Selasa, 24 April 2012

DOSA (cerpen yg kalah pertandingan menulis cerpen FIXI di facebook)


info novel DOSA oleh Nuril Basri: FIXI

“Berdosakah aku?” aku tweet. Sejak akhir-akhir ini aku mengalami kemurungan. Perihal yang bermain di fikiranku ialah keinginan hendak membunuh diri. Masalahnya aku tak pasti apakah cara terbaik untuk melakukannya? Lalu aku senaraikan pilihan-pilihan yang boleh, bergantung kepada kemudahan di sekelilingku setiap hari. Mata pisau cukur, kabel telefon atau bumbung kondominium? Itu baru peralatan sebelum kejadian.

Setiap pilihan itu pula ada pecahan-pecahan sub-cara untuk melakukannya. Mata pisau cukur kena tajam dan baru dibeli supaya torehannya mesti memotong urat pembuluh darah secara terus. Bahagian tubuh yang mana hendak dikelar? Tangan atau leher? Kabel telefon juga ada beberapa jenis ketebalan ukurlilit yang berbeza tahap jerutannya. Ketinggian kondominium pula faktor yang sukar dijangka kerana ada juga kes yang hanya menyebabkan patah tulang-temulang sahaja apabila mendarat. Itu belum lagi seandainya jatuh menghempap kenderaan orang lain maka akan disaman kerana kesalahan merosakkan harta-benda.

Wah! Bukannya mudah hendak mencabut nyawa sendiri! Tapi yang paling penting ialah impak selepasnya. Aku mahu tragedi itu nanti akan menyedarkan dia bahawa aku melakukannya kerana dia! Ok, nota selamat tinggal? Aku perlu menulis di kertas (klise!) atau merakam pengakuan dalam Blackberry lalu menghantar video itu kepadanya. Semua ini perlu dilakukan sebelum aku melakukan dosa yang terus ke neraka itu. 

Mungkin kalau aku hantar salinan video itu ke portal berita lagi bagus biar dia akan ditemuramah pasal apa motif aku melakukannya? Sudah tentu gosip hubungan sulit pengarah filem dengan seorang pelajar perfileman, akan mampu menjual hits portal hiburan dan pastinya keluar di rancangan televisyen Melodi atau Propaganza!

Biar dia jawab semua soalan panas itu nanti. Aku tak kisah kerana waktu itu aku sudah tiada. Biar dia tertekan hendak menerangkannya. Ting! lamunanku terhenti. Ada BBM masuk ke Blackberry-ku "beb! mamat yg dtg ujibakat utk filem kau mati eksiden moto mlm td!". Oh Tuhan! "Perbuatan yang terbaik selepas melakukan dosa ialah bertaubat" aku tweet lagi.

NOTA: 3 pemenang cerpen DOSA bolah dibaca di sini: FIXI

3 ulasan:

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ berkata...

Eh, Encik Ajami juga hantar ya?

:)

Saya juga dan kalah. :')

FaizalSulaiman berkata...

kadak tahu abang hantar juga :)

nasih kita sama je.hihihi

Ajami Hashim berkata...

LORD ZARA & Faizal,

yezzaaa! pakcik pun nak jugak bertanding tapi..kalah! padan muka! kahkahkah!