Ahad, 26 Ogos 2012

SAM (2012) ~ testimonial Syafiq Yusof








Salaam Aidil Fitri..

Semalam saya ambil kesempatan kemudahan komunikasi twitter untuk bertanya sendiri pengarah filem SAM, Syafiq Yusof mengenai beberapa perkara yang terfikir selepas menontonnya. (1st time interview via twitter, mungkin saya akan ber-tweet lagi dengan pengarah lain di masa akan datang? haha!). Berikut ialah rentetan soalan suka-suka sahaja dari saya dan jawapan dari Syafiq Yusof:

1. AH: @syafiqyusof nak tanya, berapa gulung filem nak dptkan babak2 aksi SAM? btw congrats :)

SY: “@ajamiha: @syafiqyusof nak tanya, berapa gulung filem nak dptkan babak2 aksi SAM? btw congrats :)” 170 film roll


2. AH: @syafiqyusof oh ok..tu kira biasa utk filem2 aksi skop eh? salut kerja kamera/suntingan SAM yg rajin :)

SY: @ajamiha oh tidak, suntingan saya masih lemah, banyak yg slow. Tak sempat nak edit, masa diberi hanya 20 hari untuk editing.


3. AH: @syafiqyusof apa sumber rujukan SAM? filem/tv/buku/etc..

SY: @ajamiha banyak filem hollywood dan korea dan sedikit dari european films. Teknik dan shots mostly from my brother punya film.


4. AH: @syafiqyusof kalaulah saya katakan SAM spt siri filem SAW + Secret Window (2004) apa respon anda? :)

SY: @ajamiha SAW saya pernah tengok trailer sahaja full tak penah. Too violent untuk dijadikan rujukan dalam situasi LPF kita.
SY: @ajamiha secret window tak pernah dengar.
SY: @ajamiha maybe title saw tu seakan sama macam sam sebab black and white kan.
SY: @ajamiha plus you can't change much in sound, does Bane in the dark knight rises copied saw? Of course not.



5. AH: @syafiqyusof adakah beberapa babak awal yg disumbat dgn ala mtv/videoclip shj cuma utk memanjangkan cerita? :)

SY: @ajamiha nope, but because I love music videos. Filem SAM pon dah memang panjang.


6. AH: @syafiqyusof saya puji cara anda membikin trailer yg memancing, apa yg terfikir masa menyunting trailer SAM? shots/plots/selling point?

SY: @ajamiha fikir nk buat macam Syamsul, thats all.



7. AH: @syafiqyusof ok soalan akhir, adakah teknik 'motion capture' dlm SAM dah terfikir masa penulisan skrip? *good luck for ur nx nx films :)

SY: @ajamiha after the script , I did it because I love visual effects and I always terasa nak buat shot macamtu.


SAM (Saya Amat Mencintaimu) ialah sebuah filem bertih jagung yang seronok untuk ditonton terutamanya ke babak-babak aksi di pertengahan hingga ke hujungnya. Penceritaan awalnya santai cuma kisah cinta Sam (Shaheizy Sam) berwatak gila-gila kelakar yang begitu taksub dengan bakal isterinya Lisa (Lisa Surihani). Diselang-seli dengan lagu-lagu mendayu ala mtv dendangan Anuar Zain.

Namun begitu filem ini mula menyuntik plot berunsur red herring apabila ditampilkan watak Haikal (Azad Jazmin) yang gila meroyan mengganggu Lisa di pejabat. Ditambah lagi dengan watak Jefri (Syamsul Yusof) bekas kekasih Lisa yang juga sepejabat dengan Sam dan Lisa dan Haikal dan Zura (Neelofa) dan boss (Harun Salim Bachik) dan seorang lelaki dalam lif yang juga mencurigakan. Ok! Jadi kisah cinta santai itu seperti ada 'sesuatu' yang tidak kena? Maka di pertengahannya selepas penonton dibuai-buai oleh babak yang manis-manis..tiba-tiba Sam dan Lisa diculik! Selanjutnya filem ini berubah terus ke dalam penceritaan yang penuh onak duri ranjau misteri gilababs tentang 'siapakah' penculik mereka itu dan apakah motifnya?

Syafiq Yusof, secara peribadi saya berpendapat sangat mengetahui bagaimana cara hendak bercerita di babak-babak aksi dengan suntingan laju serta kerja kamera yang sangat rajin dan banyak sudut. Saya sudah tonton hasil kerja filem-filem pendek arahan/suntingan oleh Syafiq di youtube sebelum ini dimana dia suka bermain dengan efek khas babak pergaduhan ala video games. SAM ialah filem yang ditangani sendiri oleh Syafiq dalam skala yang lebih besar, maka sudah tentu penceritaannya juga perlu lebih mencabar berbanding sebuah filem pendek. Dari segi teknikal, sekuen aksi dan suntingan filem ini memang boleh dibanggakan untuk seorang pengarah muda-belia. Namun untuk babak-babak romantik percintaan orang dewasa Sam-Lisa kadangkala saya rasakan seolah kebudak-budakan mungkin kerana pengarahnya juga seorang remaja?

Ringkasnya, saya sarankan anda ke panggung menonton SAM dan ceritakan semula pada saya bahawa filem ini memang berbaloi untuk ditonton dan ia ialah testimonial Syafiq Yusof sebagai seorang pengarah muda yang berpotensi besar!

11 ulasan:

FAD ARIFFIN berkata...

memang berbaloi untuk ditonton! pada awalnya agak predictable siapa sebenarnya yg psiko tapi di pertengahan filem berjaya membuatkan saya sangsi dengan telahan saya (walaupun sebenarnya betul ;-P). Saya keluar panggung dengan hati yang puas! Bangga menonton sebuah filem anak tempatan sebaik ini. Syabas untuk Syafiq Yusof!

FAD ARIFFIN berkata...

ops! one more thing. Filem ini juga berjaya menukar mood daripada ceria kepada suspen dan akhirnya mengundang rasa simpati pada Sam.

Ajami Hashim berkata...

Fad - yes setuju sangat :) TQ komen k coz blog ni dah lama org taknak komen hahaha!

farhana berkata...

Ni yg makin xsabar nak tengok. hehe

fadz berkata...

alahai kesiannya dgr takde nak komen, ni ha aku komen, aku komen, hahahahahaha:)

Tanpa Nama berkata...

best, best, best. review and interview sam terbaik setakat ni.

Ajami Hashim berkata...

farhana - segeralah totnton selagi masih di pawagam! :)

fadz - org dah tak baca blog! org sekrg emroyan kat twitter/fb jer! kahkahkah!

kecu berkata...

thumbs up utk syafiq... editing yang cemerlang. puas tengok. tak kisahlah mcm film SAW ke apa. tapi dari sudut lain, Syafiq bawak perubahan dlm industri.. pasni dah xmo aaa cite hantu lagi.. letihhhh...

man berkata...

heheh..bangga ada pengarah muda yang berani..syabas syafiq..sila lah ke blog sy..http://ajax85.blogspot.com

Ajami Hashim berkata...

kecu - i suka citer hantu yg betul2 seremmmm! hahaha! Tq mengkomen yek! :)

man - baiklah jap lagi saya gi melawat blog awak :)

rozinorazali berkata...

sebuah filem yang sepatutnya menjadi cult.