RT @sultanmuzaffar: #TwtUpBunohan & Dialog with #Bunohan director, Dain Said, 15 March, 7.40pm, GSC MidValley. Anyone interested?

Salaam..

Bunohan ialah sebuah filem yang bila ditonton berkali-kali lantas berulang-kali juga ia memberikan perspektif yang berbeza. Ia muat apa sahaja campuran acuan genre; thriller politik drama melodrama sukan fantasi misteri sejarah aksi mahupun cinta? Namun begitu dapat sikit atau banyak isinya, tengok sekali sahaja lepas itu mengatakannya "boring!" atau menjadi 'gila' kerana menontonnya berkali-kali, ia tidak menjadi sesuatu yang pelik. Malahan respons bercampur-aduk sebegitu sudah saya jangkakan kerana karya Bunohan ini bukannya main-main oleh Dain Said.

Bunohan menyelitkan suntingan intercut visual-visual yang mengejutkan untuk penontonan sulung mentah sekali lalu. Sudah tentu khalayak akan terperanjat dan merasa janggal dengan beberapa babak seperti itu sesekali seakan mengganggu perjalanan cerita realisme kisah konflik keluarga Pok Eng dan isu perampasan tanah di Bunohan. Kerana itulah penonton yang terasyik hanya dengan lapisan pertama naratif mungkin akan mengatakannya "bosan! aku tak faham!" (yang sebenarnya diaorang memang faham cerita asasnya yang sangat klise itu kan? huhu!). Jadi saya sarankan untuk sekurang-kurangnya menonton kali ke-2 atau lebih. Bunohan memang bukan filem yang sekali telan kau akan kenyang faham habis ya amat dan lepas itu kau akan ke jamban untuk membuang tahi! Itu filem bertih jagung + coke. Tidak! Bunohan ialah filem yang kau kena kunyah pelan-pelan banyak kali dan rasakan dahulu manis, pahit, masam, pedas dan lain-lain rasa barulah kau telan dan hadam jadikan darah daging hiburan berisi serta penyubur minda kau setelah berfikir. (bersambung lagi..lalala..)