Ahad, 14 Julai 2013

Hyperlink Cinema?

Blog ini semakin nazak! maksud aku kewujudannya dah kurang relevan semenjak wujudnya facebook & twitter.

So, dalam usia 40-an, aku mencari sesuatu untuk 'menghidupkan'-nya semula haha!

Oklah, aku dah tak mahu review filem-filem tempatan (sepatah-dua kata mungkin via twitter/FB kot ajer???) kerana semakin hari, semakin aku dekat dengan 'orang-orang industri' perfileman tempatan. Maka, tak berbaloi kalau aku mahu menulis ulasan filem tempatan dengan 'berjaga-jaga' untuk tidak mengguris hati mereka seandainya aku mengkritik karya mereka kot? heh? hoh? lalala..

Baru-baru ini aku disarankan oleh James Lee untuk menonton Amores Perros kerana hendak memahami struktur penceritaan multiple storylines. Selepas menontonnya, aku ter-wiki pasal 'hyperlink cinema' dan ada banyak filem yang menggunakan struktur yang serupa.

Ok. Aku nak tonton semua filem itulah dan blog! amacam?

 

7 ulasan:

smbotak berkata...

sesekali nak ulas filem tempatan pun ok bro. tak nak banyak, yang ringkas pun takpe. asalkan jujur dan tak terlalu membodek.

bodek dan jaga hati tu dua perkara berbeza, peace...

Ajami Hashim berkata...

smbotak - sebab 'bodek dan jaga hati' tu dah bercampur-baur bro! aku abaikan terus..tapi..kau tunggu & lihatlah nanti apacer? haha! selamat berpuasa :)

Eskapisminda berkata...

Setuju! Susah sebenarnya bila bodek dan jaga hati tu dah duduk dalam satu peti. I think you review pasal teknologi dan pendekatan ni pun sangat menarik! boleh jadi point of reference kami2 ni. Oh ya...was it coincidence dari wiki hyperlink that a film with your name (Ajami - 2009) is listed there? woot woot :)

http://en.wikipedia.org/wiki/Hyperlink_cinema

fadz berkata...

dah ada nama, nak buat mcm mana? haha, buatlah yg hyperlink tu..

Tanpa Nama berkata...

berani atau tidak? mungki sebab kau dah rasa tua sebab tu kau takut mengatakan trentang kebenaran pada sesebuah film? atau nak jaga hati kawan demi kerukunan sesebuah masyarakat. atau kau takut hilang kawan kerana usia sudah tidak mengizinkan kau mendapatkan teman teman baru dan kau perlu kekalkan yang lama. tak mengapa. itu fitrah.

kau baru nak tahu tentang filem itu? itu pun setelah kau dengar cakap james lee yang cakap? oh Tuhan, selamatkan Ajami seorang ini. kau kena study sasteanya dan kau akan dapat lebih banyak dari itu.

Yogi Marsahala berkata...

memang suatu hal yang menyenangkan membahas film, baca juga ya info di blog saya www.goocap.com

Ajami Hashim berkata...

Tanpa Nama - oh Tuhan! kannn! sebenarnya byk yg aku tak tengok lagi sebab aku makin tua & byk komitmen lain beb!

nota: fyi filem melayu paling buruk pd pndpt aku (so far) ialah: Momok Jangan Cari Pasal sebab lepas tonton filem tu aku rasa nak delete jer blog ni kahkahkah!