AMARAN KERAS SEKERAS-KERASNYA! Ulasan ini ada spoiler! ingat tu baik-baik!

Pertama sekali, tahniah kepada Rafidah Abdullah penulis skrip/lakonlayar filem ini.

Saya akui, sebenarnya tak berapa sesuai untuk mengulas sesebuah filem dari sudut penulisan skrip/lakonlayar kerana saya tak membaca karya asal tulisan penulisnya. Mungkin apa yang ditulis dalam skrip, tak semua difilemkan kerana hak kreativiti pengarah atau berbagai kekangan produksi di lokasi. Kecuali pengarah ialah penulis skrip juga. Tapi! hey!..ulasan ini konon-kononnya saya berada di tempat Rafidah! hiks!

Buku rujukan yang saya gunakan ialah buku Save The Cat! oleh mendiang Blake Snyder iaitu ‘THE BLAKE SNYDER BEAT SHEET’ (habislah kau fadz! ulasan aku ni sebuah ‘kajian’ yer! LOL) 


THE BLAKE SNYDER BEAT SHEET

GENRE: Buddy Love – genre ini merangkumi semua filem melibatkan ‘pasangan yang janggal’ seperti Beverly Hills Cop, Dumb & Dumber, Rain Man, dan semua genre kisah komedi-romantik cinta yang ahhh! so sweetttt! seperti When Harry Met Sally, Sleepless in Seattle, Pretty Woman dan lain-lain sila google dengan kata kunci ‘romantic comedy’ yer!...

Opening Image
Istanbul Aku Datang dibuka dengan babak pandangan 360 darjah di dalam bangunan Ayasofya diiringi dengan suara latar Dian (Lisa Surihani). Ia bersambung dengan babak dalam pesawat, memperkenalkan siapakah Dian dan tujuannya ke Istanbul. Saya katakan bahawa Opening Image itu merangkumi kedua-dua sekuen babak untuk menyatakan bahawa inilah protagonist/hero (heroin) filem ini yang akan diikuti sepanjang filem. Juga memberitahu tone, mood dan style filem ini – komedi romantik. Yang paling penting ialah untuk menunjukkan snapshot ‘sebelum’ di awal filem yang akan dibandingkan dengan ‘selepas’ di akhir filem yang diceritakan kepada khalayak. Oh! walaupun sebenarnya babak-babak itu bersambung dengan pengakhirannya sebagai ‘bingkai’ penceritaan. (Ok! Sila keliru! Haha!)

Theme Stated
Seterusnya, apabila filem ini bercerita melalui flashback 2 tahun yang lalu, dalam beberapa tulisan di blog, Dian telah memberitahu misi paling utama ke Istanbul ialah untuk memastikan dia dilamar oleh kekasihnya Azad (Shah Indrawan). Theme Stated – Perigi mencari timba yang sebenar-benarnya timba sejati?
   
Set-up
Diperkenalkan pula siapakah Azad dan rakan serumahnya, Ijoi (Aizat Amdan) dan Nadim (Farid Ramlee). Serta seorang lelaki Turki, Cihan (Mert Yavuzcan) yang perlu dicurigai. Paling penting ialah keinginan Dian untuk menumpang di rumah Azad selama pengajiannya di Istanbul. Namun begitu, Azad menyedarkan Dian bahawa walaupun mereka berada di negeri orang, namun masih perlu menghormati adab tak boleh tinggal serumah lelaki-perempuan (set-up). Keluh-kesah mimik muka Ijoi juga seperti ada yang tak kena. Di samping itu pengembangan watak Dian diberikan perangai yang suka mengadu kepada pembaca blognya, juga menampilkan perwatakan kalut dan kecoh yang akan dibawanya sepanjang cerita. Semua Set-up itu ialah momen-momen tenang sebelum ribut taufan berlaku! 

Catalyst
Mahu tak mahu, Dian mesti berpindah rumah tinggal sendirian atau dengan perempuan lain di sekitar Istanbul kerana hendak menjaga hati Azad. Ini ialah perubahan drastik mengubah sepenuhnya perancangan awal Dian datang ke situ untuk bersama Azad. Berita buruk ini sebenarnya ialah berita baik di akhir cerita! (kena tonton kenapa?). 

Debate
Persoalannya mampukah Dian menemui rumah sewa yang sesuai dengan kerenah dan kehendak peribadinya? Rumah demi rumah melalui montages dilawati oleh Dian di sekitar Istanbul. Malahan ditambah juga babak set-up bahawa Dian takutkan kucing. Melihat kesukaran Dian, mungkinkah dia batalkan niat tinggal di Istanbul lalu pulang semula ke Malaysia?

Break into Two
Babak Dian bertembung dengan Cihan sekali lagi ialah Break into Two (Act 2) filem ini. Akhirnya Dian dapat rumah sewa yang sangat sesuai dengan kemahuannya. Sebuah pangsapuri yang cantik! Namun begitu ini ialah permulaan masalah yang sangat besar, rumah itu disewa oleh Harris (Beto Kusyairy) iaitu penyewa sebenar!!! Dian telah ditipu oleh Cihan.

B Story
Filem ini masuk ke Act 2 sepenuhnya dan memperkenalkan siapakah Harris dari pandangan mata Dian/penonton. Harris langsung tiada di awal cerita dan seolah-olah tidak penting kepada Dian. Bermulalah kisah ke-2 filem ini iaitu hubungan di antara Dian-Harris yang terpaksa tinggal serumah! Kedua-duanya sama sepadan berperangai kalut dan kecoh. Kisah ini memberikan perspektif baru kepada Dian/penonton tentang misinya ke Istanbul. Pertemuan yang tak dirancang dan nampak seperti malapetaka kepada Dian. Secara tidak sedar, bahagian inilah menduga kembali Theme Stated tadi – Perigi mencari timba yang sebenar-benarnya timba sejati?

Fun & Games
Segala kesukaran dan betapa ketidaksesuaian ‘pasangan’ Dian-Harris untuk tinggal sebumbung inilah keutamaan cerita filem ini yang menjadi keseronokan untuk ditonton. Babak demi babak suka/benci yang comel, pahit, manis, menyampah dan lain-lain yang komedi di antara mereka ialah janji nilai hiburan oleh filem ini kepada penonton. Inilah intipati ‘romantic comedy’ Istanbul Aku Datang yang akan diingati oleh penonton. Sebenarnya penonton tanpa disedari merasakan bahawa ‘permusuhan’ di antara Dian-Harris ialah bibit-bibit cinta yang paling romantis? Mereka ialah pasangan janggal, tetapi secocok?

Midpoint
Masa untuk berbalas serangan (bersuka-ria) Dian-Harris dikejutkan oleh permintaan Azad hendak melawat rumah kediaman Dian. Cerita Dian-Azad disambung semula. Kini Dian perlu menggunakan tipu-muslihat dengan meminta bantuan Harris yang sudah tentu tak mahu masuk campur. Bagi Harris inilah peluang dia untuk menang dan berkata "padan muka kau!" kepada Dian.

Bad Guys Close in
Azad buat lawatan mengejut ke rumah Dian! Harris pula sedang menghabiskan kerjanya dengan Omar (Berke Sanli) di rumah. Habislah kau Dian! Kantoi! Azad marah nak mampus kepada Dian dan lemparkan berbagai tuduhan blablabla..

All is Lost    
Namun Harris mula kasihan pada Dian lalu sanggup berdepan dengan Azad di rumahnya untuk tolong terangkan situasi yang sebenar. Namun kali ini sesuatu diluar jangkaan berlaku lebih teruk! Tak mahu spoiler! Spoiler! Spoiler! Spoiler! (kena tonton apakemendenya yang berlaku di rumah Azad yer!)

Dark Night of the Soul
Dian baru tahu bahawa Azad blablabla..tak mahu spoilerrr!!! Dian hancur hati berkecai bertaburan di lantai..lalala..

Break into Three
Solusi dengan bantuan Harris. *Eh! Aku tak boleh teruskan kajian skrip ni yer! Hahaha! 

Finale
Inilah Act 3 filem ini. *Maaf! Ulasan bahagian ini tidak ditulis sekaranglah beb!

Final Image  
*Kajian ini ditangguhkan sehingga habis tayangan Istanbul Aku Datang di hujung bulan November lah!

Kesimpulannya, filem ini terhasil dari sebuah karya skrip/lakonlayar yang sangat berstruktur untuk sebuah genre romcom yang bagus oleh Rafidah Abdullah. Kalau saya cikgu mengajar penulisan kreatif dah bagi markah penuh 100% dengan 'bintang' yer! Tahniah sekali lagi kepada Rafidah, Bernard, Lina dan team :)

SAKSIKAN FILEM ‘ISTANBUL AKU DATANG’ DI PAWAGAM MULAI 8 NOV 2012