NOTA: ulasan ini mungkin ada spoiler!
JALAN PINTAS bercerita secara linear di awalnya sehingga babak Bakar Najib (Auf Razak) ditikam! Kemudian, bang! reverse chronology untuk 'pilihan ke-2' oleh bakar 'what if' dia tidak melalui jalan pintas yang sama? Struktur penceritaannya terus bergerak sekali lagi dalam versi yang ke-2 secara penuh dengan bermula di bilik Bakar baru bangun tidur untuk pergi ke satu temuduga. Kali ini pengulangan kisah lengkap sepenuhnya dengan backstory/flashback dan apakah sebenarnya tujuan Bakar di awal cerita tadi? Dari situ penceritaan filem arahan Nam Ron, skrip oleh Ayam Fared ini sudah tak berhenti untuk mengikuti perjalanan seharian hidup Bakar yang penuh dengan pancaroba. Dalam ertikata lain, ini ialah hari paling screw-up, worst case scenario, the most f**ked-up dalam hidup seorang yang bernama Bakar (atau berdasarkan pengalaman Ayam Fared eh? huhu!)     

Kualiti filem ini nampak sangat kasar bikinannya sesuailah dengan kekalutan Bakar yang sentiasa terkejar-kejar dengan matlamatnya iaitu untuk mendapat satu kerja yang akan menyelesaikan semua masalah ekonominya. Jalan Pintas boleh dikategorikan sebagai road movie secara real-time dimana setiap check-point perjalanannya akan bertembung dengan 1001 watak dan permasalahan yang berkaitan dengan dirinya. Sebenarnya saya sendiri 'menghalalkan' setiap kronologi kejadian yang menimpa diri Bakar sebagai 'benar' yang pernah berlaku atau sering saya dengar berlaku dalam kehidupan yang fana ini.

Menariknya penyudah filem ini seperti menyatakan bahawa kalau itu ketentuan hidup Bakar samada versi 1 atau versi 2, melalui atau tidak 'jalan pintas' itu hasilnya tetap sama (mati). Cuma pilihan ke-2 memberikan sedikit masa untuk Bakar merasai buat kali terakhir bahawa hidupnya lebih tertekan dan menderita tetapi lebih memahami bahawa pilihannya bukan juga yang terbaik. Malahan lebih sukar dan membuka lebih banyak pekung dalam masyarakat. Hipokrasi terserlah di kalangan rakan serumahnya dan boss-gundik. Hubungan gundik-adik ialah conflict-of-interest 'orang dalam' yang tak berselindung lagi. Kritikan kepada 'orang luar' pula hanya kerana sebatang rokok berharga RM1. Falsafah kehidupan yang terbaik (dan skema) hanya dianuti oleh 'orang gelandangan'. Sikap mengampu menjadi 'resume' awal para pekerja yang hendak meminta kerja. Dendam (pisau) boleh dijual-beli dengan harga diskaun kalau mahu untuk membalas kejahatan yang lain. Jenayah kadangkala menjadi perisai kepada penjenayah yang lain.              

Filem ini bukan prejudis tetapi membentangkan di depan mata bahawa inilah hakikat kehidupan yang perlu dihadapi oleh Bakar (dan kita). Samada mati/hidup..kamu yang pilih!