facebook KKC Salaam.. Kelebihan sesebuah novel berbanding medium lain seperti penglipurlara lisan, televisyen, filem atau komik ialah penceritaan dalam minda si penceritanya yang ditulis dan dibaca. Kelebihan utama novel Karipap Karipap Cinta karya Nazri M. Annuar ini pula ialah watak protagonist Ali yakni si pencerita dan ceritanya yang bagus seolah-olah menggabungkan kesemua medium di atas untuk digambarkan dalam minda si pembaca. Sejujurnya memang ia sebuah karya penulisan fiksyen pop yang baik dan mungkin sudah tentu popular di kalangan pembaca remaja. Saya rasalah.. Naratif asas novel Karipap Karipap Cinta ialah kisah konflik seorang lelaki bernama Ali dalam meraih cinta dari seorang gadis bertudung bernama Sarah yang secara zahirnya adalah mustahil. Nazri mempertembungkan 2 perwatakan yang sangat kontras dimana dia sering menterbalikkan latar perwatakan di antara lelaki dan perempuan yang 'sepatutnya' dimiliki oleh jantina masing-masing. Itulah umpan pencirian watak-wata