Rabu, 18 Februari 2009

GENG ~ filem tempatan, acuan antarabangsa?


Bilakah kali terakhir kamu pergi menonton filem Melayu di pawagam yang sebenar-benarnya berbaloi? Filem apakah berlabelkan klasifikasi 'U' yang betul-betul selamat untuk ibubapa membawa anak-anak ikut bersama menonton dan berhibur? Inilah filemnya!..

Apakah kekuatan sebenar (dan kelemahan) filem GENG: Pengembaraan Bermula.. yang hanya bersandarkan kecanggihan teknologi imej janaan komputer (CGI) untuk menghasilan video dan audio dalam bentuk animasi 3D tersebut? (baca: tanpa nama besar industri perfileman arus perdana samada pengarah, pelakon atau produksi) Mari saya cuba kupas satu-persatu..

1. Skrip. Lakonlayar. Naratif. Jalan Cerita. Idea.

10 minit pertama

Inilah asas dan dasarnya yang paling kuat! Saya suka dengan garapan, kekemasan dan jalinan cerita di sepanjang penontonan filem ini walaupun ada juga beberapa kelemahan yang agak ketara. Visual, bunyi, dialog, babak dan sekuen babak disusun dan dipersembahkan dengan mudah dan sangat berkesan. Maknanya ia tidak cuba untuk berkias dengan apa-apa yang merumitkan bagi penonton dari peringkat umur mana pun untuk memahami dan mengikuti ceritanya dari mula sampai habis. Salah satu hukum-hakam penulisan skrip ala Hollywood yang rasmi ialah '10 minit yang pertama'.. dimana plot utama cerita mesti diperkenalkan dalam jangkamasa tersebut sebagai hook atau umpan atau benda yang akan menggerakkan perjalanan cerita seterusnya tanpa henti. Selalunya pada lebih-kurang minit ke-10, sesuatu visual atau dialog atau babak atau aksi atau apa-apa saja yang diketengahkan ialah klu utama yang akan menjadi konflik atau masalah atau rahsia atau antagonis atau apa-apa saja yang penting untuk keseluruhan cerita. Kegagalan atau ketiadaan klu utama ini yang kukuh, maka cerita akan menjadi hambar atau huru-hara atau mengelirukan. Jadi, cuba kamu set jam tangan kamu bila menonton filem ini nanti dan beritahu saya babak apakah di minit ke-10? (jawapan di akhir ulasan nanti! hahaha..)

set up/pay off

Filem ini banyak bermain dengan teknik penceritaan mudah walaupun tidak masuk akal tanpa disedari oleh penonton. Ia semacam perjanjian yang kemudiannya ditunaikan di sepanjang cerita supaya senang diterima akal.. tunjuk >> buktikan.. set up >> pay off.. yang paling ketara ialah kebolehan magikal Rajoo untuk bercakap dan memahami bahasa haiwan ditunjukkan semasa babak awal dia mengarahkan Sappy - lembu kesayangannya (set up) maka penonton terima logika itu yang akan digunakan di babak-babak seterusnya bila berkomunikasi dengan Oopet (pay off). Cuma saya terdetik di hati samada Oopet itu sebenarnya seekor haiwan atau makhluk asing ekk? hahaha..

The Hero's Journey = The Hero With A Thousand Faces?

Filem ini menggunakan plot penceritaan paling asas.. kalau kamu pelajar perfileman atau penulisan kreatif, sila baca >> sini & sini & sini & sini

Sebetulnya memang filem Geng berasaskan kisah pengembaraan yang begitu berstruktur sehingga sangat mengikut acuan Hollywood. Ya betul, ada unsur ke-Malaysian di awal-awal babak ala siri tv Kampung Boy karya Datuk Lat. Filem ini cuba menggunakan rasa kekampungan itu, cuma saya rasakan ia sekadar kulit yang nipis sahaja. Isi sebenar filem Geng ialah aksi non-stop ala roller-coaster selepas lebih-kurang 37 minit ke depan naratif filem bila Rajoo, Upin dan Ipin terserempak dengan Oopet. Dari situ filem ini bertukar kepada filem fantasi animasi yang hanya meniru (yang boleh pakai) atau spin-off 1001 jenis teknik dari filem-filem aksi pengembaraan filem terdahulu dari Hollywood dan Asian Anime. Namun begitu, apakah yang asli lagi untuk filem animasi di masakini? Tiada bukan? Filem Geng cuma menceduk dari sana-sini lalu mengkreatifkan idea itu ke bentuk bikinan wajah dan bahasa tempatan. Itu sahaja. Mungkin filem prekuel atau sekuel selepas filem ini nanti akan lebih baik?

Lubang plot

Saya senaraikan sahajalah mana yang agak ketara: (kamu boleh tambah atau jawab atau defend di kotak komen.. hahaha!)
- Badrol tidak tahu arah jalan ke rumah Tok Dalang
- Lim tidak tahu di mana jamban
- Badrol, Lim dan Ros cepat betul menjumpai Rajoo, Upin dan Ipin
- Singh dan Sally mesti berpakaian raksasa semasa menangkap haiwan liar

Filem ini sebenarnya seperti cantuman beberapa filem pendek yang tidak berkaitan dan kurang membantu pengembangan plot. Misalnya apakah babak berlumba motor di antara Badrol dan Lim cuma penayangan visual berbentuk animasi 3D dan menunjuk-nunjuk untuk memanjangkan cerita? Lainlah kalau ada babak di belakang kemudiannya dimana Lim akan beraksi merempit skuter untuk selamatkan Oopet misalnya.. hahaha!

Perwatakan - ensemble cast

Filem Geng seperti tajuknya ialah filem bergotong-royong di antara kesemua watak untuk bercerita. Namun begitu watak yang paling menonjol dan penting ialah Rajoo sebagai hero kerana kelebihan dia untuk berkomunikasi dengan haiwan (sorry kepada diehardfan Upin dan Ipin! hahaha!)


2. Teknologi Animasi 3D

Seandainya tanpa CGI filem ini adalah kosong! Hanya dengan teknologi itu sahaja maka semua babak-babak luarbiasa dan magikal mampu difilemkan untuk cerita ini.


3. Strategi Pemasaran. hype. Upin dan Ipin

Inilah sebenar-benarnya faktor utama yang menjadi kelebihan filem Geng! Setahu saya, Upin dan Ipin hanyalah sebahagian watak-watak pembantu dalam filem ini yang muncul popular selepas ditayangkan di TV9. Gelombang pasaran besar yang datangnya dari peminat setia siri tv itu tidak mengira peringkat umur ialah kelompok penonton sedia-ada yang paling ya amat sangat ramai untuk memenuhkan panggung bila filem ini ditayangkan. Ia bukan faktor siapakah pelakon atau suara latarnya atau pengarahnya atau genre atau apa saja selain dari Upin dan Ipin yang juga menjadi maskot filem ini. Di samping itu, pekerja-pekerja produksi filem animasi 3D ini yang berjumlah lebih 40 orang ialah para graduan muda yang arif dengan kuasa hype internet dan media lain. Filem ini memakan masa lebih 2 tahun pembikinannya. Jadi.. kalau saya sebagai blogger mampu memperkenalkan blog ini ajamihashim.blogspot.com secara seorang diri dalam jangkamasa yang sama, apatah lagi dengan lebih 40 orang? Betul tak adik-adik LCP yang sedang membaca perenggan ini? hahaha!


Kesimpulan.

Seperti yang saya tulis dalam borang Q&A dahulu:
"Filem ini ialah benchmark untuk filem animasi buatan Malaysia di masa akan datang. Tahniah!"

*babak di minit ke-10 ialah bila Badrol dan Lim bertanya kepada Pak Atan dan Singh (yang juga penjahat) tentang rumah di atas bukit dimana konflik utama cerita ini berkisar tentang rahsia sebenar di sebalik isi rumah itu.

*ok! dah habis dah! sekarang klik ulasan hebat Rasukan Ablasa ni pulak! ehem! ehem!

31 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

dia comelote tapi tatau laki or pompuan ???

amy ikram ismail berkata...

dia mcm ajami...
huhuhu..

aku akan gi tengok kali yg ke-2 sabtu ini.. ramai2 serbu ke pawagam... bawak semua yg ada..

naz berkata...

laki ka puan ka x kesah la kan...aku x suka nonton filem..nape ar? kalau nengok filem suka gak...hahaha

Yaniez berkata...

Oopet comel...
geram jek ngan oopet... kalo ada nak pegang jek.. huhu...

my name is KARL berkata...

salam bro.. karl ade gk wat review a lil bit psl GENG ni... check my blog k... if sudi

Ikhares berkata...

oopet memang cool...

tapi sapy lagi cool...

huhuhu... :D

Helmi Razali berkata...

en ajami, dh tengok ke? chess. jeles ni. aaa~ betul betul betul (tiru upin, ke ipin.. entah)

agak2 nanti june nanti, benda movie ni keluar dvd tak ye? kat sini manalah nak dapat.

anas afrohead berkata...

paradigma baru animasi tempatan!
salute les copaque.
bumiputra pulak tu :)

Yaniez berkata...

betul3x (tiru ckp Ipin).. ehehe

DBI berkata...

production house x der plan nk buat soft toy upin/ipin n opet?..sepatutnyer buat tu..cadangkan lah pakcik...

Tanpa Nama berkata...

opet tu kalau buat prosperity burger mesti sedap.

Adie Waridi berkata...

dah tgk n plan nak tgk lagi..my review kat blog..hehehe...bagi semua bintang kat langit lagi k

deennasour berkata...

10 minit yg pertama ye.

dah tgk EDEN LAKE?
aku rasa aku faham 10 minit yang pertama ada kat citer tu.

nampak2.

Azer Mantessa berkata...

aku curious apa software depa pakai.

GAIA berkata...

Opet patut muncul dlm pelbagai bentuk merchandise mcm alien CJ7 tu...

lompatkataklompat berkata...

Opet?
first time mengeluarkan suara,
aku terfikir "apa kejadah binatang ni cakap?"

Fad Ariffin berkata...

HA! Bagus bagus bagus! hehhe.. Oopet? walaupun tak paham satu hapa pun dia ckp (sib baik ada Rajoo), kalo dapat peluk best gak tuh!

Kita tgk citer nih siap set agik time tengok apa ada kat 10 min pertama. Apa yg ada? Salleh aka Sally yang kuar ada lahh...

Citer saya satu family tengok Geng ada dlm blog...

lompatkataklompat berkata...

owh ya incik ajami.
kau adalah antara blogger yang tak ada diskriminasi dalam menyenaraikan blogroll.
walaupun kau blogger termasyur dlm kelompok mereview filem ni,
kau punya blogroll tak kira siapa.

camni ah baru syok.
nanti gua add lu jugak~

p/s: gua tulis review geng nanti, baru lu melekat.

wénkt berkata...

belum berkesempatan lagi
malam ni maybe
kul 9.20mlm

blackpurple @ jowopinter berkata...

Oopet cakap pakai bahasa apa tu weh? Aku tengok 2 kali kau tau. Hahaha!

ChE YaYA berkata...

oopet..owh dika sgt chomey.kak ida nak blaja bahasa oopet.

msafwan berkata...

Utk org2 kl/s'gor, kalau tak dapat tiket geng di tpt2 biasa spt midvalley,ou,alamanda, kemungkinan besar boleh dpt tiket di TGV Cheras Selatan (kat Jusco baru tu).Just further skit from Mines Shopping Mall sebab mereka buka 2 hall utk tayangan geng which equals to 11 sessions. Tak perlu kecewa beratur pjg2 di tpt lain lagi! :)

moQ a berkata...

pegi tgok citer nih
ngan anak2 buah..
giler best...

Mr. Janggel berkata...

Oopet tu nak dikatan kan chomel tak la sangat...kekadang tengok ada gak supe macam grimlin [betoi ke eja mcm tuh] ..tapi ok la untuk seerkor binatang ajaib...kira boleh diterima la...

Lemby Sapy lagik chomel..heheh

moQ a berkata...

hahahah!!
btol.btol.btol.
sapy tuh comeLL..
haha..

zulazahari berkata...

Namun begitu watak yang paling menonjol dan penting ialah Rajoo sebagai hero kerana kelebihan dia untuk berkomunikasi dengan haiwan (sorry kepada diehardfan Upin dan Ipin! hahaha!).

Actually, judul sebenar filem ini ialah Geng dgn penampilan istimewa Upin & Ipin. Samada filem ini merupakan spin off drpd siri Upin & Ipin di TV atau siri itu merupakan spin off dari filem ini. Entahlah, fikirlah sendiri, aku pun pening ni, haha....

Ajami Hashim berkata...

tanpa nama ~ sally pondan! eh! oopet tu cam jantan kot! hahaha!

amy ~ eh! buka sifu&tongga lagikkkk conmel?

naz ~ konpius pakcik tau!

yaniez ~ jelse bf kau nnti dik!

karl/adie ~ nice rev all..

ikhares ~ bukan hantu dlm rasukan ablasa lagik cool? ahahaha!

helmi ~ nnti dvd kuar bleh suruh kekwn poskan

anas ~ exactly!

DBI ~ eh doc! bila blk KL bro?

tanpa nama ~ letak cheese lagik sodap!

deen ~ dah baper koleksen sifu&tongga? ahahaha!

azer ~ katanya beli kat loyat jer then derang camtum2 jd mesin!

gaia ~ bro tulislaa lagi kat blog aku tu!

lompatkatak ~ bila nak hapdet blog dik?

fad ~ ahaha! siap timing jam ekkk?

wenkt ~ eh! artikel tu kuar kat paper mana bro?

jowopinter ~ 2 kali jer? tgk laa 20 kali! hahaha

cheyaya ~ pashi pasha sandha???

msafwan ~ tq 4 t.info dik ;-)

moQ ~ gilerrr sgt kan..

mr. janggel ~ lilo & stitch kot???

zul ~ patutnya tajuk "Rajoo & Oopet" hahahah

Meen Zuleyka berkata...

Watak upin ipin kalau dikembangkan sebagai hero lagi best rasanya...upin ipin dah jadi watak pembantu jer...tp walau apa pun...filem ni blh angkut byk anugerah...

ikatkata berkata...

Ajami. Tenkiu.

Saya cuma ulas sepintas lalu. Ulasan sdra lebih terperinci.

Geng masih sebuah filem yang baik pada dasarnya. Tak malu la kalau hendak tunjuk kepada khalayak luar. Sekurang-kurangnya ada cerita yang ingin disampaikan. Banyak elemen tempatan yang boleh menarik perhatian orang luar untuk tonton filem ini.

Pun begitu ruang untuk pembaikan masih banyak.

Joey Mie berkata...

filem ini masih banyak ruang penambahbaikan terutama dari aspek pergerakan watak yang masih agak kaku...

namun secara keseluruhannya filem ni memang mantap....aku teruja dengan ketelitian cgi diorang buat, reflection dan bayang2 memang real...fulamak...

Tanpa Nama berkata...

ulasan blogger :' apakah babak berlumba motor di antara Badrol dan Lim cuma penayangan visual berbentuk animasi 3D dan menunjuk-nunjuk untuk memanjangkan cerita? Lainlah kalau ada babak di belakang kemudiannya dimana Lim akan beraksi merempit skuter untuk selamatkan Oopet misalnya'
-pd pendapat saya lak,scene lumba kapcai tu penting..itu permulaan utk scene seterusnya.dlm perlumbaan,msg2 merempit segila mungkin,akibatnya, nyaris eksiden&cermin moto patah.akibat merempit,lim juga terlanggar rajoo,akibatnya radio rajoo rosak,lalu diorang berkenalan.rentetan dr situ,soknya rajoo dtg tuntut gntirugi radio.akibat cermin patah,maka atuk x benarkan diorang naik moto lagi nk pi dusun durian,so terpaksa naik lembu rajoo yg kebetulan dtg tuntut radio pagi tu.akibat cermin patah jugak,upin ipin menemui cermin tersebut lalu dibuat mainan,cermin jadi 'scanner' semasa upin ipin menahan sapy ditengah jalan,botak 2 org tu pun join sekali naik keta lembu rajoo.maka,pengembaraan geng pun bermula...
maka juga,sy x nmpak scene berlumba hanya utk menunjuk2 atau memanjangkan cerita...sekadar pandangan..