Ahad, 12 Januari 2014

THE LEGEND OF HERCULES (2014)

Meletakkan pelakon utama muda yang semakin popular iaitu Kellan Lutz sebagai watak Hercules hanyalah gula-gula mata dengan badannya yang sasa tetapi kosong dari dalam emosinya. Mungkin faktor dan alat pemasaran untuk menarik penonton remaja yang masih terliur dengan lakonan dan wajah Kellan Lutz dalam siri filem Twilight (2008-2012) menjadi taruhan utama produksi memilihnya sebagai Hercules. Mungkin juga lakonannya sebagai watak Poseidon yang juga menjaja susuk tubuhnya dalam filem epik Immortals menjadi penyebab dia terpilih. Walau bagaimanapun The Legend of Hercules pasti akan melonjakkan lagi karier Kellan Lutz di masa akan datang. Itu sahaja.

*BACA ULASAN PENUH @ ROTIKAYA

2 ulasan:

asrap virtuoso berkata...

Hmm... xpelah... nak tunggu cite Hercules yg The Rock berlakon kluar tgh thn ni je lah.... :)

p/s: Hollywood suka kluar cite yg tema sama dlm masa yg dkt... Snow White & The Huntsman-Mirror Mirror... White House Down-Olympus Has Fallen...Bug's Life-Antz.... Armageddon-Deep Impact.... diorg nih main pakat2 ke?

Ajami Hashim berkata...

asrap - biasalah bro kekadang studio sesama studio dengar rumors dr industri, kadang2 berebut siapa nak produce dulu, tak mustahil gak scriptwriter/agent pernah pitch benda yg sama pd berlainan studio. kat msia pun tahun lepas paku vs paku pontianak huhu!