Khamis, 7 Mei 2009

teater: rona patung kertas 2 mahsuri (kemaskini)

Character is the most interesting phenomenon anywhere. Every character represents a world of his own, and the more you know of this person, the more interested you become. ~ Lajos Egri (page 93 & 94)

Setiap apa juga seni persembahan mesti ada cerita. Si pencerita itu sudah pasti ialah watak (atau watak-watak) yang perlu bercerita dalam ruangnya dengan cara yang setiap satunya khusus dimana ia wajib sampai kepada yang menonton, mendengar serta merasainya. Yang mempersembahkan adalah pemberi kepada khalayak yang mahu menerima. Saya adalah salah seorang penerima itu untuk 3 buah persembahan teater berjudul Rona, Patung Kertas 2 dan Teater Mahsuri. Berikut ialah pendapat-pendapat peribadi saya yang meminta kamu pula sebagai pembaca dan penerima serta mungkin sudi berkongsi respons.

Ketiga-tiga persembahan teater mempunyai saiz kekuatan dan kelemahan masing-masing. Teater Mahsuri beraksi di ruang pentas paling canggih berteknologi tinggi yang mampu merealisasikan setiap babak yang megah dan mega. Patung Kertas 2 di atas pentas yang berlapis-lapis dan berwarna-warni serta meriah mutlak. Manakala Rona pula sesuai dengan sebuah pentas sederhana kecil yang minimum dan setempat sahaja. Semuanya muat untuk dunia cerita masing-masing. Ketiga-tiganya tidak akan boleh diacuankan dengan sempurna seandainya ia bertukar pentas satu sama lain.

Hanya satu perihal sahaja yang menjadi keperluan paling penting dititikberatkan untuk menjayakan setiap cerita supaya sampai dengan kepuasan kepada saya iaitu kualiti bunyi audio dari mikrofon setiap watak. Keperluan ini paling ketara untuk Teater Mahsuri yang paling besar dewan dan pendengarnya. Untuk Patung Kertas 2 dan Rona tiada masalah kerana vokal terus dari setiap watak tanpa bergantung kepada sistem pembesar suara, masih mampu didengari kerana jarak pentas dengan penonton masih dalam jangkauan yang jelas. Namun begitu, tidak dinafikan bahawa muzik secara langsung oleh orkestra Teater Mahsuri adalah irama iringan yang paling puas didengar melatari setiap babak yang dramatik berbanding muzik mainan dari cakera padat oleh Patung Kertas 2 dan Rona.

Saya tidak mengatakan bahawa ia satu kemestian bagi setiap teater selain di Istana Budaya untuk turut sama menyediakan pemuzik secara langsung. Maksud saya, kualiti adunan muzik latar dari cakera padat perlu juga dibikin khas dirakam untuk sesebuah pementasan tanpa hanya memainkan lagu-lagu yang sudah sedia ada oleh penyanyi atau dari lagu popular. Bajet pementasan mesti juga diberikan kepada jawatankuasa bunyi untuk menghasilkan muzik latar dan lagu yang sesuai. Saya teringat pementasan Cinta Julia dahulu yang hanya menggunakan dua orang penyanyi dan petikan gitar tong sahaja dimana ia lebih merangsangkan! Saya dapat kesan bahawa Patung Kertas 2 ada ketikanya watak menyanyi secara langsung dan adakalanya hanya miming sahaja. Manakala muzik latar dari cakera padat Rona begitu menjengkelkan kerana lagu-lagu yang dipilih terlalu mendesak oleh liriknya yang benar-benar kena dengan ceritanya.

Busana ketiga-tiga teater saya rasakan sesuai molek walaupun terikat dengan dunia apa ceritanya. Bagi Teater Mahsuri asasnya ialah tradisional sungguhpun mungkin tidak sepenuhnya jujur dengan zaman dan latar penduduk di Langkawi yang asal. Janji nampak lama dan lawa! Rona pula paling jimat dan mudah tanpa perlu menukar pakaian lain kerana ia hanya teater sebabak dalam waktu yang terlimit di sebuah bar. Manakala Patung Kertas 2 ialah gedung pameran pelbagai aneka kostum yang ekstravaganza! Sesuailah dengan nafsu berpakaian tahap diva untuk watak-watak kombinasi jejaka dan wanita dalam Patung Kertas 2!.. Hebat!

Namun begitu, asas paling dasar setiap teater samada ia berhasil sebagai sebuah pementasan yang bagus atau sekadar satu lagi persembahan yang mudah larut dari ingatan saya ialah apa naratifnya? kisahnya? ceritanya?..

Teater Mahsuri merupakan adaptasi lagenda yang sememangnya paling beracuan kasar dalam ingatan semua orang yang pernah membaca atau mendengarnya. Kerana itulah cabaran paling getir bagi Teater Mahsuri ialah untuk mengangkat kemasyurannya sekali lagi dalam versi teater yang pastinya akan dibandingkan samada ia di landasan cerita yang sama atau dikreatifkan? Kreatif itu maksud saya, bukan mengubah tapi menyarankan what if untuk kisah Mahsuri kali ini? Untuk memuaskan kehendak khalayak yang masing-masing sudah tahu cerita asas Mahsuri bukannya mudah! Penonton Teater Mahsuri sentiasa selangkah di depan sebelum sesuatu babak hendak dipersembahkan. Apa yang dinantikan ialah bagaimana agaknya cara diceritakan setiap rentetan lagenda Mahsuri itu sehingga dia dihukum bunuh? Bagaimanakah Teater Mahsuri hendak mencipta plot twist bagi sebuah kisah yang klise?

Rona cuba untuk mengangkat sekali lagi pengulangan isu sosial yang sudah basi dipaparkan berkali-kali di media cetak dan elektronik. Cuma kali ini dalam bentuk pembukaan pekung yang berantaian dari satu watak ke satu watak yang lain. Asasnya ialah bagaimana kulit hipokrasi dan prejudis sahabat dikoyakrabakkan oleh kawan yang lain untuk menyerlahkan nanah-nanah sosial cerita dalam kelambu masing-masing. Saya melihat perjalanan cerita yang bermula dengan kehebatan putih setiap watak yang akhirnya menunjukkan kehitaman sebenar mereka. (baca: bagi watak Salleh/Sally ia diterbalikkan) Itu sahaja! Barangkali saya terlalu meminta-minta sesuatu yang lain dan baru tapi bila difikirkan semula mungkin Rona ialah sebuah pementasan yang hendak mengingatkan semula dengan teguran yang sama? Ia seperti kursus motivasi untuk restorasi minda, tubuh dan rohani? oh!.. dan tarian sepasang ala ballet sebagai pembukaan dan intermission itu mungkin bermakna? Ia klise. Ia biasa. Titik.

Patung Kertas 2 ialah sebuah persembahan dalam suatu persembahan di dalam sebuah persembahan! Tunjang ceritanya ringkas dari poin A (kampung) ke poin B (KL/bandar). Ia seperti road movie ala kisah Alice's Adventures in Wonderland melalui lubang arnab comel gedik yang girang riang ceria lalala!.. Di samping itu ia juga iklan kempen kemasyarakatan berjenama IJN yang wajar dipuji dan dihormati. Saya salut nawaitu penyedaran keperluan sosial sebegitu walaupun sebagai product placement dalam naratifnya sahaja yang menjadi motif persembahan paper dolls di kemuncak teater ini! Punca dan aksi. Teater ini seronok untuk diikuti kerana jalan ceritanya diselangi satu-persatu watak yang ke depan dengan kisah masing-masing. Ia macam menyeluk ke dalam karung berisi coklat, kamu tidak tahu apa perisa atau warnanya bila dikeluarkan? Teater ini yang berdurasi lebih dari 2 jam tidak membenarkan langsung bagi khalayak berehat untuk meneka what happens next? kerana ia bergerak pantas serta bertukar rupa dan warna dalam sekelip mata! Kata kuncinya ialah gumbira ria lalala!..

*akan bersambung pasal WATAK yang paling saya suka dari setiap teater!.. ahahaha!

pautan:
RONA
PATUNG KERTAS 2
TEATER MAHSURI
AJAMIHASHIM

6 ulasan:

Shahriza Mahmud berkata...

~Manakala muzik latar dari cakera padat Rona begitu menjengkelkan kerana lagu-lagu yang dipilih terlalu mendesak oleh liriknya yang benar-benar kena dengan ceritanya.~

jengkel=benar2 kena? @ tidak kena?

salah taip atau disengajakan atau bagaimana ya?.. hemmm..

"mana sambungannya pah?" ( Ala P.Ramlee - "butang baju abang mana pah?" hehe!

Jangan promo lama-lama sangat! ;)

Marissa berkata...

Saya setuju kalau mengatakan Cinta Julia lebih memberangsangkan...

Malah persembahan-persembahan STEFANI sebelum ni pun lebih menyentapkan naluri hati.

Mahsuri. Sepi. :(

Ajami Hashim berkata...

Salaam..

shahriza ~ maksud saya, bait-bait makna dari setiap lagu yang memisahkan babak-babak dalam Rona seolah konklusi atau rangkuman semua kisah setiap watak yang bercerita. Dalam ertikata lain, ia seperti sinopsis yang dilagukan? errr.. ker masih mengkonpiuskan? ahahaha!..

marissa ~ Mahsuri BUKAN 100% dlm kawalan STEFANI, sebabtu agaknya ada bhgn yg 'di luar kawalan'???.. ahahaha!

binti filem berkata...

gua pun ada banyak blog dan handel. yezza gua memang saiko! http://www.nuffnang.com.my/blogger-profile?blogger=jhebat

Reez berkata...

haha....mahsuri mahsuri..sayang skeali teater mu tidak meng'wow' kan diri ku ini... >.<

fav character? hahaha..ni mesti M gak ni..tapi bukan mahsuri ni..hahahahah

Shahriza Mahmud berkata...

la,lala..lala..lala!

watak sally? hehe!

tentang lagu memang tak konpius pun.. memang begitu adanya..

by d way.. saya ada terbaca sedikit sedutan bait dialog mahsuri di IB.. ada persamaan dengan persembahan mahsuri di di Langkawi.. err... no comment!