Salam Sejahtera Appoy, Aku sudah menonton sebuah filem bertajuk JAGAT yang menceritakan kisah hidup kau di tahun 1991 dahulu. Secara kiraan kasar, tahun ini 2015 umur kau sudah menjangkau 36 tahun. Kau apa khabar bro? Kau nak tahu? "Cantiknya! Cantiknya! Cantiknya!" Berulang-kali aku berbisik kepada diri sendiri di sepanjang tontonan filem itu. Ya! Memang cantik-cantik gambaran latar lokasi yang dipaparkan. Namun sesudah habis tayangan, aku akur bahawa kisah watak-watak yang menghuni kecantikan kulit dunia hidup kau, keluarga kau dan orang-orang sekeliling kau, begitu kontras sarat dengan konflik dalaman masing-masing. Itulah magis sebuah filem yang bagus karya Shanjhey Kumar Perumal itu. Aku sangat salut pada dia sebab berjaya bercerita dan menekap latar kehidupan kau dahulu. Aku dapat rasa kepedihan perasaan kau masa kecil waktu itu, bila ayah kau tak pernah nak faham kehendak dan minat kau pada seni. Masa babak-babak awal, bila orang-ramai berarak menyambut Thaip