Rabu, 28 Ogos 2013

PSIKO PENCURI HATI (2013) ~ ayam atau telur?

Info filem: cinemamalaysia 

Salam.

Nam Ron, nama pengarah filem Psiko Pencuri Hati. Ayam Fared, nama penulis skrip filem ini. Pergi google kedua-dua nama itu sekarang, sebelum terus membaca ulasan ini.

Seperti seorang ahli silapmata, Nam Ron mempersembahkan permainanan 'deception' & 'perception' dengan bantuan pelakon-pelakon yang bagus. Sebagai penonton, anda perhatikan betul-betul 'di sebalik' setiap perlakuan watak-wataknya kerana ia akan membentuk finale yang meletup!

Semuanya ada di hadapan mata anda, tetapi dalami setiap perincian lain iaitu 'apa' yang anda tidak nampak - dengar dan rasa. Misalnya dialog Wani "We are lawyers, we not a doctor. We can choose our side".

Kaitan Sidi/Man/Khai/Wani ialah persoalan 'apa' yang datang dahulu? ayam atau telur?

Semua perwatakan dalam filem ini saling berkait sebagai punca dan akibat. Siapa yang mendominasi siapa (mem-psiko siapa) boleh sahaja berpusing-pusing jika difikirkan semula. Hey! aku nampak Man (Amerul Affendi) ialah watak rangkuman imej 'punk/skinhead' dan sifat hasutan Cassius dari Gedebe (2003) yang juga filem arahan Nam Ron zaman dulu-dulu . OSidi (Bront Palarae) walaupun nampak sebagai sebagai tunjang cerita, tetapi Man yang menggerakkan kisah ini ke hadapan. 

Kisah Dr.Khai (Syed Hussein) dan Wani (Sharifah Amani) bergerak selari parallel dengan kisah OSidi dan Man di awalnya, hanya dipertembungkan di pulau itu. Cerita Pak Abu (Suhaimi Yusof) dan Siti (Shera Aiyob) pula ialah penyimpul kedua-dua naratif Khai/Wani dan OSidi/Man.

Apakah titik konflik mula sebenar Psiko Pencuri Hati?

Aku melihat filem ini sebagai sebuah hiburan yang main teka-teki tak sengaja menyuruh difikirkan oleh penonton. Maksud aku, filem ini bukanlah sukar difahami sampai nak 'berfikir' berat, tidak! Ia mudah difahami jalan ceritanya kerana semua petanda-petanda akan diberikan di sepanjang cerita secara perlahan-lahan sesuai dengan gaya persembahannya yang membukit dari awal sehingga klimak. Kedua-dua elemen 'plot-driven' dan 'character-driven' dijalin bersama untuk memahami apakah konflik dan resolusi filem ini.

Dialog-dialog ditutur bukan sekadar cakap kosong untuk memanjangkan cerita tetapi diisi dengan bahan-bahan mentah untuk dimasak dan dihadam di akhir cerita. Bahasa tubuh setiap watak juga memberi sedikit snapshot untuk memahami siapa dan kenapa latar mereka sebegitu. Filem ini ada babak flashback yang berulang gambaran 'pembunuhan' yang telah berlaku oleh OSidi seolah mahu mengingatkan penonton berkali-kali tetapi setiap kali juga seperti OSidi tak pasti samada ia benar berlaku atau ilusi fiksyennya? (atau nak jimat bajet eh? bagi panjang durasi? hehe).

Namun begitu, flashback 'zaman kanak-kanak' bersambungan dari POV oleh kedua-dua OSidi dan Khai di akhir cerita, mencuba sedaya-upaya untuk men-twist tekaan penonton dan sebenarnya jalan paling mudah Deus-ex-machina. Tambahan babak semasa end-credits sekali lagi mencampak 'what if' OSidi dan Wani sebelum penonton lega filem sudah habis. Ia permainan filem mystery thriller melayu yang nampak comel oleh Nam Ron.      

Kekuatan utama filem ini ialah pemilihan para pelakonnya. Bront sudah melalui proses saringan/latihan watak OSidi dari filem pendek arahan Nam Ron dahulu iaitu Lollipop. Amani memang 'makanan' dia untuk watak Wani. Manakala Amerul ialah anak didik teater oleh Nam Ron via RAT. Shera Aiyob bersuamikan Zahiril yang juga anak didik Nam Ron (tempias dari situ kot? hehe). Suhaimi Yusof membawa imejan Maharajalawak Mega ke dalam watak komedi gelap yang ok. Manakala Syed Hussein yang sangat meletup lakonannya seolah berganti tempat dengan Nam Ron selepas filem Langgar ada lakonan Nam Ron oleh arahan Syed Hussein, sudah tentu mereka tahu apa kelebihan/kelemahan masing-masing.        

Ini filem thriller melayu yang aku suka dan seronok tonton macam SAM arahan Syafiq Yusof. Walaupun inilah filem komersial pertama Nam Ron, tetapi ia filem paling 'jinak' berbanding filem-filem indie-nya sebelum ini - Gedebe, Gadoh dan Jalan Pintas. Nam Ron memang sudah gah dalam gelanggang teater, manakala Psiko Pencuri Hati ialah langkah kanannya ke dalam 'peperangan' filem tempatan yang penuh pancaroba itu pula. Aku mahu lagi!

PERENGGAN SETERUSNYA ADA SPOILER!

Begini pada interpretasi aku. Sebenarnya OSidi dan Wani yang 'mengemudi' Khai untuk kembali mengganas. Pertemuan mereka di pulau itu BUKAN kebetulan tetapi mungkin perancangan rapi oleh OSidi/Wani yang tiada dalam filem atau offscreen. Babak semasa end-credits menjelaskan semuanya. Namun begitu, Khai bukan seorang yang pasif atau lurus-bendul tetapi proaktif dalam bentuk bom-jangka yang dorman. Khai sentiasa diberikan 'nyawa' dari 6 buah novel OSidi terdahulu sebagai catatan/diari/report-card kronologi apa yang sudah dicapainya. Novel ke-7 terakhir OSidi akan lengkap bulat apabila Wani muncul sebagai sumber terbaru untuk OSidi. Dalam ertikata lain, kebergantungan OSidi kepada Khai sudah expired - dimatikan. Ok, pada waktu yang sama Khai juga mempergunakan OSidi/Wani untuk berhentikan kegilaannya. Man umpama orang tengah di antara Khai-OSidi. Sebab itu aku bertanya 'ayam atau telur'? kerana simbiosis 360 darjah antara Khai-OSidi boleh sahaja bermula dari mana-mana pun kerana keduanya mempunyai kisah gelap kanak-kanak yang sama-sama terganggu haha..


NOTA: OSidi (Bront Palarae) tak boleh dinafikan ialah rupaparas Mort Rainey (Johnny Depp) dalam Secret Window sangat!

2 ulasan:

HASSAN MUTHALIB berkata...

Mr Ajami, lu selamat!

Kashaf IzahRy berkata...

*
Saya suka juga ! Memang saya akui, Bront Palarae adalah 'tarikan' utama bagi saya untuk menonton filem ini. Tapi setelah menontonnya, woww ! Tersangkut jugak lagi dengan karya Nam Ron selepas Gadoh & Jalan Pintas. 

Btw, good review, abang ! Suka setiap sentences yang digunakan utk mentafsir setiap rasa. Hehe !