Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2008

BUAL SANTAI: Ajami Hashim & Hans Isaac [TEASER].. dan buku Kevin Zahri

Salaam.. ..sekali lagi ada 2 aktiviti dalam 1 hari!!!.. penat!.. tapi saya puas!.. 1. tengahari: 12pm - BUAL SANTAI dengan Hans Isaac 2. petang: 3pm - Majlis Pelancaran Buku Kevin Zahri ..laporan lanjut? AKAN DATANG! AKAN DATANG! AKAN DATANG! ..nangisss!!! MORE INFO?.. CLICK HERE >> CERGAS 24/7

estranged - itu kamu [juara AJL22]

Segala yang ku pasti akan aku capai tuk mengambil hati mu Melepasi angkasa cinta ku Sesudah aku melafazkan kesemua yang diperlu Ianya seperti suluhan yang terang Segala yang kau ragui akan ku padam habis dari hati mu Mengingkari dalaman akal mu Takkan puasku, mengiringi semua tawa dan tangisanmu Anggun wajahmu, pelita yang terang Hatiku mahumu Rupamu Masih masih masih masih… (Chorus) Kau terindah Masih ada Yang tercantik Itu Kamu! Tiada mengapa taupun sampai bila kerna cinta enggan kenal mengalah Memanah masuk hatiku yang reti Setelah kau nampak tetap ku masih menunjukkan erti hidupku Yang mahu bersama kau buat selamanya… Lagu: Estranged Lirik: Richael Lawrence Website: http://www.estranged.info/ *** Salaam.. kamu dengarkan melodinya.. kamu hayati liriknya.. pendapat saya lagu ini sememangnya layak untuk menjadi juara AJL22.. kenapa?.. kerana lagu ini tidak terlebih-lebih, santai serta bersahaja.. ceritanya digarap dengan irama yang kena pada tempatnya.. perlu diingat bahawa AJL22 buka

ning europe - east to west [UPDATED]

international videoclip!!! ***click the pics*** *** more info?.. click here >> MRMANAGER *** http://www.myspace.com/ningeurope

CUCI - naratif santai dan kemas!

Salaam.. Sejujurnya saya skeptikal dengan kemunculan sesebuah filem baru hasil tangan sulung seorang pengarah buat pertama kali. Mungkin ia sekadar untuk berkarya kerana mendapat budget jatuh ke riba? Agaknya juga dia berada di tempat yang betul pada masa yang betul? Barangkali dia sekadar memenuhkan lagi senarai berpangkat 'pengarah' dalam industri perfileman? Mungkin.. agaknya.. dan barangkali! Tetapi Hans Isaac telah membuktikan bahawa prasangka saya kadangkala tersasar! Filem CUCI ini adalah sebuah karya yang boleh dikatakan membanggakan! Genre CUCI ialah 'sukan' . Cerita asasnya ialah 'pertandingan' yang sangat mudah dan terus-menerus. Maksud saya, filem sebegini hanya akan bercerita pasal rentetan kisah dari mulanya hendak berlawan, pertandingan itu dan apa kesudahannya? Menang atau kalah? Itu sahaja! Bagusnya filem ini kerana jalan cerita semudah itu digarap sekaligus dengan kisah 'pertandingan' watak-watak filem ini dari 'zero' kepada

anuar zain - ketulusan hati [youtube versions]

versi 'ajami' versi 'mukhsin' versi 'adik elis' versi 'piano - incikkazak' versi 'berangan - yusafa & hafiz' versi 'colourful - angelbunny389' versi 'jiwang - zorro97kewl' versi 'lirik+slide AZ - chitchot' versi 'lirik - nyzam' versi 'freeze.frame AZ - trulyunforgettable versi 'yatiman68' *sila nyatakan pilihan anda kat komen! huhu!

BUAL SANTAI: Ajami Hashim & Saw Teong Hin [TEASER]

Salaam.. Pagi tadi saya berbual santai dgn pengarah filem romantik komidi Apa Kata Hati (di pawagam Mei 2008) iaitu saudara Saw Teong Hin di rumah beliau.. banyak yg saya tanya.. banyak juga yg dia beritahu.. tapi tunggulah erk!.. saya akan upload BUAL SANTAI eksklusif itu bila saya dah tak sibuk!.. nak edit susah wooo!.. ini hanya teasernya shj.. okeh? trailer: APA KATA HATI

pembuli siber?

Topik: Pembuli Siber (Cyber Bully) Tetamu/Blogger: Ajami Hashim & Kevin Zahri Tarikh: Khamis 17 Jan '08 / 8-10 malam Frekuensi: 93.9 Mhz Website: http://www.radio24.com.my post-script: 19/01/08/4:00AM Penat & puas! Itu sahaja yg saya mampu sebutkan! Hari Khamis lepas memang memenatkan tetapi memuaskan! 6:30AM - Paginya, spt biasa menghantar anak ke tadika, turunkan anak bongsu di rumah mertua & kemudian menghantar isteri ke pejabat. 9:00AM - Saya adalah pelanggan pertama di The Coffee Bean & Tea Leaf - Mid Valley Megamall untuk membunuh masa di alam siber. 10:00AM -Saya hadiri tayangan tertutup filem Apa Kata Hati hasiltangan terbaru sutradara Saw Teong Hin bersama tenaga produkti Tayangan Unggul, rakan-rakan jemputan khas mereka dan penulis skripnya Meor Shariman , sultanmuzaffar serta seorang mentor/ahli akademik En. Hassan Muthalib . Ulasannya? Nantilah bila nak tayang saya bebelkan ;-).. waktu yg sama saya menerima satu sms dari seseorg.. 12:00PM+ Saya lun

Flower in the Pocket - cerita azman, azmi dan bapanya!

The revelation of true character in contrast or contradiction to characterization is fundamental to all fine storytelling. Life teaches this grand principle: What seems is not what is . People are not what they appear to be. A hidden nature waits concealed behind a facade of traits. No matter what they say, no matter how they comport themselves, the only way we ever come to know characters in depth is through their choices under pressure. - STORY by Robert McKee [pg.103] Salaam.. Ini sebuah filem yang benar-benar saya ikuti ceritanya dari awal ke akhir seolah-olah tidak mengizinkan saya untuk menguap atau membelek telefon bimbit bagi membaca sms yang masuk! Sejujurnya saya kurang gemar menonton filem sebegini yang adakalanya sunyi-sepi tanpa sebarang bunyi atau muzik latar TETAPI filem yang ini saya 'masuk' ke dalamnya dan terhibur! Juga saya tidak ambil peduli sangat sekiranya ada pengkritik atau penonton lain yang mahu mengatakan filem ini berbaur sedikit sindiran sesama k

JARUM HALUS - adaptasi sekerat jalan?

NOTA: POSTING INI ADALAH PENDAPAT PERIBADI SAYA SAHAJA DAN MUNGKIN TIDAK SEPENDAPAT DENGAN ULASAN OLEH MEDIA LAIN! http://www.jarumhalus.com/ Attempts to adapt "pure" literature fail for two reasons: One is aesthetic impossibility. Image is prelinguistic; no cinematic equivalences or even approximations exist for conflicts buried in the extravagant language of master novelists and playwrights. Two, when a lesser talent attempts to adapt genius, which is more likely? Will a lesser talent rise to the level of genius, or will genius be dragged down to the level of the adaptor? - STORY by Robert McKee [pg. 367] Salaam.. Naratif asalnya ialah Othello - di antara karya agung William Shakespeare. Jarum Halus adalah adaptasinya ke bentuk filem yang berwajahkan Malaysia. Ia satu hasil usaha yang sewajarnya diberikan kredit dan dihormati oleh Mark Tan yang baru berusia 22 tahun! Namun begitu Jarum Halus agak mengecewakan bagi seorang penonton mainstream seperti saya. Awalnya sebelum

technology

Salaam.. Saya di Bangsar Village ptg Ahad lepas utk satu sesi temubual utk thesis PhD seorg kenalan dari internet. Semasa sesi itu, seorg marketing people dari http://www.adlibdirect.com/ telah mendekati kami utk mempromosikan kompilasi CD "TECHNOLOGY" yg kemudiannya saya beli kerana minat saya terhadap muzik trance & ambient ! Best giler! Bagi penggemar muzik sebegini, dapatkan CD ini di pasaran dlm waktu yg terdekat! Youtube2 tribute saya berikut kpd genre muzik ini! Enjoy! jiniv - dilemma (footages: tomoi Kg. Felda Ijok, Perak) dj gabriel - omie (footages: pandan indah >> bkt. jalil) isthmus - close your eyes (footages: tmn.equine >> tol sg.besi)

adieu 2007!

Salaam.. Sudah 4 hari Januari 2008. Aku masih terkial-kial menoleh tahun semalam yang berlalu meningalkan 1001 memori yang indah-indahnya. Namun aku tetap terkedu sebentar apabila mengimbas rentetan kisah hidup yang kurang enak. Mungkin di tahun lalu yang paling lama dalam seharian hidupku mengadap laptop yang semakin buruk ini. Alam maya kadangkala lebih seronok walaupun jauh di sudut hatiku tahu, aku seakan tenggelam dalam lautan ghairah diriku sendiri. Lalu bila melihat Aliff anakku yang pertama kali bersekolah tadika semalam, mengejutkan lamunanku untuk sesuatu yang baru mulai tahun ini. Aku kena hadiri setiap acara sekolahnya! Sedar tak sedar, rasa itu mengujakan benar untuk kulalui hari demi hari nanti. Pasti Aliff akan berkongsi cerita-ceritanya yang akan menggantikan kisah klise tentang Astro Ceria sahaja sebelum ini. Sudah lumrah, benda baru akan menggantikan perihal yang lama atau yang tersadai. Aku akan tinggalkan yang memeningkan kepala! Aku mahu kembali kepada privasi diri

blogger kat astro awani?

Salaam.. Fyi, blog saya ni, tontonfilem , amirmuhammad , jimi-wiser , dunia-vovin & faisal tehrani telah di-quote dlm rancangan Gala TV astro awani [ch 123] pukul 10 mlm 2 Jan '08 yg lalu berkenaan Anak Halal ! Rupanya hanya sepatah-dua kata ajer.. tapi blog layout saya ni bukan main lamaaa ditayang! huhu! terimakasihlah kpd tuan produser Gala TV ;-)

tomoi kg felda ijok & lagu pop-rap?

Salaam.. 30 dis 07.. saya mengikut rombongan pengantin anak saudara perempuan saya untuk bertandang ke rumah pengantin lelaki di Kg. Felda Ijok, Perak. Yg sgt mengujakan saya ialah di majlis itu ada persembahan tomoi yang julung2 kalinya saya saksikan secara langsung! Lalu saya terfikir utk merakamkan aksi2 mereka dan hasilnya jgn marah tau!.. saya remix-kan dgn lagu Apologize - OneRepublic feat. Timbaland! huhu!