Dikatakan bahawa buku asal The Hobbit hanyalah mengandungi lebih kurang 95,674 patah perkataan (Bahasa Inggeris) atau 330 muka surat. Namun begitu, siri filem The Hobbit dikembangkan kepada 3 buah filem dengan penambahan plot dan perwatakan untuk kesesuaian prekuel siri LOTR serta menjadikan pengembaraan Bilbo Baggins lebih menarik dan semakin mencabar. Misalnya, watak-watak yang tiada dalam bukunya iaitu Legolas (Orlando Bloom) dan Tauriel (Evangeline Lilly) ditambah dalam filem The Hobbit: The Desolation of Smaug. Begitu juga plot percintaan di antara Tauriel dari kaum Elf dengan Kili (Aidan Turner) dari puak orang kerdil Dwarf. Sekaligus dengan tambahan watak-watak itu telah membolehkan plot filem ini dikembangkan dengan lebih semarak.

*BACA ULASAN PENUH @ ROTIKAYA