Ahad, 29 Disember 2013

THE SECRET LIFE OF WALTER MITTY (2013)

Adaptasi filem kali ini hanyalah mengambil asas watak Walter Mitty sahaja yang suka berfantasi dalam kehidupan harian tanpa mengikut jalur cerita aslinya. Pengubahan paling ketara untuk versi filem ini ialah latar watak asal Walter Mitty yang sepatutnya sudah berkahwin. Filem ini seolah cuba menggarap penceritaan filem-filem komedi seperti Mr. Bean’s Holiday (2007) yang dicampur dengan drama umpama The Motorcycle Diaries (2004). Perwatakan naif Mitty seiras watak Forrest Gump (1994) yang mempunyai kekuatan seperti watak About Schmidt (2002). Namun begitu, Walter Mitty masih terserlah sebagai watak unik yang menjadi rujukan sejak cerpennya dahulu sebagai simbol seseorang yang suka berhalusinasi atau berangan semasa hidup seharian seperti juga watak dongeng Mat Jenin tempatan kita.

*BACA ULASAN PENUH @ ROTIKAYA

4 ulasan:

smbotak berkata...

entah kenapa. setiap kali melihat penampilan stiller, aku mesti akan membandingkan dia dengan adam sandler!

Ajami Hashim berkata...

smbotak - kannn! tq komen bro! ingatkan takde org baca blog ni! hahaha!

asrap virtuoso berkata...

Aku suka cite nih.... tak sangka pulak yang rupanya nih remake dari filem 1947! Tah macam mana la version yg tu (zaman berlainan, senario berlainan)...

Ajami Hashim berkata...

asrap - witty versi stiller ni dia jadikan bujang terlajak target audience sekrg ramai cegitu..kalau citer witty & wife mcm bosan gamaknya! haha!