, 3.00 petang dan 8.30 malam.
Info lanjut Ratna Kadhal, sila klik FACEBOOK RATNA KADHAL
                       

Selasa, 2 Oktober 2012

YANG BOLEH DAN TAK BOLEH?

YANG BOLEH DAN TAK BOLEH?
Oleh: AJAMI HASHIM

Pernyataan berikut ialah dari bahagian Pengenalan yang saya cerap dari GARIS PANDUAN PENAPISAN FILEM MALAYSIA, Lembaga Penapisan Filem (LPF).

RUJUKAN:

“Garis Panduan ini memberi fokus kepada empat aspek penting yang harus diteliti dan diambil kira di dalam pembikinan filem iaitu, ideologi dan politik, keagamaan, sosiobudaya dan ketertiban dan ketatasusilaan. Aspek-aspek ini perlu diberi perhatian serius dan tidak dieksploitasi untuk agenda sempit dan tersendiri yang akan membawa akibat yang tidak diingini kepada masyarakat dan negara.”

Saya tidak akan menyorot polemik di kalangan penggiat perfileman dan masyarakat mengenai bagaimana dan apa yang bakal terjadi apabila penapisan filem dimandirikan di antara pembikin dan LPF suatu hari nanti. Saya hanya cuba membaca dan memahami apakah isi kandung tersebut sebagai seorang penulis skrip.

Saya bayangkan seandainya suatu subuh yang cerah dimana burung-burung pun berkicauan dan matahari mula terbit dimana saya mendapat idea untuk menulis sebuah karya skrip filem yang menyentuh kesemua 4 aspek tersebut?

Katakanlah saya hendak menulis skrip mengenai kisah percintaan seorang ahli politik yang mengamalkan ilmu hitam dengan seorang ustazah yang berasal dari seorang pelacur yang melibatkan satu kes pembunuhan ngeri bekas  isterinya yang akhirnya menjadi pontianak? Adakah seandainya filem itu difilemkan nanti akan secara automatiknya akan diharamkan oleh LPF? Atau mungkin sekiranya saya mampu ‘bermain’ dengan penceritaan yang subtle, ia masih boleh dibikin dan ditayangkan dengan diberikan klasifikasi 18?

Ideologi dan Politik
Watak ‘ahli politik’ memang terlalu sensitif untuk dipaparkan di dalam filem apatah lagi kalau ianya mungkin mengingatkan penonton kepada ‘seseorang’ samada dalam sejarah atau masakini.

Jelas sekali skrip itu berpotensi untuk menyentuh perkara berikut:

2.1.1 (iv) menyindir dan mempersendakan pemimpin atau kerajaan yang memerintah sehingga boleh menimbulkan ketegangan dalam negara;

Jadi saya perlu elakkan sepenuhnya memaparkan latar cerita itu seperti berlaku di Malaysia. Mungkin ia berlaku di sebuah pulau yang tiada dalam peta dunia serta bertutur dalam bahasa rekaan saya sendiri dan perlu ditayangkan dengan sarikata? Ok. Fikirkan kerajaan ala-ala dalam The Lord of the Rings.

Keagamaan

Watak ‘ustazah’ yang berasal dari seorang ‘pelacur’ juga agak kontroversi kalau tersilap cara gaya memaparkannya kerana ia seakan ‘mencemarkan’ imejan yang menyentuh keagamaan. Begitu juga dengan pemaparan amalan ‘ilmu hitam’ dan watak ‘pontianak’. Aspek ini sangat perlu berhati-hati sekiranya hendak ditulis dalam skrip.

Sejujurnya, saya agak buntu juga bagaimana hendak mengkreatifkan cerita ini apabila ia menyentuh soal keagamaan. Dengan rekaan sebuah pulau dan kerajaan secara fiksyen belum pasti tidak menjadi kontroversi!

Mungkin cara terbaik ialah dengan menulis semula skrip dengan genre yang jelas iaitu fiksyen sains? Atau memaparkan 15 minit terakhir balasan yang seteruk-teruknya kepada watak ‘ahli politik’ yang mengamalkan ilmu hitam itu? Mungkin dia ditelan bumi dan dipanah petir? Watak ‘ustazah’ itu ditukar asalnya dari ‘pelacur’ kepada ‘wanita’ yang diculik oleh makhluk asing semasa bayi? Watak ‘pontianak’ itu mesti dan wajib dalam bayangan mimpi sahaja bukan ‘pontianak’ sebenar yang boleh mencekik mangsanya?

Mungkin.

Sosiobudaya

Sebenarnya kalau dibaca dengan teliti, aspek sosiobudaya saling berkait dengan aspek keagamaan. Penampilan hantu, seram, ganas, kejam, menakutkan, kehidupan liar, seksualiti dan lain-lain yang mungkin ada dalam skrip saya itu. Mungkin jalan terbaik ialah memaparkannya secara ‘off screen’? Melalui penceritaan mulut berdialog? Menunjukkan babak-babak ‘selepas’ sesuatu kejadian sahaja?

Tetapi bukan itukah yang selalunya menjadi ‘hook’ untuk dipertontonkan kepada penonton? Yang menyeramkan dan mengasyikkan itulah yang akan diperkatakan selepas menontonnya? Yang menjadi bahan gosip di internet dan kecaman di media cetak? Saya tidak nafikan kadangkala kalau sesebuah karya terlalu ‘baik’ maka penonton tidak suka kerana semuanya sudah seperti disuapkan. “Show! Don’t Tell! katanya.

Ketertiban dan Ketatasusilaan

Aspek ini lebih menjurus bahawa sesebuah karya filem itu jangan sehingga menjadi contoh tidak baik atau ikutan kepada penonton. Jadi seandainya skrip ini hendak saya teruskan ditulis, paparan adegan babak mesti tidak terlalu terperinci sehingga ada penonton yang terfikir hendak menirunya. Kalau ada juga mesti dipaparkan kesan negatif perbuatan itu di akhir cerita.

Saya wajib berfikir dahulu, adakah saya hendak menjual idea ‘kejahatan’ atau ‘kerosakan’ dalam masyarakat supaya mereka takut hendak melakukannya atau sebaliknya menjadi trend pula selepas ia ditayangkan?

Kesimpulan

Sebagai seorang pengkarya iaitu penulis skrip, anda harus memahami sepenuhnya isi kandungan 4 aspek tersebut dengan jelas. Sepanjang manapun senarai takrifan dan tafsiran aspek-aspek tersebut, anda sebagai pengkarya mempunyai suatu senjata yang paling utama iaitu ‘lesen kreatif’. Gunakan kebijaksanaan dan kekreatifan minda anda semasa menulis sesebuah skrip filem.

Lembaga Penapisan Filem (LPF) merupakan badan yang bertanggungjawab mengelaskan filem-filem yang hendak memasuki pasaran Malaysia mengikut kesesuaian dengan masyarakat.

Kelulusan filem dibahagi kepada empat kategori, iaitu:

·        Lulus Bersih (LB): Diluluskan tanpa adegan yang perlu dipotong.
·        Lulus Dengan Potongan (LDP): Diluluskan dengan arahan sesetengah adegan perlu dipotong kerana tidak sesuai dipertontonkan.
·        Haram: Langsung tidak dibenarkan untuk tayangan, setelah disemak oleh LPF.
·        Ditolak: Ditolak oleh LPF tanpa semakan.

Klasifikasi filem diberi kepada semua filem yang lulus (LB dan LDP), bermula tahun 1996. Klasifikasi filem adalah seperti berikut (kemaskini pada April 2010):

·        U (Umum): Keseluruhan bahan sesuai ditonton oleh semua golongan masyarakat.
·        P13 (Penjaga 13): Bimbingan ibu bapa untuk kanak-kanak bawah umur 13 tahun. Diperkenalkan pada tahun 2008, untuk filem-filem yang mengandungi adegan yang kurang sesuai ditonton kanak-kanak berusia tidak mencecah 13 tahun, oleh itu memerlukan bimbingan orang dewasa. NOTA: ditukarkan dari PG13 (Parental Guidance) kepada P13 (P bermaksud ‘penjaga’ untuk menyelaraskan dalam bahasa Melayu mulai 2012)  
·        18: 18 tahun ke atas sahaja. Untuk bahan-bahan yang mengandungi kandungan yang lebih dewasa, unsur-unsur ganas, seram dan seks, yang tidak keterlaluan, atau menyentuh unsur sensitif politik, agama dan kebudayaan.     

Ok. Saya mahu menyambung brainstorming idea skrip ini yang entah bila agaknya akan dibikin?

Sabtu, 1 September 2012

14 Filem Pendek @ Astro My Hometown ch.318 (trailer)



MASA: 9PM, 1AM, 9AM, 1PM, 5PM (2 Filem Pendek back-to-back)

31/8
PENANG - NADIAH HAMZAH
KELANTAN - RAMDAN CHE HASSAN

1/9
PERAK - SHANJEY KUMAR PERUMAL
TERENGGANU - ARIFFIN ZULKARNAIN

2/9
KEDAH - SHUHAIMI ZULKIFLI
PERLIS - REWAN ISHAK

3/9
NEGERI SEMBILAN - BRENDA DANKER
MELAKA - ADRIAN LAI

*JADUAL HARI SETERUSNYA AKAN DIKEMASKINI KEMUDIAN


*KREDIT TRAILER: www.youtube.com/eeedowrah










XXX





Pelancaran Buku CerpenTwitter @ JB Writers and Readers Festival ~ Ahad, 16 Sept 2012


website: http://jbartsfest.com/

lagi info: sindiket sol-jah

Buku CerpenTwitter
oleh Ajami Hashim muahaha!

AKAN DATANG!

Ahad, 26 Ogos 2012

SAM (2012) ~ testimonial Syafiq Yusof








Salaam Aidil Fitri..

Semalam saya ambil kesempatan kemudahan komunikasi twitter untuk bertanya sendiri pengarah filem SAM, Syafiq Yusof mengenai beberapa perkara yang terfikir selepas menontonnya. (1st time interview via twitter, mungkin saya akan ber-tweet lagi dengan pengarah lain di masa akan datang? haha!). Berikut ialah rentetan soalan suka-suka sahaja dari saya dan jawapan dari Syafiq Yusof:

1. AH: @syafiqyusof nak tanya, berapa gulung filem nak dptkan babak2 aksi SAM? btw congrats :)

SY: “@ajamiha: @syafiqyusof nak tanya, berapa gulung filem nak dptkan babak2 aksi SAM? btw congrats :)” 170 film roll


2. AH: @syafiqyusof oh ok..tu kira biasa utk filem2 aksi skop eh? salut kerja kamera/suntingan SAM yg rajin :)

SY: @ajamiha oh tidak, suntingan saya masih lemah, banyak yg slow. Tak sempat nak edit, masa diberi hanya 20 hari untuk editing.


3. AH: @syafiqyusof apa sumber rujukan SAM? filem/tv/buku/etc..

SY: @ajamiha banyak filem hollywood dan korea dan sedikit dari european films. Teknik dan shots mostly from my brother punya film.


4. AH: @syafiqyusof kalaulah saya katakan SAM spt siri filem SAW + Secret Window (2004) apa respon anda? :)

SY: @ajamiha SAW saya pernah tengok trailer sahaja full tak penah. Too violent untuk dijadikan rujukan dalam situasi LPF kita.
SY: @ajamiha secret window tak pernah dengar.
SY: @ajamiha maybe title saw tu seakan sama macam sam sebab black and white kan.
SY: @ajamiha plus you can't change much in sound, does Bane in the dark knight rises copied saw? Of course not.



5. AH: @syafiqyusof adakah beberapa babak awal yg disumbat dgn ala mtv/videoclip shj cuma utk memanjangkan cerita? :)

SY: @ajamiha nope, but because I love music videos. Filem SAM pon dah memang panjang.


6. AH: @syafiqyusof saya puji cara anda membikin trailer yg memancing, apa yg terfikir masa menyunting trailer SAM? shots/plots/selling point?

SY: @ajamiha fikir nk buat macam Syamsul, thats all.



7. AH: @syafiqyusof ok soalan akhir, adakah teknik 'motion capture' dlm SAM dah terfikir masa penulisan skrip? *good luck for ur nx nx films :)

SY: @ajamiha after the script , I did it because I love visual effects and I always terasa nak buat shot macamtu.


SAM (Saya Amat Mencintaimu) ialah sebuah filem bertih jagung yang seronok untuk ditonton terutamanya ke babak-babak aksi di pertengahan hingga ke hujungnya. Penceritaan awalnya santai cuma kisah cinta Sam (Shaheizy Sam) berwatak gila-gila kelakar yang begitu taksub dengan bakal isterinya Lisa (Lisa Surihani). Diselang-seli dengan lagu-lagu mendayu ala mtv dendangan Anuar Zain.

Namun begitu filem ini mula menyuntik plot berunsur red herring apabila ditampilkan watak Haikal (Azad Jazmin) yang gila meroyan mengganggu Lisa di pejabat. Ditambah lagi dengan watak Jefri (Syamsul Yusof) bekas kekasih Lisa yang juga sepejabat dengan Sam dan Lisa dan Haikal dan Zura (Neelofa) dan boss (Harun Salim Bachik) dan seorang lelaki dalam lif yang juga mencurigakan. Ok! Jadi kisah cinta santai itu seperti ada 'sesuatu' yang tidak kena? Maka di pertengahannya selepas penonton dibuai-buai oleh babak yang manis-manis..tiba-tiba Sam dan Lisa diculik! Selanjutnya filem ini berubah terus ke dalam penceritaan yang penuh onak duri ranjau misteri gilababs tentang 'siapakah' penculik mereka itu dan apakah motifnya?

Syafiq Yusof, secara peribadi saya berpendapat sangat mengetahui bagaimana cara hendak bercerita di babak-babak aksi dengan suntingan laju serta kerja kamera yang sangat rajin dan banyak sudut. Saya sudah tonton hasil kerja filem-filem pendek arahan/suntingan oleh Syafiq di youtube sebelum ini dimana dia suka bermain dengan efek khas babak pergaduhan ala video games. SAM ialah filem yang ditangani sendiri oleh Syafiq dalam skala yang lebih besar, maka sudah tentu penceritaannya juga perlu lebih mencabar berbanding sebuah filem pendek. Dari segi teknikal, sekuen aksi dan suntingan filem ini memang boleh dibanggakan untuk seorang pengarah muda-belia. Namun untuk babak-babak romantik percintaan orang dewasa Sam-Lisa kadangkala saya rasakan seolah kebudak-budakan mungkin kerana pengarahnya juga seorang remaja?

Ringkasnya, saya sarankan anda ke panggung menonton SAM dan ceritakan semula pada saya bahawa filem ini memang berbaloi untuk ditonton dan ia ialah testimonial Syafiq Yusof sebagai seorang pengarah muda yang berpotensi besar!

Ahad, 12 Ogos 2012

BALADA PYANHABIB (2012) ~ 'ceritanya tak best' tapi buku ini best giler!

ihsan gambar: SINAGANAGA

Salaam..
'ceritanya tak best!' ialah salah satu sajak di dalam buku ini, mukasurat 166 iaitu komen seorang 'kutu' kepada seorang penerbit filem apabila diajukan soalan "apasal lu tak tonton lu punya 'star' berlakon?". Sajak itu ditulis oleh seniman Pyanhabib pada Januari 1993, Kuala Lumpur. Siapakah 'star' itu? siapakah penerbit filem itu? dan apakah filem yang dimaksudkan? Mungkin suatu hari nanti saya akan dapat jawapannya apabila berjumpa dengan abang Pyanhabib sendiri..haha!

Buku ini semacam kronologi kehidupan seorang 'kutu' sejak Disember 1975 sehingga 14 Januari 2011 yang kini saya sanjungi sebagai salah seorang seniman tanah air yang sangat dihormati iaitu Pyanhabib. Membaca setiap mukasurat sajak secara rentetan tahun ia ditulis yang digandingkan bersebelahan mukasurat dengan karikatur atau gambar-gambar nostalgia beliau, seolah-olah mengikuti perjalanan susah-senang hidupnya.

Saya teringat filem Kembara Seniman Jalanan (1986) Pyanhabib sebagai Osman Tikus itu umpama gambaran sebenar kehidupannya sebagai seniman jalanan secara fiksyen. Manakala buku ini pula gambaran dalam pengkisahan sebenar dari sajak-sajak beliau. Pengalaman membaca buku ini secara berterusan hanya satu malam sahaja, mampu menjadi sebuah penceritaan yang agak intim ke dalam diri dan hidup Pyanhabib.

Setiap sajak ialah luahan perasaan peribadi beliau kepada sekitarannya. Sesiapa atau apa saja yang melintas di depan mata atau terlintas di fikirannya dirasai, dijadikan sajak yang kadangkala mudah difahami atau perlu dibaca berkali-kali untuk memahami betapa indah atau gundah cerita di sebaliknya. Setiap sajaknya seawal Disember 1975 ialah rakaman diari harian, pendek atau panjang.

Namun saya cuba meneka bahawa selepas beliau berkahwin 1989, sajak-sajaknya berubah dari yang bersifat luahan kehidupan peribadi yang berbagai-bagai rasa kepada lebih 'gembira' dan persepsinya kepada permasalahan masyarakat (berdasarkan buku ini). Tulisan beliau selepas itu lebih kepada catatan panjang atau cerpen atau sajak yang lebih menyentuh perihal kedewasaan dan kritikan politik serta sosial.

Ada beberapa sajak yang bersiri iaitu catatan sebelum tidur i ii iii yang begitu indah sulaman bahasa dan maknanya manakala semadi i & ii yang begitu pendek tetapi padat isinya. Sajak dan catatan iaitu bapakku seorang YB, hello malaysia apa khabar? mukadimah mandeliar, di gurun pasir, apabila itu tandanya dan surat kepada tuan pee emm ialah antara perubahan ketara dalam penulisan beliau yang menegur secara berlapik dalam nada jenaka tetapi begitu pedas. Di samping itu, beberapa sajak juga menyentuh perihal peribadi beliau dengan Tuhan seperti siri catatan sebelum tidur i ii iii, gua, pengabadian, puisi-puisi luka, doa, kuku jari, sebermula, bilah pilu, kalau ia, direnung maut, bilah-bilah dinihari dan berahi abadi (tudiaa! aku dah senaraikan semuanya!)

Ok..so kalau saya dah beriya gigih mengulas buku ini, maknanya ia sebuah buku yang best giler yer! Sila beli buku ini harganya RM25 di kinokuniya atau mph atau secara online di laman ITBM atau beli terus dari Pyanhabib seperti catatan di blognya:

Sunday, May 13, 2012

Balada Pyanhabib

ASSALAM.

Kepada anda yang berminat membeli buku puisi Balada Pyanhabib terbitan Institiut Terjemahan Buku Malaysia (ITBM), banking RM30 ke akaun Maybank: 1122-0428-0928 (Zurina i/t Ahmad). Setelah banking, sila SMS: 012-9254-527. Sertakan nama penuh dan alamat lengkap untuk kiriman pos. Terima kasih.


Selamat membeli dan membaca!

NOTA: cuma saya tak pasti kenapa sajak SELUAR DALAM tiada dalam buku ini eh?

Selasa, 19 Jun 2012

LIMELIGHT oleh FAIZAL HUSSEIN

Jom! ke pelancaran buku LIMELIGHT oleh Faizal Hussein @ The Annexe Gallery, Central Market, Sabtu, 23 Jun, 1ptg

FACEBOOK

Sabtu, 5 Mei 2012

JALAN PINTAS (2012) ~ arahan Nam Ron & skrip Ayam Fared yang best ya amats!


NOTA: ulasan ini mungkin ada spoiler!
JALAN PINTAS bercerita secara linear di awalnya sehingga babak Bakar Najib (Auf Razak) ditikam! Kemudian, bang! reverse chronology untuk 'pilihan ke-2' oleh bakar 'what if' dia tidak melalui jalan pintas yang sama? Struktur penceritaannya terus bergerak sekali lagi dalam versi yang ke-2 secara penuh dengan bermula di bilik Bakar baru bangun tidur untuk pergi ke satu temuduga. Kali ini pengulangan kisah lengkap sepenuhnya dengan backstory/flashback dan apakah sebenarnya tujuan Bakar di awal cerita tadi? Dari situ penceritaan filem arahan Nam Ron, skrip oleh Ayam Fared ini sudah tak berhenti untuk mengikuti perjalanan seharian hidup Bakar yang penuh dengan pancaroba. Dalam ertikata lain, ini ialah hari paling screw-up, worst case scenario, the most f**ked-up dalam hidup seorang yang bernama Bakar (atau berdasarkan pengalaman Ayam Fared eh? huhu!)     

Kualiti filem ini nampak sangat kasar bikinannya sesuailah dengan kekalutan Bakar yang sentiasa terkejar-kejar dengan matlamatnya iaitu untuk mendapat satu kerja yang akan menyelesaikan semua masalah ekonominya. Jalan Pintas boleh dikategorikan sebagai road movie secara real-time dimana setiap check-point perjalanannya akan bertembung dengan 1001 watak dan permasalahan yang berkaitan dengan dirinya. Sebenarnya saya sendiri 'menghalalkan' setiap kronologi kejadian yang menimpa diri Bakar sebagai 'benar' yang pernah berlaku atau sering saya dengar berlaku dalam kehidupan yang fana ini.

Menariknya penyudah filem ini seperti menyatakan bahawa kalau itu ketentuan hidup Bakar samada versi 1 atau versi 2, melalui atau tidak 'jalan pintas' itu hasilnya tetap sama (mati). Cuma pilihan ke-2 memberikan sedikit masa untuk Bakar merasai buat kali terakhir bahawa hidupnya lebih tertekan dan menderita tetapi lebih memahami bahawa pilihannya bukan juga yang terbaik. Malahan lebih sukar dan membuka lebih banyak pekung dalam masyarakat. Hipokrasi terserlah di kalangan rakan serumahnya dan boss-gundik. Hubungan gundik-adik ialah conflict-of-interest 'orang dalam' yang tak berselindung lagi. Kritikan kepada 'orang luar' pula hanya kerana sebatang rokok berharga RM1. Falsafah kehidupan yang terbaik (dan skema) hanya dianuti oleh 'orang gelandangan'. Sikap mengampu menjadi 'resume' awal para pekerja yang hendak meminta kerja. Dendam (pisau) boleh dijual-beli dengan harga diskaun kalau mahu untuk membalas kejahatan yang lain. Jenayah kadangkala menjadi perisai kepada penjenayah yang lain.              

Filem ini bukan prejudis tetapi membentangkan di depan mata bahawa inilah hakikat kehidupan yang perlu dihadapi oleh Bakar (dan kita). Samada mati/hidup..kamu yang pilih! 

Selasa, 24 April 2012

DOSA (cerpen yg kalah pertandingan menulis cerpen FIXI di facebook)


info novel DOSA oleh Nuril Basri: FIXI

“Berdosakah aku?” aku tweet. Sejak akhir-akhir ini aku mengalami kemurungan. Perihal yang bermain di fikiranku ialah keinginan hendak membunuh diri. Masalahnya aku tak pasti apakah cara terbaik untuk melakukannya? Lalu aku senaraikan pilihan-pilihan yang boleh, bergantung kepada kemudahan di sekelilingku setiap hari. Mata pisau cukur, kabel telefon atau bumbung kondominium? Itu baru peralatan sebelum kejadian.

Setiap pilihan itu pula ada pecahan-pecahan sub-cara untuk melakukannya. Mata pisau cukur kena tajam dan baru dibeli supaya torehannya mesti memotong urat pembuluh darah secara terus. Bahagian tubuh yang mana hendak dikelar? Tangan atau leher? Kabel telefon juga ada beberapa jenis ketebalan ukurlilit yang berbeza tahap jerutannya. Ketinggian kondominium pula faktor yang sukar dijangka kerana ada juga kes yang hanya menyebabkan patah tulang-temulang sahaja apabila mendarat. Itu belum lagi seandainya jatuh menghempap kenderaan orang lain maka akan disaman kerana kesalahan merosakkan harta-benda.

Wah! Bukannya mudah hendak mencabut nyawa sendiri! Tapi yang paling penting ialah impak selepasnya. Aku mahu tragedi itu nanti akan menyedarkan dia bahawa aku melakukannya kerana dia! Ok, nota selamat tinggal? Aku perlu menulis di kertas (klise!) atau merakam pengakuan dalam Blackberry lalu menghantar video itu kepadanya. Semua ini perlu dilakukan sebelum aku melakukan dosa yang terus ke neraka itu. 

Mungkin kalau aku hantar salinan video itu ke portal berita lagi bagus biar dia akan ditemuramah pasal apa motif aku melakukannya? Sudah tentu gosip hubungan sulit pengarah filem dengan seorang pelajar perfileman, akan mampu menjual hits portal hiburan dan pastinya keluar di rancangan televisyen Melodi atau Propaganza!

Biar dia jawab semua soalan panas itu nanti. Aku tak kisah kerana waktu itu aku sudah tiada. Biar dia tertekan hendak menerangkannya. Ting! lamunanku terhenti. Ada BBM masuk ke Blackberry-ku "beb! mamat yg dtg ujibakat utk filem kau mati eksiden moto mlm td!". Oh Tuhan! "Perbuatan yang terbaik selepas melakukan dosa ialah bertaubat" aku tweet lagi.

NOTA: 3 pemenang cerpen DOSA bolah dibaca di sini: FIXI

Selasa, 3 April 2012

Teater Muzikal GERIMIS MENGUNDANG (2012)

TEMPAHAN TIKET: TICKET2U

 Salaam..

Sesebuah persembahan teater muzikal di Istana Budaya akan pastinya kedengaran gah! Selalunya yang terbayang oleh penonton sebelum masuk ke panggung yang gah itu juga ialah persembahannya nanti akan ada 'turun-naik' pentas dengan pelakon serta penari yang ramai. Iyalah kerana pentasnya ekstravaganza!

Gerimis Mengundang ialah sebuah kisah bukan adaptasi dari versi filemnya akan datang ke pawagam. Cuma nama watak utamanya sahaja iaitu Zamani (Kamal Adli) seorang juruterbang helikopter perdagangan yang dikekalkan. Malahan perwatakan Zamani versi filem dan teaternya sangat-sangat berbeza. Setahu saya Zamani (filem) ialah seorang yang serius dan tak percaya kepada cinta, manakala Zamani (teater muzikal) ini sangat kontras ialah seorang playboy yang kelakar.

Naratif teater ini sangat mudah dan terserlah ke-klise-an-nya dengan elemen-elemen seperti filem/telefilem Melayu yang biasa. Cinta 3 segi, kehidupan riang-ria pelajar di kampus, clubbing, remaja melepak kat warung tepi jalan dan mat motor kapcai (bukan mat rempit yer!). Mungkin yang digembar-gemburkan ialah gimik kewujudan sebuah helikopter yang 'terbang' di atas pentas Istana Budaya? Ya! Memang ada yer! Cuma saya akui apabila kisah klise seperti itu dipersembahkan di atas pentas se-gah Istana Budaya lalu diselang-seli dengan segmen-segmen nyanyian dan tarian beramai-ramai, maka ia kelihatan menarik dan sekadar sesuailah sebagai sebuah pementasan teater muzikal?

Dari aspek lakonan pula saya rasakan pujian wajar saya berikan kepada Kamal Adli (Zamani), Mikha Tambayong (Cinta) dan Shenty Feliziana (Yana) sebagai tunggak utama yang sesuai-secocok sebagai pasangan kekasih cinta 3 segi. Kamal dan Mikha sedap bila berduet dan kelakar bila berkomedi romantik. Kemunculan Kumpulan Raja Lawak 6 (Astro) - ZERO iaitu Sharif Kunal, Sharif Kadil dan Mohd Syaiful boleh dikatakan berjaya membuat segmen lawak mereka seolah bayangan/ulangan dari program tv realiti itu dahulu. Jadi ia seperti babak-babak bonuslah katanya. Namun begitu Rosli Mohd Taib (Kembang) ialah kemunculan yang benar-benar 'mencuba' tetapi mudah dilupakan. Sorry bro! huhuhu!

Ada 3 orang pelakon yang betul-betul saya rasakan sebenar-benar pelakon teater yang terkedepan malahan kadangkala overshadow kepada pelakon-pelakon utama yang lain iaitu Taiyuddin Bakar (Jering), Najua P.Ramlee (Mulan) dan Mustaqim Mohamed (Riza). Setiap babak lakonan mereka begitu meyakinkan dan menyeronokkan untuk ditonton. Saya akui juga setiap kali kemunculan ketiga-tiga pelakon inilah yang lebih mengujakan persembahan untuk ditonton dan saya 'percaya' dengan perwatakan mereka.  

Secara ringkasnya saya boleh katakan Teater Muzikal Gerimis Mengundang (masih dipentaskan sehingga 8 April 2012) ialah sebuah persembahan versi Ahmad Idham/Excellent Pictures yang dipenuhi dengan product placement tanpa bersorok-sorok yang mudah dijamah dan dihadam sebagai sebuah hiburan pentas santai yang menghiburkan. Tahniah kepada semua yang telah menjayakannya! XOXO