Selasa, 25 Februari 2014

SEJOLI MISI CANTAS CINTA (2014)

Osman Ali mengadun rupa dan set Sejoli seperti filem-filem arahannya terdahulu dengan membina ruang yang khusus untuk perwatakan Joe. Bengkel kereta itu ialah lokasi selesa diri Joe yang dihias khas seperti juga atas bumbung flat watak Putera dalam Anak Halal dan rumah kumpulan Firman dalam Jiwa Taiko. Sekali lagi dalam Sejoli, Osman mengangkat kisah watak-watak yang dilihat sebagai ‘biasa’ tetapi lebih bahagia iaitu perwatakan pengendali bengkel kereta dan jurufoto berbanding golongan korporat dan model. Sejujurnya, filem Sejoli ini ialah yang paling ringan dari buah tangan Osman Ali berbanding filem-filem arahannya yang lain.

*BACA ULASAN PENUH @ ROTIKAYA

Rabu, 19 Februari 2014

ENDLESS LOVE (2014)

Sejujurnya selepas menonton versi terbaru 2014, saya berpendapat bahawa filem kali ini hanya mengambil judulnya sahaja tanpa mengambil pusing isi sebenar novel atau filem 1981 yang asal. Ternyata ia hanya memanipulasikan populariti karya Endless Love terdahulu sebagai senjata pemasaran sahaja. Filem ini cuma mengambil rangka kisah cinta yang terhalang di antara David dan Jade serta beberapa plot asas menjadi sebuah filem terbaru yang terlalu klise.

* BACA ULASAN PENUH @ ROTIKAYA

Isnin, 17 Februari 2014

QADR (2014) ~ Kisah peluang kedua selepas kesakitan


Pembikinan telefilem Qadr mempunyai isi kandung yang mampu menghiburkan dan tidak terlalu mendesak persoalan moral serta dibantu oleh barisan pelakon yang bagus dan produksi yang teliti dikepalai oleh Faisal Ishak ini wajar dipuji. Ia bukan telefilem dakwah yang keras tetapi pesanan yang halus dan lembut seperti dialog oleh Muhammad (Beto Kusyairy) “Tuhan yang panjangkan umur dia, saya ini cuma proksi sahaja”.

*BACA ULASAN PENUH via ASTRO AWANI

Selasa, 11 Februari 2014

THE LEGO MOVIE (2014)

The LEGO Movie dari judulnya sahaja sudah jelas terang lagi bersuluh bahawa ia sebuah filem yang secara nyata dan jelas menjual jenama LEGO sebagai ‘product placement’ yang maha mega besar-besaran. Pembikinannya memang melibatkan ‘construction set’ dari LEGO yang sedia ada di pasaran. Dengan penerbitan filem ini, sudah tentu ia ialah iklan terhebat untuk melonjakkan penjualan permainan video dan kekotak jenama LEGO dari semua watak-watak dan setiap set terbaru dalam sekuen babak yang ditampilkan. Namun begitu, melalui sentuhan perfileman Hollywood dan teknologi moden pembikinan filem terkini, ia masih mampu berdiri sebagai sebuah filem animasi yang baik.

*BACA ULASAN PENUH @ ROTIKAYA

Isnin, 3 Februari 2014

ROBOCOP (2014)

RoboCop (2014) ialah filem francais yang sudah sedia ada popular. Target utama sudah tentu peminat tegarnya serta pasaran permainan video yang menyusul bersama filemnya. Pengarahan sekuen aksi pantas dengan tangkapan kamera jarak dekat dan bergegar menjadi pilihan pengarahnya José Padilha untuk memberikan kepuasan klimak kepada penonton seolah-olah berada dalam situasi genting bersama Murphy/RoboCop. Babak-babak pertempuran taktikal berkomputer sememangnya dalam ‘mode’ visual seperti permainan video yang mengujakan, cuma penonton tidak memegang alat kawalan permainan video sahaja.

*BACA ULASAN PENUH @ ROTIKAYA