Siang tadi 25 Januari 2020 - hari terakhir penggambaran Talbis Iblis. Berikut alkisah asal-usulnya datang dari mana? 1. Tahun 2016 - Idea mula-mula cerita ni berpunca dari perbualan aku dengan senior manager yang sedang hamil anak sulung beliau. Aku cakap nak buat proposal deck, genre seram pasal 'gadis mengandung' kiranya tribute aku kepada beliau. Masa tu tak ada pun apa-apa cerita lagi - baru ada 1 watak sahaja. 2. Malam tu, aku pun duduklah mengelamun memandang skrin laptop yang kosong.. dan bermulalah sesi 'bersoal-jawab' aku dan diri aku sendiri gitu. Jika ada watak 'gadis mengandung' mestilah ada kisah pasal anaknya. Aku teringat berita-berita menyedihkan mengenai kes pembuangan bayi. Aku cuba berfikir, apakah konflik di sebalik punca gadis-gadis malang itu bertindak seteruk itu? Dari situlah kisah asas seorang 'gadis bunting' anak luar nikah yang berniat membuang bayinya selepas dilahirkan, tapi aku nak dia sedar last sekali bahawa zuriatnya ada