Rabu, 27 Ogos 2008

akan datang: KAMI The Movie, Punggok Rindukan Bulan, Estet

kadang2 ada banyak filem yg saya tonton back2back tapi belum masanya nak diulas.. jadi, anggaplah ia sbg teaser!

KAMI The Movie: 26/8/08 @Cineleisure Damansara
*Fariza Azlina Isahak@Fizzi & Effendee Mazlan

*ada lagi youtube lain KAMI..

Punggok Rindukan Bulan: 27/8/08 @GSC Mid Valley
*Azharr Rudin unscripted

*ada lagi youtube dgn Amir Muhammad & adik Saeful Nazhif Satria

Estet 'rough-cut': 27/8/08 @NAGA VXS Sdn. Bhd. SS2, PJ (pejabat abg Mamat Khalid)
[youtube akan datang!]


*pengakuan 'bersumpah' abg Mamat Khalid!.. huhu! (SILA KLIK LINK BERIKUT)
PART 3
PART 2
PART 1

Jumaat, 22 Ogos 2008

SUSUK ~ tengok sampai habis!




Saya tidak hairan! Sesebuah filem kadangkala boleh meninggalkan bekas yang macam-macam kepada penonton. Ada yang suka. Ada yang menyampah. Ada yang faham. Ada yang keliru. Ada yang buat-buat faham tapi masih keliru.. dan mungkin berbagai respon lagi selepas menontonnya. Tapi TIDAK semua filem mampu untuk bercerita kepada khalayak dan meninggalkan kesemua reaksi itu sekaligus! Maksud saya, ada filem yang akan mencabar minda penonton untuk berfikir sejenak (atau mungkin beberapa lama) hanya selepas menontonnya sekali!.. dan apabila ia ditonton berkali-kali akan mengujakan dari sudut yang lain pula! Jadi apabila filem Susuk menjadi filem sebegitu, saya berpendapat bahawa ia berjaya tersembul dari filem-filem lain juga menghiburkan kerana mampu mendesak emosi dan otak seseorang untuk berfikir tentang apakah visual dan bunyi dari filem itu?

struktur

Diagram seperti di atas bukan pertama kali saya gunakan untuk merungkaikan struktur naratif non-linear sesebuah filem. Dulu saya pernah cuba menghuraikan filem Antara Dua Darjat dengan sebuah diagram juga! Malah saya pernah menggunakan gambarajah Venn untuk huraian naratif filem Puaka Tebing Biru. Mungkin di masa akan datang saya mahu gunakan lukisan cakar-cakar ayam anak sulung saya hasil tadikanya. Rumit sangatkah naratif filem Susuk sehingga saya menggunakan diagram?

Sejujurnya, naratif non-linear Susuk bukanlah susah sangat hendak difahami cuma kadang-kadang ada penonton yang malas nak berfikir sejenak lantas melabelkan ia sebuah filem yang entah apa-apa sampai pening kepala bila keluar panggung! Bagi yang memegang pena (papan kekunci komputer) media bercetak pula cepat-cepat menghukum ia sebuah filem yang gagal untuk menghiburkan orang ramai (sebenarnya mungkin dia seorang sahaja yang tak faham) Ikhlasnya juga saya katakan meluat dengan segelintir tukang tapis tak bertauliah sebegitu yang kononnya pendapat paling boleh dipercayai dek kerana status nama atau pojok tersohor mereka di media cetak perdana apatah lagi yang terbit di hujung minggu! Ouch!..

Diagram di atas mudah sangat! Cerita asal sebenar Susuk ialah susunan turutan A-->B-->C.. iaitu jalur pertama diikuti jalur kedua. Amir dan Naeim cuma 'mempermainkan' penontonan kita dengan jalur cerita yang bawah sekali. Itu sahaja! Kamu faham sekarang?.. angguk?.. atau geleng?.. sila tinggalkan komen!.. muahaha!

sila klik >> set-up/foreshadowing & pay-off

Ya! Susuk cuma bermain dengan teknik itu di sepanjang ceritanya. Terlalu banyak klu yang digunakan sebagai signpost yang boleh dijumpai jawapan di kemudiannya. Paling kerap ialah dari setiap dialog oleh Dukun Dewangga. Antaranya pasal pantang-larang penggunaan susuk keramat kepada Suzana dan Soraya; sungai, daging manusia, rama-rama dan kepompong, tembaga dan emas, 3 purnama dan lain-lain lagi malah secara humor bila menjawab bahawa Farish ada 'tersangkut' di mana-mana! Dengar juga baik-baik bila Mona terpekik-terlolong memanggil nama pembantu peribadinya Ijat dan Suthiya. Petanda dari visual memang merata-rata malah di titik flashback menuju hujung cerita, disusun dua perbandingan laku dan kata-kata di antara Suzana dan Soraya. Masih tidak cukupkah exposition itu untuk memahaminya?

akomodasi

Susuk juga menggunakan prop, set dan lokasi yang memang dipilih untuk kesesuaian bajet dan memudahkan pembikinannya. Pemutar skru yang panjang untuk 'memacak' Farish, bayangkan kalau pisau lipat? Produser muzik (sori! aku lupa nama watak dia! huhu!) tinggal di kondominum untuk 'terjun', bayangkan kalau rumah teres? Kampung Suzana di seberang sungai, bayangkan kalau keluarganya tinggal di Kg. Baru? Ritual akhir dalam sebuah gudang/kilang (actually analogi kepada industri hiburan macam itu!) untuk acara gantung-menggantung, bayangkan di teratak buruk tipikal bomoh? Kamal hanya ber-motosikal untuk tidak kalis hujan, lalu Rozana 'menumpangkan' Soraya, bayangkan dia berkereta Kancil? Mona kehilangan baju hujan dalam studio rakaman, bayangkan dia kehilangan baju dalam? (errr! tak dapat aku bayangkan sebenarnya!) Pelacur berwajah 'Ida Nerina', bayangkan dia berwajah 'Jessica Alba'? (mau! bajet burst!)

modifikasi

Kamu pernah tonton filem-filem Face/Off, The Sixth Sense, Pulp Fiction, Memento, Skeleton Key, Psycho, Pontianak Gua Musang dan lain-lain filem seram yang mungkin 'berbayang' dalam Susuk? (sila nyatakan kot2 korang terfikir.. lalala). Tapi Susuk bagi saya masih 'baru' dalam ertikata 'kreativiti' untuk sebuah filem tempatan. Cuma mungkin secara tidak sengaja, suara 'digitising' bergema-gema unik Dukun Dewangga seakan sepelik suara Batman TDK yang juga ditayangkan di waktu yang sama dengan Susuk! (tak apa! cuma Amir yang akan terbaca ulasan aku ni coz Naeim tak pandai baca ulasan BM kot!.. larriikkk!) Bagaimanapun, keunikan itulah yang membezakan Dukun Dewangga dengan orang kebanyakan katanya sebab dia adalah immortal macam filem Highlander! (rujuk youtube di bawah!)

temuramah seram: ajami & amir ~ 5 ogos 08
PART.1


PART.2


PART.3


PART.4


PART.5


PART.6


PART.7


PART.8/FINAL


ucapan Amir Muhammad

ucapan Naeim Ghalili

Muara Sesalan (Susuk ost live)~ Azura

website >> susukmovie.com
amir's blog >> amirmu.blogspot.com

ulasan2 yg aku cadangkan utk korang baca:
tontonfilem ~ rev dr seorg tokeh ayam! sebabtu rev dia bagus!
siti azira ~ wartawan yg buat research.. tak mcm sesetgh tu!
deennasour ~ blogger yg pakai susuk dato' keramat! wa cakap lu!
stfueatmyshort ~ soalan2 maut utk produksi susuk
wankhairy ~ pembikin SUSUT versi 2020! huhu!
a.wahab hamzah ~ musti baca!
ironboard19 ~ benci dgn pontianak cun?
sultanmuzaffar ~ celebrity blogger cakap
yasmin ~ celebrity blogger+filmmaker cakap
coldheartediceprincess ~ ada teori susuk tau!
mensh ~ rekemen dr tontonfilem


UPDATED: 22/08/08
Saya tgh habiskan membaca novel SUSUK oleh Nizam Zakaria utk fahamkan backstory psl filemnya.. eh! korang tak nak beli ke?

cerapan ms.69:
Fatimah masuk ke dalam bilik. Dia dapat melihat Dewangga sedang mendukung seorang bayi kecil. Bayi lelaki. Fatimah memandang ke arah Saleha. Dia dapati Saleha terbujur kaku diam membisu. Darahnya meleleh membasahi cadar dan tilam.
"Apa yang telah berlaku?"
"Aku terpaksa memotong perutnya."
"Dia dah mati ke, Bang?" tanya Fatimah menekup mulutnya.
"Tidak ... Dia cuma kepenatan."
Fatimah mendekati Saleha. Dia memeriksa perutnya. Tak ada apa-apa tanda perutnya itu dipotong!

ulasan buku klik sini >> fadz-kububuku

Reez ~ JUARA CARI IDOL 2

UPDATED: 3/9/08

*REEZ telah berjaya MENJUARAI CARI IDOL 2
utk lintas langsung acara sila klik ikon berikut:



*REEZ @ youtube:'Love Me Tender'

Ahad, 10 Ogos 2008

bila blogger bercakap live! huhu!

Photobucket


artikel penuh >> "Filem Melayu Tidak Laku... Betul Ke?"
youtube:
part.1
part.2
part.3
part.4
part.5
part.6
part.7
part.8

*artikel yg mungkin berkaitan >> kawan baik aku
*komen dr forum.cari king_kong >> komen1, komen2

TAHNIAH: Mamat Khalid & KMBM & TUSB

*FLASHBACK POSTING!


*blog Mamat >> tempurungpecah
*facebook Mamat >> facebook
*blog ESTET >> filemestet
*youtube ESTET >> estetcintamanis
*facebook ESTET >> facefook-group
*facebook KMBM >> facebook-group
*teaser KMBM >> teaser

Salaam..
Pada 28 Julai 2008, saya bertemu lagi dengan abang Mamat di satu majlis FFM21.. jadi, apalagi banyaklah soalan2 terkini yg saya tanyakan bukan sahaja pasal Estet tapi juga perkembangan terkini Kala Malam Bulan Mengambang di festival filem antarabangsa.. sila klik youtube2 berikut: ~ ajami@7/8/08









p/s: saya ada projek 'kecil-kecilan' untuk Estet!.. sila klik sini >> artfulcreator.com


Salaam..
Ia bukan sebarangan filem! Saya sendiri mengambil masa yang lama untuk mencernanya. Asasnya memang filem neo noir. Namun begitu, pelbagai genre lain diadun sesuka hati tetapi berhati-hati oleh pengarahnya! Ia terlalu unik seakan mencipta satu revolusi naratif filem Melayu, wayang Malaysia dan mungkin juga yang pertama untuk sinema dunia! Pada pendapat saya, Mamat Khalid berjaya dengan cemerlang mencampur-adukkan hampir semuanya sekali dalam Kala Malam Bulan Mengambang. Sebut sahaja apa genre atau kategori yang kamu mahukan? Drama, komidi, seram, misteri, muzikal, thriller, sejarah, perang, jenayah, jalanan, cinta, fantasi, fiksyen sains, aksi, mahupun magic realism! Ya! Filem ini memang dibikin untuk hiburan semata-mata juga amat sesuai untuk sebuah kajian yang panjang. ~ ajami@11/1/08



My film is just an ode to Malaysian life and our culture in the lighter side. The celebration and it's Felliniesque. Luis Bunuels and Mat Sentuls. ~ Mamat Khalid (melalui sms)


pasal KMBM ~ 27/12/07
PART.1


PART.2


PART.3


PART.4


PART.5


PART.6


sidang akhbar ~ 27/12/07
PART 1

PART 2

PART 3

PART 4

PART 5

ucapan ~ 27/12/07
PART 1

PART 2

PART 3

Ahad, 3 Ogos 2008

MASKARA 10 ~ ajami & reez ~ mtv tanpa plug?

Ajami read his "puisi" (poem) which was about his kids.It was very touching (especially to parents of course)(Ajami mau cried ediiiiii..etetete xD ). As requested by bro ajami, I played the song somewhere over the rainbow as the background.
ulasan oleh: reezmusic (perlu ker bubuh atas skali ni?.. huhu!)

Puisi Ajami mengajak kita berfikir tentang masa akan datang. Pesanan beliau kepada si abang, anak yang sulung agar menjaga dan memimpin tangan si adik jika nanti mama dan papa tiada, sungguh menyentuh perasaan. Ini mengingatkan aku kepada kisah si bekas kekasih yang kehilangan ibu bapa dalam kemalangan. Meninggalkan dia dengan 4 orang adik perempuan, yang bongsu berumur 4 tahun dan dia 16 tahun ketika itu. Ya, tiada siapa yang tahu apa yang akan jadi di kemudian hari.
Puisi lebih menyentuh dilatari dengan alunan muzik daripada lefthanded guitareez.
ulasan oleh: madulebah

Penyampaian sajak oleh Ajami, mesejnya sampai pada perasaan aku. Terima kasih Tuhan, kerana aku tidak menangis pada malam itu. Aku kena cover sikit.
ulasan oleh: yourdrugbuddy

Ajami & Reez – With their rendition of mtv unplugged. Poem read by Ajami, accompanied by an acoustic guitar by Reez. It was a heartfelt declamation by Ajami. Right after that, Reez played his original before they ended their set.
ulasan oleh: DEP

*sori coz utube deklamasi sajak yg 'real' masa MASKARA X tak ada! coz yg tu eklusif utk sapa yg dtg ajer!.. larriikkk!!!



behind the scene! huhu!


reez ~ somewhere & aku ingin


reez ~ love me tender




Salaam..
inilah sajak yg saya deklamasikan tadi:

Kalau papa dan mama tak ada
(pesanan untuk abang)

kalau papa dan mama tak ada..
abang tolong adik tukar lampin dia
pergi ke kolam KLCC berdua
bancuhkan susu adik 3 sudu sebotol
dodoikan adik bila nak tidur

kalau papa dan mama tak ada..
abang peluk adik bila menangis
goncangkan buai, kongsi mainan
pujuk kalau merajuk
belai kalau mengamuk

kalau papa dan mama tak ada..
abang pegang tangan adik bila berjalan
perhati lariannya di padang
kalau terjatuh, cepatlah rangkul
sapukan luka, tuamkan lebam

tapi abang janganlah susah
sekarang papa dan mama ada sebelah
pejamkan mata hilangkan gundah

ajami hashim 101006

NOTA:
ia telah saya tulis (posting) pd 10/10/2006 di blog bicaraskrip.. dulu Yasmin kata dia 'menangis' baca puisi tu.. entah kenapa tadi saya sendiri sebak bila membacanya di khalayak ramai?.. ermm! adakah saya syok sendiri?.. atau sememangnya ia perasaan yg natural?.. mungkin juga melodrama kot?.. huhu!.. sebenarnya beberapa minit sebelum majlis mula, gabungan saya & Reez berlatih buat kali pertama di tepi rumah PENA (actually persembahan kami bukan ler 'gabungan' sgt pun!.. ahaks!) memula saya baca puisi diiringi petikan gitar oleh Reez, lepastu Reez belasah main 2 lagu back-to-back "Aku Ingin" (ciptaan asli dia) & "Love Me Tender" (Elvis Presley).. melihat Reez beraksi live di depan mata sendiri, jauh di sudut hati saya berkata "budak ni kalau jadi artis mesti meletups!".. tapi Reez cakap itu cuma hobi.. dan InsyaAllah dia akan sambung belajar di luar negara tahun depan.. saya pesan "kau main jer gitar lagu Melayu kat sana nanti".. Reez juga bagitau hujung bulan ni dia akan main gitar kat satu charity show yg akan saya war2kan nanti di blog ini.. baguslah! menghiburkan org tak semestinya kena buat album jadi artis kan?.. kadang2 menghiburkan khalayak yg terpinggir lebih seronok & ikhlas dibuat.. good luck to Reez!.. utk bro naga, vovin & team Sindiket SOL-JAH, wa caya sama lu-org laa!.. jumpa lagi di MASKARA (Short Films) Nov 2008 nanti!..

*info lanjut?.. klik sini >> MASKARA X
*siapa reez?.. klik sini >> REEZ
*Reez ialah peserta CARI IDOL 2 yg sedang berlangsung di sini >> SPEC-5
*kalau korang sukakan nyanyian dia 'bubbly' ..sila undi!

Festival Filem Malaysia 21



CALON2 TOP-5 AKHIR:

*warna KUNING ialah pilihan ajami!!!

ANUGERAH PERDANA

Pengarah Filem Terbaik:

1. Hatta Azad Khan - Wayang
2. Shuhaimi Baba - 1957 Hati Malaya
3. Ahmad Idham - Congkak
4. Mamat Khalid - KMBM
5. Osman Ali - Anak Halal

ajami kata: melihat kpd calon2 di atas seandainya para juri nak pengarah filem ke-Malaysia-an patriotik yaa amat, maka diaorg akan pilih Shuhaimi/1957 Hati Malaya.. kalau nak filem kebudayaan yg akn jadi duta tahun melawat Malaysia ke luar negara, maka Prof.Hatta/Wayang akan menang.. tapi sekiranya para juri hendakkan keunikan yg pasti dihormati oleh pembikin filem antarabangsa, Mamat/KMBM paling layak.. juga seandainya para juri mengkagumi seorg pembikin filem anak muda kelahiran FINAS sendiri yg kini segah & seberani berbanding pengarah Malaysia sebelum ini juga jujur & ikhlas bercerita pasal realiti Malaysia yg selalu disorokkan, maka Osman/Anak Halal juaranya!.. cuma.. perlukah Malaysia mengagungkan seorg pembikin filem seram yg amatur di kalangan yg terbaik???.. lebih elok berikan calon ke-5 kpd Amir/Susuk atau Hans/Cuci atau Yop.Hitler/DBTM atau M.Subash/Pensil.. saya pilih Osman Ali/Anak Halal!

Pelakon Lelaki Terbaik:

1. Afdlin Shauki - Sepi
2. Adlin Aman Ramlie - Susuk
3. Rosyam Nor - KMBM
4. Eman Manan - Wayang
5. Farid Kamil - Anak Halal

ajami kata: Afdlin & Adlin tak cukup screen-time.. Rosyam imitasi pelakon 50-an.. Eman actually berebut screen-time dgn Zul Huzaimy.. hanya Farid dpt watak protagonist dari 'zero' to 'hero' walaupun dlm btk 'dark'.. jadi, Farid Kamil layak menang!

Pelakon Wanita Terbaik:

1. Maya Karin - Anak Halal
2. Erra Fazira - Anak
3. Fazura - Kayangan
4. Nasha Aziz - Otai
5. Vanidah Imran - Akhirat

ajami kata: Fazura, Nasha & Vanidah forgettable!.. cuma Erra & Maya yg akan tarik-rambut sesama diaorg utk juara.. tapi saya memihak kpd Maya Karin!

Lakon Layar Terbaik:

1. Wayang - Hatta Azad Khan
2. KMBM - Mamat Khalid
3. Sepi - Ara & Mira Mustaffa
4. Anak Halal - Osman Ali
5. Cuci - Hans Isaac

ajami kata: Susuk mana???.. Sepi too cliche.. Cuci bagus tapi very the copy+paste storytelling ala Afdlin.. kalau nak skrip naratif & ber-dialog unik, Wayang (dialek Kelantan) mungkin menang.. Anak Halal dgn bahasa pasar realisme-nya pun mungkin juara.. tapi the best structure yg out of this Malaysian world of scriptwriting, 3-act structure yg berani-mati dgn act1, act3a & act3b (2 klimak), saya pilih KMBM by Mamat Khalid!

Cerita Asal Terbaik:

1. Wayang - Hatta Azad Khan
2. KMBM - Mamat Khalid
3. Sepi - Ara & Mira Mustaffa
4. Anak Halal - Osman Ali
5. Pensil - M.Subash

ajami kata: Susuk tercicir lagi???.. kisah Wayang mcm pernah dengar.. KMBM mcm skrip yg dijumpai semula dlm gudang Studio Jln.Ampas yg dimodifikasi (ampun bro Mamat!).. cerita Sepi mcm dah basi.. Pensil pun mcm adaptasi cerekarama TV3/novel Alaf21.. even Anak Halal pun mcm pernah jadi Drama Minggu Ini RTM.. so yg mana 'cerita asal' terbaik?.. sejujurnya mana ada cerita asal yg betul2 asli dlm dunia perfileman mana2 pun?.. yg membezakannya cuma siapa yg pandai meng-kreatif-kan semula apa yg pernah di dengar seblm ini iaitu juaranya ialah Susuk!.. tapi Susuk tak masuk top-5 lah pulakkk!!!.. ermmm!.. kreatif erk?.. errr! dgn ini saya memilih KMBM!.. boleh?

Sinematografi Terbaik:

1. Evolusi KL Drift - Raja Mukhriz Raja Ahmad Kamarudin
2. Sepi - Mohd Nor Kassim
3. Susuk - Daven Raghaven
4. Kayangan - Raja Mukhriz
5. Anak Halal - Khalid Zakaria

Penyunting Terbaik:

1. 1957 Hati Malaya - Nik Haslinda Nik Hussain / Kamarudin Abu
2. Wayang - Hafiz Kamaruzaman
3. Congkak - Ahmad Mustadha
4. KMBM - Raja Affandi Raja Jamaludin
5. Sepi - Johan Bahar

Skor Muzik Asal Terbaik:

1. Wayang - Hafiz Askiak
2. KMBM - Ahmad Badaruddin
3. Susuk - Hardesh Singh
4. Anak Halal - Nurzaidi Abdul Rahman
5. 1957 Hati Malaya - Sharon Paul

Filem Animasi Terbaik:

1. Family Portrait - The One Academy
2. Upin & Ipin - Les! Copaque Prod.Sdn Bhd
3. World War - University of Hertfordshire
4. Nene Breshke - Wan Muhammad Tamlikha
5. Apocalypse - The One Academy

Filem Dokumentari Terbaik:

1. Making The Cut - Reel Network Sdn Bhd
2. The Woodsmiths - Reel Network Sdn Bhd
3. The Perak Man - Eurofine / FINAS
4. Kami Yang Disyaki - UiTM
5. Restoring Merdeka - Leong Hon Yuen

Filem Pendek Terbaik:

1. Hasrat - Martias Entertainment
2. Tiffin - Chor Ai Lene
3. Eyefinger - Marge Bong
4. Burp - ASWARA
5. Kopitiam Kurang Manis - UiTM

Filem Digital Terbaik:

1. Yantra
2. Malaysia's Sweet Heart
3. Wirasiswi
4. Ganavin / Vanthaanda Herd
5. Jarum Halus

Filem Terbaik

(Akan dimaklumkan pada malam anugerah)

ANUGERAH CIPTA

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik:

1. Zul Huzaimy - Wayang
2. Farid Kamil - KMBM
3. Adlin Aman Ramlie - 1957 Hati Malaya
4. Eizlan Yusof - Impak Maksima
5. Fauzi Nawawi - Anak Halal

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik:

1. Nabila Huda - Akhirat
2. Nanu Baharuddin - 1957 Hati Malaya
3. Azizah Mahzan - Anak
4. Ruminah Sidek - Pensil
5. Dynaz - Kayangan

Penataan Seni Terbaik:

1. 1957 Hati Malaya - Aida Fitri Buyong / Kamarul Nizam Abd Rahman
2. KMBM - Nazrul Ashraff
3. Susuk - Kek Ting Lam
4. Johnny Bikin Filem - Dr. Anuar Nor Arai
5. Anak Halal - Irwanmazwan Ibrahim

Penataan Bunyi Terbaik:

1. Congkak - Brian Ng
2. KMBM - Azman Abu Hassan
3. Susuk - Add Audio
4. Evolusi KL Drift - Daud Sulaiman
5. Anak Halal - Azman Abu Hassan

Pelakon Kanak-Kanak Terbaik:

1. Erynne Erynna - Congkak
2. Amrul Hisham - Anak
3. Mohd Asrah Akis - Wayang
4. Mohd Asrah Afif - Wayang
5. Erin Malek - Congkak

Pengarah Harapan Terbaik:

1. Hans Isaac - Cuci
2. M.Subash - Pensil
3. Mohd Latif Zami - Dunia Baru The Movie
4. Syamsul Yusof - Evolusi KL Drift
5. Barney Lee - Anak

Pelakon Harapan Lelaki:

1. M.Subash - Pensil
2. Moh. Kamarulzaman Taib - 1957 Hati Malaya
3. Wan Kenari Ibrahim - Wayang
4. Zaefaul Nadzarine Nordin - 1957 Hati Malaya
5. Syamsul Yusof - Evolusi KL Drift

Pelakon Harapan Wanita:

1. Julia Ziegler - Kayangan
2. Lisa Surihani - I'm Not Single
3. Mas Muharni - Wayang
4. Avaa Vanja - KMBM
5. Diana Rafar - Susuk

Pereka Kostum / Busana:

1. 1957 Hati Malaya - Dee Hasnan / Ezrah Rahim
2. Johnny Bikin Filem - Ayu Haswida
3. Susuk - Mohd Zaini Abdul Rahman
4. Anak Halal - Mohamad Zaini Abdul Rahman
5. KMBM - Nasirah Ramlan

Poster Terbaik:

1. Cuci
2. Susuk
3. Anak Halal
4. Evolusi KL Drift
5. Pensil

Lagu Tema Asal Terbaik:

(Akan dimaklumkan pada malam anugerah)

ANUGERAH KHAS JURI

(5 Anugerah dari tersebut atau yang sesuai mengikut tema festival)

*sumber: mSTARonline

PENCALONAN AWAL

FILEM CEREKA
1957 Hati Malaya (Pesona Pictures)
9 September (Metrowealth)
Akhirat (Sri Saheb Production)
Anak (Box Lite Film)
Anak Halal (Tayangan Unggul)
Apa Kata Hati (Tayangan Unggul)
Cinta U-Turn (Pyramid Saimira Theatre Chain & Lineclear Motion Pictures)
Congkak (Metrowealth)
Cuci (Tall Order Productions &
Tune Entertainment Group)
Dunia Baru The Movie (Grand Brilliance)
Duyung (KRU Films, Grand Brilliance & Lineclear Motion Pictures)
Evolusi KL Drift (Skop Production & Grand Brilliance)
I'm Not Single (Metrowealth)
Impak Maksima (Excellent Pictures)
Kala Malam Bulan Mengambang (Tayangan Unggul)
Kayangan (Raden Pictures)
Nana Tanjung 2 (Grand Brilliance & Lineclear Motion Pictures)
Otai (Grand Brilliance & Lineclear Motion Pictures)
Pensil (Genius Parade)
Sepi (Grand Brilliance)
Susuk (Grand Briliance)
Wayang (Universiti Teknologi Mara)
Johnny Bikin Filem (Universiti Malaya)

FILEM DIGITAL
Yantra (ATV Pictures)
Ganavin Ivanthaanda Hero (GV Media Broadcast)
Malaysia's Sweetheart (Matias Entertainment & Adept Media)
Wirasiswi (London Filmmaker Studio)
Jarum Halus (Sparky Pictures)

*lain2 kategori, sila rujuk sini >> FFM21

NOTA:
Semasa di sidang media pd 16 Julai lalu di GSC Signature @ The Gardens, saya sempat bersembang dgn Nancie Foo, Pengerusi Jawatankuasa Penyertaan & Penjurian; saya ajukan soalan2 biasa secara santai sambil hi-tea selepas sidang media tanpa membawa sebarang pen, kertas atau videocam. Lebih-kuranglah saya tanya dia pasal kenapa filem CEREKA & DIGITAL diasingkan dimana kedua-dua kategori adalah feature length film? Lagi satu saya tanya kenapa filem Flower In The Pocket tiada dlm senarai? Dan yg terakhir mengenai penjurian yg dikatakan semasa sidang media itu sbg menjanjikan 'ketelusan' dlm setiap keputusan yg akan dibuat nanti.. saya beri pendapat, actually perihal paling utama selain ketelusan ialah 'siapakah latar setiap juri itu?' Oklah.. semua jawapan Nancy adalah 'off the record' utk saya.. dia cuma beritahu, akan dibuat satu lagi sidang media utk memperkenalkan siapakah barisan juri FFM21 kali ini dlm waktu terdekat.. ermmm! saya nak datang! mesti!

p/s: soalan2 yg saya masih TIADA jawapan:
1. kenapa Muallaf tiada dlm FFM21 & mungkin dibawa ke tahun depan FFM22? (mungkin Yasmin ada jawapannya?)
2. kenapa Johnny Bikin Filem tersenarai tetapi tidak tahu bila tayangan umumnya?
3. cuma Jarum Halus yg saya pernah tonton & dengar kewujudannya (Filem Digital) serta bagi saya ia layak utk bertanding sbg filem terbaik? Tapi yalah! kerana ia dlm kategori Filem Digital.. lupakanlah!

*gambar2 di sidang media?.. klik sini >> budiey.com