http://www.cucithemusical.com/ Salaam.. " Cuci The Musical 2 ~ sketsa komedi panjang yang dimuzikalkan serta kadangkala cuba untuk membikin momen sedih dan drama tetapi di-nabil-kan!" ~ twitter.com/ajami_hashim Itu yang saya twit-kan dan fb-kan selepas menonton persembahan itu malam tadi. Mungkin dek kerana ketertonjolan aksi-aksi humor oleh Nabil sebagai C'tan yang tidak dinafikan sangat berbekas lama di ingatan saya. Apakah impak yang sama berlaku kepada sebahagian besar khalayak yang pulang? Mungkin.. Semasa sesi intermission persembahan, saya sempat menyuarakan sepatah-dua komen kepada rakan yang menonton. Saya kata persembahan itu kalau dipindahkan 'pentas'nya ke Dataran Merdeka sekalipun barangkali masih mampu direalisasikan kerana kebolehubahan set pentas yang tidak memutlakkan hanya Istana Budaya sahaja untuk mementaskannya. Tambahan lagi para pemuzik pengiring muzik latarnya hanya sebuah band sahaja, bukan sekumpulan pemuzik orkestra. Barangkali.. Pa