sinopsis: wikipedia

AMARAN: ulasan ini ada spoiler!!!

District 9 (2009) arahan Neill Blomkamp dahulu aku sangat teruja menontonnya! Sampaikan aku meroyan pasal pilihan penonton filem tempatan sebagai tambahan ulasan itu untuk beberapa perenggan. Well! sekarang gua makin tua beb! So aku pun kelakar sendiri baca ulasan itu semula haha!

Kali ini Elysium (2013) sekali lagi Neill Blomkamp bertopengkan genre 'fiksyen sains' untuk membikin sebuah filem kritikan sosial dan politik yang melampau-lampau! Judulnya 'elysium' merujuk kepada dunia untuk orang-orang agong yang terpilih iaitu dalam filem ini manusia yang kaya-raya. Dunia Elysium seolah menekap kemampuan kuasa duit untuk membina Palm Islands di Dubai, United Arab Emirates?

Bumi dalam filem ini ialah bumi hari ini. Maksud aku, apa yang dipaparkan sebagai dunia kotor berpenyakit itu ialah realiti yang sedang berlaku di negara-negara miskin melarat masa kini. Bezanya, di tahun 2154 nanti seluruh dunia sudah tercemar habis-habisan! Maka jutawan-jutawan pula akan tinggal di Elysium iaitu syurga dunia palsu di atas langit - memisahkan manusia antara 2 darjat yang sangat amat ketara.

Kehidupan di bumi sebenarnya sangat canggih maju berteknologi tinggi ala filem I, Robot (2004) tetapi dikasarkan dengan menekap/menggabungkan latar dunia dalam filem Mad Max (1979). Sudah tentulah, filem ini menceduk di sana-sini rujukan filem sepertinya untuk menyedapkan mata yang memandang dan berkata wow! Maka apa lagi yang tinggal untuk Neill Blomkamp kreatifkan? Jawapannya ialah isi kandung cerita yang dipenuhi plot 'kebetulan' di sana-sini. Kalau dulu aku suka giler District 9, kali ini suka sikit-sikit sahajalah lalala..   

Heronya bernama Max Da Costa (Matt Damon) - nampak tak permainan Neill Blomkamp ala-ala homage kepada 'Mad Max'? haha...Max tak sekental dan tak seikhlas perjuangan hero fiksyen sains seperti John Connor, Terminator Salvation (2009) kerana Max Da Costa pentingkan diri sendiri di awal cerita. Dia adalah loser yang tak nak mati. Misi dia nak ke Elysium hanyalah untuk menyambung nyawa survival dia sendiri sahaja. Hero yang terpaksa tapi tapi tapi oklah, di akhirnya Max seperti lilin membakar diri gitu!

Bahasa pertuturan dalam filem ini juga jelas mengkastakan manusia. Yang miskin melarat di bumi berbahasa Spanish manakala yang kaya-raya di Elysium berangan berbahasa French. Para hackers yang diketuai oleh Spider (Wagner Moura) pula ialah orang tengah untuk perniagaan khidmat penghantaran pendatang haram dari bumi ke Elysium.   

Simbol kuasa yang sangat gila kuasa ditonjolkan melalui Jessica Delacourt (Jodie Foster) seorang Setiausaha Pertahanan di Elysium yang merasakan bahawa manusia di bumi hanyalah sampah-sarap yang tidak layak tinggal di 'negara langit' orang kaya-raya. Namun begitu, lawan fizikal sebenar kepada Max dan watak yang lebih menonjol sebagai antagonist ialah Agent C.M. Kruger (lakonan mantap Sharlto Copley selepas filem District 9). Kruger umpama anjing belaan Delacourt yang akhirnya mengigit tangan tuannya sendiri kerana merasakan bahawa Delacourt hanya mempertahankan Elysium dengan kata-kata nista dan agenda politiknya sahaja.

Filem ini sebenarnya agak huru-hara ke mana arah haluan penceritaannya kerana kadangkala ia seolah mahu mempercepatkan ceritanya dengan simpulan plot 'kebetulan' yang sangat ketara. Max yang sanggup melakukan misi bahaya dari Spider untuk mencuri data dari kepala hotak John Carlyle (William Fichtner) yang 'kebetulan' baru sahaja memindahkan data untuk me-reboot sistem dunia Elysium untuk kepentingan Delacourt, yang juga 'kebetulan' Max bengang pada Carlyle pasal dia boss yang kerek! yang 'kebetulan' Max baru kena buang kerja dari kilang Carlyle sebab dah keilatan kekal kena radiasi di tempat kerja takde insuran/kwsp/socso pulak tu, yang 'kebetulan' Spider tengah cari pak sanggup untuk mencuri data dari mana-mana orang kaya Elysium, yang 'kebetulan' Delacourt sedang nak rampas kuasa dari President Patel (Faran Tahir), yang 'kebetulan' Kruger pun tengah takder job, yang 'kebetulan' filem Paku Pontianak lakonan Pekin Ibrahim sedang ditayangkan di pawagam sekarang! not bad lah Paku Pontianak arahan terbaik Ismail Bob Hasim (so far). eh!

Kau dah kenapa Neill Blonkamp? Selepas 4 tahun filem District 9 yang meletup ya amat tu, kenapa cegini hasil Elysium kau? Aku bukan nak kata filem ni teruk, tidak! menonton Elysium macam kau tunggu durian gugur, pastu bila kau dah bukak durian tu ada ulat sikit pulak! Filem ini ada aksi yang menarik, ada cintan-cintun flashback budak kecik Max-Frey yang ahhh! so sweet! ada robot-robot yang lurus bendul, ada budak kecik pompuan yang cerita pasal badak air dan lalala..

Elysium pada babak-babak awalnya sebuah filem fiksyen sains yang terlalu mencuba untuk dipercayai sebagai 'realisme' yang bakal berlaku di tahun 2154 nanti, tetapi berkesudahan dengan aksi-aksi ala promosi video games yang akan dipasarkan nanti. Max ialah hero yang bermusuh dengan musuh yang bukan musuhnya. Bagaimanapun exosuit yang dipakai oleh Max lebih hebat dari kostum iron-man sebab dia pakai t-shirt dan besi-besi/wayar berselirat ajer! Itu yang menariknya bagi aku!

*berapa bintang bro? 4/5 masih menghiburkan!!!