"Tapi masalahnya, adik kalau dikhatankan apa yang tinggalnya bang?"

Soalan serius dan seriau dari Long Hawa (Laila Nasir) kepada suaminya, Long Hassan (Jeri Jamalullail) dalam episod 8 itu saya jadikan titik mula ulasan kali ini dimana ia seakan menjadi tapak dan asas penceritaan kesemua episod 5 hingga 8 kerana ia berlegar dengan sesuatu yang mungkin atau bakal berlaku sekiranya ia dilakukan atau 'what if'. Teruskan membaca untuk saya terangkan dari pov peribadi saya.

NOTA: Ulasan seterusnya mungkin mengandungi Spoiler!