Selasa, 3 April 2012

Teater Muzikal GERIMIS MENGUNDANG (2012)

TEMPAHAN TIKET: TICKET2U

 Salaam..

Sesebuah persembahan teater muzikal di Istana Budaya akan pastinya kedengaran gah! Selalunya yang terbayang oleh penonton sebelum masuk ke panggung yang gah itu juga ialah persembahannya nanti akan ada 'turun-naik' pentas dengan pelakon serta penari yang ramai. Iyalah kerana pentasnya ekstravaganza!

Gerimis Mengundang ialah sebuah kisah bukan adaptasi dari versi filemnya akan datang ke pawagam. Cuma nama watak utamanya sahaja iaitu Zamani (Kamal Adli) seorang juruterbang helikopter perdagangan yang dikekalkan. Malahan perwatakan Zamani versi filem dan teaternya sangat-sangat berbeza. Setahu saya Zamani (filem) ialah seorang yang serius dan tak percaya kepada cinta, manakala Zamani (teater muzikal) ini sangat kontras ialah seorang playboy yang kelakar.

Naratif teater ini sangat mudah dan terserlah ke-klise-an-nya dengan elemen-elemen seperti filem/telefilem Melayu yang biasa. Cinta 3 segi, kehidupan riang-ria pelajar di kampus, clubbing, remaja melepak kat warung tepi jalan dan mat motor kapcai (bukan mat rempit yer!). Mungkin yang digembar-gemburkan ialah gimik kewujudan sebuah helikopter yang 'terbang' di atas pentas Istana Budaya? Ya! Memang ada yer! Cuma saya akui apabila kisah klise seperti itu dipersembahkan di atas pentas se-gah Istana Budaya lalu diselang-seli dengan segmen-segmen nyanyian dan tarian beramai-ramai, maka ia kelihatan menarik dan sekadar sesuailah sebagai sebuah pementasan teater muzikal?

Dari aspek lakonan pula saya rasakan pujian wajar saya berikan kepada Kamal Adli (Zamani), Mikha Tambayong (Cinta) dan Shenty Feliziana (Yana) sebagai tunggak utama yang sesuai-secocok sebagai pasangan kekasih cinta 3 segi. Kamal dan Mikha sedap bila berduet dan kelakar bila berkomedi romantik. Kemunculan Kumpulan Raja Lawak 6 (Astro) - ZERO iaitu Sharif Kunal, Sharif Kadil dan Mohd Syaiful boleh dikatakan berjaya membuat segmen lawak mereka seolah bayangan/ulangan dari program tv realiti itu dahulu. Jadi ia seperti babak-babak bonuslah katanya. Namun begitu Rosli Mohd Taib (Kembang) ialah kemunculan yang benar-benar 'mencuba' tetapi mudah dilupakan. Sorry bro! huhuhu!

Ada 3 orang pelakon yang betul-betul saya rasakan sebenar-benar pelakon teater yang terkedepan malahan kadangkala overshadow kepada pelakon-pelakon utama yang lain iaitu Taiyuddin Bakar (Jering), Najua P.Ramlee (Mulan) dan Mustaqim Mohamed (Riza). Setiap babak lakonan mereka begitu meyakinkan dan menyeronokkan untuk ditonton. Saya akui juga setiap kali kemunculan ketiga-tiga pelakon inilah yang lebih mengujakan persembahan untuk ditonton dan saya 'percaya' dengan perwatakan mereka.  

Secara ringkasnya saya boleh katakan Teater Muzikal Gerimis Mengundang (masih dipentaskan sehingga 8 April 2012) ialah sebuah persembahan versi Ahmad Idham/Excellent Pictures yang dipenuhi dengan product placement tanpa bersorok-sorok yang mudah dijamah dan dihadam sebagai sebuah hiburan pentas santai yang menghiburkan. Tahniah kepada semua yang telah menjayakannya! XOXO



2 ulasan:

Ibnu K berkata...

Satu ulasan yang bagus, boleh jadi pengkritik hiburan lah... Terima kasih kerana m,enyokong Teater Muzikal Gerimis Mengundang..

Alisha Residenc berkata...

anda boleh sila pertukaran pautan, sila? Saya akan melakukan perkara yang sama,
laman saya http://alisharesidence.blogspot.com/
berharap anda jangan keberatan