Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2009

DISTRICT 9 ~ ironi manusia sebagai makhluk asing?

http://d-9.com/ Keluar dari panggung, fikiran saya bertanyakan "macamana diaorang buat ek?" merujuk kepada kecanggihan teknikal produksi dan berbagai fizikal spesis makhluk asing yang terlalu real hidup dalam filem ini! Soalan itu hanya terjawab sendiri bila membayangkan wajah penerbitnya Peter Jackson tersenyum menjelirkan lidah dalam minda saya. Hello! Ini tahun 2009 dimana teknologi cuma berhasil dengan hujung jari menekan papan kekunci komputer ok! Sepanjang tahun ini hanya Terminator Salvation yang betul-betul memuaskan dahaga hiburan bagi saya dari kebanjiran filem luar. Namun bila habis menonton District 9 teruslah carta kesukaan saya meletakkan filem ini yang teratas dan terbaik sekali setakat ini. Terlalu bagus naratifnya bukan kerana ia dari genre fiksyen sains yang berdentum-dentam dengan CGI sebagai lagaknya kemajuan perfileman. Tetapi lebih kepada jalan cerita drama mimikan konflik masakini di dunia yakni isinya yang sebenar-benar padat dengan kemanusiaan.. a

LORONG BLUES ~ psikodrama komuniti gelap

akulahrawana.blogspot.com Ia bagaikan terperangkap dalam kemampatan yang ditekan dari segenap penjuru dalam kurungan yang sempit serta melemaskan seumpama disumbat ke dalam keranda semasa masih bernyawa! Menghimpit! Padat! Rimas! Kronik! Claustrophobic! Teater ini mengulang kembali watak-watak 'mangsa' yang kononnya bersebab dari berbagai punca latar asalnya masing-masing. Sudah lumrah setiap musibah seseorang manusia adakalanya akan dituduhkan kepada orang lain yang ada pernah berhubungan di masa lampau. Secara psikologi untuk meredakan rasa bersalah ialah dengan mengatakan kesilapan kita pada hari ini sekurang-kurangnya bukan sepenuhnya salah diri sendiri. Namun jauh di sudut hati kita tahu bahawa setiap pilihan jalan kehidupan baik atau buruk adalah secara mutlak kita yang punya! Semuanya, Kudin, Linda, Selamat, Joe, Arfah dan Mak Jah merasakan bahawa mereka bebas (lari dari dikejar polis) dan berlindung dalam lorong yang sama. Sebenarnya pada pendapat saya, mereka terkurung

Badrul Bambi ~ antologi hebat (dan rojak) oleh Raihani Mohd Saaid!

mudajauhari.blogdrive.com Antologi rojak buku ini mengandungi 11 judul. Banyak dan anekaragam ceritanya. Sarat (kadangkala tak larat) dengan latar yang biasa atau luarbiasa si penulisnya. Mungkin kamu menemui sebahagian kisah diri sendiri dalam seperenggan, sebaris ayat atau sepatah kata. Bagi saya, hanya dengan membaca cerpen Badrul Bambi (1997) diikuti Badrul Bambi II (2009) secara back-to-back mampu menjinakkan kemalasan 'membaca' dalam diri saya yang sememangnya sibuk katanya!.. ahahaha! Inilah pengalaman santai saya ketika membaca kedua-dua cerpen: Badrul Bambi (1997) Cerpen ini bermula dengan sebabak pertemuan yang bersebab dari satu insiden penyelamatan kepada watak protagonis bernama Badrul oleh seorang gadis bernama Bambi (kamu kena baca untuk tahu asalnya nama 'bambi' itu). Begitulah ada ketikanya kehidupan di luar jangkaan sebegitu sebagai permulaan plot genting yang akan berentetan menjadi kronologi-kronologi penting kehidupan Badrul selepas itu. Unpredicta